Tuesday, 16 April 2013

Ho Chi Minh, Vietnam - Day 1


6 April 2013

Nothing much to share yang benonyer. Sebab trip ni, mmg trip shopping semata-mata. Segala info akak cari jer kat CARI.COM ni. Booked tiket dah lama...Kali ni join trip ngan office mate plak. First time travel ngan opis mate. Illa, Shida, Lina, Ruby (adik Shida) dan Madhi (kawan Ruby). Nak tengok tengok gambar, meh ler jamu mata..

Original flight schedule

Fligth retime

Duit tukar siap siap...tp VND tak byk.
Tukaran yg akak dpt waktu ni ialah  0.158

LCCT...

Penerbangan bermula..gayat & pening dok kat kepak

Our flight pada mulanya jam 9.30 pagi waktu Malaysia. Tp di sebabkan AA retime, maka kami dpt flight awal iaitu jam 7.05. Alhamdulillah. Cepat berlepas, cepat sampai ke Ho Chi Minh City. Perjalanan lebih kurang 1.50 jam. Tapi kami sampai sedikit awal.... Walaupun flight delay sedikit iaitu jam 7.30 pagi baru berlepas. Kami menjejakkan kaki di Tan Son Nhat International Airport lebih kurang jam 9.00 pagi waktu Vietnam.


Akak semasa untuk melepasi pemeriksaan imigresen. Sempat lagi berposing..hahha. Nampak dak mamat yang berbaju putih di hadapan. Tak tau apa kah masalahnyer, tp dia di bawak ke bilik agaknyer....untuk pemeriksaan lanjut. Orang Malaysia rasanya. Di sebabkan dia terlalu lama di hadapan pegawai imigresen, akak jadi orang terakhir melepasi pemeriksaan. Sian kengkawan yang lain tunggu lama....

Sesampai sahaja di lapangan terbang, pada mulanya kami mahu menunggu taxi di luar sahaja. Setelah berbincang kami berenam, kami membuat keputusan untuk mengambil taxi yang menggunakan kupon.


Ini taxi yang kami ambil

Kami menyewa dua buah teksi (Saigon Taxi) dengan kadar RM80.00. Bermakna satu teksi RM40.00. Akak memberikan wang RM100.00. Dan pengusaha teksi tu memulangkan semula VND50,000. Bila akak tanya, dia jawap..same same..(maksudnya jumlahnyer sama dengan RM20.00). Mujur masa tu otak cepat berfikir. VND50,000 x 0.158 /1000 = RM7.90. Akak patah balik, and insist to get balance in RM juga. And akak siap tanya...why you gave me VND50,000 instead of RM20.00. Cepat2 dia bagi balik RM20.00

Kali pertama...nyaris nyaris nak terkena. Perjalanan dari airport ke hotel lebih kurang 15 - 20 minit. Tp honestly, akak terasa lama duduk dalam taxi. Akak bertiga dgn Illa dan Lina dlm satu taxi, manakala Shidah, Ruby & Mardhi satu taxi. Sampai kat hotel, depa dah ada...haaha....patut ler rasa lama. Sure driver tu bawak jalan jauh....


Ni hotel. Booked melalui booking.com
Sampai di hotel, masih awal lagi untuk check in. Kami letak barang barang di lobby dulu. Akak booked hotel Hoang Hai Long 2, berdasarkan testimoni dari kawan sepejabat yang pernah stayed kat sini. Akak booked 3 bilik Deluxe Twin Tp bila sampai di sini, 3 bilik kami di letakkan berlainan tingkat. Akak berkeras nak bilik dekat dekat juga. Maka bilik kami di tukarkan kepada Double Deluxe at 1st Floor. Betul betul kat signboard tu..bilik kita orang. Dua lagi (Ruby & Mardhi) terpaksa ke tingkat 3. Depa dapat Deluxe Twin Room. Alhamdulillah, hotel ni baru, besar, kemas dan bersih. Akak tak mengalami pengalaman seperti orang lain yang mengadu bising.

Notakaki:  Sebenarnyer banyak hotel yang sebaris dengan hotel Hoang Hai Long 2 ni. Antaranya Pink Saigon 2, Hoang Gia Huy Hotel. Tan Thu Hotel..dan ada beberapa hotel lain yg akak tak ingat namanya. Tp 2 hotel ni masih kelihatan baru..Hoang Hai Long 2, dan Hoang Gia Huy Hotel. Berhadapan pula, ada satu lagi hotel iaitu Tan Hai Long (pun nampak baru)
Lobby Hotel Hoang Hai Long 2

Reception Hoang Hai Long 2
Kalau nak bagi testi, akak suker Hotel Hoang Hai Long 2. Staff friendly, bellboy pun baik baik belaka. Very helpful. Cuma tak best..ekon wat hal, pastu taim nak check out, depa call byk kali..hahhaa..kita kata dah nak check out dah...still koling koling lagi...adeiii la..
Bilik Double Deluxe 

Bilik air

Taxi ni sentiasa ada jer kat depan hotel.

Selesai meletakan barang barang di lobby, kami makan dulu. Dah hampir tenghari. Lagipun cuaca di HCMC ni walaupun baru jam 10.00 pagi, tp dah macam jam 12.00 tengahari. So, kami makan dulu di Kedai Basiroh. Dah selesai makan, kami terjah Ben Thant pula.

Inilah kedai popular dengan Pho nyer

Mee sup daging yang sangat sangat sedap...

Didepan kedai Basiroh ngan roommate akak...Shidah..


Nampak tak Ben Thanh..tak jauh dari hotel

Shopping time..



Kat tangan ada je calculator..kekkekeke



Ben Thanh. Nak cross jalan, tawakal ajelah ya...

Masuk dalam Ben Thanh ni, memang rambang mata. Bermacam macam kedai ada. Pilih sajer yang anda suka. Tp sekiranya nak berpatah balik ke kedai yang mula mula, pastikan anda ingat no kedai. Ingat masuk lorong mana. Sbb terlalu banyak lorong dan kedai kecil kecil di dalamnya.

Dari pagi sampai ke petang, dok dalam ni saje. Balik hotel, check in, mandi manda, kami terjah pasar malam nya pula. Pasar malam memang berdekatan sekeliling Ben Thanh ni.

Malam pertama di HCMC, asikler blackout.....kejap elok, kejap padam....sampai kami pun naik seriau nak jalan jalan............







No comments:

Post a Comment