Ditulis oleh: Hj Abdul Hamid Kamaruddin (ITM)
Proorastination bermaksud tabiat suka menangguhkan atau melengahkan kerja. Mengikut Denis Waitley, Pakar Pembangunan Diri bahawa mereka yang suka menangguhkan kerja perlu membayar harga yang tinggi kerana tabiat itu. Mereka akan hidup dalam kegelisahan, merasa letih dan kerja yang tertangguh ini akan menghantui diri mereka sendiri. Akibatnya mereka akan terkena penyakit dan kesihatan mereka akan turut terganggu.
Ramai menyangka kerja tertangguh ini terdapat di tempat kerja sahaja, tetapi sebenarnya ia mencakupi tugas tugas kita seharian yang lain. Umpamanya bil bil air, letrik dan telefon yang lambat dibayar kemungkinan perkhidmatannya di potong. (Memang betul..heehhehe). Kita juga akan rugi dan mendapat susah.
Begitu juga dalam kesihatan. Kita berlengah berjumpa doktor sehingga sudah terlalu serius baru berbuat demikian, menjadikan tidak banyak yang boleh diselamatkan lagi. Dalam buku The Joy of Working by Denis Waitley (akak tak jumpa lagi buku ini..) beliau mencadangkan lapan teknik untuk mengatasi penyakit menangguh-nangguhkan kerja ini:
- Senaraikan kerja yang tertangguh
- Membuatnya serta merta
- Jika mendapat masalah memulakannya, tetapkan waktu khas untuk melaksanakannya.
- Bayangkan anda mempunyai satu tahun sahaja untuk hidup dan buat matlamat memenuhi hasrat yang hendak dilakukan dalam tempoh tersebut.
- Jangan risau untuk mencapai kesempurnaan. Yang penting ialah kualiti usaha usaha yang dilaksanakan.
- Jika perkara yang tertangguh itu melibatkan orang lain, berjumpalah dengannya agar dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
- Atasi ketakutan anda dari membuatnya kerana yang paling buruk mungkin kecil atau tidak wujud sama sekali.
- Bayangkan betapa leganya anda apabila kerja tertangguh dapat di sempurnakan.
Itulah antara kata kata nasihat dari Denis Waitley.
Peringantan untuk diri sendiri ni...adoiii........asik suka menangguhkan kerja...

.jpg)

No comments:
Post a Comment