Ini adalah kesinambungan cerita Autumn in My Heart - Again yang mana trip terbatal pada mulanya. Memang kawan saya cancelled sebenarnyer seperti yang saya pernah citer. Travel partner saya memang takmo pergi for whatever reason. Ntah...x mau pergi or tak boleh pegi.....dia sajalah yang tahu.
Saya puas memikir...nak bawak anak ke, or pergi sensorang. Asben pulak memang tak bagi saya pergi sorang. Ajak dia ikut sekali......hhmmm.....no komen lah. Dia kata, if nak pegi gak, bawak anak salah sorang mana yang ada cuti pada masa tu. Jenuh dok bertanya bilakah cuti semester depa..tp depa takleh nak kompemkan. Rega tiket pula makin menaik. Macam tak berbaloi jer nak bawak last minit. So satu hari, saya saja sembang sembang di group Malaysian Backpackers Club. Kebetulan ada seorang ahli yang baru balik dari Busan, berkongsi pengalaman ketika di sana. Masa tu, saya masih lagi contemplated. Nak pegi taknak pegi nak pegi taknak pegi. Sembang sembang di fb, ada lah seorang adik ni, dok ckp dia solo traveller ke Busan - Seoul and sedang mencari cari kawan. Kami pun ber pm pm kat fb, dan trus ber whatapps. Adik tu pun ada stori morinyer yang membuatkan dia nekad juga ke Korea walaupun kawan2nya menarik diri cuma tidak berani bersendirian. Mulanya saya agak keberatan kerana mengikut plan asal saya nak ke Busan - Jeju - Seoul (transit sahaja) Tapi adik ni memang nak ke Seoul sebb dia x pernah sampai. Akhirnya saya ambil keputusan, redah ajelah walaupun tak pernah jumpa, walaupun dah pernah pergi Seoul. Sayangkan ticket terbakar begitu sahaja. Saya memang dah kecewa giler nak membakar ticket. Nak tukar tarikh pun, sama je kekdahnya if takde kawan, xleh jalan.
Akhirnya setelah mendapat keizinan (sbb nak pergi nak orang yang kita tak kenal kan). Saya mula berdiskusi dengan adik ni. And saya pun membuat tempahan guesthouse kat Busan. Guesthouse di Seoul pula, adik tu yang setelkan. Berbahagi bahagi kerja lah ye.
Since last minit preparation, saya ambil guest house yang paling dekat dengan Busan Train Station. Saya booked Busan Inn untuk 2 malam dengan harga RM261.00 / 2 = RM130.50. Saya tak kisah pasal penginapan, murah atau mahal memang saya redah. Janji selesa.
So, setel satu bab. Bab itinerary plak....kami print je mana mana yang kami jumpa dalam blog. As long as ada direction how to get to the places. Takde proper itinerary. Saya tengok, adik ni pun quite adventure gak. Rajin buat research. Idea pun boleh diguna pakai.
Saya tak pernah travel tak amik luggage. Setiap kali travel, kurang kurang 20 kilo pergi dan balik. Tapi kali ni, saya berazam tak amik luggage..hahhaa...Setelah puas berulangkali memunggah bagpack, akhirnya saya memutuskan membawa satu backpack 55L dan handbag. Memang padat giler. Bila timbang hampir 10kilo...ahahhaa..saya tawakal sahaja. Dalam hati berharap dan berdoa, moga travelmate dan saya boleh get along dan backpack saya juga lepas.

