Friday, 12 February 2016

Tok Janggut Homestay & Retreat Taiping

Pada 30 & 31 Januari 2016 yang lepas, maka berakhirlah Geder Geder TSY buat kesekian kalinya di Tok Janggut Homestay. Boleh masuk FB ni untuk tengok lebih lanjut berkenaan dengan TokJanggut Homestay & Retreat Taiping

Selebihnyer saya tepek gambar jer lah ya....Best tempat ni, sbb ada 8 bilik pelbagai size. Dibahagian hadapannyer ada main house, yang mana terdapat 3 bilik (2 bilik kelamin dan 1 bilik bujang) manakala di bahagian belakangnyer terdapat lagi 5 bilik. Di ruangan tengah tengah pula, terdapat sebuah kolam renang. Walaupun tidak besar mana, tapi cukup untuk anak anak bergumbira mandi manda.

Ni susunatur bilik kami aritu. Thank you to IMANN, susah payah buat layout bilik, untuk memudahkan kami supaya tahu bilik masing masing kat mana...




Disini juga ada disediakan basikal dan motosikal untuk kegunaan para pengunjung berjalan jalan sekitar kampung. Untuk penggunaan basikal hanya secara percuma, manakala untuk motosikal kalau tidak silap saya dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 untuk sebuah motosikal. Selain mempunyai ruang dapur dan juga ruang makan, juga terdapat beberapa bilik air untuk di kongsi. Untuk sampai ke sini mudah sahaja...sila tengok berdasarkan gambar di bawah


Homestay Tok Janggut ni betul betul di tepi jalan. So, kena alert, takut terlepas pandang. If terlepas, kena patah semula ke belakang.




Bilik 6 & 7





Bilik No 4, 5 & 8  (kat belakang bilik no 5)

Ruangan untuk lepak lepak dan makan makan
Basikal boleh digunakan

Bilik 6 & 7

Tempat yang menarik untuk weekend gateways for families. Untuk bersama kengkawan pun seronok juga..facilities bagus, bilik bilik pun best. Setiap bilik ada aircond dan kipas. Paling best, bila mandi, air sejuk. Ada beberapa bilik air mempunyai 2 shower. Menurut kata owner, satu adalah dari air paip dan satu lagi air sungai...sejukkk.  


From Tok Janggut FB

From Tok Janggut FB




No comments:

Post a Comment