Ini entah kali yang keberapa saya menjejaki kaki ke Korea Selatan. Memang tiada perancangan utk ke Korea sebenarnya. Ini berlaku, kerana flight ke Taiwan di batalkan. Sepatutnya flight ke Taiwan pad 31 October 2024. Beberapa jam sebelum flight departure, kami dapat sms mengatakan flight ke Taiwan dibatalkan kerana taufan Kong-rey. Bayangkan le, baju semua dah packed, tunggu nak ke epot je. Mood holiday is on. Pada petang 30hb tu, sampai ke malam kami berdiskas, kemana hala arah tujuan. Macam macam tempat kami pilih, akhirya Korea Selatan juga mendapat tempat teratas. Bila dah decide ke Korea Selatan, kena memikirkan tiket dan accommodation. And K-ETA. Takde masalah pada saya, Tika dan Mashie sbb K-ETA kami masih valid. Elise pulak takde K-ETA. Haritu juga apply, alhamdulillah, hari tu juga K-ETA lulus. Segala settle less than 24 hours. Esok boleh rehat dulu sebelum berlepas. Pada mula nya kami nak membeli tiket pad 31hb tengah malam dah tiba di Korea pad 31hb pagi. Tapi ticket mahal pulok..hhhehee.
Selesai urusan ticket, K-ETA and accommodoation, maka pada pagi 1hb November 2024 saya ke epot untuk menaiki flight D7506 pada jam 10.50 berlepas ke Korea Selatan. Saya lambat sampai epot. Diaorang dah breakfast dulu. Terus wrap beg, check in luggage. Mujur dah print tag siap siap. Terus masuk boarding area. Perut saya lapar. Beli sandwich dan mineral kat Ah Yumm. Tak tunggu lama, masuk perut kapal terbang. Delay pulak sbb congestion di udara di KLIA. Byk benau kapal terbang nak landing. Dalam flight, berkuap panas....11.15 mcm tu flight take off. Tido je. Kul 1++ airlines served food. Masa beli tix, mmg xleh pilih. So dapat le nasi lemak aje. Dah makan....cuba tido balik. Tak mau lelap. Jam waktu malaysia baru kul 0230 ptg. Rasa cam lambatnya lagi nak sampai South Korea. Jemu pulak dlm flight. Segala rasa ada. Biasa excited...tapi kali ni biasa biasa ...tak tau kenapa. Moga dipermudahkan urusan sepanjang perjalanan bermusafir di Korea. Lebih kurang 6 jam 30 minit, kapal mendarat di bumi Korea Selatan.
Urusan dengan imigresen berjalan lancar. Sampai saja di ruang ketibaan, perkara pertama kami lakukan adalah topup T-Money dan beli banana uyu. Macam satu kemestian pulak. Kemudian kami mencari tempat Jumbo Taxi. Alhamdulillah, senang je dapat. Janji bersedia untuk keluarkan duit je..hahahahha. Hotel yang kami booking adalah Chess Motel, area Dongdaemun katanya. Itu je pilihan yang ada, yang reasonable. Tawakalillah.
Sebaik sampai area Motel, kami dah cuak. Area tu sangat sunyi. Ahjussi taxi tu pun cuak kut...hahha. Dia siap suruh kami pegi check dulu betul ke idok. Dia siap boleh tunggu lagi. Dah confirm memang hotel yang betul, baru la kami angkat barang barang semua, dah ahjussi tu pun berlalu pergi.
Semasa masuk dalam motel ni, allah....rasa tidak seronok sangat. Ahjumma ni langsung tak boleh berbahasa Inggeris. Mmg ayam dan itik jadinya. Kami pulak dapat tingkat atas. Tapi kami insist nak tingkat bawah. Jenuh weii...naik tangga....takdak lift. Mujur ahjumma tu okay je bagi bilik bawah. Saya sebilik dengan Tika, Mashie dan Elise. Redho je lah ya...mmg tak terpikir langsung nak ambil gambar bilik. Bila check barang barang yang ada dlm bilik....kami terpikir....couple hotel ke ni...hahhaha...adoiii la. Sabor je lah.
Saya dan Elise pergi ke convenient store berdekatan untuk beli air mineral. Mmg sangat sunyi....tapi dekat dengan main road. Takde le risau sangat. Tak kemana pun kami malam ni. Kami makan, sambil diskas kemana nak pergi esok...mandi manda dan terus tido. Letih juga duduk 6 jam dalam kapal terbang. Untuk esok, kami bercadang untuk pergi ke Haneul Park.
Sebelum berlepas, Mashie memamg sakit perut. Sampai ke Korea pun masih sakit perut. Kesian juga, tapi keinginan untuk berjalan tu melebihi segala galanya. Maka redah le...hehee
Selesai semua, jom tido...

No comments:
Post a Comment