On the way balik berhari raya dari Sg. Dua, singgah di Taiping, nak berjumpa dengan kawan persekolahan yang dah lama tak jumpa. Dia tinggal di Taman Sri Matang. Lepas jumpa kawan, anak anak sibuk nak makan mee udang.
Sebelum ni pun, dah pernah dah makan mee udang Mak Jah Kuala Sepetang. Kali ni kami nak cuba Mee Udang Banjir Mak Teh. Tapi, ramainya orang. Since mmg takmo pergi kedai Mak Jah lagi (sbb memang nak mencuba yang lain, tambahan pula, kedai Mak Jah pun ramai juga orang), kami pergi ke kedai sebelah. Kedai Pak Hashim. Tp sayang, gambar yang di ambil, semua blurrrrr...kelabu asap. Tinggal gambar sign board ni jer yang elok sikit.
Kami order mee udang (2), mee goreng udang (1), kueteow udang (1), nasi goreng udang (3) berserta air minuman untuk 7 orang. Total : RM67.00. Pada saya murah ler kalau bandingkan harga di kedai Mak Jah. Cuma bezanya, kedai Pak Hashim ni tak menarik sangat. Dia perlu lakukan sesuatu, untuk menarik minat pengunjung untuk datang. Dan juga menu nya tidak banyak. Tidak seperti kedai Mak Jah. Ada udang goreng tepung, cucur udang, mee, kueteow, nasi udang dll. Dan cara makanan di hidangkankan juga menarik. Kena carik balik gambar gambar lama semasa makan di kedai Mak Jah. Dari segi rasa, pada akak, tak jauh beza. Kedai Pak Hashim ni sempoi sangat.