Hari kedua di bumi Korea Selatan. Seawal pagi kami dah bersedia. Memang kami breakfast siap siap di Motel untuk memudahkan perjalanan kami. Stesen subway yang terdekat di sini adalah Hoegi Station. Dari motel, kami perlu berjalan kaki lebih kurang 200 meter untuk ke stesen Subway. Dari motel takde apa masalah. Apabila kami sudah hampir ke stesen, kami perasan ada sorang lelaki ni, dok pandang pandang kami. Kemudian nampak dia macam bercakap dalam telepon. Mungkin dia pelik agaknya, sebab ini bukan tourist spot. Orang bertudung mungkin agak ganjil. Mulanya kami tak kisah, then kami realised that dia macam follow kitaorang. Bila naik tangga ke subway, dia pandang pandang sambil follow. Bila masuk dalam station, kami jarakkan dari dia, tapi dia tunggu. Adoiii....mmg cuak. So, kami pusing pusing dalam station tu, pastikan dia hilang dulu, baru tap T-Money.
Kali ni kami sepakat pakai baju warna sama. Lupa cerita pasal semalam di hari pertama. Hari pertama, stripes theme. Hari kedua, yellow and white theme.
Dari Hoegi Station kami perlu ke turun di Dongmyo Station --> transfer ke line 5 untuk ke World Cup Stadium. Tapi kami boleh tersalah naik subway ke arah Sinnae. Mak aiih....berapa banyak station tu dah buang masa. Ada 13 station. Last station is Sinnae. Baru realised salah tren. Kena patah balik. Nasib baik tak perlu turun tren. Cuma patah balik je ke World Cup Stadium. Banyak le lagi station yang kena tempuh
Sesampai je di World Cup Station, kami perlu keluar ke Exit 6. Keluar dari Exit 6 tu, ambil ke kanan dan terus ke depan nanti nampak main road. Kena lalu situ, pastikan main road sebelah kiri. Then follow signboard ke Haneul Park. Kena berjalan dalam beberapa ratus meter, saya pun lupa. Nampak satu traffic light. Cross traffic light tu. jalan ke kanan. Ada satu lagi traffic light kena cross dan ambil ke kiri pula. Nanti nampak signboard utk ke shuttle bus. Kalau uols nak hiking, sila kan lah....kami idok le. Naik shuttle bus je lah. Masa nak ke sini, kami terserempak veteran Korea, suami isteri kut. Dia pun nak ke Haneul Park. Dia la tolong tunjukkan arah. Ahjussi ni, katanya pernah kerja di Penang pada zaman 70an. Kalau zaman 70an, mesti umur dia dalam 20an. Skrang dah tahun 2024. Agak agak berapa umur dia....tp dia nampak tegap dan steady je.
Nak naik shuttle bus, kena bayar ya. Harga tak ingat sbb orang tolong bayarkan. Tak lama nak tunggu, sbb shuttle bus ala ala macam buggy ni byk je. Sampai atas, kami pun explore je kawasan atas. Mashie masih sakit perut. Jenuh juga nak melayan perut yang meragam. Kat atas juga terserempak beberapa Malaysians. Alhamdulillah, ramah tamah belaka Malaysians yang kami jumpa.
Dah penat jalan dalam lalang lalang tu semua, kami duduk diskas, nak gi makan kat mana. Kami decided nak pegi Yang Good BBQ Lamb. Saya ni tak check langsung opening hours Yang Good ni. Saya cuma ingat, dulu opening hours nya pukul 2 petang. Itu masa 2018 kut. Dalam perjalanan ke Station Yeoksam, barulah sibuk nak check. Sekali tengok, pukul 4 baru bukak. Mashie ni dah la tak larat melayan perut. Sekali lagi, kami pusing tawaf Seoul, berpatah balik ke Dongdaemun. Kami decided utk makan Ikan Bakar Dongdaemun saja sbb masa tu baru lebih kurang jam 1 tgahari. Pada tahun lepas, kami sesat mencari Ikan Bakar Dongdaemun ni. Tapi kali ni, senang je pulok. Maybe tahun lepas sebab dah gelap. Tak perasan sangat.
Maka kami menuju ke kedai yang biasa mereka ni pegi. Ada insiden juga berlaku dalam kedai ni. Tapi takpelah. YTJT. Biarlah kami sahaja yang tau.
Selesai makan, kami pun jalan jalan di sekitar area situ. Masuk kedai kedai dalam Dongdaemun tu. Then kami balik ke motel. Saya rasa macam masih awal lagi untuk balik. Tapi tetapla juga kami balik sbb mashie dan elise dah rasa tak sihat. Sampai kat motel, saya ajak tika keluar semula pergi ke Dongdaemun Design Plaza. Walaupun dah tak larat benonye, tapi heret juga kaki ke DDP. Lagipun masih awal. Cuma waktu autumn, memang cepat gelap. Jam 6 petang dah gelap. Jam 7 dah macam pukul 8 malam.
Dari Hoegi, kami stop kat Dongdaemun and transfer ke Dongdaemun Culture & History Park. Actually dari Dongdaemun tu boleh je jalan kaki ke DDP. Tapi takut sesat punya pasal. Kita ikutlah apa kata dalam google. Sebab sampai situ, Exit 1 je terus ke DDP.
Tak lama berkeliaran di sini. Sebab dah tak larat kan. Kebetulan ada mini konsert. So layan je lah. Asalnya nak ajak juga tika ke Gwanghwamun Square. Tapi mmg tak daya heret kaki...hahhaa. Maka balik le ke hotel.
Sampai hotel, ajak lis dan mashie makan, sambil kami diskas nak kemana esoknya. Nampak sangat adhoc kan. Itinerary pun tak plan. Pastu, kami decide nak tukar tempat tinggal. Sebab tak syok sangat kat Chess Motel ni. Kami, esok kita cari area Myeondong.
Lepas makan, saya terlena. Depa sambung sembang. Bila saya sedar, sorang pun takdak...cuak weh...hahaha...ingatkan depa berjalan pi mana ntah. Rupanya tika dalam bilik air. Mashie dan lis dah balik bilik. Saya bangun mandi solat, sambung tido.


No comments:
Post a Comment