Wednesday, 7 May 2014

Krabi - Day 2 Part II

1 Mei 2014 (Khamis)

Sesampai sahaja di Maya Bay, punyalah ramai ummah. Speed boat merata, jadi kami kena berhati hati, supaya tidak terlanggar speed boat yang ada. Sampai sini, bahagian bawah memang lenjun abis lah. Jenuh cover beg dan kamera, takut terkena air..hehhee..




Muka org menahan nak ter kench**** kekkeke





Gayat tengok depa turun kebawah..curam jer..


Gelihati bila tiap kali kuarkan monopod, mesti ada yg dok terpandang2...mcm minah saleh kat blakang tu..


Dengan tourist guide

Saya pun tak ingat braper lama kat Maya Bay ni. Kalau tak ramai orang, mesti boleh amik gambar pemandangan lagi cantik....hala kamera kemana saja...ada jer orang. Selesai di Maya Bay kami meneruskan perjalan ke Phi Phi Don. Sebelum tu, tourist guide kata, akan stop dulu for snorkeling. Kat mana eh..ntah..hahaha..sabar jer lah..













Tuesday, 6 May 2014

Krabi - Day 2 Part I

1 Mei 2014

Mengikut perancangan yg ditetapkan, kami kena berkumpul di depan Lanna Beach Guest House untuk pergi ke Phi Phi Island. Breakfast siap siap di Nine Hotel, check out. Letak beg di Lanna Beach, and tunggu transport untuk ke pantai. Bas sampai, mintak resit booking trip to Island. Bas ni rupanya berhenti banyak tempat untuk ambil tourist yang dah booked trip to Island. Gambar bas...huhuhu..terlupa...

Dalam bas

Tempat speed boat - Aonang Beach
Salah satu boat yang dah berlepas


Boat kami - Dragon 8
Selipar tinggal dlm boat








First island yang kami pergi dikenali sebagai Bamboo Island. Takde bamboo pun kat sini. Tp menurut kata tourist guide kami, masa dahulukala tempat ni jadi persinggahan para nelayan untuk berehat selepas memukat ikan. Erk..lupa apa dia bagitau bagaimana pulau ni di namakan bamboo island..hahaa. Tp asalnya sbb dulu banyak bamboo disini. Bamboo dari para nelayan. Malas nak kaji sejarah..

Kat sini sekejap sahaja...dlm 45 minit gitu kut. Then kami meneruskan perjalanan ke Monkey Bay and Viking Cave. Bukan ada Monkey pun. Viking Cave pun cuma tengok dari jauh jer....Kawasan sedang dibaik pulih, dan tak dibenarkan tourist masuk kerana tidak mahu berlaku pencerobohan sbb dlm tu byk sarang burung (kalau x silap kata tourist guide kami tu le). 


 

Viking Cave


Dari Viking Cave, perjalanan di teruskan ke Maya Bay. Tempat penggambaran filem The Beach. Saya mmg terpesona betul dengan pulau pulau di Thailand ni. Cantik amat.....kalau tengok secara live, lagi cantik..




Monday, 5 May 2014

Krabi - Day 1 Part III

hahhaa..sebenarnya tak banyak cerita. Tp sbb saja nak letak gambar banyak banyak kann.....tu yang jadi dua tiga part tu. 

Kendian patah balik ke Aonang. Sulaiman mencadangkan kami singgah kat fish pond. Menarik katanya. Kami ikut je. Sampai di sini...suasana sendu. Akuarium pun..sedih tengok. Maybe boleh jadi satu tempat tarikan pelancung, tp kenalah upgrade tempat ni. 








Besarnya ikan pari ni




Gambar fish tank tak amik..tp memang sadis sungguh tengok fish tank nya. Fish tank umah akak lagi lawo tau..hahhaa. Selesai di sini, Sulaiman mencadangkan kami singgah pasar malam. Memandangkan hari masih awal, tak banyak lagi gerai gerai di pasar malam yang dibuka. Masing masing masih terkial kial menyusun segala barangan meraka. 





Buah apa yaa..mcm rambai, tp bukan rambai..

Cute budak ni, mandi vogel. Maknya Thai, bapaknyer kut foreigner. 








Pulun beli, punyalah banyak..hahhaa..tamakkk..pelbagai perisa

Cute sushi ni..

And lastly kami minta Sulaiman drop kan kami di Aonang Beach, layan perasaan, layan sunset..sampai ke malam. Taim nak bayar duit tuk tuk terkujat sekejap..hahhaa...Sulaiman mintak THB3000.00 untuk satu  hari (tak sampai satu hari pun). Jenuh nego. Last last dia bagi THB2200.00. Mintak THB2000.00 muka driver tuk tuk dah berubah. Mau tak mau, kena bayar...pastu kami jalan kaki jer. Menyusuri kedai kedai sepanjang Aonang hinggalah ke hotel.