Thursday, 14 February 2013

Jalan Jalan ke Sabah - Day 2

31 Januari 2013

Di Kiram Village, Mesilau, Kundasang. 6.30 pagi dah cerah.....sekejap jer. Pastu hujan menderu.. huhuhu....takde apa yg dapek di buat. Anak anak memang malas nak jalan jalan bila hari hujan.
Pemandangan pagi di Kiram Village di pagi 31 Jan 2013

Dah agak reda sikit, kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring dan Sabah Tea. Hujan still renyai renyai. Kabus tebal. Amat berhati hati bila memandu.



Notakaki: Nak ke Sabah Tea Plantation amik masa lebih kurang 40 minit dari Kundasang. 




Sabah Tea Plantation

Kami menuju ke Sabah Tea Plantation dulu. Jalan nak naik atas...walaweyyy..sama hazabnyer macam nak pegi Mesilau Dairy Farm. Terhegeh hegeh Avanza daki bukit. Cafe kat sini mcm tak well maintain. Kain menutup kerusi pun dah buruk. Makanan tak byk pilihan dan mahal. So, kami memilih minum tea sahaja. Walaupun pada mulanya nak breakfast kat sini. Tea nye sedap..walaupun tea kosong. Akak tak tau org lain..tp pada akak, best..sejuk sejuk minum teh panas....

Dah selesai, kami menuju ke Poring Hot Spring. Semasa sampai di Poring Hot Spring, masih hujan. Tiada sekeping gambar pun di ambil..hahaa...Sejuk dan basah. Semua jadi malas....Pusing pusing saja kat situ. Mulanya ingat nak beli baju ujan. Sehelai 10 hengget. 7 orang = 70 hengget. Asbend kata, tak payah ler..makan lagi bagus..hahaha..

Ni info pasai Poring Hot Spring..PHS. Dan juga ini...PHS. Klu gugel, byk info pasai ni.

Notakaki: Dari Sabah Tea Plantation ke Hot Poring Spring lebih kurang 30 minit. 

Selesai semua, patah balik ke Kundasang. Lunch di Restoran Intan. Dapat sup tulang panas panas, nasi putih panas panas. Perut memang dah lapar. Kenyang sudaaaa........tp kami tak menerai pun chicken wing kat situ. Kata orang, sedap..ontah ler..lenkali datang lagi baru terai kut...actually kat Sabah ni, bleh dia katakan byk tempat menjual chicken wing.

gambar ehsan google
Notakaki: Restoran Intan ni terletak di atas bukit...boleh nampak dari roundabout Pekan Kundasang.


Sudah kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Kota Kinabalu. Di pertengahan jalan, singgah sebentar di Jambatan Tamparuli.




Kendian singgah di Tuaran..hahaha..xde keroje. Takde cari apa pun.....kami nak cari Pantai Dalit, tapi tak jumpa...ni plak yang kami jumpa...






Perut dah lapar. Akak ada baca kat forum CARI tentang lokan bakar. Kami pusing pusing lagi....ternampak signboard Sepanggar. Akak memang dah print segala maklumat pasai KK/Sabah. Berpandukan apa yang di tulis dlm cari.com..kami jumpa juga tempat lokan bakar. Ternampak pula signboard ke Nexus Karambunai. Asbend kata, kita jalan jalan ke Nexus dulu, kendian kita makan lokan bakar...




Banyak biawak kat Nexus Karambunai ni.... Dah penat pusing Nexus, kami pun pegi ke tempat lokan bakar.........Ini kedai yang kami pegi. Berbaloi walaupun terjah saja. Sambal belacan dan sambal gorengnyer sedap cicah ngan lokan. Kedai ni jual lokan bakar dan puding kelapa semata mata. Takde makanan lain macam gerai gerai yang lain.









Notakaki:  Nak ke tempat lokan bakar ni, sila cari signboard arah ke Teluk Sepanggar, ataupun Nexus Karambunai ataupun cari ke Politeknik Kota Kinabalu. Kena melalui hadapan politeknik KK ni (politeknik mesti di sebelah kiri ya...) dan terus akan jumpa round about. Ambil ke kiri...dan jalan terus akan nampak kedai kedai lokan bakar di tepi tepi jalan. 

Dah kenyang, kami menuju ke pusat bandar. Check in di Promenande Aparment.

Notakaki:  Pada yang nak stay di Premonade Apartment ni betul betul berada di belakang Hotel Promenade dan juga Marina Court. Jalan memang berpusing pusing sedikit nak cari. Lobi Premonade Apartment bersebelahan dengan Hong Leong Bank. Nampak kecil sahaja. Pastikan chop tiket parking di lobi.. Kalau tidak, sia sia sahaja kena bayar parking, walhal parking free jer...



Jalan Jalan ke Sabah - Day 1


30 January 2013

Awal pagi dah berkampung kat KL Sentral. Walhal bukan jauh nau dari umah..hahaha. Tp tak biasa naik bas nak ke LCCT. Flight ke Kota Kinabalu jam 7.55 pagi. So akak and family just takmo kelam kabut. Kul 5 dah ada kat LCCT. Memang awal amat. Dah check in. Bagasi xde..so tunggu ajer lah kat LCCT tu, sambil jalan jalan. Tp anak anak semua tido..haha..gasak..

Kami naik bas Aerobus ke LCCT. Tambang dewasa RM8.00 sehala. Kanak2 RM4.00 sehala. Bawah 6 tahun FOC. Tapi xde seat lah ya. Klu dua hala RM14.00 untuk dewasa. Kanak2, tak ingat. Tak sangka, ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ni. Awal pagi pun, bas penuh. Nak tau pasal tambang dan jadual perkhidmatan bas, boleh masuk SINI




gambar ehsan google
Notakaki:  Perjalanan dari KL Sentral - KLCC mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja dengan aerobus ni. 

Flight pun punctual. 7.55 pagi boarding LCCT  10.30 pagi landing Terminal 2 KKIA.

Boring memasing tunggu nak masuk flight....
dlm flight pun boring gak sorang ni..hahahha


Sampai kat Terminal 2, KKIA, En Don dari Aura Biru Services dah siap sedia menunggu dengan kereta avanza. Ambil kereta, isi minyak, jalan terus ke Kundasang.


Syarikat sewa keter yg kami pilih..


Notakaki;  Keter ni agak baru dan bersih. Terimakasih to En. Don. Senang berurusan dengannyer. 

Kereta avanza 1.5 auto


On the way ke Kundasang, singgah sebentar di Rumah Terbalik. Anak anak akak tak minat sangat nak tengok..hahhaha...sabor jer lah. So kami jalan jalan kat luar sahaja. Lagipun masuk dalam takleh amik gambar...xde apa menarik sangat. Ni link pasai RUMAH TERBALIK. Bayaran masuk RM10.00 for adults, Children RM5.00. 3 years below, free kut..tak ingat..hahhaa..




gambar ehsan google

gambar ehsan google

Notakaki:  Rumah Terbalik ni di pertengahan jalan ke Tamparuli. Lebih kurang 30 minit kut dari Pusat Bandar. Betul betul tepi jalan. Kiranya terlepas, jangan risau, di hadapan ada U Turn. Silalah u turn

Sepanjang jalan ke Kundasang, kami menikmati pemandangan yang indah dan menarik. Melintasi Pekan Nabalu. Singgah sebentar di Kinabalu Park. Sampai disini, cuaca mula suram dan mendung... huhuhu.. Untuk masuk ke Kinabalu Park ni, kena beli tiket. For Adults - RM3.00. Children - RM1.00 Tp org kat kaunter tu baik hati...RM10.00 sahaja utk 4 adults and 3 children..kekekke..







Masa ni dah hujan rintik rintik....laju2 amik gambar...

Pusing pusing dalam Kinabalu Park. Selesai saja disitu, kami meneruskan perjalanan ke Pekan Kundasang. Singgah makan tengahari dulu di Pekan Kundasang. Selesai sudah, kami pun menuju ke Mesilau Dairy Farm. Sampai di sana, cuaca makin sejuk. Langit makin mendung....Nak sampai ke Desa Cattle ni, mak aihh hazabnyer..hahaah. Sampai atas, kabus tebal. Nak amik gambar, kena tunggu kabus ilang. Kalau tidak, tak cantik pemandangan. Entrance fee:  Adult - RM3.00. Below 18 years - RM1.00

Notakaki:  Utk ke Kundasang, mengambil masa lebih kurang 2 jam. Di Pekan Kundasang ada round about. Untuk ke Mesilau Dairy Farm ni, leh nampak satu signboard , kalau terlepas, jgn risau. Ambil sahaja ke kiri...jalan terus mendaki bukit...akan nampak satu lagi signboard 

ehsan google. 






Pemadangan dari pekan kundasang




Pemadangan dari Mesilau Dairy Farm....sebelum kabus tebal.

Selesai di desa cattle, kami terus ke Kiram Village. Hujan mula turun...huhuhu...pemandangan jadi kelabu. Apa pun tak cantikk...hahaha. Kemudian kami jalan jalan ke Pekan Kundasang. Ternampak Kundasang War Memorial...tp di sebabkan hujan, rasa malas untuk keluar berjalan. Setakat pusing pusing di Pekan Kundasang sambil mencari apa yang sedap untuk di makan. Nak tau info pasai Kiram Village, sila lah masuk SINI.

Akak memilih Celery Cabin. Selesa lah untuk kami 7 beranak. Ada dua bilik...tp tak puas mandi, sbb air perlahan..hahhaha...Ni rupa Celery Cabin. Yang sebelah kanan tu ya. Yang sebelah kiri di panggil Tomato Cabin. Tp sama jer....

Gambar ehsan Kiram Village


Notakaki:  Those yg stay kat Kiram Village. Kalau turun dari desa cattle ni, belok ke kiri. Jalan terus sampai jumpa pekan kecil, belok ke kanan. Ada signboard Kiram Village di situ. So, dun wori. Takkan sesat punya..




Wednesday, 23 January 2013

Salam Takziah

Assalammualaikum...

I was on my way nak hantar Hafiy to the babysitter's house. Handphone dok berbunyi bunyi tak henti henti. Biasanya kalau hp berbunyi awal awal pagi, mesti berkaitan hal hal kekeluargaaan. Jarang sangat panggilan dari office or friends, unless something urgent. 

My sister yang called rupernyer, then she said, Wak Din just passed away. Arwah Wak Din (Kamaruddin) was the husband to Wah Ana (Zanariah). Wah Ana is my father's sister. 

We are very close to Wak Din and family. Close juga with all cousins, nieces and nephews. Umah emak pun bersebelahan jer ngan umah depa ni. 

Sudah sampai masanya. Wak Din pun memang dah lama sakit. Sakit tua. Bila dah tua, mcm mcm penyakit ada. Camner pun, Al fatihah. Moga roh arwah di cucuri rahmat. Kini sudah kehilangan satu lagi ahli keluarga dari generasi Abdul Hamid Kulup Dahaban.

Arwah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Jeliang, Manong, Kuala Kangsar Perak. We never know when is our time.

Alfatihah.....








Saturday, 5 January 2013

Happy Birthday to Haikal

and happy birthday to ibu too...hahaa..



Actually birthday Haikal falls on 3rd January and mine is on 5th January. As usual, birthday celebration just makan makan jer. Kali ni pergi Chillis pulak...

aduhai..sian anak ibu..birthday cake pun tak dapat. Pastu incident memalukan dan menyakitkan hati. So, lenkali tak payah ler kita pegi makan kat Chillis Mid Valley ni....kannn...Gambar pun tak sempat nak ambil elok elok...next year ye Haikal...ibu try to arrange your birthday molek molek mcm yang lain lain.

Incident menyakitkan hati...selepas makan, one of the chilis staff tu, bleh kejar kitaorang yang dah keluar dari restoran tu...just to claim that we didn't pay the bills. Aduhai...siap argue lagi....lastly akak kuarkan resit and showed to him. Bila dia tengok resit, he just walked away. Not even say sorry....rasa nak @#%$^&#$(@&(....Rasa nak chiliiiiissss jerk...

At that time pun dah almost 11 pm. Malas tul nak kecoh...tp still sakit hati. Ikutkan mau aje turn back and speak to the manager. Tp akak ni very slow in action..masa tu, not even thinking of that at all. Dah masuk keter, baru terasa nak @#@*(&$(@#*&%(.......hahahha..

Btw, done is done. Dah komplen thru website. Mmg banned terus Chillis Mid Valley. Yang kat mid valley jer la...kat tempat lain, pegi gakk........hahhaha..







Monday, 24 December 2012

Makeover by Victoria Jackson

Alang alang dah penah membeli barangan cosmetic ni...why not, jom kita try makeover pulak..haha. Akak sajer jer...bukan suka bermekap sgt...tp just want to try..

Ni kawan akak..illa....tak amik gambar sebelum...huhuhu...Kalau nak tahu lebih lanjut pasal cosmetic VJ ni....bleh masuk SINI







Saturday, 15 December 2012

I LOVE YOU

Very nice article. Written by Sheikh Khalid Yasin. 

http://www.facebook.com/FansOfShiekhKhalidYasin/posts/447720601955099


‎"After 21 years of marriage, my wife wanted me to take another woman out to dinner and a movie. She said, “I love you, but I know this other woman loves you and would love to spend some time with you.”

The other woman that my wife wanted me to visit was my MOTHER, who has been a widow for 19 years, but the demands of my work and my three children had made it possible to visit her only occasionally.

That night I called to invite her to go out for dinner and a movie. “What’s wrong, are you well?” she asked.

My mother is the type of woman who suspects that a late night call or a surprise invitation is a sign of bad news. “I thought that it would be pleasant to spend some time with you,” I responded. “Just the two of us.” She thought about it for a moment, and then said, “I would like that very much.”

That Friday after work, as I drove over to pick her up I was a bit nervous. When I arrived at her house, I noticed that she, too, seemed to be nervous about our date. She waited in the door with her coat on. She was wearing the dress that she had worn to celebrate her last wedding anniversary. She smiled from a face that was as radiant as an angel’s. “I told my friends that I was going to go out with my son, and they were impressed, “she said, as she got into the car. “They can’t wait to hear about our meeting.”

We went to a restaurant that, although not elegant, was very nice and cozy. My mother took my arm as if she were the First Lady. After we sat down, I had to read the menu. Her eyes could only read large print. Half way through the entries, I lifted my eyes and saw Mom sitting there staring at me. A nostalgic smile was on her lips. “It was I who used to have to read the menu when you were small,” she said. “Then it’s time that you relax and let me return the favor,” I responded. During the dinner, we had an agreeable conversation – nothing extraordinary but catching up on recent events of each other’s life. We talked so much that we missed the movie. As we arrived at her house later, she said, “I’ll go out with you again, but only if you let me invite you.” I agreed.

“How was your dinner date?” asked my wife when I got home. “Very nice. Much more so than I could have imagined,” I answered.

A few days later, my mother died of a massive heart attack. It happened so suddenly that I didn’t have a chance to do anything for her. Some time later, I received an envelope with a copy of a restaurant receipt from the same place mother and I had dined. An attached note said: “I paid this bill in advance. I wasn’t sure that I could be there; but nevertheless, I paid for two plates – one for you and the other for your wife. You will never know what that night meant for me. I love you, son.”

At that moment, I understood the importance of saying in time: “I LOVE YOU” and to give our loved ones the time that they deserve. Nothing in life is more important than your family. Give them the time they deserve, because these things cannot be put off till “some other time.”

May Allah (SWT) bless our mothers and fathers, Ameen!


Monday, 3 December 2012

Berkhatan

02/12/2012


Haikal dan Hakim sudah selamat di khatankan pada 02/12/2012. At first, we thought of doing the majlis kat kampung. Tp tu la...emak tak braper sihat, the rest ada kat KL. Who wants to manage everything. So at the end, tumpang majlis adik ipar ajelah. Dia pun nak sunatkan anaknya.

Semasa Harith dan Haziq dulu, mereka berkhatan di Hospital Kuala Kangsar. Masa tu, we decided to sunatkan mereka secara tradisional. Cara lama. Potong dan jahit. Kali ini memikirkan kasihan pada anak anak..hehehehehe..Teringat-ingat lagi semasa dalam perjalanan pulang dari hospital ke kampung, Harith dah mula menangis. He couldn't endure the pain. Maybe masa tu ubat bius dan mula hilang. So, kali ni guna clam sajalah ya.




Sementara menunggu waktu untuk di sunatkan..kekekke

Hakim selepas bersunat. 


Actually, i have no idea at all, what types of clamp yang ada kat klinik. People are saying about smartclamp. Tp smartclamp pun akak takleh nak bayangkan macamana..heheh

Actually, there are several types of clamps. Smart Klamp, Pestible Plastibell clamp (lupa ejaannyer camner. Kena tengok balik slip yang clinic bagi), alis klamp (kalau tak silap akak...ni yg akak nampak kat klinik la ya..)

Smart Klamp, I'm sure semua orang dah biasa dengar. Haikal menggunakan Smart Klamp.

Ni ruper Smart Klamp. Gambar ehsan google


Pestible Plastibell clamp...akak pun first time dengar. Sbbnya, Hakim menggunakan this type of clamp. Ni ler rupa pestible plastibell clamp bila dah tercabut. Masa lepas sunat, mcm pelik gak. Ini ker rupa clamp tu. Rupernya ada beberapa jenis clamp. Sbb Hakim ni kecik jer badannya, so boleh guna this type of clamp. Adoii..mcm macam lah zaman technologi skrang ni.



Pestible Plastibell clamp


But to be honest, akak prefer cara lama. Walaupun guna clamp, it seems that, it took quite sometime gak for them to recover.  Waktu utk sembuh lebih kurang mcm kena jahit. Cuma rasa sakit tu kurang la.  Bebudak tak risau kalau nak berjaga jaga sangat kat bahagian tu. Dah 2 minggu bebudak ni....tak gak elok elok lagi..hehhee..Klu jahit, takyah susah susah nak bukak clamp. Nak tunggu clamp tercabut..kekek...Paling paling pun tunggu jahitan sembuh....Takperlah..watever it is…dah bersunat pun. ..Ikut pilihan masing masing ler....