Ada yang pelik ka.....Sebenarnya akak pun pelik. Walaupun sebelum ni akak penah baca kat blog kawan akak, pasal kulit lembu ni. Semasa hari raya Aidil Adha hari tu, akak pergi ke rumah adik ipar di Johor. Masa nak balik, dia bekalkan macam macam. Daging qurban, rendang, lauk pauk dan macam macam lagi termasuk lah kulit lembu. Dia kata, tak payah susah susah, dah siap basuh semua bagai. Nanti masak kan aje.
Punyalah lama kulit lembu tu duduk dalam freezer akak. Semalam, baru terpk nak masak. Maka akak keluarkankan ler kulit lembu tu dari dalam freezer.
Ni ler rupa kulit lembu yang belom di masak. Akak perati peratikan. Setahu akak kulit lembu ni nipis. Akak belek dan bedek...maka akak buat kesimpulan sendiri...hahhahha....Kulit lembu ni di bakar dan di kikis bahagian luar. Segala bulu bulu dan lapisan kulit luar lembu ni sudahkan pun di kikis. Kemudian di masukkan kedalam air abu (mcm sotong kering yang di kembangkan tu...). Sbb itu kulit ni nampak tebal dan kenyal.
So..akak pun gugel resepi..hahhaa..org pandai masak ler katakan..kekkeke...kena gugel. Org kata, buat macam sambal jawa. Akak sambal jawa pun tak tau. At the end, akak buat resepi akak sendiri....mengikut bahan yang ada di rumah. Ni antara bahan bahan yang akak gunakan.
Lengkuas (byk...ada dekat 10 potong seteleh di hiris)
Serai 2 batang (akak ketuk jer)
Cendawan shitake (10)
Karet 1 batang di potong sederhana halus panjang panjang
Kacang panjang 5 tangkai.
Tempe di goreng
Cili padi (20 biji di kisar)
Bawang merah (10 biji di hiris halus)
Bawang putih (10 ulas di ketuk sahaja)
Daun selasih.
Santan (RM3.00)
Mula mula kulit lembut ni akak rebus. Dah rebus, akak toskan. Kemudian akak goreng guna sedikit minyak bersama dengan cendawan shitake dan juga tempe. Letak ketepi dulu.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah + bawang putih + cili padi di kisar + lengkuas + serai. Tunggu hingga naik bau, kemudian akak masukkan karet + kacang panjang. Kacau dan masukkan santan. Biarkan mendidih, kemudian akak masukan kulit lembu bersama shitake dan tempe. Kacau rata, kendian angkat. Kemudian bubuh daun selasih. Ini lah hasilnyer...
To be honest, selepas masak, akak mmg tak tergamak nak makan. Ntahler..sbb sebelum ni tak penah makan. Tp bila perut lapar, akak bedal juga..hahahha. Kulit lembu ni takde rasa apa...cuma rasa kenyal kenyal. Takde rasa lembu atau rasa bukan bukan....tambah pula dah di campur dengan berbagai bagi bahan lain. So telan jer lah tanpa memikirkan itu adalah kulit lembu....those yang tak biasa, mmg susah nak terima kut..sbb anak2 akak tak dapat menerimanya. Takper lah....tekak masing masing. Asbend akak makan, sedap jer...hahhahaha..........takut bini kecik ati kaaaa...

tu dia...menjadi gak menu kulit lembu...saya dok terbayang rasanya mcm jeli?...
ReplyDeletehehhe...kulit lembu ni jeli takde rasa...
Delete