Sunday, 25 August 2013

Tak sangka..........

Tak sangka...dah bertahun tahun lamanya kenal melalui internet, tp tak penah bersua muka. Yang ada, cuma menatap gambar gambar secara on line sahaja...Akhirnya ari ni bersua juga..hehhee..

Tak sangka kan Non...akhirnya berjumpa gak kita kat KL Sentral..walaupun sekejap. Perancangan pun last minit... Semoga silaturrahim yang kita bina bertahun tahun lamanya, kekal sampai bila bila..


Empat mak dara pingitan

Ada terselit sorang jejaka idaman..hehhe








Tuesday, 20 August 2013

Mee Udang Sungai Dua

Masa pergi berhari raya ke Butterworth hari tu, sempat singgah ke kedai Mee Udang. Org dok citer, dok kata...sedapppp..sedap..maka kami pun nak menerai.

Tp tak snap gambo mee udangnyer...hahahahha...

Nak makan mee udang, akak rela ke Kuala Sepetang jer lah. Mee Udang Sg Dua...tepuk dada tanya selera....sbb tak sama ngan mee udang Kuala Sepetang. Cuma bezanya, udang Sg Dua besar besar sedikit berbanding udang Kuala Sepetang.

Udang di kira ikut kilo. So,pilih ler udang, kendian timbang, kendian di masak. Depa akan tanya...makan braper orang..so, bagi tau lah braper. 3, 4, 5 atau enam...

Setiap mangkuk mee atau kueteow di kira RM4.00. So, kalau 6 mangkuk, 6 x 4 = 24 plus rega udang yang di timbang. Masa kami datang, rege udang 100gm - RM10.00.

Akak pilih 8 ekor udang dan mee utk 4 orang. Total RM47.00. Udang 8 ekor 300gm kut ekk.Tak tengok plak masa depa timbang...betul ler tu.....Mee 4 x 4 = Rm16.00. Udang RM31.00. Tepuk dada tanya selera ya....

Kalau di Kuala Sepetang...rege standard. Nak mee udang biasa, atau mee udang spesel. Kalau biasa, rege dlm RM8.00 gitu. Satu mangkuk ada lebih kurang 7/8 ekor udang. Rege spesel, RM12.00 kut..udang lebih kurang 7/8 tp besar sikit dari udang biasa. Meriah udang ler kiranya.






Saturday, 17 August 2013

Happy Birthday Hafiy

Dah 4 tahun berlalu..

Happy Birthday to Hafiy. Tahun depan dah kena masuk sekolah. Tahun ni boleh main main lagi....







Thursday, 15 August 2013

Kenangan di kampung

Bila jalan jalan di kampung....perubahan tak banyak. Yang membangun tu takde ler..Yang nampak, jalan dalam kampung dah makin elok compare to dulu dulu. Jalan tanah merah jer.

Yang banyak..semua merudum. Kanak kanak dah tak ramai. Tinggal warga warga tua belaka. Remaja dan belia pun takde....semua dah merantau kut. Kesian ngan para warga tua sekelian..dah takde teman ngan anak anak muda.

Dulu dulu lagi seronok musim raya. Pagi pagi hari selepas solat sunat hari raya, dah meriah kekanak datang bertandang ke rumah. Kalau di malam raya pula...riuh rendah bunyi mercun...bercahaya  bunga bunga api.

Walaupun tak sama, raya tetap di teruskan jua....Gambo gambo kenangan yang tak tau apa bakal berlaku lagi pada 10 tahun akan datang...

Sungai tempat mandi manda dahulu kala..skrang soh mandi..
ishhh..idak ler teman..

Dulu cantik empangan ni.....mmg suka mandi manda sini..
Skrang ni...ini ler jadinya...

Dah tak ramai penghuni, surau pun terbakar...


Dulu dulu terojun dlm sungai...tengok skrang..
tak brani woo..hahahha






Tuesday, 13 August 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2013

Pejam celik pejam celik..cepat nyer masa berlalu. Bulan Ramadhan dah berakhir, menjelang. Selamat Hari Raya Kepada Semua...Maaf Zahir Batin. Sajer nak tepek tepek gambar...buat kenangan untuk diri sendiri...ehhehe..

First Hari Raya...Selepas solat sunat Hari Raya, selepas bergambar sekeluarga..mmg kebiasaan kami sekeluarga jelajah kampung...pegi ramai ramai lak tu..hahahha..

Jom beraya

Rombongan cik kiah

Rumah ke 3

Hafiy dah jumpa kawan se bam bam...

Tengah jalan pun sempat bersalam

Weeeh..lambat bebeno..cepat ler..

Rumah ke 4

Me & Bonda....

Dah..jom pi umah lain pulak..


Nak cross jambatan kayu...memola kena cross
tali air, pastu sungai..heheh

Dah abis...jom balik

Hahaha....pis yo

Poyo

Satu keluarga di hari raya pertama


Dak bam bam dengan paket duit raya...


Sempat singgah ziarah pusara FIL

Tu cuma sebahagian..xper lah..untuk tatapan diri sendiri semata....Supaya tidak terlupa




Tuesday, 23 July 2013

Kuih lompang

Satu ketika tu, tekak mengada ngada. Teringi nak makan lompang. Rupanya resepi lompang ni ada pelbagai. Ada yg guna tepung gandum + tepung beras. Ada  yang guna tepung beras + tepung ubi. Dan ada yang buat lompang guna tepung gandum + tepung beras + tepung ubi.

Resepi yang saya gugel baru baru ni, guna tepung beras + tepung ubi atau tepung sagu. Resepi saya tak ingat ambil dari blog mana, tp lebih kurang mcm dari blog INI. Jangan risau bila tengok adunan cair. Jangan cuba cuba nak tambah tepung pulak ya..kang naya jer kuih lompang jadi keras. Dan ini lah hasil.

Bahan Bahan A
2 cawan air
1 cawan gula

Masakkan gula dengan 2 cawan air dan biarkan sejuk.

Bahan Bahan B
2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi / tepung sagu
2 cawan air
1 sudu teh air kapur
Sirap

Larutkan semua bahan dalam bekas, kacau rata. Kemudian campurkan dengan bahan A. Tapis supaya tidak berketul.

Panaskan acuan lompang didalam kukusan.






Notakaki:  Saya ni suka menderhaka resepi. Tengok adunan cair, saya tambah tepung. Hasilnyer, lompang sedikit keras..hahahha.......




Tuesday, 25 June 2013

Implanon sudah dikeluarkan

Sebelum ini saya ada menceritakan tentang sampingan memakai implanon. Boleh tengok di SINI cerita dulu. Implanon yang saya pakai telahpun cukup tempoh 3 tahun. Tempoh tamat adalah pada 21 Disember 2012. Agak lama juga saya mengambil masa untuk mengeluarkan implanon ini. Maka pada tarikh 22 June, 2013, (setelah 6 bulan dari tarikh tamat tempoh) saya nekad pergi ke hospital. Kalau bertangguh lagi, tak tau bila pula akan di keluarkan implanon ini. Walaupun ada yang kata, tidak mendatangkan mudarat, tp saya risau juga. Benda yang sudah expired, tertanam dlm badan kita.



Proses mengeluarkan implanon tidak lama. Memula doktor akan menyapukan antiseptic ke bahagian lengan dimana implanon tertanam. Kemudian suntikan ubat tahan sakit di berikan Semasa doktor menoreh sedikit di bahagian lengan, saya terasa sakit sedikit. Tetapi masih tak berani memandang kearah lengan..Saya tak terasa langsung bila implanon di keluarkan. Cuma bila doktor memberitahu...sudah selesai dan menunjukkan implanon yang sudah dikeluarkan.. Sekejap sahaja. Alhamdulillah. Tidak seperti setengah orang lain yang bermasalah ketika mengeluarkan implanon. Malah saya penah mendengar pengalaman kawan mengatakan ada lelemak yang melekat pada implanon. Dan susah doktor untuk menarik keluar implanon tersebut.

Kesan masih baru, dah masih berdarah

Perbualan semasa proses membuang implanon diantara doktor dan saya.

Doktor:  Kenapa nak keluarkan implanon. You nak mengandung lagi ker.
Saya:  Eh..takdelah doktor. Implanon saya dah tampat tempoh.
Doktor:  Oh..ingatkan nak mengandung lagi....(adoi..sabar jer lah doc ni..)

Kemudian dia merasa rasa bahagian lengan saya, sambil berkata:

Doktor:  Kenapa implanon you dah lari dari tempat asal
Saya:  Erkk..
Doktor:  You ni dah berisi ya..bertambah gemuk..(hahaa..wallaaaa doc..ayat tak bleh bla...)
Dah keluarkan ni, nak pasang semula tak..
Saya: Blom lagi doktor...saya nak tunggu period saya regular semula..
Doktor:  Ada darah tinggi tak.Period semasa memakai implanon macamana.
Saya: Darah tinggi, borderline. Period, cuma datang beberapa kali sahaja
Doktor:  Ooo..bermakna you sesuai pakai implanon. Dan darah tinggi itu biasa. Kalau memakai implanon, mmg ada kesan..Nnt kalau nak pasang, datang semula ya.
Saya: Erk....okay..

Sebelum ni saya menulis tanpa memberitahu tentang kesan darah tinggi. Antara kesan sampingan lain ketika memakai implanon juga boleh menyebabkan darah tinggi (saya baru tahu yaaa).

Nota kaki:  Selepas implanon expired, selama 6 bulan sebelum di keluarkan, period saya cuma datang dua kali sahaja, hingga ke tarikh cerita ini di tulis...

Dah okay. Tanpa darah.

Selesai sudah. Lepas ni, tak tau lagi apa yang nak di gunakan untuk mencegah kehamilan. Tp menurut kata doktor, keberangkalian untuk saya mengandung lagi agak tipis, sbb umur saya telah mencecah lebih 40an. Walaupun begitu..harus berjaga jaga juga....hehehe.......Sbb ada seorang kawan saya, selepas implanon tamat tempoh, dia mengandung..huwaaa...hahaha...Mencegah lebih baik....pada saya yg sudah meningkat usia...