Dah sampai hari ke 7. Bangun pagi, bukan Su lagi kat sebelah...dah tukar sebilik ngan Jass. Terlajak sungguh di pagi hari ni..haaha..Sbb sama sama tidor mati. Su, Eryn, Reeny, Ipar Mashi, Shima dan anak saudara Mashi dah selamat sampai ke Malaysia jam 6.00 pagi tadi waktu Malaysia.Tinggallah kami berlima. Akak, Mashi Jass dan 2 orang anak Mashi.
Plan pagi ni, mengulang semula ke Namdaemun dan beberapa tempat di sekitar berdekatan. Mashi nak cari swaroski. Akak akak mencari periuk panggang ajaib. Akak punya, eryn dah bawak dengan selamatnyer ke Malaysia. So, terpaksalah akak cari lain..takpo lah eryn..demi kawan..huhuhu...Jass malas nak kuar..dia nak bersantai santai di bilik sahaja. Dah jenuh pusing pusing Namdaemun, patah balik ke Guest House. Jass dah siap siap, nunggu kami kat guest house.
Honestly, akak dah blurr untuk 2 hari ni. Tak ingat pegi mana dulu..hahahhaa...Tp kalau tak silap, hari ni kami menuju ke Kwangjang Market untuk mencari Korean Silk. Berdasarkan business card yang ada di tangan, kami terus menuju ke kedai Hyun Woo Silk. Tokey kedai ni namanyer Mr. Baek. Korean Silk kat sini KRW80,0000 = RM240.00 cash. Klu bayar guna cc, kena 2% interest klu x silap akak..
Akak mmg rambang mata...beli korean silk sampai 4 pasang..tak byk sgt tu..hahhaa...pastu jalan jalan lagi...Beli lagi kain ntah kat kedai mana...utk eryn, utk su. Beli blanket utk diri sendiri, untuk hafiy...Singgah makan Haemultang kat situ. Nama kedai..alamak..lupa nak snap gambar..hahahha..
Jenuh pusing Kwangjang Market, ni tak larat nak jalan dah..hahaha..bukan ada apa nak beli sangat pun...
| Muka penat sementara tunggu mashi soping.. |
Jom balik singgah Myeondong. Jalan jalan cari jam, cari kosmetik, masuk kedai face shop...macam macam laaaa.........Dah terer dah area Myeondong...first day, sesat barat..hahahha....Balik guest house...tido...penat jalan jalan weiii..


No comments:
Post a Comment