1 Mei 2014
Mengikut perancangan yg ditetapkan, kami kena berkumpul di depan Lanna Beach Guest House untuk pergi ke Phi Phi Island. Breakfast siap siap di Nine Hotel, check out. Letak beg di Lanna Beach, and tunggu transport untuk ke pantai. Bas sampai, mintak resit booking trip to Island. Bas ni rupanya berhenti banyak tempat untuk ambil tourist yang dah booked trip to Island. Gambar bas...huhuhu..terlupa...
 |
| Dalam bas |
 |
| Tempat speed boat - Aonang Beach |
 |
| Salah satu boat yang dah berlepas |
 |
| Boat kami - Dragon 8 |
 |
| Selipar tinggal dlm boat |
First island yang kami pergi dikenali sebagai Bamboo Island. Takde bamboo pun kat sini. Tp menurut kata tourist guide kami, masa dahulukala tempat ni jadi persinggahan para nelayan untuk berehat selepas memukat ikan. Erk..lupa apa dia bagitau bagaimana pulau ni di namakan bamboo island..hahaa. Tp asalnya sbb dulu banyak bamboo disini. Bamboo dari para nelayan. Malas nak kaji sejarah..
Kat sini sekejap sahaja...dlm 45 minit gitu kut. Then kami meneruskan perjalanan ke Monkey Bay and Viking Cave. Bukan ada Monkey pun. Viking Cave pun cuma tengok dari jauh jer....Kawasan sedang dibaik pulih, dan tak dibenarkan tourist masuk kerana tidak mahu berlaku pencerobohan sbb dlm tu byk sarang burung (kalau x silap kata tourist guide kami tu le).
 |
| Viking Cave |
Dari Viking Cave, perjalanan di teruskan ke Maya Bay. Tempat penggambaran filem The Beach. Saya mmg terpesona betul dengan pulau pulau di Thailand ni. Cantik amat.....kalau tengok secara live, lagi cantik..