Monday, 10 March 2014

Jakarta Day 4

17 Februari 2014 - Isnin

Hari terakhir di Jakarta, perancangan kami cuma mahu ke Tanah Abang. Disebabkan kami tidak mempunyai supir, maka jalan jalan di kota jakarta terpaksa di batalkan. Sehari sebelum, saya telah menempah airport transfer pada jam 1.00 tghari. Untuk ke Tanah Abang, saya cuma pergi bersama suami sahaja..Anak anak semua kami tinggalkan di hotel. Dan berpesan, jam 11.00 pagi, pastikan semua sudah bersiap sedia. Flight ke Kuala Lumpur jam 4.35 petang. 

Masa pergi ke Tanah Abang kami menaiki bajaj berwarna biru dan dikenakan tambang sebanyak RP20,000.  Dekat sahaja Maxone Hotel dengan Tanah Abang ni. Terlalu awal sampai di Tanah Abang iaitu jam 8.30 pagi, banyak kedai yang masih belum di buka. Kami pun copot copot jer. Fikir apa nak beli, jumpa jer, sambar. Mmg dah malas nak serbey menyebey lagi dah. 





Notakaki:  pictures, ehsan google ya.

Tanah Abang ni pada saya terlalu besar. Tak sempat nak jelajah semua dalam masa yang singkat. Ada banyak blok..dan setiap block mmg amat besar. Tiap satu tingkat, luas seluas luasnya. For those yang suka membeli, Tanah Abang memanglah tempatnya. Selesai menyoping di Tanah Abang, kami pulang ke hotel menaiki bajaj berwarna oren dan dikenakan bayaran RP15,000 pula. Tengah jalan, tayarnya bocor...hahaha..kena pula turun tukar tayar. 


Sampai di Hotel, anak anak dah siap, kami check out dan pergi lunch dahulu. Since airport transfer jam 1.00 tghari, mmg cukup masa untuk lunch. Hampir jam 1, kami pulang ke hotel dan menunggu airport transfer. Sekali lagi mood jadi terganggu...aduhai..dugaaan sungguhlah. Airpot transfer tak sampai sampai...hinggalah jam 2.00++ ptg. Muka memasing dah cuak...nak keluar dari bandar Jakarta yang penuh sesak membuat hati berdebar debar......memasing diam dlm kereta. Akhirnya sampai ke epot jam 3.15 petang. Check in luggage semer bagai, amik masa sbb orang ramai...dua tiga kali nama kena announce..aduhai....jam 4.15 baru lepas semua pemeriksaan imigresen. Sebaik sahaja melepasi imigresen, pekerja AA sudah menunggu dipintu masuk. Berlari lari pulak menuruni tangga menuju ke kapalterbang. Dok carry hafiy yg debab tu..aduhai. Asben ngan anak2 carry backpack....hahaa......Elok jer kami berada dlm flight...tak sampai 5 minit, flight dah mula bergerak.......mujur tak kena tinggal. 



Kami selamat mendarat di LCCT 28 minit lebih awal dari waktu ketibaan. Alhamdulillah...walaupun terjadi macam macam perkara, saya tetap tidak serik untuk travel lagi. Semua itu adalah pengalaman. 




1 comment: