Tuesday, 4 February 2014

Laksa Pokok Limau

26 January 2014

Dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, kami singgah di Kuala Kangsar. It is a must for KKangsarian mcm saya dan Lina..hehhe.. We never missed to taste Laksa Kuala Kangsar. Tp kali ni Lina kata, why not we try to eat Laksa Pokok Limau. Berpuluh tahun asik ke Kuala saya tak penah tau kewujudan Laksa Pokok Limau. Yang biasa saya tau Laksa Hentian Top, Laksa Pak Ngah, Laksa Zimbo..etc..etc...tp citarasa laksa Kuala ni sama jer...takde bezanya...Walau bagaimanapun, tak semua orang suka taste laksa kuala ni...satunya sbb cair. Dan satu lagi sbb laksanya adalah laksa basah. Memang di Kuala saja yang ada. 

So, this is so called Laksa Pokok Limau..hehehe..laksa asam dan ada telur goreng. Saya memang tak penah makan...sbb memang tak tau langsung kewujudan laksa sedemikian. Kawan saya kata, penah kuar kat rancangan Terokai Negeri Perak. Maria Tunku Sabri makan punyalah sedap..hahha.. Tp not bad. Those yang teringin nak mencuba sesuatu yang lain dari yang lain, boleh lah ke kedai Laksa Pokok Limau ni. 







Waktu perniagaan:
Sabtu - Khamis 
Jumaat - Cuti
Jam: 11.30 pagi - 7.00 Malam. 

Untuk ke Kedai Laksa Pokok Limau ni...jikalau anda dari Pekan Kuala Kangsar, harus menuju ke kearah Kota Lama Kiri iaitu jalan hendak ke Ipoh (jalan lama). Tapi jangan menyeberang jambatan ke Kota Lama Kanan pula ya. Kedai ni di sebelah kanan, sebelum sampai situ akan nampak Rumah Anak Yatim, Sultan Abdul Aziz, masjid,selepas trafik light, sebelum sampai ke Jambatan yang kedua. 

Orang lain dah ramai tahu....saya jer tak tau kut..hahahha..Tp camner pun, saya dah terlalu biasa ngan laksa tepung beras Kuala Kangsar. Saya cari  yang tu jugak...hahahhaha..





Wednesday, 29 January 2014

Treasure Hunt 2014

25 - 26 January 2014
Ara Damansara Selangor - Batu Feringgi, Pulau Pinang...

Treaure Hunt is an annual event yang mesti di join without fail..hahhaa..and this is not my first time. Mostly every year with different team members..Bedal jer, janji leh pergi.... Pernah menang sekali sahaja..hahaa...it doesn't matter. Keep going, keep  trying..


Tema tahun ni...tahun lepas Hollywood Movie

Organised by......

Car No 071

Questions for Leg 1 Route Challenge (2 points each) - all questions related to Football Fever...hahahaha....berkerak kepala dok memikir, because we are not football fans...
  • Question 1 - Manchester & Newcastle providing parts for your ride
  • Question 2 - Add nothing here to see this African qualifier to Brazil 2014
  • Question 3 - Saya dengar Clark dan Datuk Santokh membaiki di sini
  • Question 4 - Short football club providing fittings here
  • Question 5 - Sir Alex Fergusons' former team may feed you here
  • Question 6 - Serie A club clashes with first referee expertise
  • Question 7 - Local test produced a rod of entertainment
  • Question 8 - Identiti Suarez, Ronaldo dan Cantona tidak dibenarkan disini
  • Question 9 - Second ball fouled in here to return score past the keeper
  • Question 10 - Cardiff City FC's Malaysian owner a figure hunger
  • Question 11 - 
    Start
  • The End
  • Question 12 - Pameran hadiah keputusan seri permainan ini di sini
  • Question 13 - As wise as an appellation for Sheffield Wednesday to enjoy
  • Question 14 - SIAM     SIAM     SIAM     Pemasaran rosak!
  • Question 15 - He was affectionately nicknamed the 'Non Flying Dutchman' by Arsenal supporters. Who & Where

Questions for LEG 2 Route Challenge (2 points each)

  • Question 16 - Dengar arahan Presiden disini
  • Question 17 - Gale formation here to rank the football teams
  • Question 18 - Coated 1966 winner without land but with what you drive, I hear
  • Question 19 - Sindiran stadium terakhir pengusaha ini
  • Question 20 - Football Fever registration started to reverse call here
  • Question 21 - Only exchange special fittings for Jose Mourinho
  • Question 22 - Ricardo Izecson dos Santos Leite back with a stylish goal here
  • Question 23 - Last striker & defender playing away here
  • Question 24 - Local money said to be shipped with bucks on the move
  • Question 25 - Bekas ketua pasukan England menjual alat perkakas rumah bila bah melanda di sini
  • Question 26 - Peaceful football tournament held to honour our Indepence Day


Treasure Challenge (5 points each)

  • Treasure 1 - This treasure will keep the home clean, Specifically in powder form to bring, Football Assocation first Ballond' Or is the brand, Perfect! You've got the answer so a pack to hand  (Jawapan:  Fab Perfect)
  • Treasure 2 - Bawa balik snek ini untuk markah penuh  (Jawapan:  Oreo)
  • Bandaraya

  • Treasure 3 - Pemain jersi 5 pasukan anda petunjuknya, Penghujung diganti FAM terakhir kelirunya, Kelihatan bersama hadiah juara di jenamanya, Bawa 2 kotak 250ml minumannya. Khas untuk Van Persie dan pasukannya. (Jawapan: Marigold Orange)
  • Treasure 4 - Bring this treasure for the charity home to cook, It's made from our staple food to look, Have a look left for this dry food item to hook. Uncooked of any brand & any size will do for the wok. Not instant for your full points to book. (Jawapan:  Bihun Beras)




Monday, 6 January 2014

Fraser Hill


Fraser Hill lagi...tak penah jemu ke Fraser Hill. Ini kali yang ke 4 rasanya. Aktiviti yang sama saja di Fraser Hill..hehehe..Tapi saya suka FH, walaupun di kelilingi hutan.






huhuhu..berat wehh busur panah...

anak panah ntah kemana..hahhaa
Ni lah antara aktiviti yang ada kat Paddock Fraser Hill. Memanah, Menyumpit dan Menunggang Kuda. Tak suka bau kuda...busukkkk..So xde ler naik kuda...gayat pun ya. Tengok kuda tu tinggi sangat. 



Thursday, 26 December 2013

Malasnyer...





Nak update blog pun malas....

So many things happened recently. Family day AKRAB..majlis walimatulurus adik ipar, anak sedara..etc etc..Ingat nak stori mori ler sikit...but so unlucky..some of the pictures are missing. And the most.....my external harddisk crash.....huwaaaaaaaaa.....tension makk..Bijak sgt kan. Tak buat backup..heheh..

Habis semua gambar gambar bercuti cuti Malaysia dan luar Malaysia hilang. Still berusaha keras untuk retrieve back the data and the pictures. Klu nasib baik, dapat ler...then boleh ler ai update my blog with stories...







Saturday, 14 December 2013

Family Day - AKRAB

7 Disember 2013

7 Disember 2013 baru baru ni, untuk kesekian kalinya perjumpaan AKRAB (previously - RUKAB) diadakan untuk kali yang ke 7. Perhimpunan kali ini di adakan dia rumah anak sulung Ahmad Baki Ayahanda Hussin bin Ahmad Baki Tidak ramai yang dapat hadir, mungkin kerana kekangan masa dan juga hal yang tidak dapat di elakkan. Bagaimanapun suasana tetap meriah.


Pada kali ni juga, pihak bertanggungjawap meletakkan sticker diatas setiap name tag  ahli keluarga. Untuk memudahkan sesama kami mengenali generasi yang ke berapa...

Biru - Anak Ahmad Baki
Kuning - Cucu Ahmad Baki
Pink - Cicit Ahmad Baki
Warna untuk piut - tak ingat la..haha...putih kut..

Antara hadiah sumbangan




Perhimpunan kali ini juga adalah untuk pertama kali nya kesemua ahli ahli AKRAB memakai tshirt yang serupa...logo berbentuk bunga...gelap dan terang..yang membawa makna 5 anak lelaki dan 3 anak perempuan. 

Perjumpaan kali ni juga, pihak yang bertanggunjawap cuba membawa kelainan dari perjumpaan yang sebelum sebelumnya. Demi untuk mengeratkan merapatkan lagi hubungan di antara sesama rumpun kecil yang ada, beberapa permainan di adakan. Antaranya baling bola ping pong ke dalam cawan polisterine, treasure hunt, mencari perkataan tersembunyi dan bebearapa permainan lagi. Memandangkan AKRAB tidak mempunyai penganjur, hanya bergantung kepada wang kutipan dari setiap rumpun kecil, maka setiap rumpun juga digalakkan menyumbang hadiah untuk setiap permainan dan cuba cabutan bertuah. Alhamdulillah....sambutan untuk sumbangan hadiah amat menggalakan.













Pada perjumpaan kali ini juga, ahli jawatankuasa induk juga menetapkan bahawa jawatankuasa akan datang akan diterajui oleh generasi berwarna Pink (Cicit Ahmad Baki) tetapi akan di bantu oleh Generasi berwarna kuning (Cucu Ahmad Baki)




Letih semua...




Mari makan rambutan...fresh dari ladang...hahaha...ambil dari pokok, lambakkan bawah pokok, saper nak, makan lah ya....masa ni xde lak durian..haha..Kalau ada, sure lagi meriah mengopek durian..





Anak menantu Ahmad Baki yang masih ada



Some of the photos are missing. Tinggal ni jelah yang ada...huhuhuu..tunggu ehsan orang lain kut ada. Gambar setiap satu rumpun kecil pun xde. Ditelan dek external hdd yang rosak..LOL..