Lebih kurang jam 0700 pagi, safely landed di Incheon Airport. Dari Terminal 2, kami menaiki aerotrain untuk ke Terminal 1. Segalanya berjalan lancar, walaupun agak cuak juga. Ye lah, sekarang macam macam kita baca dan dengar. Kebetulan pula, di hadapan kami ada dua orang wanita, kena masuk bilik. Bertambah cuak juga. Tapi yakin, bahawa kita datang for leisure/holiday. Jadi, tidak ada apa yang perlu dirisaukan.
Alhamdulillah, kami selamat melepasi imigresen. Ada yang bawa makanan, tapi tak declare pun. Malahan, cuma handcarry sahaja yang kena scan. Luggage takde scan dah. Bila dah landed, biasa lah masing masing nak terkucil. Agak sedikit lama di ruangan mengambil bag, sampai kena sound le...hahahha.
Sebaik keluar dari arrival, perkara pertama yang kami buat, topup T-Money dan cari susu pisang. Memandangkan waktu ni summer season, cuaca biasa biasa sahaja. Sambil sambil tu, Mashie pi usha tengok tengok airport transfer dan juga bas. Kami akan menginap di Ekonomy Hotel, Myeongdong. Sambil sambil tengah berkira, kami di datangi oleh seorang warga Korea. Timmy namanya. Actually, dia tengah tunggu customer dia dari Vietnam. Flight sepatut landed pagi tu. Tapi flight delay, and dia kata, dia takmo tunggu sampai pukul 3.00 ptg. If kami nak transport, dia willing untuk hantar kami. Selepas negotiate (kami request harga sama dengan bas iaitu KR17,000), dia agreed. Alhamdullillah, dapat naik Starex dengan harga berpatutan. Mashie siap ambil no hp dia utk reference.
Kelakar, sebab dia beria convince kan kami bahawa dia bukan scammer. Dia pun paham kut akan kerisauan kami. And kami pun takde le risau sangat sebenarnya, sebab bukan first time ke Korea and kami pulak ber6. Timmy sangat fasih berbahasa Inggeris sebab dia pernah tinggal di Florida, USA.
Lebih kurang jam 10.00 pagi, kami tiba di Ekonomy Hotel. Since tak boleh lagi check in, kami letak kan dulu barang barang di lobby Hotel. Kami cuba juga tanya if ada bilik kosong kalau kalau boleh kami masuk dulu. Malangnya tiada. Agak strict juga hotel di South Korea ni ya. Sebab biasa, kami duduk Guest House. Kiranya inilah first time stay hotel di Seoul (saya lah). Tapi saya pernah stay hotel masa di Jeju Island
Lebih kurang jam 11.00 kami kami menaiki Subway menuju ke Namdaemun. Macam biasa, bila masuk Namdaemun, semua rambang mata. Pastu dengan panasnya, dengan lapar dan dahaganya...ahhaha...first time datang Korea waktu summer. Mandi peluh semua. Bila dapat masuk bangunan, gembira tak terkata.
Selesai di Namdaemun, kami cuma jalan kaki je balik ke Myeondong. Dekat sangat sebenarnya. Kalau dah faham area situ, sangat mudah. Masing masing dah lapar, kami singgah di Busan Jib berpandukan arah yang diberikan oleh tourist guide berbaju merah.
Selesai makan di Busan Jib, kami relaks sekejap. Lepas tu mencari kedai Bingsu pula....hahaa. Masa mula mula masuk kedai, mentamak masing masing. Pastu ada yang suggest, takyah amik byk byk. Cukup lah 2 sahaja. So kami ambil mango dan strawberry. Sekali sampai...tu dia kau...mujur beli dua je. Kalau tidak, harus nak habiskan. Sebab baru lepas makan heavy.
Kami really enjoyed bingsu masa musim panas ni. Nikmat tak terkata. Selesai makan bingsu, kami ke hotel untuk check in. Saya dan tika, mashie dan nana, Mala dan Maznah.
Bilik hotel ni sangat kecil. Luckily, saya dan Tika dapat bilik twin. Jadi ada sedikit ruang utk kami solat. Mashi & Nana, Mala & Maznah punya bilik, nak solat pun kena atas katil. Maznah dngan Mala mmg tak selesa dengan bilik kecil. Minta tukar bilik, kalau ada bilik kosong. Tapi memang tak dapat. Walaupun nampak mcm ada je bilik kosong, tp pekerja situ cakap all fully booked. Apa apa ajelah..,,sampai sudah tak dapat tukar bilik.
Kami bersihkan diri, solat dan rehat sekejap. Kemudian kami bergerak menuju ke Namsan Tower. Kali ni, kami bertanya sekali lagi kepada tourist guide berbaju merah cara cara nak ke Namsan Tower. Sebabnya takmo berjalan kaki macam dulu dulu. Tapi agak jauh juga berjalan ke arah elevator menuju ke Cable Car untuk ke Namsan Tower. Saya first time lalu jalan ni. Sebelum ni, saya ikut jalan belakang melalui Hotel Pacific terus ke atas ikut Namsan Guest House.
Dari sini, kami menaiki Elevator. Dan terus membeli ticket utk menaiki Cable Car. Sesampai diatas, hujan mula renyai renyai. Takde buat apa sangat. Sekadar tengok sunset. Ye lah....sebab macam saya dah berapa kali naik ke Namsan Tower ni, so takde apa sangat nak di tengok. Jalan jalan sahaja pssuing pusing. Kami plan nak balik naik bas sahaja.

No comments:
Post a Comment