Monday, 15 October 2018

Jogja Trip with Geng Ukur Jalan - Day 2

12 September 2018

Janji dengan supir, dia akan datang pada jam 10.00 pagi untuk ambil kami. Kemudian akan ke airport untuk ambil Za dan Riny pula. Mereka touch down nanti dalam jam 11.05 pagi.  Bangun pagi, kami terus pergi breakfast di roof top. Kecil je tempat ni, tapi menarik. Dah siang, banyak yang dapat kami pandang. Boleh nampak Hotel Neo Malioboro dan banyak juga hotel hotel lain yang berhampiran.  Breakfast kami hari ni, nasi goreng, cucur jagung, coffee dan tea. Baik je orang orang disini melayan kami. Masa kami sampai, lupa nak bawa coupon makanan. Tapi sebab malam sebelum kami dah naik atas, diaorang pun dah kenal...hahhahha....sebut terus nama saya juga nombor bilik.

Cekodok jagung ngan nasi goreng. Klasik tul bekas air kopi tu...

Gula, kopi teh bagai....

Kat rooftop

Kami lepak lepak di roof top. Kemudian turun semula kebilik untuk bersiap siap untuk berjalan. Masa panjang lagi. Kami jalan jalan sekali lagi di Malioboro Street dan juga di lorong lorong tikus yang sangat bersih ni. Rasa macam masuk rumah sesat dan mencari jalan keluar...hehhehe. 

Kebanyakan lorong, besar ni je..

Kat main road. Nanti supir ambil kat sini..

Sepanjang jalan 

Depan hostel.

Dah abis kami pusing sekitar perumahan, kami balik ke hostel untuk ambil barang. Masa tu sudah hampir jam 1000 pagi. Sekali lagi mengheret beg ke jalan besar. Sudah berjanji dengan supir untuk menanti di tempat yang sama semasa dia turunkan kami. Dari sini, supir membawa kami ke satu tempat, untuk kami meninggalkan barang barang yang tidak perlu. Cuma bawak beg yang kecil sahaja untuk ke Dieng. Sesampai di rumah itu (rumah kawan imam katanya. Imam tu anak dia), kami mula terpikir pikir. Tinggalkan beg di sini, nanti kena datang semula untuk ambil. Membuang masa sahaja...tetapi avanza memang tidak muat untuk mengisi 6 bag. Masa ni kami start argue juga...kami kata, semasa deal dengan imam, katanya dia akan gunakan innova sebagai transport kami. Tetapi kenapa hari ini kami masih menggunakan avanza. Avanza agak kecil untuk 6 orang juga 6 bag. Kebetulan pada masa itu, dirumah kawannya imam ada sebuah kenderaan mpv yang lebih besar. Kawan2 kata, kenapa tidak ambil sahaja kenderaan mpv itu. Lebih besar dan selesa. Kami pun berpikir yang sama. Tetapi supir kami ni agak ragu ragu...kemudian siap tanya berapa yang telah dipersetujui antara kami dengan imam. Bincang punya bincang, dia kata tambah lagi 600k jika mahu guna kenderaan yang lebih besar. Kami minta 500k sahaja and dia agreed. Bila kami masukkan bag, semua bag muat. Kami dah ambil kira beg Za dan Riny, masih ada ruang. Makanya, kami pun bawa semua bag kami....kan senang. Dari kena tinggalkan, kemudian kena ambil semula. Tapi memang selesa. Saya tak ingat kenderaan mpv apa....hahahhha...

Sementara menanti setel pasal kereta...makan putu bambu dulu...hehhee

Kemudian kami terus ke airport. Untuk bayaran parking di airport, kami kena kluarkan duit lain. Tak termasuk dalam pakej supir. Lama juga kami menanti Za dan Riny. Akhirnya jam 1200 lebih baru mereka keluar. Dan kami meneruskan perjalanan ke Borobudur. Sebelum ke Borobudur, kami singgah lunch dulu di . Okay jugalah makanan di sini. Kemudian singgah di satu tempat untuk membeli tiket masuk ke Borobudur. Disini kami dapat sedikit diskaun, maka kami hanya membayar 2,100,000 utk harga tiket bagi 6 orang.

Lunch kat sini

Complete dah 6 orang

Our lunch

Sesampai je di Borobudur, sebaik turun sahaja dari kereta, kami dah kena serbu. Diserbu oleh para peniaga disitu. Hadoii...rimas you. Jenuh nak mengelak. Since masa ni tengah panas, ada yang nak beli topi. Lepas beli, sila lah lari laju laju dari situ. If not, memang kena block habis, sampai susah uols nak bergerak.  Pastu pastikan tawar harga. Kami aritu, tak tawar harga. Seorang kawan saya, terus beli topi. Padahal harga boleh kurang lagi. Tapi sebab dia dah bayar 100k, yang lain tawar pun, peniaga tu takmau. Kawan sudah beli dengan harga 100k katanya. Uishh...maka redho lah kami membayarnya..huhhuhu




Mendaki Borobudur, menguji kesabaran....hahhaha. Pada yang biasa, okay je la kut. Tercungap juga saya nak sampai ke atas. Cantik Borobudur ni. Kami terjumpa satu tempat yang meletakkan kain kain batik untuk di pakai semasa ke Borobudur. Maka kami denga muka tak malu, pergi la situ mintak kain. Sekali katanya, untuk yang bercelana pendek sahaja...hahahhahha. Jom pakat pakat pendekkan seluar. Kami bercelana panjang enggak perlu pakai kain batik...keekeke. Kami berminat sebab nampak cantik kain tu. Seragam je kalau di pakai bersama. Tapi tak merasa....

Paling atas sekali...

Pak Supir bagi masa 2 jam sahaja untuk kami menjelajahi Borobudur ni. Saya macam biasa, bukan kaki explore sangat kalau bab bab temple ni. So sekadar pergi mana yang patut je. Cukup 2 jam, kami pun bergerak keluar. Semasa nak keluar ni pun hazab juga. Pandai pandai lah mengelak daripada para peniaga disini. Mereka akan ikut kita sampai kita rasa rimaslah. Konon nak juga membeli souvenier sebarang dua. Dah macam ni keadaannya...hmm....semua tawar hati. Kami jalan laju laju sahaja. Semasa peniaga ni ikut, jgn cakap apa apa. Kalau kita cakap, tak mau...selagi tu dia ikut dengan memujuk rayu suruh membeli. Buat muka blurr je lah......geleng pun tak payah. Jalan je terus sampai ke parking. 

Dari Borobudur kami terus ke Gereja Ayam. Sesampai di Gereja Ayam jam sudah hampi 0430 petang. Gereja Ayam juga sudah di tutup. Tapi katanya, kalau setakat nak jalan jalan di luar, boleh sahaja. Cuma tidak boleh naik ke atas. Bincang punya bincang akhirnya kami buat keputusan, terus ke Dieng. Dari situ nak ke Dieng pun ambil masa dalam 2 jam lagi. 

Didalam kereta, pak supir kata, esok kena pergi awal untuk kejar sunrise di Bukit Sekunir. Sebabnya, dari hotel yang kami booked tu  nak ke Bukit Sekunir dalam 1 jam setengah lagi. Supir kata, kenapa pilih hotel jauh. Manalah kami tauu....hahhahhaa. Dah Bukit Sekunir tu di Dieng, maka kami ingatkan Dieng Kledung Hotel tu dekat dekat situlah juga. Esok kena kluar jam 0245 pagi kata pak supir and kami pun macam....erkkk...krikk...krikkk....

Dieng Kledung Pass

Sesampai di Dieng Kledung Hotel, kami tanya juga pekerja di situ, since kami booked hotel ni, breakfast included, maka esok kami keluar awal, boleh tak dapatkan  bekalan breakfast untuk kami. Bagus hotel ni. Katanya akan diuruskan. Pak Supir juga bagus. Dia pastikan kami dapat apa yang sepatutnya kami dapat. Disini kami booked 2 bilik. So marilah lat talilat talilat tamplong...untuk menentukan siapakah rakan sebilik kami...hahha. Kami buat begini untuk mengelakkan sesama kengkawan kecil hati. Kita semua kawan, so kita berlaku adil pada semua. Siapa saja rakan sebilik, terima seadanya. Maka saya, Eina dan Ayu dapat sebilik. Sukerrrr.....

Sambil sambil tanya leh arrange breakfast esok dak...

Restaurant kat Dieng Kledung. Dah nak tutup...tp depa tunggu juga kami dinner

Bilik saya, Eina dan Ayu...

Bagus hotel ini, kerana walaupun restoran mereka sudah hampir nak tutup, memandangkan kami baru baru sampai, mereka sanggup tunggu kami dinner dulu. Sangat bagus.....Selesai dinner, kami masuk bilik masing masing, set jam kul 0200 pagi. Masa dinner saya ambil sup sapi...huhuhu...sungguh tidak kena dengan tekak saya. Actually, saya bukan pemilih sangat, tp ntah...hahaha. Masuk bilik kami mandi manda, kemas apa yang patut, tidur terus. Tapi tak lena...hahahhaha....takut terlepas waktunya. 

End of Day 2.




Tuesday, 9 October 2018

Jogja Trip with Geng Ukur Jalan - Day 1

11hb September 2018

Balik dari Fraser Hill terus berkemas untuk ke Jogja pula. Actually flight saya mulanya sama dengan Za dan Riny pada 12hb September 2018. Since AA retime, saya tukar ke 11hb untuk fly bersama Rose, Ayu dan Eina. Beli tiket asing asing sebab nak murah...hehehe.

Flight kami jam 0345 petang.  First time saya kena drop luggage sendiri. Satu pengalaman baru. Maybe org lain dah pernah buat sebelum ni. Masa saya travel ke Korea last April, masih lagi orang di kaunter yang buatkan. Masa nak drop luggage, pekerja disitu suruh kami print boarding pass dan luggage tag dahulu. Masa print luggage tag tu kena nyatakan braper byk bag yang nak check in. Dah print ada beberapa sticker self adhesive. Satu kena tampal pada bag satu lagi pd boarding pass. Kemudian pergi ke kaunter, letak bag atas conveyer, scan luggage tag tu. Follow je instruction pada scanner tu. Bila dah okay, conveyer tu jalan sendiri.



Dah setel drop luggage kami terus masuk boarding area. Flight take off on time. Perjalanan 2 1/2 jam. Saya dpt seat dekat ngan emergency exit. Menegak je lah sepanjang perjalanan. Tepat jam 0510 waktu Jogjakarta, flight landing dengan selamatnya. Kecil je airport Adisujipto ni. Urusan imigresen juga mudah. Selesai melepasi imigresen, Pak Muh (+62 812-7661-1699 - Muhamad Masud) supir kami sudah menunggu di luar dengan kertas terpapar nama Inazz. Jam 0500 petang Jogja sudah hampir gelap.





Kami singgah beli simcard dulu dengan harga IDR85,000 utk 5GB data internet selama 6 hari. Simcard harus dipulangkan semula di kedai pada hari terakhir yg mana kami hanya berikan pada Pak Muh sahaja utk pulangkan bagi pihak kami. Kemudian Pak Muh menghantar kami ke Setia Backpacker. Menurut kata Pak Muh utk sampai ke Setia Backpacker dia hanya boleh dropkan kami di main road sahaja kerana kenderaan besar tidak boleh masuk ke dalam.  Kami berhenti di signboard arah ke Setia Backpacker...huhuuu....letih juga membawa backpack 12kg. Akhirnya sampai juga. Setia Backpacker ni berada dalam kawasan perumahan yang mempunyai lorong lorong sempit. Sepanjang lorong memang terdapat banyak hostel dan motel untuk disewa. Lokasi sangat strategik. Seolah berada di kampung di dalam bandar. Area sangat menarik. Serasa berada di Korea, kata saya kepada geng travel. Rumah rumah di kiri kanan  begitu juga hostel dan penginapan mampu milik. Walaupun melalui lorong lorong kecil, saya kata lorong tikus, tetapi lorong2 ini sangat bersih. Boleh dilihat banyak motosikal diletakkan sepanjang lorong. Penghuni disini juga akan turun dan menyorong motosikal masing masing kerana bunyi bising tidak dibenarkan. Banyak signboard amaran Sila Matikan Enjin Kenderaan.

Supir dropped kat sini. So dari sini masuk jalan jauhhhhh ke dalam mencari SB

Setia Backpacker ini ada 4 tingkat dan kami ditempatkan di tingkat 2. Bilik sangat kecil walaupun ada 2 bunk bed. Memang berlaga lah bila 4 org di dalamnyer. Mujur utk satu malam sahaja.

Katil tinggi and siap ada langsir hehehhe

Selesai di Setia Backpacker, kami berjalan ke Malioboro Street. Rupanya utk sampai ke Setia Backpacker ni boleh dilalui dari beberapa entrance dari main road. Then kami realised if kami masuk ikut entrance dekat Neo Malioboro Hotel ianya lebih dekat.

Kami jalan jalan sahaja di sekitar Malioboro. Sedang jalan jalan ternampak Prima In Hotel (hotel yang bakal kami inap untuk 3 malam berturut sekembali dari Dieng nanti). Masa ni berhampiran dengan stesen keretapi ada festival coffee. Beraneka jenis coffee di jual disini. Tapi kami tak membeli pun. Sebenarnya kami mencari kedai makan. Suasana agak panas di malam hari ni. Apabila kami jumpa satu kedai ni, terus je kami masuk, kelaparan sungguh, and kerana cuaca panas, kami order air sampai dua gelas...hahahaa.

Our dinner

Coffee shop kalau nak lepak lepak mengopi

Boleh dengar orang nyanyi


Pocong ni dok lambai lambai je kami ajak bergambar...hahahha

Kemudian kami just lepak lepak sekejap. Macam ala ala buntu tak tau nak buat apa. Nak shopping pun, tak banyak kedai sekitar yang dibuka. Kalau ikutkan boleh sahaja kami start menyopping malam ni. Tapi since buntu, semua tak tau nak buat apa....haahaa.

Kami pun berpatah balik semula ke Setia Backpacker. Kali ni rasa mudah dan cepat je sampai tidak seperti mula mula sampai tadik, menggagau tercari cari. Kalau dah tahu lorong mana nak ikut, senang je.  Sampai hostel, kami manda mandi, kemas apa yang patut. Sebabnya sebelum turunkan kami, supir kami sempat beritahu supaya bawa barang barang yang patut sahaja untuk ke Dieng. Kami akan bermalam 1 malam di Dieng. Ini adalah kerana kereta yang dibawa adalah avanza, dan memang agak mustahil untuk memuatkan luggage bagi 6 orang. Kami ni menurut perintah je. Tapi esok harinya, lain pula kejadiannye...hahhaha....

End of Day 1.




Monday, 8 October 2018

Happy 16th Birthday


Every day I thank Allah SWT for giving me an incredible child. I am so proud of you. Thank you for being such a great son. I am truly proud of you. You are a treasure from above, who brings me so much joy and love. Happy Birthday son! You are my pride and joy, a man after my own heart. 






Happy 16th Birthday...08102018




Thursday, 20 September 2018

Family Gathering @ Fraser Hill

7 September - 9 September 2018

Family Gathering Fraser Hill 2014

Kali ni kami mengambil peluang berkumpul bersama ahli keluarga di Fraser Hill untuk kesekian kalinya. Actually plannya masa Hari Raya Haji hari tu. Then tukar ke bulan September sebab ramai takleh nak cuti. Ni pun tak semua yang hadir pun. Keluarga arwah kakak dan arwah abang tak dapat hadir sebab ada urusan lain. Kakak yang sulung bersama suami pula berada di Mekah. Tapi tak kisah ler...janji ada peluang bersama sama. And masih juga menginap di Glen Bungalow, Fraser Hill. Saya sangat suka Glen Bungalow ni sebab betul betul mengadap padang golf and tak jauh dari pekan kecil Fraser Hill. Tak macam banglo Simedarby juga banglo banglo lain. Memang masuk ceruk hutan betul.



Saya dan keluarga bertolak di hari Jumaat. Sekarang dah mudah kerana laluan ke puncak Fraser Hill untuk another 10km tu sudah ada dua. Satu untuk naik dan satu untuk turun. Cuma dari Kuala Kubu Bharu jalan yang dilalui adalah jalan dua lorong. Cuak rasa membawa anak anak semasa memandu 10km keatas...hahaha. Sangat sunyi.....berbelok belok memang takleh cerita lah. And hanya sebuah kereta saja masa tu. Saya dan suami membawa kereta berasingan sebab banyak barang nak bawak naik atas...huhuhuhu. Sepanjang memandu saya hanya diam...anak anak pun pelik...hahha. Depa tak tau gelora didalam hati emak macamana. Banyak pikir bukan bukan saya ni....hehhehe



Sesampai di atas, adik dan isteri dah sampai. Tak lama kemudian kakak sekeluarga lak sampai. Suami saya sampai jam 10++ malam. Haru sungguh. Barang2 masakan semua dalam kereta dia....maka terpaksa kami cari inisiatif mengggunakan apa yang ada untuk makan malam. Hari pertama berlalu tanpa sebarang aktiviti. Suasana agak sejuk kerana hari hujan. Malamnya kami ber shell out di Fraser Hill. Menjadi juga shell out kami. Jagung berkotak kotak dalam kereta lagi satu. Hmm....esok saja lah buat cekodok jagung. 


Sejuk....makan pun sedap.

Hari kedua, breakfast disediakan oleh kakak saya. Macaroni goreng, sandwich pula anak saudara saya bawak dari bawah. Cepat juga mereka sampai ke atas. Untuk makan tengahari, abang pula akan bawa dari bawah. Sementara menanti yang lain lain sampai, kami berkaraoke juga bermain carom. Banyak xtvt permaian telah disediaan. Cuma menanti yang lain tiba sahaja. 

Dapur banglo ni agak sempit. Dan punyai satu dapur sahaja. Kena bawak dapur extra sendiri




Penyanyi cilik..

Ada juga yang pergi menunggang kuda dan juga memanah. Tempat menunggang kuda ni , The Paddok, bersebelahan sahaja dengan Banglo Glen. So, jalan kaki je lah



Sesampai yang lain, kami lunch dulu. Nasi putih, gulai tempoyak, ikan masin, ikan kering, sambal belacan, sayur rebus dan ulam ulaman. Gambar...(tiada) hahahaha. Memasing kelaparan. Berada dalam suasana sejuk sentiasa membuatkan kami lapar. Selepas solat zohor, kami meneruskan aktiviti lain. Memola kami main boling buah kelapa. 


Kemudian, permainan memasukkan biskut ke dalam mulut. Tangan tidak dibenarkan sama sekali...hahha. Macam macam gaya diaorang ni nak masukkan biskut ni..hadoii..kelakar gila. Biskut akan diletakkan diatas dahi, dan gunakanlah pergerakan mata, pipi or apa saja untuk menurunkan biskut ke mulut, asalkan bukan dengan tangan.

Bersiap sedia untuk acara masukkan biskut ke dalam mulut

Antara lain permainan, berdiri di atas surat khabar secara berpasangan. Dan kedua kedua belah kaki mesti berada di dalam lingkungan surat kabar. Surat khabar akan dilipat sekecil  yang boleh. Macam2 gaya. Anak saudara dan anak saya siap dukung atas bahu. Saya dan suami kalah, sbb suami terlepas kaki keluar dari surat kabar. Padahal saya dah elok je berdiri atas kaki dia. 

Yang hujung tu menang

Kami sempat juga ke ladang strawberry di Fraser Hill ni. Ladangnya tak besar mana. Dan dilarang memetik buah, tapi kami boleh membeli...hmm..rege boleh tahan. So takleh nak compare ngan Cameron Highland. Tapi okay lah, dari tiada apa apa aktiviti.

Stobery

Malam pula, selapas solat isyak, kami ber BBQ. Disamping itu juga, kami celebrate birthday bulan Ogos. Emak, anak saya yang bongsu, suami, juga cucu cucu. 




Besday cake by @aidazakrydelights

Onyang dan cicit cicit

  

Meriah makanan yang ada. Walupun simple je. Kambing bakar, ayam bakar, jagung bakar, sotong, ikan talapia dan patin, coleslaw, mashed potato, salad, mac cheese (guna noxxa aje)..hehe. Selepas BBQ masing masing berkaraoke sampai ntah pukul braper pun tak tau ler. Saya lebih suka tidur sahaja....hahhaa

9 September 2019 - Last day, kami tak buat apa apa sangat sebab kena check out before 12.00. Ada orang pula nak masuk. So cuma breakfast nasi lemak, cekodok jagung dan juga baki bbq semalam yang masih elok. Cum hari ini, kami menyampaikan hadiah kepada para pemenang pemenang untuk permainan semalam. Juga kami buat lucky draw. Anak saya, Haikal, memang selalu bertuah sangat lah. Menang hadiah dpt dua. Kemudian lucky draw berbentuk wang tunai, dari saya, dia juga yang menang...hahhaa.







Selepas kemas apa yang patut, kami meninggalkan Fraser Hill. Kekonon memula nak singgah berkelah di Sungai Chiling. Tapi punya ramainya umat. Kami beralih ke Kalumpang. Sama juga, sudah penuh dengan orang, maka kami tidak dibenarkan masuk. Cubaan terakhir kami ke air terjun Serendah. Pun sama keadaannya. Disini saya ternampak signboard Sekeping Serendah. Memandangkan ramai orang (hari ahad le katanya...and cuti panjang), maka kami ambil keputusan balik sahaja. Badan pun dah penat.

Sampai di rumah, saya kemas apa yang patut. Dan kena berkemas barang barang untuk ke Jogjakarta pula...huhuhu. Enjoy sangat dapat bersama keluarga di Fraser Hill. Sebab diatas, tak banyak aktiviti yang oleh dilakukan, maka kami punya masa yang banyak untuk duduk bersembang sembang.




Petai

Petai is one of my favourite. Memang tidak ramai yang tahu akan kejadian petai, termasuk lah saya. And saya mendapat gambar ni dari seseorang yang saya sudah lupa siapa..so saya takleh la nak claim gambar ni dari mana...so pada tuan punya gambar, mohon izin ye.....hahahha....menarik kejadian petai ni.

Memola mengeluarkan buah
Kemudian berbunga kut eh..
Mula kluarkan papan papan petai
Papan papan petai membesar