Tuesday, 15 January 2019

Nha Trang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 4

27 Disember 2018 (Khamis)

Bangun pagi, check out dan kami meneruskan perjalanan ke Mui Ne. Dari Dalat ke Mui Ne mengambil masa selama 4 jam juga. Perjalanan yang agak jauh pada saya. (Dah lama sangat, sampai dah lupa apa rentetan cerita di hari ini...hahahha)


Sebelum tiba di Mui Ne, Ismail membawa kami singgah di satu kawasan pergunungan untuk breakfast dulu. Breakfast memang Ismail dah tapaukan siap siap untuk kami. So, disini kami cuma order coffee sahaja. Jalanraya untuk sampai ke sini juga berliku liku dan ada juga terpaksa melalui jalan tanah merah. Tetapi setiba di sini...damai je rasanya. Dan hujan ranya renyai pula di waktu ini. Selesai sarapan, kami meneruskan lagi perjalnaan ke Mui Ne. Sesungguhnya, tidak tergambarkan, betapa jauhnya nya lah perjalanan...hahahha.

Berhenti rehat sambil breakfast

Setiba di Mui Ne kami sempat singgah di Red Sand Dunes, White Sand Dunes dan juga Fisherman Village. Actually dalam ititneray ada singgah kat Stream. Masing masing tak ingat kut. Sebab perjalanan yang panjang dan meletihkan. Saya takleh imagine camner driver ni mampu bertahan drive sepanjang perjalanan.....


Mui Ne

Pekan Mui Ne ni menarik juga. Pada yang mahu bermalam di Mui Ne, terdapat juga beberapa hotel dan guest house. (Kena search lah ye sbb kami cuma nampak hotel je)

White Sand Dunes




Fisherman Village

Selesai di Mui Ne, kami meneruskan perjalanan ke Ho Chi Minh. Aduhai...satu lagi perjalanan yang memang sangat lama. Perut dah lapar...dan kami menempuh beberapa kemalangan jalanrata dan juga, kesesakan lalu lintas lagi. Dan sangat scary saya rasa sebab di atas jalanraya di Vietnam ni, terlalu banyak kenderaan berat. Laju laju plak tu...huhuhuuhu

Kami singgah di kawasan perkampungan di mana Ibra Him tinggal (agent yang kami berurusan untuk trip Vietnam ni). Waktu dah petang sangat masa ni. Kami sungguh kelaparan kerana cuma makan pagi sahaja. Di Mui Ne kami tak singgah makan di mana mana. Kira ini macam lunch kitaorang la. Selesai makan, selesai urusan pembayaran pakej, kami meneruskan perjalanan. Dari perkampungan Ibra Him nak ke HCM pun jauh juga. Dah malam baru kami sampai HCM. Seribu satu kelegaan bila dapat meluruskan kaki dan mandi manda. Kebetulan di bawah hotel tempat kami menginap tu, ada kedai massage. Apa lagi....kami pun pergi memanjakan diri.

Satu perkara yang saya perasan di HCM ni, setiap massage centre, selepas massage, mereka akan minta tips. Sebelum ni tak pernah terjadi. Saya pernah ke HCM dua kali sebelum ni. Tapi tiada kes tips ni. Kebetulan kedai di bawah hotel kami tidak mengenakan tips. Tapi kami terpedaya juga keesokan harinya di sebuah kedai lain..huhuuhu...Jadi, kesimpulannya, cari lah kedai massage yang bertulis NO TIPS.

Malam di HCM, kami jalan jalan di Malaysia Street. Sempat dinner di sebuah restoran di sini. Meriah sungguh makanan yang disediakan. Semuanya Ibra Him yang uruskan. Kami cuma datang, dan makan sahaja. Dan pada saya juga, Malaysia Street dah macam tak meriah seperti dulu dulu. Lain rasanya.

Selesai makan malam dan jalan jalan, kami kembali semula ke hotel. Tidur dengan nyenyak kerana sangat kepenatan. Menanti hari esok pula.

Pakej kami berakhir dengan Ibra Him apabila selesai sahaja makan malam. Kalau ikutkan, makan malam tu tak termasuk dalam pakej. Tapi disebabkan banyak tempat kami tak makan, walaupun dalam pakej di nyatakan ada B/L/D, maka Ibra Him menggantikan mana mana yang telah termiss. Dan Ibra Him juga berjanji untuk membelanja kami untuk sarapan esok pagi.

Di hotel kami menginap ini juga, kami memilih bilik untuk 4 orang. Cuma disini, terdapat dua katil single dan satu double. Maka saya berkongsi katil dengan Dee, manakala Zaa dan Rose memilih katil single. I is okay aje....takde hal...hehehe.




No comments:

Post a Comment