Friday, 22 December 2017

Jalan Jalan Ke Kuching, Sarawak - Day 3

27 November 2017 (Isnin)

Hari ni ke Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village, Damai, Santubong). Cuaca mendung je. Perjalanan lebih kurang 30 - 40 minit gitu kut. If ikut kata google map, dalam 30 minit. Since sampai awal, parking pun banyak lagi. Kami beli tiket. So dapatlah buku dalam bentuk passport. Entrance fee untuk dewasa RM60.00 x 4 = RM240.00 plus kanak kanak sudah lupa harga....hahaahhaa. Lupa manjang....


Map dari google

Mula mula kami melalui theatre, kami ke Bidayuh Long House. Melepasi Rainforest Music Stage ke Dewan Lagenda. Sunyi je masa ni, maybe orang tak ramai lagi. Pastu macam banyak construction. Dan pada saya, kawasan macam tak terjaga sangat. Dulu dulu (dah lama dah datangnya, masa baru anak 1) rumput takde le tinggi sangat. Takde nampak macam dalam hutan sangat. Ni saya rasa mcam dah jadi belantara....hahahha.  Kami singgah Penan Hut, anak anak saya cuba menyumpit. Kecik jer rumah orang Penan ni. Dari Penan Hut, kami ke rumah panjang Orang Ulu. Gayat naik rumah ni. Tinggi benau. Singgah di Melanau Tall House, beli lempeng kelapa..pergghh sedap giler....tp mahal giler juga...hahahha. Pusing ke Malay Town House. Boleh ler menerai main gasing...tp kami tak pun. Penat dan panas. Peluh peluh mak nak. Chinese House kami skipped sebab nak kejar dance performance jam 1130 pagi.




Scary je tengok keadaan rumah ni





Dapat masuk theatre, 1001 macam kelegaan...hahhaha. Dapat tempat sejuk. Lega dapat tempat duduk dan bilik sejuk. Enjoy juga menengok persembahan tarian tarian di Kampung Budaya ni. Dah selesai persembahan, keluar je dari dewan...hujan lebat...huhhhuhuhu....Tunggu hujan seriat sekejap. kami masuk kereta and nak cari tempat makan. Punya sengal masa ni...depan Kampung Budaya tu,  Damai Sentral. Boleh tak terpikio nak cari makan kat situ...sabar je la. Kami pusing pusing dalam kampung sekitar sana, and jumpa orang berniaga dalam kawasan masjid. Elok sangat lah kan.

Disebalik batu ni adalah laut. 

Dah selesai makan, kami patah balik ke Damai Sentral. Jalan jalan tepi pantai...pastu nampak kedai kedai makan...hahaha...ngong betul. Kami pusing pusing je dalam ni. Ada juga aktiviti lain macam naik basikal, naik skuter....tp tak main apa pun. Dok je layan perasaan tepi pantai jap...and lepas tu kami patah balik ke Kuching.



Sampai bandar Kuching, kami pergi ke Friendship Park dekat Tabuan Heights. Anak anak saya dah letih. Dalam kereta masing masing tidur je. Asben pun tak larat. Bukan kemanapun. Kampung Budaya je...hahahha. Pusing pusing dalam kampung budaya je pun dah memenatkan. Sampai di Friendship Park ni, saya ngan anak no 3 je yang keluar. Yang lain semua membuta dalam kereta...hehehe. Kawasan ni tak lah besar mana sangat.




Artikel tentang Friendship Park, KuchingTaman Persahabatan Malaysia-China dibina pada tahun 2005 untuk memperingati ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik Malaysia-China. Ia memegang kawasan seluas 2.8 hektar dan terletak di Tabuan Heights, Jalan Song, Kuching, Sarawak, Malaysia. Di taman ini, anda akan dapat melihat sebuah patung besar Zheng He, berdiri di atas sebuah kapal besar, restoran gaya seni bina Cina dan banyak lagi.



Harini kami juga pergi dua tempat ni je. Kekonon nak ke Bako National Park dan Waterfront...hmmm..haram.....hahhaha. Sampai hostel, semua buntang keletihan. Tu naik kereta tu. If naik public transport...hmm...tatau ler apa jadi kat semua...hahhaha. 

Malam nya kami mencari kedai dobi untuk mencuci kain baju yang telah digunakan. Sebab masing masing cuma bawak backpack je. So atleast sempat basuh baju, boleh lah bertukar baju lain...kan. Dinner kat area Satok. Sebab situ ada Laundry Self Service and sebelahnya ada kedai makan. Masa kat sini, order satay. Tanya dia ada satay daging...takde. Tapi ada satay ayam. Okaylah...order ayam. Sampai kat meja, saya pun makan secucuk...apasal rasa lembut lain macam....huwaaaaa....satay bontot ayam rupanya....huhuhuh. Nangis mak kejap. I don't eat tongkeng ayam. Hilang selera...

Habis makan, baju pun habis selesai di cuci dan di keringkan. Sedap je baru panas panas garing. So balik hostel....rehat dan tido. Esok nak ke Borneo Highland.




Wednesday, 20 December 2017

Jalan Jalan Ke Kuching, Sarawak - Day 2

26 November 2017 (Ahad)

Hari ni kami ke Pasar Serikin. Biasalah konon nak kluar jam 0600 pagi. Kul 0800++ pagi gak kut baru keluar.  Dari Kuching ke Pasar Serikin lebih kurang 1 jam setengah. Kami sampai dalam jam 1000++. Walaupun baru jam 1000++ pagi, tapi panas lit lit. Sangat.....panas. Sini tujuan utama memang nak shopping je. Well....mak aci terkejut tengok apak shopping..hahhaha. Boleh tahan gak ye bang. I redha je. U beli le apa pun, janji bahagian untuk I ada...hehhee. Bab tawar menawar, saya memang serender. Tapi asben saya memang terer. Sampai anak pun lemas dan rimas....ayah ni, nak beli, beli je lah. Kenapa nak mintak kurang kurang harga....hahahhaha. Moralnya: Jangan bawak anak pi shopping....unless shopping apa yang mereka suka.



Dah setel di Pekan Seriken, kami menuju ke Gua Pari Pari atau Fairy Cave.  Kalau tengok dari luar, macam takda apa apa pun Fairy Cave ni. Yang saya nampak binaan tangga untuk naik. Mula saya malas nak naik. Tapi alang alang dah sampai, naik je lah. Dah sampai atas, baru nampak entrance gua. Mula tak mau masuk juga....pastu tanya orang yang kluar gua tu...ramai tak orang kat dalam. Dia kata, ramai, masuk lah...So kami pun start lah mendaki....sampai kat dalam tu gelap gulita, bergantung pada cahaya handphone. And dalam tu nampak plak tangga...kecil dan curam. Tapi naik juga...abis basah dan kotor handbag, kasut dan seluar. Dah sampai atas, ada lagi tangga...hahaha. Saya surrender. Keadaan dalam gua, lembab walaupun ada cahaya. Tapi asben gigih daki sampai ke atas. Sampai ke binaan batu berbentuk fairy. Katanya, batu berbentuk  manusia terhasil dari titisan air lalu membentuk rupa sedemikian. Asben ada ambil gambar, tapi kurang memuaskan. Boleh terlihat patung batu yang dililit dengan kain merah. Mesti ada yang meletakkkannyer mengikut kepercayaan mereka kut.

Kena naik tangga ni dulu

Untuk masuk ke Fairy Cave ni, kena bayar ye. Ada satu pondok di tepi tangga untuk naik ke atas. Jangan lah buat buat tak pandang pulak.  Saya dengan si bongsu turun ke bawah dulu mencari minuman. Kedahagaan yang amat sangat dan kepenatan mendaki tangga tangga. Lama juga menanti mereka yang lain turun.

Fairy Cave dari dalam

Ada lagi tangga tangga untuk di daki

Jalan masuk...dlm tu ada tangga kecik untuk naik ke atas


Dari Fairy Cave, kami menuju ke Wind Cave pula. Wind Cave ni pun kena bayar juga ya. Children dibawah 17 tahun kalau tak silap saya adalah percuma.Wind Cave ni biasa biasa je. Pastikan anda membawa lampu suluh ya. Memang gelap gelita. Berbeza dengan Fairy Cave. Atleast Fairy Cave, ada juga cahaya dari dalam kerana ada ruang ruang kosong yang terbuka yang membolehkan cahaya masuk ke dalam gua. Wind Cave ni gua tertutup terus kecuali kalau dah sampai hujung hujung track baru nampak cahaya. Cuma Wind Cave ni sudah ada track laluan yang disediakan. Jadi just follow saja track tu. Walaubagaimanapun, agak slippery juga. Jadi berhati hati lah ya. Ada beberapa laluan di dalamnya...





Masa ni pun dah lapar. Kami singgah kat Pekan Bau. Nampak satu food court, so kami just stopped and makan kat situ. Takde spesifik kedai yang boleh di share apa makanan yang sedap di Pekan Bau ni..hehhee. Biasa aje. Saya order nasi ayam penyet. So saya taklah expect nasi ayam penyet tu macam kat Semenanjung ni. Dah setel makan, kami ke Tasik Biru. Masa tengah makan tadik dah hujan agak lebat. By the time sampai kat Tasik Biru, malas nak kluar kereta. If keluar, basah gak kut. And payung pun takde. So kami just tengok tengok Tasik Biru dari dalam kereta. Sebab apa dinamakan Tasik Biru eh....saya tengok air tasik macam kehijauan je...hehhehe...



Then kami pun nak berpatah balik ke Kuching. Sekali asben kata, jom ke Borneo Highland Resort...ehh..eh...tader dalam itinerary arini la bang. Sebab saya pikir, nnt nak pergi ke Rumah Panjang Bidayuh kat Kampung Annah Rais tu. Sekali harung ke Borneo Highland. Dia kata, takper....ada masa. Kita gi je. So, i follow...hahhaha.  On d way ke sana, hujan lebat juga. Dari Pekan Bau ke Borneo Highland tu dalam 1 jam juga. Kami sampai di kaki Borneo Highland dalam jam 0400 petang. Sekali bila tanya guard kat situ....sudah closed untuk visitor jam 0300 petang tadik. Ye lah...nak naik ke atas pun mau dalam satu jam 1 kut. Masa tu pun sure dah beransur gelap. Guard tu kata, datang esok pagi pagi hari..hmmm..hampa juga. Takpalah....jom balik Kuching. 

Sepanjang jalan masih hujan juga. Sampai Bandar Kuching pun still hujan. Ingat nak ronda ronda kat depan waterfront. Kensel je lah. Kami balik hostel, manda mandi dulu. Agak2 hujan dah reda sikit, kami jalan kaki ke Top Spot untuk makan seafood. Tak jauh dari hostel kami tu.

Carilah bangunan UTC. Top Spot kat sebelah dalam bangunan tu je. 


Kami pilih kedai ni. Rambang mata nak pilih kedai mana

Tu dia sayur midin....

Antara yang kami order for dinner

Ada lagi kami order  yang lain. Sup campur, ikan masak 3 rasa, telur dadar, nasi putih, soft shell crab with salted egg....Harga...boleh tahan juga. Takde le murah mana....pada saya la. Rege standard le tu. Dah kenyang, balik jalan kaki. By the time sampai hostel, rasa lapar balik...hahahah. Singgah Sonjuro Cafe sebelah hostel.




Tuesday, 19 December 2017

Jalan Jalan Ke Kuching, Sarawak - Day 1

25 November 2017

Hoyehh...cuti sekolah. Entry New Zealand pun lom abis. Mak malas nak. Malas nak sort gambar....ambil gambar pun malas. Saya beli tiket RM895.00 return untuk 7 orang. Tapi at the end, anak sulung ngan no. 2 tak pergi. Si sulung boleh je pergi, tp mak aci kesian yang no 2 tak dapat ikut sbb keja. So ko tinggallah along, temankan angah...hehheheeh...

Anak no 2 gi antar epot. Flight awal pagi. Inflight meals cuma ambik tuk 3 orang. Mak apak tayah sibuk nak makan. 2 jam je pun.....pejam celik pejam celik dah sampai. Saya sewa kereta dengan Roanna Transporation. Aritu saya booked thru website. Bila cari balik website tu, tak jumpa lak.

Sampai airport Kuching, kami called contact number yang diberi, and asben saya pergi ambil kat parking area. Sewa Vios Auto untuk 4.5 hari = RM540.00. Conditions kereta, okay lah. Kereta lama, tp still nampak elok. Terms of payment. Bayar RM50.00 as deposit masa booking, and balance pay cash to the person  yang hantar kereta tu. Masa pulangkan, minyak kena isi seperti yang saat kereta di terima. Saya lebih suka terms full tank ambik full tank return. Tapi kat Malaysia ni takde buat macam tu.
Kereta sewa

Dapat kereta, we started our journey. Dari airport, kami menuju ke Kopi O Corner dulu. Awal pagi dari KL, and tak ambik inflight meals, so akak kebuluran juga lah ya. Walaupun anak anak dah makan dalam flight, mak pak belum lagi. Masa ni hujan renyai renyai. Kami bukak google maps, terus ke Kopi O Corner. Saya a bit dissappointed kat sini. Order tunggu punya lah lama. Kami ni lapar kan...hahhaha. Pastu salah plak. Lain yang di order lain yang sampai. Beberapa kali dok panggil orang tu bagitau....hmmmm. Saya pernah makan kat sini masa anak saudara bertunang dulu. Abang ipar yang bawakan. Infact dalam google pun, salah satu tempat makan yang menarik. Nampak gayanya, tak cukup menarik pada saya lah..hahaha. Maybe we were at the wrong time. Banned trus.

Kopi O Corner

Gambar makanan takde. Bengang punya pasal. Kami order mee kolok spesial with sup tulang dan mee kolok biasa. Si kecik nak nasik lemak je. Sampai order mee kolok biasa pastu sampai cuma dua....haishhh.....kena remind lagi....

Lepas makan, kami ke Muzium Sarawak. Just trip santai santai ngan anak anak. Nak bawak jauh jauh mak tak mampu nak. So dekat2 je lah ye.  Sebelum ni tak pernah masuk Muzium Sarawak ni. Cuma tengok dari luar jer. Okay ler....what do you expect from a museum kan. Dalam muzium takleh amik gambar....so amik gambar kat luar je lah....hahhaa. Dari Muzium Sarawak, kami menuju ke Muzium Kucing pula. Berjalan ngan anak anak, memang santai sesangat. Takleh nak rush. Walaupun dalam itinerary berderet tempat nak pergi....dari 4 tempat, 2 tempat jer yang dapat hahahha. Camner nak travel ala backpackers ni...jenuh mak nak ajar.....kekkeke.


Untuk masuk ke Muzium Kucing and if ada bawak DSLR kamera or handphone camera, kena bayar ya.  Bayaran antara RM3.00 - RM5.00 untuk video camera if tak silap. Klu taknak bayar, boleh tinggalkan kat kaunter. Kami aritu tinggalakn semua handphone kat kaunter, cuma bawak kamera je masuk.

Peminat kucing.




Muzium Kucing tak macam dulu dah saya rasa. Tempat dah jadi a bit cramp. Macam segala mende nak sumbat dalam tu. Well....takpe. And lepas tu kami trus pergi ke Check In Lodge kat Jalan Padungan.  Senang je nak cari tempat ni. Dekat ngan Waterfront. If nak jalan kaki pun boleh, tp berpeluh le tiak. Check in Lodge ni, hostel baru. Bangunan deretan kedai. Agak menarik hiasan dalamannya. Ada swimming pool kecik untuk budak budak. Bilik kami kat tingkat 2. Jenuh heret beg. Tapi masa melalui 1st floor, ada one kind of bau yang agak kurang menyenangkan. Saya rasa bau pembentungan bahan buangan....(bau paip toilet le senang cakap...haahhaha). Tapi taklah teruk sangat baunya. Macam kita lalu bahagian tu, tiba tiba ada orang melepas...macam tu la...hehhehee.


Suasana tempat ni sunyi je. Dapat bilik, agak kecik, ada dua katil bunkbed. Shared bathroom. Saya saja pilih yang macam ni. Kekonon nak ajar anak le ni..hahahha. Boleh baca pasal Check In Lodge kat SINI

Dah rehat rehat, kami kluar semula pergi ke Waterfront. Kami google maps kat My Village Barok. Berpusing pusing google map bawak kami merentasi sungai. Padahal, kami boleh park kereta seberang sungai dekat kat Waterfront berdekatan Jalan Padungan ni je. And naik boat ke seberang...hahhaa. Tp kami bawak kereta trus ke sana. And lepas tu naik boat ke seberang...boleh gitu..hadoiii la. Nampak jambatan yang baru di bina merentas sungai. Tapi tak sempat naik pun, anak2 dah mengaruk lapar. So, patah balik naik boat ke seberang, makan di My Village Barok. Restoran ni nampak buruk je dari luar. Bangunan kayu. Nak naik ke atas pun aci seram takut kayu patah...hahaha...tp dun wori...tegap kayu kayu tu semua.

My Village Barok

Ayam Pansuh / Bamboo chicken

Ikan sweet sour kut...hahaha..lupa dah

Accommodation kami kat seberang sana....

Nasi ayam Barok

Not bad ler makanan sini. Boleh ler...if nak merasa sesuatu kelainan. Nak kata wow sangat tu, pada saya taklah. Anak bongsu saya order nasi ayam penyet katok. Kami order ayam pansuh dan lauk lauk biasa je yang lain. Tengah makan, tiba tiba ramai orang datang. Group tour kut gamaknya. Depa dah booked awal awal

Dah setel makan, jalan jalan sekitar situ je and balik hostel. Sederet dengan bangunan Check In Lodge ni, ada cafe hipster. Sedap juga. Sonjuro Cafe namanya. And kat Jalan Padungan ni, senang nak dapat parking. Alhamdulillah and kedai2 pun banyak. Kedai dobi pun dekat.

Salah satu minuman kat Sonjuro Cafe

Sticker merah kat kamera tu, menandakan bahawa sudah dibayar dan bolehlah bawak masuk ke dalam Muzium Kucing.


End of Day 1




Check In Lodge, Kuching Sarawak

Ke Kuching Sarawak pada bulan November yang lepas, saya menempah penginapan di Check In Lodge, Jalan Padungan, Kuching Sarawak. Saya booked thru booking.com selepas membaca review dan juga melihat gambar gambar yang ada, macam menarik je pada saya. Ramai yang bertanya, kenapa tak stay kat hotel je. Banyak je hotel hotel dengan harga berpatutan. Saya sebenarnya sekadar untuk membiasakan anak anak untuk stay kat hostel instead of hotel. Apa salahnya. 

Untuk 4 malam, saya mendapat harga RM320.00 untuk sebuah bilik yang mempunyai 2 bunkbed, tidak mempunyai tingkap, and shared bathroom di tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai bilik air dan juga tandas. Setiap bilik diberi nama bunga seperti Dahlia (tak ingat nama bilik lain..hahahah). Bilik agak kecil sebenarnya. Tapi sangat bersih dan kemas. Loker disewa dengan harga yang lain. Tidak termasuk dalam harga bilik. Di dalam bilik hanya ada sebuah meja kecil, port untuk charging, dan penyangkut kain baju. Wifi percuma, breakfast percuma walaupun limited dan tak banyak pilihan but still memuaskan. Parking mudah di cari. Bayaran parking adalah percuma during weekend, weekdays kena bayar from 0800 - 0600 kut. Tak pasti nak bayar macamana. Guna kupon kut. 

Secara keseluruhan, saya menyukai Check In Lodge ni. Walaupun berada di deretan kedai di Jalan Padungan, tapi suasana didalam bangunan agak sunyi dan tenang. Terdapat sebuah hipster cafe bersebelahan hostel iaitu Sonjuro Cafe, dan berdekatan dengan kedai kedai lain juga seperti kedai dobi dan convenient stores. Hanya berjalan kaki ke Waterfront dan juga tempat makan seafood terkenal iaitu Top Spot. 

Bilik kami
Bunkbed

Locker kat bahagian luar

Tangga

Shared bathroom

Shared sink. Toilet kat sebelah

Roof top. Kut membasuh apa apa, leh sidai sini

Tangga nak ke roof top dari pandangan atas. Gayat....

Counter

Deco kat bahagian bawah dekat lobby & kitchenette

Deco bahagian depan

Kitchenette. Sila buat breakfast sendiri

Breakfast provided. Tp maggi kat rak atas tu kena bayar ye..
Swimming pool tuk kekanak. Tp dewasa pun boleh gak 
Rak kasut
Dalam hostel takleh pakai kasut ye. So pandai pandai ler bawak selipar yang bersih untuk ke tandas. Saya pinjam selipar kat lodge ni je. Letak kasut kat dlm ini, in sha allah tak hilang. Tapi saya bawak je naik kebilik. Boh dalam plastik.

Pada yang mencari penginapan selain dari hotel, saya rekemen tempat ini if tak kisah bilik kecik. After all, nak tidur je kan. Bilik tak banyak, so keberangkalian untuk cepat penuh tidak mustahil. Cuma takde lift, jenuh heret beg. Ada dua tingkat je pun. Untuk orang tua, letih kut nak daki tangga. Org muda muda sure takde masalah. Nak pilih bilik, pandai pandai le masa book tu. Nak yg ada tingkap, xde tingkap. Yang private bathroom pun ada.  Wifi memang superb. Iron dan ironing board ada di tingkat 1.