Monday, 2 January 2017

Aroma Ikan Bakar Jeram

2 January 2017

Adik bongsu mengajak kami adik beradik dan keluarga makan kat Aroma Ikan Bakar, Jeram. Ini kali ke2 saya makan di sini. Kalau ikut pilihan saya....Aroma Ikan Bakar Jeram bukan pilihan saya...hahahha. Since orang nak belanja kan...so ikut ajelah. Sejak ketiadaan abang yang ke2, ini adalah kali pertama untuk tahun 2017 kami adik beradik berkumpul makan makan diluar. Biasa berkumpul kat rumah je. Mana mana rumah tak kira rumah kakak, or abang. 

Dan kebetulan juga ramai pula yang dilahirkan pada bulan Januari. So, kami celebret besday sama sama. Abang pertama dan isteri (kakak ipar saya) mempunyai tarikh lahir yang sama iaitu pada 2 Januari. Abang ipar pula (suami kakak ke2) pada 1 Januari. Saya 5 Januari dan anak saya Haikal pada 3 Januari. So here we are.....

Gambar dari google

Abaikan budak kecik dua orang tu....hahhaa..nyibukkk







Seronok berkumpul ramai ramai begini. Walaupun tak semua dapat menghadirkan diri. Yang pasti, emak gembira melihat anak anak cucu cucu dan cicit dapat bersama sama selalu. Itu yang penting bagi kami. Melihat emak gembira....di kala meniti usia senja, emak dapat melihat ke akraban kami adik beradik. Walaupun kadang kadang, bercekau juga..hahhaha. 





No comments:

Post a Comment