The last time saya pergi ke sekolah untuk daftar anak darjah 1 was 7 years ago. Hakim dah 14 years, and now Hafiy is 7. Kalut jap saya. Sebab banyak perkara dah lupa. And my expectation kat sekolah baru ni pun lain..tp apa yang saya dapat lain. Sebelum ni anak2 yang lain semua bersekolah kat SKBP. Hafiy ni saja je lah daftar kat SKBB. Sebabnya Hakim bersekolah di SMKBB. Nak hantar sekolah boleh satu hala. If ke SKBP, kena detour...jauh sikit ler. (takle jauh mana kut..hahaha..)
Kesian Haikal sorang tercampak ke SMP. Kena dok asrama lagi tu. Tp alhamdulillah, okay jer. Harith di Kuantan, Haziq Kemaman. Hmmm...satu hala gak. Sonang hati mak.
So, lets go the school. First day, memang kalut betul saya rasa. Ntah..ni just dari pandangan saya la. Sbb saya tak suka crowd kut...ntah...tak juga kut. Bukan sbb crowd. Tp sikap. If parents ngan murid2 sekali semua kat atas padang perhimpunan, bayangkan betapa crowded nyer kawasan. Ada juga parents yang ikut berbaris ngan anak anak sekali. Kat kelas, walau dah ada notis tampal kat pintu kelas, dah ada announcement meminta parents sila tunggu di kantin bukan dikelas. But still...haishh..ntahlah. Kat kantin lak...memang ler cikgu suruh parents tunggu kat kantin. Tapi, bila waktu murid murid berehat, parents bangunlah dari tempat duduk kantin tu. Bagilah anak anak duduk makan. Ada yang bangun dari kerusi, tp berdiri tepi anak anak. Ada yang berbaris sekali tolong belikan makanan tuk murid murid..walhal cikgu ada kat situ nak tunjuk ajarkan kepada murid murid sekelian tu. Ada yang dah makan, tak reti reti nak letak pinggan disposal tu dalam bakul sampah. Atas meja kat kantin tu xyah citerlah betapa berselerak nyer..huhuhuu...Crowded sungguh ler kat kantin. Dengan murid murid dengan ibu bapa....hmmm...takperlah. First day....
Pada saya, kita patut beri kepercayaan kepada cikgu cikgu dan anak anak. Bukan takleh tengok atau xleh tunggu. Agak agak ler. Lain lah kalau anak tu meraung raung kat situ. Exceptional la kut pada saya, sbb paham, ada budak memang cembeng dan nervous. Bukan sebab apa pun, cuma sebab tak biasa. Kalau anak okay okay jer, takyahlah beria bertangga kat tepi anak. Pantau jer dari belakang. Bagitau kat anak, ibu ayah ada kat belakang ni....dun worry...hehehehe
Dari segi taklimat dan sessi pembelajaran untuk anak anak....alhamdulillah SKBB terpilih sebagai sebuah sekolah rintis untuk program DLP. Maka murid murid yang terpilih dan cemerlang akan di masukkan ke program DLP (Dual Language Program). So saringan diadakan sebanyak dua kali. Kali pertama BM & BI. Kali kedua Sains dan Matematik.
Selama 3 minggu murid murid darjah 1 akan menjalani minggu transisi. Konon konon macam refresh balik ler apa yang depa depa ni belajar masa kat tadika. Camner pun, Hafiy okay okay aje kat sekolah. Senang hati mak nakk....


No comments:
Post a Comment