Selesai sudah my trip to Australia. Then next trip....Korea....again!! Hahaha. Sebenarnya saya cuma membawa kengkawan yang teringin nak pergi ke Korea. Kengkawan yang terdiri dari KMC, TSY, office mate dan school mate. Trip ni terbantut dari tahun 2014 lagi. Patutnyer autumn 2014 kami pergi. Dek kerana beberapa urusan yang tidak selesai, maka tertangguh lah trip Autumn. Pada mulanya saya mahu meneruskan perjalanan ke Jeju, tapi tiada seorang pun kengkawan yang nak terus lajak kesana.............
. Tp di saat akhir, bila saya asik sibuk bertanya....akhirnya 2 orang kawan bersetuju ke Jeju Island. Dan seorang lagi kawan akan datang kemudian....
. So 4 of us altogether will be going to Jeju Island..
Memandangkan keadaaan ekonomi sekarang, yg mana tukaran wang asing mencanak naik, dan RM kita mendadak turun, mood ber korea juga mula suram. Tp demi kerana kengkawan (saya tau rasanya bagaimana bila teringin pergi ke sesuatu tempat, dengan bajet yang terhad) saya gagahi juga urusan ke korea kita ni ya.
FLIGHT TICKET
Saya punya rega ticket mahal sedikit hahaha. Walhal kengkawan yang lain boleh dpt RM606.00 aje. Takperlah..redha...Di awal tahun 2015 lagi, memasing sudahpun membeli ticket.
TUKARAN WANG ASING
Saya membuat pertukaran wang sebanyak dua kali.
Pertama di Visionary Creation Sdn Bhd di IOI City Mall Putrajaya. Telephone No: 03 - 8953 8652
Kali kedua di Daily Perfect Rate, Ampang Park. Telephone No: 03 - 2181 3202
ACCOMMODATION
Penginapan di Seoul saya membuat tempahan di Namsan Guest House 4 (tukar angin ler pulak ya. Dah pernah rasa Namsan 2 & 3). Byk tempat juga saya survey untuk menempat 11 orang 10 orang (last minit sorang tarik diri) bakal pergi ni. Memula saya booked di Jun Guesthouse. Tp memikirkan apartment tu cuma mempunyai satu bilik air, saya membatalkan tempahan. Harganya agak berpatutan untuk 11 10 orang. Manakala di Jeju Island pula, saya memilih 3 penginapan iaitu Jeju Gillime Pension, Seom Story Pension (rekemended by Kimchimen one of ahli cari.com - nnt sy bagi review berbaloi ke idak stay sini) dan Jeju Airport Hotel.
ITINERARY (sangat simple demi untuk memenuhi kehendak setiap kekawan yang ada. Yang bergaris tu, tak pergi lah yer....)
Original Itinerary | Yang berlaku sebenarnyer.. |
30/10 (Jumaat) Depart KL - Incheon Transfer to Guest House Check in Guest House - Namsan Myeondong / Dongdaemun | Sama |
31/10 (Sabtu) Namdaemun Market Namsan Tower | Nami Island |
01/11 (Ahad) Gwanghamun Square Gyeongbukgong | Namsan Tower Gyeongbukgong Itaewon |
02/11 (Isnin) Everland Gangnam | Namdaemun Market Dongdaemun |
03/11 (Selasa) Nami Island Dongdaemun / Myeondong | Everland Gangnam |
04/11 (Rabu) Hanbook Wearing & Kimchi Making Airport Transfer to Incheon (kengkawan yang nak balik Malaysia) Depart to Jeju Island (Eastar Jet) Check in Jeju Gillime Pension | Sama |
05/11 (Khamis) Visit West Coast of Jeju Island | Sama |
06/11 (Jumaat) Visit East Coast of Jeju Island Check in Seom Story Pension, Seogwipo | Sama |
07/11 (Sabtu) Visit South of Jeju Island Check in Jeju Airport Hotel | Sama |
08/11 (Ahad) Depart to Jeju International Airport Gimpo - Incheon Depart Incheon to KLIA2, Malaysia | Sama |



