7 Julai 2018 (23 Syawal 2018) - Sabtu
Majlis Perjumpaan Keluarga dan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Waris Haji Itam bin Lebai Mat dan Hajjah Jaayah binti Alang. Kedua mereka adalah ibu dan bapa kepada ibu mertua saya, iaitu ibu kepada suami saya. Pangkat atuk suami saya la. Kalau yang pernah baca cerita tentang keluarga sebelah suami saya, dimana arwah bapa mertua pernah mempunyai 3 isteri. Ibu kepada suami saya adalah isteri yang pertama. Dan saya juga tidak pernah sempat untuk bertemu dengannya, kerana di saat saya bergelar isteri kepada suami, arwah ibu mertua sudah pun tiada.
Perancangan ini saya tidak tahu siapa yang mulakan. Saya difahamkan bahawa saudara mara sebelah ibu kepada suami mempunyai wasap group (saya dan suami didalam group tersebut...hehehhe..). Dan dari situlah perancangan bermula. Kami cuma mendapat maklumat dari adik ipar sahaja.
Antara ibu dan bapa saudara suami sebelah ibu, saya hanya mengenali beberapa orang sahaja. Jarang sekali bertemu dengan mereka. Begitu juga dengan sepupu sepapat suami saya. Kecuali adik adik ipar, mereka lebih mengenali kerana mereka membesar bersama-sama. Tapi itu bukan penghalang untuk saya menghadiri majlis yang di anjurkan.Tidak ramai adik adik ipar yang dapat bersama di hari ni, kecuali abang ipar yang ke2 berserta keluarga, adik ipar yang bongsu sekeluarga (dari ibu yang sama) dan juga saya dan suami sekeluarga. Memandangkan ini adalah majlis sebelah ibu yang pertama, maka adik beradik dari ibu ibu yang lain tidak hadir.
 |
| Yang hadir |
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar di Kelab Golf Danau, UKM.Lebih kurang 60 - 70 orang dapat menghadiri kan diri, termasuk keluarga dari Indonesia (maaf..saya tidak sempat berkenalan pun - saya juga di pahamkan bahawa arwah Haji Itam berasal dari Indonesia).
Arwah ibu mertua saya mempunyai 9 adik beradik. 6 lelaki dan 3 perempuan. 3 darinya telah pun pergi di jemput Illahi termasuk arwah ibu mertua, maka hanya tinggal 6 sahaja. Tidak dapat kepastian arwah ibu mertua anak yang ke berapa (kena tanya asben semula...hahahhaha).
 |
| Yang masih ada. Pak Cik Yahya, Pak Uda, Pak Anjang, Pak Lang, Makcik Bita, Pak Cik Nuar |
Itu adalah nama nama panggilan kami kepada pakcik makcik yang tinggal. Nama sebenar...hmm.. (saya kena tanya suami saya juga...hahahah).
 |
| Pakcik pakcik bersama pasangan masing masing. Makcik tiada dalam gambar, datang lewat. |
Sebagai ingatan untuk diri saya di masa akan datang, maka saya paparkan gambar mereka di sini. Semoga ikatan silaturrahim terus berpanjangan hingga ke masa masa akan datang. Juga semoga kemesraan terus terjalin diantara kami.