Patut ker bubuh road trip to south island New Zealand lagi ek...hahhaha. Walhal dah berada di Sydney. Main trip adalah ke New Zealand. Sydney Australia ni sampingan je. Tu pun, kalau tak stay Sydney pun takpa kut na. Cuma pikir, dah alang alang kena ke Sydney juga. Jalan jalan le sekejap. After all, kami pun dah silap booked ticket. Patut anjakkan sedikit waktu.
Saya tak berapa boleh nak tido semalam. Tatau kenapa. So asik melayan internet je lah. Dah pukul braper baru tertido kut. Pagi ni, turun breakfast kat bawah. Bagus Big Hostel ni. Breakfast di sediakan. Macam macam ada. Roti, cereal, susu, coffee, tea.....jimat banyak laaa tang breakfast. Tapi siap ada nota ya. Take whatever you want for breakfast ONLY...hahhahaa. Agaknya ada yang amik pastu simpan untuk lunch ngan dinner kut.
Semalam masa checked in, saya perasan ada orang ni siap ambik blanket dan sarung bantal. And pagi ni juga, saya perasan, ada penghuni yang letakkan blanket dan sarung bantal dalam tempat yang disediakan. Musykil jap....maka saya pun buat siasatan..hahahha. Owhh...rupanya mereka mereka ni orang yang stay kat shared room. Macam kami shared juga, tp shared ber4 under satu booking and 4 sekawan. Mereka tu shared ngan strangers yang tak mereka kenali. So, masa check in, kena ambil keperluan tu, and masa check out, mereka kena pulangkan. Macam kami, x perlu ler bawak ke kaunter untuk pulangkan.
![]() |
| Nak ke Train station |
Lepas breakfast, kami plan nak ke Circular Quay. Pikir pikir, nak amik uber/grab je lah. Saya pun tried ler ambik uber. Tak ingat uber ke grab. Dah okay dah...tp payment using credit card. Hmm.. takmau ler...sbb masing masing pun kedekut nak gunakan cc masing2 kan....so kami just jalan jalan kat situ cari train station. Rupanya senang jer. Dari Big Hostel tu...kluar je pusing kanan...jalan terus kedepan. Just jalan...sampai jumpa Museum Station. Dalam 5 minit kut. And kami turun bawah nak beli ticket. Memang tau Opal Card digunakan di Sydney. Sebab dok memikirkan sekejapan sangat kat Sydney, so malas ler nak beli. Maka kami plan nak beli ticket kat machine je. Kena guna syiling le pulak...and syiling xde hahahhaa. End up kami kena gak beli Opal Card - AUD10.00. Sayang juga, sebab kami tak menggunakan public transport sangat. Just ke Circular Quay. Tolak beberapa sen je dari opal card. Ada balance lagi dalam AUD7.00 dlm tu. Opal card saya pun ntah kemana dah...hahahhaa.
| Jakun tengok train dua tingkat |
![]() |
| Dalam train |
Dah beli Opal Card, kami masuk balik ke Museum Station. Ambil arah ke Circular Quay. Masa ni macam jakun jap....sebab tengok train dua tingkat. Train canggih dah....tp stesennya...oldies sangat saya rasa. Macam station kurun braper ntah....tp best trainnya. Smooth dan laju je. Ada announcement. So just dengar announcement bila sampai Circular Quay, kami pun turun.
Turun je dari train station, kami nampak dah pelbagai Wharf. Juga dah nampak Sydney Opera juga Sydney Bridge. Kami just jalan jalan sekitar...and tiba tiba kami nampak Hop On Hop Off bus. Tanya yang lain nak naik dak. Kak Zu ngan Zu takmau naik. Kena bayar AUD50.00. Tanya Lina..Lina nak. Memang tak pikir lama...maka saya ngan Lina naik hop on hop off bus. Beli ticket kat driver tu je. Plan ngan kak zu dan zu, jumpa nanti. Perjalanan explore Sydney City ngan bus ni lebih kurang 1.5 jam. Fuhh....boleh tahan panas. Yang benonyer, saya banyak tido atas bus....hahahhaa. Ramai juga yang naik bus ni. Kami tak stop mana mana pun. Actually, boleh stop and explore. Pastu naik balik bas tu. Ticket tu valid for 24 hours. Turun ler kat mana mana pun. Janji kat tempat bas tu lalu lah ye. And then, nak naik, naik le balik. Just tunjuk ticket. Tapi kami tak pun...i just want to relaks..aahahah.
Lebih kurang 2 jam gak perjalanan. Kami turun kat tempat kami naik mula mula tadik and cari kak zu ngan zu. Dah jumpa, kami pergi ke Rock Market plak. Flea market macam ni, nampak menarik. Tapi harga...hmmmm...boleh tahan. Takpalah....jalan jalan pandang pandang ajer lah ye...Pastu kami ambil train balik ke Museum Station.
Kami balik Big Hostel dulu. Rehat rehat, solat makan and buat apa yang patut. Then kami pergi ke Paddys Market pula. Kami guna goggle maps je untuk ke Paddy's Market ni. Tak jauh pun dari Big Hostel. Kluar dari Big Hostel tu --> turn left --> ada traffic light. Cross traffic light tu and jalannnnnnnnnnnn terus ke depan. Eh senang sangat eh....hahahaha. Marah orang kalau cakap gitu. Senang lah sebab dah sampai. Yang belum sampai, mesti terkial kial nak bayangkan camner.
Paddy's Market ni macam Ben Thant kat HCM tu pun ya. Cuma sini xdelah crowd sangat. Time to shopping...so shoppinglah watever uols nak kan. Dalam Paddy's Market ni ada gak wet market. Jual buah buahan dan sayur sayuran. Ramai peniaga Chinese Malaysia. Sebab kami pergi dah petang, mcm jual lelong lak. AUD1.00 je...stoberi, avocado, grapes..haishh...macam macam. Mabuk jap kami tengok, rasa macam nak beli semua...hahahhaha.
Dah selesai menyopping, balik hostel. Makan buah buah hasil tangkapan masing masing. And perabiskan juga segala bekalan makanan yang ada. Kemas kemas sebab esok nak fly back to Malaysia. Flight kul 1025 pagi lak tu. So dah janji ngan Mr. Ken jam 0700 pagi kat lobby Big Hostel. Cepat jer masa berlalu. Dah nak balik. Rasa macam tak mau balik...hahhaha.
![]() |
| Lalu bawah ni. Depan Big Hostel sebelah kiri |
Dah selesai menyopping, balik hostel. Makan buah buah hasil tangkapan masing masing. And perabiskan juga segala bekalan makanan yang ada. Kemas kemas sebab esok nak fly back to Malaysia. Flight kul 1025 pagi lak tu. So dah janji ngan Mr. Ken jam 0700 pagi kat lobby Big Hostel. Cepat jer masa berlalu. Dah nak balik. Rasa macam tak mau balik...hahhaha.













No comments:
Post a Comment