Jumaat - DAY 1
14hb Februari 2014
Percutian kali ini adalah ke Jakarta - Bandung - Jakarta pula bersama sama keluarga. Pada mulanya saya cuma bercadang nak ke Jakarta sahaja. Kemudian suami saya kata, tak banyak tempat yang kami boleh pergi di Jakarta, so why not kita sambung jer trip ke Bandung. Puas juga memikirkan berapa hari nak berada di Jakarta dan berape hari pula berada di Bandung. Lagipun anak anak tidak berminat untuk pergi ke mana mana theme park samada di Jakarta ataupun Bandung. Mereka lebih suka bila mendengar perancangan ke Safari Bogor.
Seawal jam 5.00 pagi bertolak dari rumah menuju ke LCCT. Selepas menurunkan kami di LCCT dlm jam 6.00, suami saya berpatah ke arah Tune Hotel untuk meletakkan kereta. Kali ni kami membuat keputusan menaiki kereta sahaja dan park di LCCT (sebelum ni kalau travel, kami amik bas dari KL Sentral ke LCCT). Flight ke Jakarta jam 7.00 pagi. 6.30 pagi kami memasuki boarding area. Tepat jam 7.00 pagi, kapalterbang berlepas.
Sesampai di Soekarno Hatta International Airport, flight berhenti agak jauh yang mana kami terpaksa menaiki bas untuk sampai ke Terminal 3. Alhamdullillah, urusan imigresen berjalan lancar dan pak supir yang sudah di tempah lebih awal dari Malaysia sudah menunggu dengan board yang tertera nama saya. Imad Rohimat nama nya.
![]() |
| Ini kereta sewa kami |
![]() |
| Patung dekat jalanraya.. |
Kami meneruskan perjalanan ke Bandung. Untuk keluar dari bandar Jakarta yang sesak, perjalanan kee Bandung mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sepanjang perjalanan, kami perasan Imad ni berhenti beberapa kali di R&R. Rupernyer Imad tidak sihat. Kesian dia. Sesampai di Bandung kami singgah makan tengahari dahulu Tone's Square. Di sini, driver kami bertukar di ambil alih oleh driver bernama Redza pula.
Notakaki: Saya rasa tempat ini memang terkenal di kalangan para pelancong. Banyak blog yg saya baca, kebanyakan pelancong di bawa ke restoran ini untuk makan tengahari.
![]() |
| Masakan Padang. Letak lauk byk byk atas meja. Kalau nak, sila makan, takmo sila letak ke tepi.. |
![]() |
| Kami singgah makan di sini |
Boutique Guest House
Galunggung Street, No. 29
Bandung Indonesia 40264
Phone: +62 22 7304526
Fax: +62 22 7333787
Email: lanostalgie@ymail.com
![]() |
| Bahagian depan |
![]() |
| Bilik kami |
![]() |
| Bilik air |
| Surau |
![]() |
| Tempat ambil wuduk |
![]() |
| Suka sgt Hafiy, sbb ada kolam ikan |
![]() |
| Ruang menunggu |
Hotel La Nostalgie ini adalah sebuah penginapan guest house, tetapi berkonsepkan hotel. Mempunyai 12 bilik sahaja. Terletak di kawasan perumahan di Jalan Galunggung. Tidak jauh dari bandar, tetapi memerlukan kenderaan untuk keluar ke bandar. Kalau saja saja nak jalan kaki, mmg takde lah ya....berpeluh peluh pula nanti. Disini juga ada disediakan perkhidmatan wifi percuma..
| Entrance dan reception |
Untuk family room saya mendapat harga RP1,440,00 untuk 2 malam, breakfast included for 4 person. Untuk breakfast tambahan adalah RP47,500 per person. Kanak kanak adalah percuma. Bilik ini mempunyai 2 katil besar dan satu sofa. Satu katil boleh memuatkan 3 orang (pd saya okay je, xler sempit sangat katil tu)...anak saya yang sulung tidor atas sofa. Sofa tu pun besar juga. So, tak kisah katanya. Untuk tidur sahaja. Selepas zohor, kami menuju ke Toko 3 untuk mencari seluar jeans. Redza yang cadangkan ke sini. Sebenarnya kami pun tak tahu kemana harus di tuju dahulu, jadi ikut sahaja lah. Didalam kereta, Redza berpesan jangan melayan penjaja penjaja yang datang menjual barangan kononnyer dengan harga yang murah. Kami menurut perintah sahaja..hehehe.
Toko 3 - Original Jeans Centre at the centre of Bandung city, offering wide ranges of original jeans brands at affordable prices. Up-to-date fashion for men and women..Visit Toko Tiga at Jl.Ahmad Yani 114, Bandung
![]() |
| Gambar google |
Ye ker pun ntah. Namun dapat juga saya membeli sehelai jeans levis utk diri sendiri, untuk suami dan anak anak dan juga beberapa helai tshirt. Selesai di Toko 3, Redza membawa kami ke Factory Outlet di Jalan Riau. Tak banyak yang kami beli di sini....sebab terlalu banyak kedai, saya pun pening...mana satu nak masuk pun ntah ler....
Kami sekadar pusing pusing di Factory Outlet, kemudian kami mula mencari tempat untuk makan malam. Kerana di Bandung waktunya adalah lewat satu jam dari Malaysia, sekitar jam 6.00 petang hari sudah beransur gelap. Si hafiy nak KFC pulak...pusing pusing Redza cari restoran KFC...hehehe. Kemudian dia membawa kami ke sini untuk makan malam
![]() |
![]() |
| Order mee kuah. Rupernya mcm mee sup jer. |
Sesampai di La Nostalgie, ada show pulak. Siap dancing and singing lagi para pengunjung di sini. Lagu lagu yang dinyanyikan pun mendayu dayu jer. Asben saya pun depa ajak menari gak..hehehhe..Rupanya memang every friday ada Live Music Event kat La Nostalgie ni.
Live Music Event
Friday ? its a weekend time !! a good day to spend your time with us, get some chat with friends, dine or sing away...
La Nostalgie Guest House has an event " Live Music Event" which held every Friday starts from 4 PM until 9 PM.
This event is placed in Lobby / Restaurant on the ground floor. Using the latest version of Keyboard Instrument and all perform will be guided by professional music player with many kinds of genre of the music such as pop, rock, jazz, blues or even classic "old" music. And don't forget guys, this event is FREE !!! FREE ENTRANCE AND FREE SINGING !!!
La Nostalgie Guest House has an event " Live Music Event" which held every Friday starts from 4 PM until 9 PM.
This event is placed in Lobby / Restaurant on the ground floor. Using the latest version of Keyboard Instrument and all perform will be guided by professional music player with many kinds of genre of the music such as pop, rock, jazz, blues or even classic "old" music. And don't forget guys, this event is FREE !!! FREE ENTRANCE AND FREE SINGING !!!
Bring all of your friends to La Nostalgie Guest House, enjoy our food and drink,and get a new experience here...





























I like your blog very much! It is found me so interesting and informative... Thanks very much for sharing this amazing information over here.
ReplyDeleteCorporate Car Booking With Driver in Jakarta || International Airport Transfer Jakarta