Friday, 29 March 2024

Summer Scent - South Korea Last Day

21 August 2023 (Monday)

Harini last day di bumi South Korea. Walaupun flight malam, tapi jam 1200 tetap jua kena check out. Beberapa kali kami minta dengan reception if ada bilik kosong, we would like to check out late. Unfortunately memang takde. So, nak buat camner. 

Awal pagi kami ke Namdaemun sekali lagi. Kali ni jalan kaki je dari Myeondong ke Namdaemun. Dekat je sebenarnya. Macam Jalan TAR ke Chow Kit gitu. Shopping lagi, tambah lagi apa yang patut. Kali ni saya beli butang baju melayu. Last beli masa tahun 2012. So, tambah koleksi. 

Selesai di Namdaemun, kami singgah ngopi di Mega Coffee. Area ni dekat dekat je. Namdaemun --> Myeondong. Kami just jalan jalan je...pusing pusing habiskan masa. Kemudian lunch sekali lagi di Busanjib sambil perabiskan KRW yang ada. 

Then kami decided, kita checkout pastu terus je lah ke airport. Sbb takde tempat nak bertanggak pun kan. Kali ni, kami panggil sekali lagi driver yang hantar kami dari airport ke myeondong. Mujur dia free. Tapi dia pun sedikit lewat dari masa yang kami bagitau. 

Perjalanan dari Myeondong ke Incheon pun agak jauh. Di tambah dengan jammed lagi. So kami sampai Airport agak petang jugalah. Then terus cari kaunter utk drop luggage. SEmentara tunggu kaunter bukak, kami lepak saja di ruang departure. Pada awalnya, kami plan nak jalan jalan sekitar Incheon. Then nak masuk Spa On Air untuk bersihkan diri. Eventually, tetap lepak lepak je..hahhaha

Masuk convenient store, nak perabiskan duit dalam T Money. Siap bawak bekal maggi kekonon nak makan kat airport. Sekali takde air panas. Merata tanya dan cari. Rupanya kedai kedai di airport mmg di haramkan membekalkan air panas....dulu dulu boleh. Now, takleh dah ya...





Summer Scent - South Korea Day 4

20 August 2023 (Ahad)

Hari ke 4 di South Korea - Summer.  Ada perubahan di itinerary, maka di pagi Ahad, kami bergerak ke Gyeongbukgong. Banyak kali dah pergi, tapi seperti biasa, kami tetap sesat. Sepatutnya ambil subway paling dekat dengan Istana. Tapi kami turun di stesen yang salah. Maka jenuhlah berjalan menaiki dan menurun tangga untuk sampai ke Gyeongbukgong. Sesampai di sini, bahagian hadapan di tutup, ada construction. Maka terpaksa lah berpusing pusing sebab nak cari kedai yang sewa hanbok. 

Kami menyewa di sebuah kedai berhadapan dengan Presidential Area - Blue House.  Banyak kedai kedai menyewa hanbok disini. Murah, mahal, yang biasa, yang extraordinary pun ada. Sekarang nak sewa hanbok memang mudah sangat. Tak macam dulul dulu. If sewa hanbok, masuk dalam Istana free je. 

Kali ni, saya sewa yang biasa je. Saya rasa dah makin mahal la harga sewaan sekarang. Ye lah, musim berubah, harga pun berubah. Kami sewa untuk 2 jam sahaja. Cukup lah tu. Panas pun. Tak lalu nak berlama lamaan dengan baju yang berlapis lapis tu. Masing masing memilih warna, hijau, biru, kuning, maron dan saya memilih warna pink. Sebab nak sesuaikan dengan warna tudung yang saya pakai. 

Kami jalan jalan je, sambil tunggu Changing Guard Ceremony. Changing Guard skarang pun tak macam dulu. Sekejap je. Selesai di dalam kawasan istana, kami pulangkan hanbok di kedainya. Berpeluh peluh. Tapi bagus ya kedai kedai Korea ni. Selepas kita buka, memang terus ambil dan mereka terus bawa ke belakang untuk bersihkan. 

Setelah pulangkan hanbok, kami cari lunch pula. Maka kami decided untuk ke Itaewon. Solat di Masjid Itaewon dan lunch di Yello-Chicken. Pengalaman kurang menarik disini. Kami di minta order asing asing. Bila makan dah siap, tak ikut aturan kami order. Dah caca marba, masing masing lupa. Ni sapa punya, ni sapa punya. Udahle kena amik sendiri kat kaunter. Bila kami tegur, eh marah pulak orang kedai ni. Paling tak bleh blah, dia punya nak tunjukkan marah dia, berdentung dengan pintu kat kaunter tu. Well, kita pahamle orang marah kan. Tapi bukan salah kami. Ko panggil le ikut order. Tengok depa buat perangai macam tu, kami pun mengutuk dalam Bahasa Melayu. Masa tu ada dua orang pekerja je. Dissappointed sangat. And makanan pun takde le sedap mana. Boleh le...janji isi perut. 

Dari Itaewon, kami menuju ke Starfield Library, Coex Mall. Pada masa ni, anak Mashie nak jumpa kawan dia, Korean Guy. So plan jumpa di sini je lah. Sempat la mengopi dalam mall besar ni. Tapi orang meremut gila...takde beli apa pun dalam ni. Nak duduk membaca pun, tak semua buku kita paham and org mmg ramai melepak je. Takde ruang nak duduk. 

Kemudian kami balik ke Myeondong dan dinner di Restoren Kampungku. Pada saya, boleh le....tp tak cukup Korean. Macam makan Korean Food di Malaysia je. Busanjib juga yang sedap. Pure Korean Food. Dan makan, balik Hotel. Malam jalan jalan pusing Myeondong Night Market. 

Sempat beli drink kat kedai depan Kampungku. The Bus Stop nama kedai. Saya beli Latte kut. Lupa dah. Ada yang beli coklat.  Kedai ni ada tanda HALAL ya..

Dan akhirnya kami pulang ke hotel. Sebelum tu pusing pusing lagi kat Myeondong Night Market. Sampai bilik. bersihkan and tido lena. Esok last day .....