Biasa kalau ke Bandung, orang lebih suka ke Tangkuban Perahu. Tapi bila membaca mana mana thread Bandung di internet, ramai pula yang suka ke Kawah Putih. Kali ke dua ke Bandung, saya mengambil peluang untuk ke Kawah Putih.
Perjalanan ke Kawah Putih mengambil masa lebih kurang 2 jam dari pusat bandar Bandung. Perjalanan mendaki bukit, jalan yang berbelok belok dan tahap kesesakan yang melampau membuatkan saya pening disepanjang perjalanan. Mujur view gunung ganang yang menarik di sekelliling.
 |
| Byk nampak tanaman ni di tanam sepanjang naik ke Kawah Putih |
Sesampai di kaki bukit untuk menuju ke Kawah Putih, kita mempunyai pilihan. Samada membawa terus kenderaan naik ke atas, atau menaiki public transport yang di sediakan, yang di namakan Ontang Anting. Untuk membawa kenderaan 4 roda naik ke atas, bayaran yang dikenakan (yg mana saya lupa berapa). Tp disebabkan kami hanya berdua, (sy dan suami), kami mengambil keputusan untuk menaiki ontang anting sahaja yang mana bayarannyer adalah sebanyak Rp50,000 per person.
 |
| Ontang Anting |
Sudah beli tiket, kena ke tempat kontrol tiket ni. Ada satu machine kat situ, masukkan tiket, dan jalan. Ala...mcm kita naik LRT atau Komuter tu.....masukkan tiket, tolak penghadang, jalan terus masuk ke dalam ontang anting.
Sebuah ontang anting boleh memuatkan 13 orang. Bersempit sempit kat dalam tu, yang mana pada saya, satu seat tu sesuai memuatkan 3 orang jer. Tp depa sumbat selagi mau. Satu seat 4 orang, ada 3 seat, 12 orang. Seorang lagi duduk kat depan dengan driver..perghh...kalau lalu kat selekoh, xde ruang nak kona baring.. Jalan menuju ke Kawah Putih ni amat berliku liku, tetapi driver tetap menten bawak laju. Kita pulak yang susah hati bila berselisih dengan kenderaan lain.
 |
| Sampai sudah. Lelaki merenung ke arah kamera tu supir kami..hehehe |
 |
| Yg ada di jual di sini, hanya lah serbuk belerang |
 |
| Susahnyer nak amik gambar kat sini...ramai orang.. |
 |
| Jom turun, naik ontang anting |
 |
| Ramai para pengunjung berkelah di sini |
Antara kelainannyer di Kawah Putih ni, tiada penjaja yang menjaja barangan di merata tempat, tidak seperti di Tangkuban Perahu. Adakala kita boleh menjadi rimas, bila penjaja mula mempromosi barangan untuk di jual. Sekiranya mahu membeli apa apa, sila turun kebawah semula. Banyak gerai gerai menjual makanan, buah buahan, jajan dan juga souveniers.
 |
| Stoberi banyak di jual disini |
Kami berada di atas, tidak sampai setengah jam pun. Tak tahan dengan bau belerang, walaupun tak kuat, tp still tak selesa. Dan juga orang terlalu ramai. Mungkin kerana hari ini adalah hari Ahad. Ramai yang datang berkunjung ke sini. Kebetulan saya pula masa tu sedang batuk batuk. Ada orang tak berani nak sentuh air, tp saya sentuh juga. Tak panas pun, kata supir yang membawa kami ke Kawah Putih. Tp memang tak panas. Maybe sebab kawah tu kawah mati. Lain dengan Tangkuban Perahu.
Selesai di sini, kami kembali semula ke Pusat Bandar Bandung, dan singgah di Cibaduyut untuk melihat barangan kulit sambil sambil mahu mencari jaket.
**Terlupa...semasa perjalanan ke Kawah Putih, kami singgah di Taman Kopo untuk membeli telekung. Kata supir kami, di sini telekung murah murah belaka. Tp saya cuma membeli 3 helai sahaja, kerana tak banyak yang berkenan di hati. Saya lebih suka membeli telekung di Pasar Baru.