Ahad - 16hb Februari 2014
Mood malas nak perabihkan citer Jakarta Bandung Jakarta ni..
Hari ke 3 di Bandung. Mengikut perancangan, hari ni menuju ke Jakarta tetapi akan singgah di Safari Bogor. Hari ni ramai betul tetamu di La Nostalgie Guest House ni. Tetapi Ibu Risti memang sangat baik. Dia risau betul bila melihat anak anak saya belum sarapan. Risau makanan habis agaknya. Ye lah..sbb mungkin dia menyediakan sarapan yang terhad kut. Kebetulan hari tu ada pulak satu rombongan dari sebuah persatuan di Indonesia menginap disitu. Mereka juga, selepas sarapan, akan terus ke Jakarta.
 |
| Muka ceria lagi sambil menunggu supir |
 |
| Bersama ibu risti dan pak halim |
Seawal 8.00 pagi kami sudah bersedia menunggu supir. Mula mula menunggu kami okay lagi. Bila dah mula menginjak ke jam 9.00 supir x datang, saya dah gelisah. Jam 10.00 x muncul, hati lagi mengelabah. Saya cuba menghubungi Tony (yang arrange transport), tp tak dapat. No hp redza saya tak ambil pula. Hari sebelumnya, dia kata driver lain yang akan ambil kami....pd kami tak jadi masalah, asalkan ada driver. Setelah mencuba byk kali, saya minta tolong Pak Halim dan Nola (reception La Nostalgie) menghubungi org yang arrange transport ni (sbb mereka kenal dengan Tony), tapi tak berjaya juga.
Jam 10.30 x muncul, kami nekad mencari supir lain. Anak anak pun masing masing dah jemu. Pak Halim dan Nola berusaha keras mencarikan transport untuk kami. Pada masa tu, kami buat keputusan, membatalkan saja rancangan ke Safari Bogor, terus balik Jakarta sahaja. Setelah selesai urusan, dengan jasa baik Pak Halim, kami semua pun meletakkan barang di dalam kereta untuk ke tempat Cipaganti (kenderaan minivan yang bakal kami naiki ke Jakarta). Elok sahaja kami mahu berangkat, supir pun sampai. Pak Halim terus menanyakan bermacam mcm soklan kepada supir yg baru sampai akan perihal kelambatannya. Saya tak paham bahasa Indonesia, yang mana akhirnya, Pak Halim tidak mencadangkan langsung kami mengikuti supir yang baru ini. Memandangkan Pak Halim (owner
La Nostalgie Boutique) juga tidak mencadangkan kami mengikut supir yang baru ini, kami akur sahaja kerana pada kami Pak Halim lebih mengenali orang dari daerahnyer sendiri. .
Saya enggak percaya lagi, kata Pak Halim. Saya kenal sama Tony, tetapi saya tidak kenal dengan supir ini. Saya tidak mahu nanti entah kemana mana dibawanya ibu dan bapak juga anak anak. Bagaimanapun, saya tidak mahu melabelkan apa apa ttg mereka ini, cuma mungkin nasib kami sekeluarga tidak begitu baik kerna supirnya lambat.. Boleh saja kami meneruskan perjalanan ke Safari Bogor dan langsung terus ke Jakarta....tp mendengarkan kata kata Pak Halim, kami membatalkan niat kami. Dan pada masa itu juga, mood kami untuk ke Safari Bogor juga memang sudah terbantut.
Pak Halim menghantar kami sekeluarga ketempat untuk menaiki Cipaganti. Segala urusan, Pak Halim yang selesaikan. Kami cuma perlu membayar harga tambang Cipaganti sahaja sebanyak RP100,000 seorang. (RP700,00 untuk 7 orang). Saya berterimakasih banyak banyak pada Pak Halim. Saya bersyukur, mujur saya menginap di La Nostalgie yang mana ownernya kenal dengan orang yang menguruskan kenderaan kami. Memandangkan kami belum membuat pembayaran transport, saya cuma meninggalkan duit bayaran kepada Pak Halim untuk diberikan kepada Tony. Based on trust sahaja. Walaupun bagaimanapun ada juga dibuat surat pengesahan penerimaan wang antara saya dan Pak Halim. Kalau ikutkan hati yang marah, rasa xmo bayar jer..hahhaa..tp pk pk......tak baik kan...
 |
| Cipaganti |
Tepat jam 12.00 tengahari, kami menaiki cipaganti terus ke Jakarta. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2-3 jam. Laju juga driver ni bawak. Sampai di Jakarta, kami mengambil teksi untuk ke
MaxOne Hotel. Orang kata, naik teksi bluebird, teksi yang boleh di percayai di Jakarta. Hmm..ntah ler ya...sbb kami di bawa pusing pusing ntah kemana, walhal Maxone Hotel tu dekat sahaja dengan tempat Cipaganti ini berhenti. Malah sebelum tu, saya bertanyakan kepada orang yang lalu lalang di situ, Maxone Hotel cuma di hadapan jalan yang lurus sahaja. Akhirnya kami dikenakan RP30,000 dan RP35,000 untuk dua buah teksi. Perjalanan sama, tp jumlah bayaran x sama.
MaxOne Hotel Sabang
Jl KH Agus Salim, No. 24
Central Jakarta
Notakaki: Bagusnya menginap di Maxone Hotel ni kerana sepanjang panjang jalan, penuh dengan gerai gerai makanan, restoran dan juga pasaraya. Jadi kami tidak perlu bimbang untuk mencari tempat makan.
Maxone Hotel ni kecik jer. Nak solat payah sikit..jenuh kena ejas kedudukan. Bilik air pun comel. Tp sekadar nak tidur, tak jadi hal. Interior deco memang menarik..
Selepas check in, kami terus menuju ke National Monument Indonesia (MONAS) dengan berjalan kaki sahaja. Berpeluh juga ko...hahhaha....punyalah ramainyer orang di kawasan Monas ni. Kami cuma jalan jalan di luar sahaja. Beli air kat sini..mencekik betul.....
Ada satu pertunjukan disini, menggunakan kanak kanak. Di balut dengan kain..tak tau nak buat apa. Tp sy andaikan mungkin agaknya nak bakar kut..sbb org tu siap kumur kumur dengan minyak tanah,sambil main main api....kami tak tengok sampai habis. Tak minat dan tak berani. Sekadar pusing pusing jer kat dataran ni..lepas tu balik hotel.
Malam kami dinner di Restoran Natrabu ni. Walaupun byk kedai kedai makanan di sepanjang jalan berhampiran hotel, tp sy lebih suka memilih restoran. Dah kenyang makan, balik hotel, tido. Esok nak pergi Tanah Abang pula.
Sepanjang berada di Jakarta / Bandung, peruntukan lunch/dinner bagi kami 7 beranak, setiap kali makan, harga x jauh bezanya. Kami akan membayar lebih kurang RM120.00 utk 7 orang = RP400,000 (hampir setengah juta ko..hahhaha). Satu hari untuk lunch and dinner RM240.00. 4 hari RM900.00++. Redha jer..anak ramai..kekekkee.. (itu anggaran saja ya..ada kala kami bayar kurang)