Sunday, 4 May 2014

Krabi - Day 1 Part 1

30 April 2014

Flight ke Krabi berlepas jam 7.00 pagi dari LCCT. First time travel dengan Kak Zu, and 2nd time travel bersama Lina, and 3rd time travel sama Illa. Kak Zu and Lina memang kaki jalan....diaorang selalu travel sama sama. My travel partner, selalu bertukar bersilih ganti eh....hehehe..it doesn't matter kan. Janji ada kawan untuk gi jalan jalan. Yang penting enjoy dan happening.

While waiting nak masuk boarding gate

Tumpang sekaki pakwe sebelah ni..kekekeke (before take off)
Perjalanan ke Krabi mengambil masa 1 jam 25 minit. But we reached ealier dari expected time arrival. Dalam flight isi embarktion card siap siap, supaya sampai Krabi idakler baru terhegeh hegeh nak isi. Lengang jer Airport Krabi ni di pagi hari. Sampai di Krabi Airport, xde ler strict sgt mcm sesetengah airport di tempat lain. Smooth aje urusan kami.


Keluar je dari arrival hall, kami nampak booth ni. Semua dok pi serbu..hahaha..almaklum..klu dah biasa dengan penggunaan internet, kalau xde internet, rasa hidup tak lengkap. Nak on data roaming, takut bill melambung lambung. Inilah pilihan yang ada...tp murah sangat pada saya. THB200.00 untuk 3 hari, unlimited. Huh...gunakan internet sepuas hati....and simcard adalah percuma. Dan jangan risau, suruh aje orang tu buatkan semua. Dah siap, boleh guna.




Kemudian kami cari taxi. Amik kat epot je. Malas pikir pikir...hahaa..travel mcam orang banyak duit eh...semua aci redah. Ingatkan dapat taxi kecik, rupanya dpt van beso. Belasah je janji sampai Aonang Beach. Kena bayar THB600 per van. Pokcik driver ni bawak kami ke salah satu travel agen yg ada kat sini. My doter..dia ckp...my doter works here. Kitaorang angguk jer...Tp dlm kepala memasing, mmg takmo amik. Lagipun paling rendah dia bleh bagi THB1200. Kami kata, we will call back to confirm.




Sian pakcik tu, gigih dok promot soh amik pakej ngan travel agent tempat doter dia bekerja. Kami meneruskan perjalanan ke Nine Hotel @ Aonang, the first impression bila masuk lobby hotel...uhh..Semua pandang antara satu sama lain tanpa berkata kata. Tetapi boleh di baca dari airmuka, ada yang tak kena dengan hotel ni.


Alasan takmo stay terus kat Nine Hotel

  1. Each floor ada mende ni. 1st Floor warna purple, 2nd floor warna pink, 3rd floor warna hijau. Sy dpt bilik at 3rd floor. Kalau nak keluar, buka pintu, terus nampak mende warna hijau tu (kat luar bilik, bukan dalam bilik). Pada sesetengah org, maybe takde apa apa kut. Maybe saya penakut terlampau sudah. Kawan saya okay je. 
  2. When we entered the lobby, we smelled food. Dan baunya amatlah tidak menyenangkan. 
  3. Lantai kat lobby sticky, and we had to leave our shoes outside the lobby. Tp kami bawak gak kasut masuk dalam hahah. Yang lain lain, hotel ni bagus. Bilik besar, katil besar, hotel bersih dan nampak baru.
Gambar google
Pastu bila nak check in, takleh bayar guna cc (bukan alasan besar sgt yg ni..). Mcm nak nangis akak tau sbb opkos bajet lari. Duit hotel semer kengkawan dah bagi kat akak. Akak tukar duit THB sikit jer sbb konpiden jek nak bayar hotel guna cc. Duit yang kengkawan bagi pun sebenarnya dah pi bayar kat cc siap siap. Tu la, saper suruh tak baca terms betul betul dlm booking.com tu kan. adeiii, klu gi travel, ada jer hal. Seronok sungguh lah buat hal hal gini...kekkeee. Dan selepas nego lebih kurang, we decided to stay only for one night. Malam kedua, cari hotel lain. Kami tinggalkan barang barang kat lobby hotel, pastu tahan tuk tuk untuk ke Aonang Beach yang mana menurut dlm booking.com  hanya 5 minutes walk from the hotel, but according the staff hotel, it is 15 minutes walk.
Lupa nak snap hotel, tp ter snap coffee shop jer..


Nine Hotel dari seberang jalan. Ada construction kat sebelah. Aonang Goodwill yg org perkatakan BEST tu, sederet jer ngan hotel Nine ni. Kena menapak lagi ke atas ke sebelah kanan. 


Sesambil menunggu tuk tuk, we saw this guest house (opposite Nine Hotel). Terus masuk tanya kalau kalau ada bilik kosong...and we were lucky, sbb ada and we decided to stay kat sini utk malam kedua. Dan pada masa yang sama, kami ambil pakej island hoping dengan Lanna Beach. Dapatlah harga THB1000 per person. Untuk bilik pula, kami dpt THB500 per room. Ada dua jenis bilik kat Lanna Beach ni. Satu bilik lagi tu harga THB1000 per room. Besar dan ada balkoni. Yg kami ambil tu, xde tingkap pun. Tak kisah, sbb nak tido jer.







Beginilah rupa bilik di Lanna Beach. Ruang kecil sahaja. Telepon pun xde. Yg ada cuma peti ais kecil dan rak tempat letak barang.

Notakaki: Gambar bilik kat Nine Hotel xdan nak snap. Dah penat sangat. Cuma fikir nak tidor jer bila sampai hotel. Bilik Nine Hotel besar. Bilik airnyer pun besar.






Itinerary / Bajet - Trip to Krabi







Bajet 3 hari 2 malam

30 April 2014 - 02 Mei 2014

Flight ticket
Air Asia - 52.00 (Pergi)
MAS - 167.00 (Balik)
Hotel @ Nine - 65.00 - 1st night
Lanaa Beach Guest House - 25.00 - 2nd night
Island Hoping - 100.00
Makan/Transport/Jajan - 150.00

Total - RM559.00 per person...

Shopping
Handbag - 100.00
Souveniers - 120.00
T Shirt - 105.00 (7 helai)
Dress - 25.00 (sehelai)

Total - 350.00

Jumlah keseluruhan - RM909.00

erk...banyak tu jer..hahha..mcm x caya lak....

Untuk itinerary...yg sebenarnya kami tak buat itinerary pun. Semua aci redah.

Day 1
Jalan jalan sekitar Aonang Beach
Lunch @ Chaba Thai Kitchen
Jalan Jalan ke Krabi Town
Pusing keliling kampung
Tempat pembiakan ikan
Pasar Malam
Jalan jalan dan shopping di sekitar Aonang
Check in Hotel @ Nine
Dinner
Tidur

Day 2
Breakfast
Check out @ Nine Hotel
Island hoping (8.30 - 4.30)
Jalan Jalan dan Shopping lagi sekitar Aonang
Dinner
Check in @ Lanna Beach Guest House
Tidur

Day 3
Breakfast
Back to Airport
Depart Krabi




Monday, 14 April 2014

Restoran Happy Owl

Makan makan dan jalan jalan adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan dari saya...hahaha. Suka makan, suka jalan dan suka berangan.

Kali ni, pergi makan di Restoran Happy Owl di Simpang Pulai. Kalau di lihat dari kacamata saya secara kasar, biasa jer restoran ni. Sama seperti restoran restoran yang lain. Cuma yang membawa perbezaan disini adalah...OWL atau BURUNG HANTU. Sbb tu dinamakan Happy Owl.  Ada burung hantu di sini you...those yang tak pernah melihat burung hantu secara live, boleh lah datang ke sini sambil menjamu selera.

















Banyak lagi menu lain yang ada. Cuma saya sempat snap yang ni je. Ada juga nasi goreng, mee goreng, kueteow goreng...





Monday, 31 March 2014

Restoran Tasik Raban, Lenggong

Dah hampir 21 tahun saya berkahwin dan sentiasa berulang alik dari Kuala Lumpur - Kuala Kangsar - Lenggong. Namun tidak pernah sekali pun saya singgah di mana mana restoran di Lenggong. Sebelum ni ramai juga orang memperkatakan tentang Restoran Tasik Raban...tp mmg tak penah ada hati nak singgah..hehhee..Paling paling pun, singgah mandi manda di Lata Kekabu . Muzium Arkeologi Lenggong pun tak pernah sampai..hahhaha..malu nak mengaku orang Perak...So, this is the first time saya singgah. Malang bagi saya...kesemua ikan bakar yang ada di sini adalah ikan sungai...huhuuhuh...maka pandang aje lah ya..

Notakaki: kebanyakan ikan sungai saya tak makan especially keli, talapia, haruan, sepat segar, patin. Tp saya makan ikan puyu kering, ikan sepat kering juga ikan pekasam - bergantung pd ikan sungai jenis apa juga, sbb some of the ikan memang tak boleh masuk tekak saya. Dah pernah cuba, tp x daya nak telan. Abang saya kata, mengada ngada..hahaha. Bukan saya seorang jer tau, my sisters pun x makan. Abang2 jer yg adventure lebih. Sbbnya jadi gini, semasa saya kecik kecik dulu,  emak tak makan ikan sungai, dah abah tak pernah beli ikan sungai, walaupun kami duduk di kampung.

Waktu Operasi:
Setiap hari jam 11.00 pagi - 04.30 petang



Nama jer Restoran Tasik Raban. Tp bukan dekat sebelah tasik pun. Maybe (maybe...sy pun tak pasti...maybe dulu dulu restoran ni di sebelah tasik kut. Sebab kalau ikut jalan lama sebelum ada hiway, mmg ada restoran di sebelah tepi tasik Raban)


restoran dari hadapan
antara ikan bakar yang ada