Wednesday, 18 July 2018

Majlis Perjumpaan Keluarga & Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2018

7 Julai 2018 (23 Syawal 2018) - Sabtu

Majlis Perjumpaan Keluarga dan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Waris Haji Itam bin Lebai  Mat dan Hajjah Jaayah binti Alang. Kedua mereka adalah ibu dan bapa kepada ibu mertua saya, iaitu ibu kepada suami saya. Pangkat atuk  suami saya la. Kalau yang pernah baca cerita tentang keluarga sebelah suami saya, dimana arwah bapa mertua pernah mempunyai 3 isteri. Ibu kepada suami saya adalah isteri yang pertama. Dan saya juga tidak pernah sempat untuk bertemu dengannya, kerana di saat saya bergelar isteri kepada suami, arwah ibu mertua sudah pun tiada. 

Perancangan ini saya tidak tahu siapa yang mulakan. Saya difahamkan bahawa saudara mara sebelah ibu kepada suami mempunyai wasap group (saya dan suami didalam group tersebut...hehehhe..). Dan dari situlah perancangan bermula. Kami cuma mendapat maklumat dari adik ipar sahaja. 

Antara ibu dan bapa saudara suami sebelah ibu, saya hanya mengenali beberapa orang sahaja. Jarang sekali bertemu dengan mereka. Begitu juga dengan sepupu sepapat suami saya. Kecuali adik adik ipar, mereka lebih mengenali kerana mereka membesar bersama-sama. Tapi itu bukan penghalang untuk saya menghadiri majlis yang di anjurkan.Tidak ramai adik adik ipar yang dapat bersama di hari ni, kecuali abang ipar yang ke2 berserta keluarga, adik ipar yang bongsu sekeluarga (dari ibu yang sama) dan juga saya dan suami sekeluarga. Memandangkan ini adalah majlis sebelah ibu yang pertama, maka adik beradik dari ibu ibu yang lain tidak hadir.

Yang hadir


Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar di Kelab Golf Danau, UKM.Lebih kurang 60 - 70 orang dapat menghadiri kan diri, termasuk keluarga dari Indonesia (maaf..saya tidak sempat berkenalan pun - saya juga di pahamkan bahawa arwah Haji Itam berasal dari Indonesia). 

Arwah ibu mertua saya mempunyai 9 adik beradik. 6 lelaki dan 3 perempuan. 3 darinya telah pun pergi di jemput Illahi termasuk arwah ibu mertua, maka hanya tinggal 6 sahaja. Tidak dapat kepastian arwah ibu mertua anak yang ke berapa (kena tanya asben semula...hahahhaha). 

Yang masih ada. Pak Cik Yahya, Pak Uda, Pak Anjang, Pak Lang, Makcik Bita, Pak Cik Nuar
 Itu adalah nama nama panggilan kami kepada pakcik makcik yang tinggal. Nama sebenar...hmm.. (saya kena tanya suami saya juga...hahahah).

Pakcik pakcik bersama pasangan masing masing. Makcik tiada dalam gambar, datang lewat. 

Sebagai ingatan untuk diri saya di masa akan datang, maka saya paparkan gambar mereka di sini. Semoga ikatan silaturrahim terus berpanjangan hingga ke masa masa akan datang. Juga semoga kemesraan terus terjalin diantara kami. 








Friday, 22 June 2018

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2018

15 June 2018

Terkilan gambar kelabu. Sbb mintak tolong org amikkan...huhuhuh

Spot yang sama di kampung untuk setiap tahun...hehehhe



***hijau lagi....hahahaha




Putu Perak


My favourite setiap kali balik kampung. Putu ni susah nak jumpa kat tempat lain. Dan tak semua orang sukakannya. Sedap di makan ketika masih panas panas. Kalau dah sejuk rasa liat sedikit. Putu ni dah bertahun tahun diusahakan di kampung saya semasa saya di sekolah rendah lagi. Dulu dulu, tepung beras dan tepung pulut di tumbuk menggunakan lesung kaki. Beras dan pulut juga direndam lama untuk pastikan betul betul lembut. Sekarang dah makin moden, tak taulah camner orang buat nyer...hehehee. 

Mak saya kalau tau kami nak balik, mesti siap order sebekas. Masih ada yang meneruskan legasi pembuatan putu perak ni. Alhamdulillah....

Resepi...hmm...saya tak pasti. Yang saya tau bahannya adalah beras dan pulut dikisar. Sedikit garam dan gula kut. Dan isi kelapa parut sebagai inti. Dikukus seperti putu piring. Menggunakan acuan khas. Sama macam pembuatan putu piring cuma bahan bahannya sedikit berbeza. 






Wednesday, 9 May 2018

Piliharanraya 2018

9 May 2018 (Rabu)

5 tahun sudah berlalu. Ini adalah kali ke2 saya menjadi pengundi Lembah Pantai. Tak larat nak beulang balik ke kampung mengundi, maka selepas pilihanraya di tahun 2008, saya menukar tempat mengundi. Kali pertama mengundi di Lembah Pantai pada tahun 2013.

Gelombang pilihanraya kali ni lain macam. Entahlah...hahhaha. Saya dah suami kekonon takmau pergi lambat. Pergi awal, balik awal...hahaha..jenuh beratur. Okaylah...5 tahun lagi, kita datang lambat sikit lah. Sebab masa tahun 2008, urusan pengundian cepat je. Maybe ramai yang datang awal, dan kami datang di sebelah petang. 

Comot jari...


Selepas penat berbaris mengundi, singgah lunch di Lubuk Bangku. Ramai yang mengatakan, restoran ni disukai ramai. Siap masuk rancangan JJCM lagi. Ramai orang datang makan disini..... hmmm..berpuluh tahun tinggal di Bangsar, ini baru kali pertama mahu mencuba...hahhaha. 

Alamat:  25, Jalan Abdullah, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 






Okay jugalah makanannya. Tapi a bit pricey pada saya. Well...sekarang pun semua serba mahal. Selepas mengundin, kami lepak lepak di rumah, sambil menantikan keputusan piliharanya. Saya tak mampu menunggu lama. Akhirnya mata layu jua. 


Bangun pagi di 10hb Mei 2018, seperti baru berada di negara baru...hahaha...konon. Suami mengatakan bahawa kerajaan telah bertukar....hmmm...antara percaya dengan idak, berulang kali saya bertanya....betul ke....betul ke....Sungguh....memang tidak percaya. 

Apa pun, keputusan telah termaktub. Maka, marilah kita bersama di bawah kerajaan baru..huhuhuhu..






Thursday, 15 March 2018

Road Trip to South Island, New Zealand (Wrapped Up)


We started our journey from 14th September 2017 - 25 September 2017. Hari pertama di Sydney, Australia and hari hari yang seterusnya adalah di South Island, New Zealand. Dan 3 hari terakhir adalah di Sydney juga. Terlalu banyak tempat menarik dan cantik cantik di New Zealand yang mana adakalanya tidak ter capture melalui camera. Kenalah datang untuk melihatnya sendiri....Saya sekadar berkongsi pengalaman yang maybe tidak sama dengan pengalaman orang lain. Yang baik boleh diikuti, yang tidak itu abaikan sahaja.

Preparation

Expenses

Accommodation - Sydney Australia & South Island, New Zealand

Day 1 - Kuala Lumpur - Sydney  - Christchurch

Day 2 - Christchurch - Oamaru - Dunedin

Day 3 - Dunedin - Kaka Point - Te Anau

Day 4 - Te Anau - Milford Sound - Queenstown

Day 5 - Queenstown

Day 6 - Queenstown - Glenorchy - Arrowtown - Cromwell - Wanaka - Omarama

Day 7 - Omarama - Twizel - Mount Cook - Lake Tekapo

Day 8 - Lake Tekapo - Christchurch

Day 9 - Christchurch  - Sydney

Day 10 - Sydney Australia

Last Day - Sydney - Kuala Lumpur

Tips Tips di New Zealand


Oamaru Blue Penguin Colony
Somewhere in South Island
Moeraki Boulders
Queenstown
Lindis Pass
The Nugget Point Light House
Kaka Point
Glenorchy
High Country Salmon, Twizel











Monday, 19 February 2018

Neka Cafe

17 February 2018

Kesian anak anak mereput kat umah. Jom kita jalan jalan cari makan. Actually, bab jalan jalan cari makan ni biasa sangat dah. Cuma kengkadang akak malas nak haplod kat blog. Rajin haplod kat ig je...hahhaha.

Google je lah kat mana nak gi makan makan ni. Actually saya pun tak tau nak makan kat mana. Then anak no 2 sajes makan di Neka Cafe ni. Okay..moh kita. 

To me, okaylah food kat sini. Tapi service a bit slow. Berjinggut tunggu makanan sampai. Nak order, kena order kat kaunter ya. Takde orang amik order kat meja. Depa bagi menu je. Pastu pilih and sila ke kaunter. 

Kami ber7, saya order Neka Sejoli kongsi ngan asben. Air pula honey lemon tea, sweet corn, root beer dan ice cream soda. Si sulung order apa ntah...hahhaha. No 2 and no 4 order nasi putih with tomyam merah. Harga boleh le. Takde le mahal sangat. Makan ber7 kenalah dalam RM140.00 gitu. 

The rest takde komplen. Cuma lambat dapat makanan je lah. Air hampir hampir nak habis, baru makanan sampai. Knowing anak anak hakak.......suka perabis minuman.

Neka Cafe
My little bam bam dengan spageti carbonara dan juga kentang goreng. Abaikan mak yg mendongak tu
Spageti carbonara
Neka Sejoli 
Neka Sejoli ni untuk 2 orang makan. Ada 2 nasi putih, semangkuk tomyam merah, semangkuk sayur campur, ayam macam masak paprik, sambal ulek dan dua keping telur dadar. Puas makan sebab telur dadar nyer besar. 

Si sulung punya, tak ingat nama
Untuk si no 3
No 2 dan no 4 punya, tiada dalam gambar. Sebabnya tak sempat nak ambil gambar, depa dah bedal dulu. Kelaparan al kaedahnya....hehhhe. Saya rekemend kedai ni. If tak kisah menunggu. Kecil je cafe nye, boleh memuatkan dalam 20 - 25 orang macam pada satu satu masa. Ada juga dessert seperti velvet cake, pandan cake juga tart chocolate. Kalau suka suasana cosy, bolehlah datang sini....Pada masa kami datang, ada orang celebrate birthday.

Untuk info selanjutnya boleh ler masuk FB: Neka Cafe. IG: nekacafe. Kat mana Neka Cafe ni...Neka Cafe kat sini ya...Address9-G, Jalan SS15/8B SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor






Sunday, 11 February 2018

Baling Belakang - Restoran Sahabat

Pernah terbaca di satu blog akan kesedapan makanan di restoran ini. Maka saya pun macam biasa, mahu mencuba. Maka kami 7 beranak sekeluarga, makan malam di sini. 

AddressNo, 2, Jalan BK 9/2, Bandar Kinrara 9, 47180 Puchong, Selangor
Hours
Opens 11:30AM

Okay je pada saya. Harga reasonable. Faktor WOW tu...hmm...susah juga nak puaskan perut saya ni ya, walaupun saya bukan lah jenis cerewet makan. Dalam erti kata lain, puas hati jugalah makan. Kami order shell out sahaja. Senang. Lambak je atas meja, makanlah bersama sama. Ada juga menu menu lain.