Tuesday, 14 August 2018

Seoul Garden Hot Pot


Satu lagi restoren yang menjadi kegemaran saya untuk mencuba Korean Food ialah Seoul Garden Hot Pot. Seoul Garden Hot Pot ni adik beradik Seoul Garden. And outlet SG Hot Pot ni tak banyak. Yang ada cuma di Sunway Putra Mall, IOI Mall Puchong, Main Place USJ dan Dpuzle Shopping Centre, Cyberjaya. Ini adalah area berdekatan Kuala Lumpur dan Selangor la ye. Tempat tempat lain, boleh tengok list of outlet kat SINI

Lain orang lain citarasa. Saya dah cuba juga tempat tempat lain, tapi lebih suka SG Hot Pot ni. Ini adalah antara apa yang saya pernah cuba makan di SG Hot Pot. 


 






Wednesday, 25 July 2018

South Korea Spring 2018 (Wrapped Up)

Perjalanan bermula pada 30hb March 2018 hingga ke 6hb April 2018 untuk musim bunga pula. Masih mengekalkan travelmates yang lama dan seorang yang baru. Bermula dari Kuala Lumpur, turun di Busan berangkat ke Jeju Island untuk 4 hari, dan seterusnya ke Seoul, South Korea selama 4 hari sehinga 6hb April. Secara keseluruhan, saya berpuas hati untuk trip kali ini walaupun ada beberapa incident yang tidak dapat di elakkan. Boot ku pecah tapaknya...huhuhuh dan terpaksalah membeli kasut baru walaupun hanya selipar.

Spring Trip to South Korea - Preparation

Spring Trip to South Korea - Itinerary

Day 1 - Busan - Jagalchi Market - Gukje Market - Gamcheon Cultural Village - Depart to Jeju Island 

Day 2 - Jeju Island - Yongmoeri Coast - Jusangjeolli Cliff - Cheonjeyeon Waterfall - Hallasan National Park - Yongduam Rock

Day 3 - Jeju Island - Gasiri Canola Flower Farm - Cherry Blossom Nokran Road - Seongsan Illchulbong - Seopjikoji - Jeolmul Forest Recreatiano Park - Woljeongri Beach

Day 4 - Jeju Island - Andeok Valley - Teddy Bear Museum - Yellow Cafe - O'Sulloc Tea Museum - Dongmun Market - Depart to Seoul

Day 5 - Seoul - Ehwa Women University - Namdaemun Market - Seoullo Park - Coex Starfield Library - Yang Good Korean Lamb BBQ - Myeondong

Day 6 - Seoul - Gyeongbukgong - Bukchon Hanok Village - Insadong - Myeondong 

Day 7 - Seoul - Garden of Morning Calm - Kwangjang Market - Lotte Mart, Seoul Station - Myeondong

Day 8 - Seoul - Namdaemun - Sinchon - City Hall - Gwanghwamum Square - Myeondong - Depart to Airport


Gamcheon Cultural Village, Busan
Woljeoring Beach
Yongmoeri Coast
Ehwa Women Universiti
Sepanjang jalan di Pulau Jeju
Yongmoeri Coast
Teddy Bear Museum
Gyeongbukgong
Ehwa Women University
Gyeongbukgong
Garden of Morning Calm 
Sinchon Area
City Hall






Monday, 23 July 2018

Regalia Suites Residence, Kuala Lumpur

Weekend xtvt together with #guj #gengukurjalan for 2 days 1 night. Best Regalia ni. And paling best, the  Infinity Pool kat 37th Floor. Regalia Residence ni ada 3 block. The one that we booked tu namanya Milan, Block C. Block A & B tak tengok pun apa namanya...hahaha. 

Ada dua pool kat sini. Satu kat Block C, dan satu lagi kat Block yang sebelah - Infinity Pool (saya tak ingat nama Block itu. Blok A kut.....hahhahaa). Untuk masuk ke kawasan apartment ni, kena ada card. Sama macam apartment/aparthel yang lain. Perlu touch card, and tekan level mana nak pergi. Sama juga kalau nak ke Sky Pool/Infinity Pool kat tingkat 37 tu. And nak masuk kawasan pool, kena bagitu no unit, dan berapa orang. Strict giler dia punya security. Nak mandi, cotton tshirt or tracksuit tak boleh ya. Swimming suit sahaja. If pakai jersey tshirt, masih boleh consider. Sangat menarik pemandangan di infinity pool ni.

View from 37th Floor - Infinity Pool
We are here (me tiada  in the picture hehhehhe)
Friends like the waves of the ocean
Geng Ukur Jalan - Travelling is Our Passion
Kami terdiri dari 10 dewasa dan 4 kanak kanak. Untuk Block Milan ni, ianya adalah private unit. So, walaupun booked melalui booking.com, kemudian kena deal direct dengan owner. Untuk unit ni, ada 2 bilik dan nanti akan dapat 3 card dan juga 3 parking lot for visitor. Apartment ni boleh muat ramai, tapi kenalah bawak lapik tidur. Living room besar juga walaupun sekali dengan kitchenet. Ada sofa boleh tidor dua orang. Tempat tidor yang disediakan hanyalah untuk 10 orang sahaja. 

Semua facilities dalam ni boleh digunakan. Dalam apartment, ada kitchenette, fridge, microwave, washing machine, iron juga basic utensil. Boleh lah memasak. Tapi kami potluck sahaja. Masing masing bawa makanan untuk tea break, dinner dan juga supper.

Food for dinner
Tea break
Egg & Tuna sandwiches habis tak sempat ambil gambar. Sementara menunggu nak check in, kami dah kelaparan. Begitu juga dengan fruitcocktail, nescafe sedap, pavlova kek, ambuyat makan dengan ikan asam rebus...semua tiada sempat di kamerakan...heehhe.

Night view from 23rd Floor
Sesekali akan terdengar bunyi lrt melepasi bangunan. Terasa betul betul berada didalam kota metropolitan. We had joy, we had fun. And hopefully the friendship never ends.





Wednesday, 18 July 2018

Majlis Perjumpaan Keluarga & Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2018

7 Julai 2018 (23 Syawal 2018) - Sabtu

Majlis Perjumpaan Keluarga dan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Waris Haji Itam bin Lebai  Mat dan Hajjah Jaayah binti Alang. Kedua mereka adalah ibu dan bapa kepada ibu mertua saya, iaitu ibu kepada suami saya. Pangkat atuk  suami saya la. Kalau yang pernah baca cerita tentang keluarga sebelah suami saya, dimana arwah bapa mertua pernah mempunyai 3 isteri. Ibu kepada suami saya adalah isteri yang pertama. Dan saya juga tidak pernah sempat untuk bertemu dengannya, kerana di saat saya bergelar isteri kepada suami, arwah ibu mertua sudah pun tiada. 

Perancangan ini saya tidak tahu siapa yang mulakan. Saya difahamkan bahawa saudara mara sebelah ibu kepada suami mempunyai wasap group (saya dan suami didalam group tersebut...hehehhe..). Dan dari situlah perancangan bermula. Kami cuma mendapat maklumat dari adik ipar sahaja. 

Antara ibu dan bapa saudara suami sebelah ibu, saya hanya mengenali beberapa orang sahaja. Jarang sekali bertemu dengan mereka. Begitu juga dengan sepupu sepapat suami saya. Kecuali adik adik ipar, mereka lebih mengenali kerana mereka membesar bersama-sama. Tapi itu bukan penghalang untuk saya menghadiri majlis yang di anjurkan.Tidak ramai adik adik ipar yang dapat bersama di hari ni, kecuali abang ipar yang ke2 berserta keluarga, adik ipar yang bongsu sekeluarga (dari ibu yang sama) dan juga saya dan suami sekeluarga. Memandangkan ini adalah majlis sebelah ibu yang pertama, maka adik beradik dari ibu ibu yang lain tidak hadir.

Yang hadir


Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar di Kelab Golf Danau, UKM.Lebih kurang 60 - 70 orang dapat menghadiri kan diri, termasuk keluarga dari Indonesia (maaf..saya tidak sempat berkenalan pun - saya juga di pahamkan bahawa arwah Haji Itam berasal dari Indonesia). 

Arwah ibu mertua saya mempunyai 9 adik beradik. 6 lelaki dan 3 perempuan. 3 darinya telah pun pergi di jemput Illahi termasuk arwah ibu mertua, maka hanya tinggal 6 sahaja. Tidak dapat kepastian arwah ibu mertua anak yang ke berapa (kena tanya asben semula...hahahhaha). 

Yang masih ada. Pak Cik Yahya, Pak Uda, Pak Anjang, Pak Lang, Makcik Bita, Pak Cik Nuar
 Itu adalah nama nama panggilan kami kepada pakcik makcik yang tinggal. Nama sebenar...hmm.. (saya kena tanya suami saya juga...hahahah).

Pakcik pakcik bersama pasangan masing masing. Makcik tiada dalam gambar, datang lewat. 

Sebagai ingatan untuk diri saya di masa akan datang, maka saya paparkan gambar mereka di sini. Semoga ikatan silaturrahim terus berpanjangan hingga ke masa masa akan datang. Juga semoga kemesraan terus terjalin diantara kami. 








Friday, 22 June 2018

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2018

15 June 2018

Terkilan gambar kelabu. Sbb mintak tolong org amikkan...huhuhuh

Spot yang sama di kampung untuk setiap tahun...hehehhe



***hijau lagi....hahahaha




Putu Perak


My favourite setiap kali balik kampung. Putu ni susah nak jumpa kat tempat lain. Dan tak semua orang sukakannya. Sedap di makan ketika masih panas panas. Kalau dah sejuk rasa liat sedikit. Putu ni dah bertahun tahun diusahakan di kampung saya semasa saya di sekolah rendah lagi. Dulu dulu, tepung beras dan tepung pulut di tumbuk menggunakan lesung kaki. Beras dan pulut juga direndam lama untuk pastikan betul betul lembut. Sekarang dah makin moden, tak taulah camner orang buat nyer...hehehee. 

Mak saya kalau tau kami nak balik, mesti siap order sebekas. Masih ada yang meneruskan legasi pembuatan putu perak ni. Alhamdulillah....

Resepi...hmm...saya tak pasti. Yang saya tau bahannya adalah beras dan pulut dikisar. Sedikit garam dan gula kut. Dan isi kelapa parut sebagai inti. Dikukus seperti putu piring. Menggunakan acuan khas. Sama macam pembuatan putu piring cuma bahan bahannya sedikit berbeza. 






Wednesday, 9 May 2018

Piliharanraya 2018

9 May 2018 (Rabu)

5 tahun sudah berlalu. Ini adalah kali ke2 saya menjadi pengundi Lembah Pantai. Tak larat nak beulang balik ke kampung mengundi, maka selepas pilihanraya di tahun 2008, saya menukar tempat mengundi. Kali pertama mengundi di Lembah Pantai pada tahun 2013.

Gelombang pilihanraya kali ni lain macam. Entahlah...hahhaha. Saya dah suami kekonon takmau pergi lambat. Pergi awal, balik awal...hahaha..jenuh beratur. Okaylah...5 tahun lagi, kita datang lambat sikit lah. Sebab masa tahun 2008, urusan pengundian cepat je. Maybe ramai yang datang awal, dan kami datang di sebelah petang. 

Comot jari...


Selepas penat berbaris mengundi, singgah lunch di Lubuk Bangku. Ramai yang mengatakan, restoran ni disukai ramai. Siap masuk rancangan JJCM lagi. Ramai orang datang makan disini..... hmmm..berpuluh tahun tinggal di Bangsar, ini baru kali pertama mahu mencuba...hahhaha. 

Alamat:  25, Jalan Abdullah, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 






Okay jugalah makanannya. Tapi a bit pricey pada saya. Well...sekarang pun semua serba mahal. Selepas mengundin, kami lepak lepak di rumah, sambil menantikan keputusan piliharanya. Saya tak mampu menunggu lama. Akhirnya mata layu jua. 


Bangun pagi di 10hb Mei 2018, seperti baru berada di negara baru...hahaha...konon. Suami mengatakan bahawa kerajaan telah bertukar....hmmm...antara percaya dengan idak, berulang kali saya bertanya....betul ke....betul ke....Sungguh....memang tidak percaya. 

Apa pun, keputusan telah termaktub. Maka, marilah kita bersama di bawah kerajaan baru..huhuhuhu..