Pertama kali saya menggunakan KLIA2, pada 6 Jun 2014 yang lepas. Ini antara gambar gambar yang sempat saya ambil semasa pelepasan.
Mula mula sampai, memang cuak. Sebab bila membaca di forum, ramai yang mengatakan betapa besarnya KLIA 2 ni, sampaikan saya tak berani nak melengah lengah. Saya pastikan bahawa kami (sy dan suami) berada di KLIA2 seawal yang boleh sebelum berlepas. Selepas melepasi segala kedai kedai yang ada di dalam bangunan KLIA2 ni,maka tibalah kami ke sini. Jangan bimbang, signboard ada di mana mana. Tidak mungkin kesesatan.
| Susahnyer nak ambil gambar ni..orang asik lalu lalang.. |
| Akhirnya dpt juga..bila dah nampak replika ni, bermakna sudah berada di depan entrance utk masuk departure hall |
| Screen besar,so sila check di screen ini, gate mana kita perlu masuk utk pelepasan |
| Baggage check in counter. |
Ni gate pelepasan yang pertama samada P & Q atau L. Kat dalam tu, kena berjalan jauh lagi untuk sampai ke pemeriksaan imigresen yang kedua. Masa kat sini, saya menggunakan autogate saje. Kalau pegawai imigresen tu nampak je pemegang passport warna merah, depa panggil jer soh masuk autogate. Siap tunjuk ajar lagi apa nak buat kat autogate tu..hehee..Saya x pernah guna autogate. Terkial kial..
Since saya kena ke gate Q7, inilah laluannyer. Mcm saya katakan tadi, dun wori. Walaupun ramai yang mengomel, jauhla, besarla, sesat baratla......(tp saya tak sesat pun). Signboard ada saja. Tp make sure, tengok gate betul betul ya. Jangan pula kalau kena masuk gate P atau Q, tp pergi ke gate L...huhuu..haru.
Sepanjang menuju ke gate Q, inilah antara pemanadngan yang dpt dilihat. Dan didalam sana terdapat banyak lagi kedai kedai di sepanjang perjalanan menuju ke Gate Q. Sila perhati betul betul, takut tak nampak signboard, tp nampak yang lain..hahhahha
Sesampai di pemeriksaan imigresen yang kedua, di sini agak ketat sedikit. Semua benda kena letak untuk di scan. Macam asben saya, kasut pun dia kena bukak, kena masuk scanner...talipinggang mmg kena bukak. Imigresen yang pertama, tak perlu berbuat demikian.
**Saya terlupa nak ambil gambar semasa pemeriksaan imigresen yang kedua. Walhal, masa tu tak ramai orang, boleh ajer nak amik gambar. Tak apa lah...lenkali la kut..hhhehe. Gambar di atas, bukan tempat pemeriksaan ya....
Sebenarnya prosidur sama saja. Cuma dulu di LCCT, jarak di antara tempat pemeriksaan passport dengan tempat pemeriksaan hand luggage adalah tersangat dekat. Dan dulu di LCCT, semasa pemeriksaan passport, hand luggage tidak perlu masuk scanner. Tp di KLIA2, kena masuk scanner. Dua kali scan lah gitu...
Tempat menunggu kapal terbang di gate Q7. Andainya rasa bosan, menanti di sini, di bahagian luar banyak kedai kedai coffee untuk bersantai. Paling hampir dengan Q7 adalah Dunkin Donut.
| Tak perlu lagi naik tangga. Jalan terus masuk ke dalam perut kapal terbang. |
| Pemandangan dari dalam kapal terbang |
Penerbangan kami lewat setengah jam dari waktu yang di jadualkan. Sepanjang perjalanan, ada ketika cuaca tidak begitu elok, dan sedikit turbulence. Cuaca mendung dan adakala hujan.

Hi Kak Inazz,nak tanya agak2 berapa lama proses dari gate pelepasan intrnatnl pertama -->pemeriksaan imegresen-->jalan sampai last gate pelepasan..saya nak survey set masa kalau2 1/2 jam sebelum boarding time daripada gate yg awal tu.tq :)
ReplyDeleteDari pemeriksaan imigresen pertama ke yg kedua lebih kurang 10 - 15 mins. Itupun kalau xde nak melengah lengah melihat kedai kedai yang ada kat dalam tu..heheehe. Bila sampai ke pemeriksaan imigresen yg kedua, disini yang merisaukan takut queue panjang. If x panjang, xper. After pemeriksaan menuju ke boarding gate, bergantung pd which gate kita dpt. Mcm akak hari tu dpt gate Q7, jauh juga nak menapak. 30 mins tu sempat if queue di imigresen ke2 x panjang. If panjang, takut terkejar kejar. Unless uols jenis pantas dan boleh jalan laju laju.
DeleteSalam, saya nak tanya..bagaimana cara msa buat autogate?terima kasih
ReplyDelete