Mengada ngada sungguhlah meletak sampai ber part part byknyer..hahaha. Banyakkan gambar sahaja. Sesungguhnya saya tak pandai menulis. Kalau baca blog orang lain, sangat sangat informative. Okay...sudah puas di Maya Bay, jom kita ke Phi Phi Don pula. Disana kita akan makan tengahari dan snorkeling. Makanan yang disediakan adalah Halal. Snorkeling ni dua kali. Kali pertama sebelum sampai ke Phi Phi Don, kali ke dua selepas makan.
Driver boat memang bawak laju giler. Rasa mcm melambung lambung kat dalam boat, tp kami enjoyed. Singgah untuk snorkeling, air tersangatlah jernihnya. Boleh nampak ikan berenang renang. Saya ambil gambar, malangnya goyang. Boat bergoyang, tangan bergoyang.....
 |
| Ni jer gambar ikan yang ada.. |
 |
| Baru sampai ke Phi Phi Don |
 |
| Laluan kiranya berlaku tsunami |
 |
| Daging masak apa..tatau... |
 |
| Potato |
 |
| Spageti |
 |
| The name of the restaurant |
Pekerja pekerja restoran ni pun saya tengok yg perempuannya bertudung litup belaka. So, yakin ajerlah restoran ini halal. Tp memang ramai muslim makan di sini. Sesudah makan tengahari, kami cuma pusing pusing menikmati keindahan pulau. Sambil membayangkan keadaan tsunami satu ketika dulu. Kemana patut penduduk di sini melarikan diri. Tp laluan yang dibuat tadik, mmg lalu ke arah gunung ganang yang terletak di sebelah pulau. Mungkin itu adalah kawasan selamat sekiranya berlaku tsunami.
 |
| Sementara tunggu boat |
 |
| Mula bergerak menaiki boat |
Selesai disini kami meneruskan perjalanan ke Aonang Krabi. Sebelum tu, singgah sekali lagi untuk snorkeling. Bila dah makan badan dan penat, mata pun mula mengantuk. Tak teringin lagi dah nak snorkeling. Semasa dalam perjalanan kembali ke tanah besar, kami di jamu dengan buah tembikai dan juga nenas. Nenasnya amat lah sedap dah manis..Sambil menaip ni pun, macam terasa rasa nenas di dalam mulut...
Sambil menunggu yang lain ber snorkeling, sempat juga snap beberapa gambar sekitar. Saya mmg fobia air dalam dan luas, so takkan ku terjun untuk snorkeling.
Kami sampai di tanah besar lebih kurang jam 4.30 petang. Boat membawa kami ke pantai Noparathara Beach. Tak jauh dari Aoang Beach. Disitu ada bas sudah menanti untuk membawa kami balik ke hotel masing masing. Memang kepenatan sungguh. Mulanya bercadang nak terus jalan jalan di sekitar Aonang. Tp kami amik keputusan balik hotel dulu, mandi manda bersihkan badan dan selesaikan perkara yang sepatutnya.
 |
| perasan mcm kat nami island..hahhahaha |
Malam hari, kami berjalan jalan di sekitar Aonang sambil membelii belah apa yang patut di beli dan di belah...hahhaha...
 |
| Walking Streets |
Banyak kedai dalam Walking Streets ni. Tp harga, pandai pandai lah bargain. Tp saya perasan, kalau kedai tu di miliki oleh orang India, takyah lah susah susah nak bargain. Tanya harga, pastu mintak paling murah..dan kalau dia dah bagi harga, tp still tak menepati kehendak kita, blah ajer lah. Memang takkan dapat punya. Baik lagi berususan dengan org Thai. Dah penat...jom balik hotel, tido. Esok nak balik Malaysia.
cantiknyaaaa laut wooot ~
ReplyDelete