Wahh...nampak MRT station sudah hampir siap. Maybe dalam 70% kut eh. Train pun dah ada atas landasan. Jom kita. Sangat menarik sebab MRT Station ni betul betul depan entrance kat opis ni. Makin mahal ler rege tanah kat sini. Janganlah kena berpindah lagi yerk......
Still remember masa pestime pindah Puchong, it was in 1998. Sedang sedang elok bangunan pejabat di depan Subang Parade, kena berpindah ke Puchong....huhuhu..hilanglah peluang mencuri curi masa dan menyoping kat Subang Parade lagi. Pilihan tempat makan pun dah tak se best di Subang Jaya. But life must go on. Pindah pun pindah la ya.....dari tempat jin bertendang, Puchong slowly developed. Dalam masa tak sampai 10 tahun berpindah, dah banyak bangunan dibina. Kawasan perumahan juga berlumba lumba di bangunkan. Dari xde hotel, dah ada Hotel Four Seasons. IOI Mall yang dulunyer cuma ada The Store, now dah ada Aeon. Now barulah nampak happening sikit di IOI tu. Infact dah bukak Wing baru pun. Dah ada Nandos, TGI Friday, Seoul Garden and etc. Kalau tak, dulu dulu asiklah makan nasik mamak....hahahha. So fast Puchong membangun.
Panjang route MRT kali ni. Boleh ke IOI Mall, ke bangunan hijau di Puchong Perdana (warga Puchong will know apa itu bangunan hijau...kkekeke) and the last stop di Putra Heights.
Dulu dulu, kalau pergi kerja dan balik kerja boleh relaks relaks jer. Half an hour saya from KL pun bleh sampai. Sekarang kalau tak 1 hour.....kalau 45 minutes tu dah cukup baik...huhuhu. But still I love working here and I love staying in KL..hehhheehe..
I wish, another next 5 years time, we are still here. Bagilah peluang kami mencuba MRT ni dulu ya. Walaupun dah dengar ura ura, keberangkalian untuk dipindahkan itu ada....hahhaa. Dengar dengar macam nak di hantar ke Dengkil....if ke Dengkil, kenalah berpindah rumah semula ke Putrajaya...huhuhuuhu. Hopefully not in 5 years time. Kalau lepas 5 tahun tu nak pindah gak...sila lah. Ahkak dah pencen dah kut masa tu....kekkekeke..



