
Thursday, 26 February 2015
Chalet Terapung Segantang Garam
13/12/2014
Bila mendengar nama Segantang Garam pada mulanya, saya memang rasa pelik. Kat mana Segantang Garam ni. Ada chalet ker. Tak penah dengar pun.....Tp itulah tempat yang dicadangkan oleh rakan rakan se MGS untuk geder geder yang seterusnya. Segantang Garam dipilih kerana salah seorang daripada kawan se ex MGS dulu tinggal di Kedah. Kesian dia asik mendengar kami geng geng KL ni ada jumpa jumpaan. Dia jauh disana asik dengar citer jer...kan. Nak tau info lanjut pasai Chalet Terapung Segantang Garam ni, silah baca di SINI.
![]() |
| Pemandangan dari daratan |
Memandangkan trip ni cuma 2 hari 1 malam, jadi tiada masalah pada saya untuk menghadirinya. Seawal pagi saya mengambil Ida di Kelana Jaya. Kemudian mengambil Hajar di tepi hiway di Sungai Buluh. Meneruskan perjalanan ke Rawang, berhenti di RnR Rawang, kerana Maz sedang menunggu disitu. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke utara. Singgah di Gopeng mengambil Jah dan terus ke Taiping mengambil Norol....Kemudain singgah di RnR Jejawi (if not mistaken), sbb zana dan lia menunggu kami disitu....hahhaha...braper banyak perhentian daaa....Kemudian kami meneruskan perjalanan secara konvoi.....
![]() |
| Antara yang dapat hadir |
Kelakar bila mak mak budak buat perangai...hahaha. Anak anak semua tinggal, sbb memasing takmo ikut. Tp ada juga yang bawak anak anak..tak kisah. Yg penting enjoy.
Kami membuat tempahan dengan mendapat harga RM250.00. Tetapi malangnya setiba di sini, kami dimaklumkan bahawa bilik penuh....acaner tuh. Memanglah x bayar deposit...jenuhlah berurusan akhirnya dpt juga chalet 2 bilik, tanpa ekon dengan harga RM150.00 semalam hehehhe....
![]() |
| Senja nan merah ππ |
![]() |
| Sepetang di pinggiran taasikππ |
![]() |
| Sunset |
Suasana senja menjelang malam di Chalet Segantang Garam. Banyak lagi gambar, tp memandangkan ramai yang dah bukak hijab, xleh nak letak disini. Sesampai kami disini, mula memasak untuk makan tengahari dan juga membuka bekalan yang dibawa memasing. Malam hari kami habiskan dengan berbual bual hingga ke jam 4.00 pagi. Akak lupa ingatan dan daratan...hahaa. Nnt nak balik KL, kena drive...
Kami sama sama mengimbau kembali kenangan sepanjang tahun 1982 -1986. Kenangan di asrama, kenangan di sekolah. Guru guru, kengkawan..juga kisah kisah kenakalan kami......ada yang dah terlupa diingatan. Ada yang masih segar dlm kenangan.
![]() |
| Moh balik |
![]() |
| Singgah Jeti Tanjung Dawai |
![]() |
| Pilih pilih...ikan bilihππ |
The next day, kami singgah di Tanjung Dawai sebentar. Kemudian meneruskan perjalanan semula ke Kuala Lumpur. Sebelum itu, seperti mana kami datang, begitulah juga waktu pulang. Banyak stesen perhentian untuk menghantar passenger ke destinasi masing masing....hehehe. Hampir jam 11.00 malam baru saya tiba di rumah. Waduh...penat sungguh.......

Subscribe to:
Comments (Atom)









