Rancangan saat saat terakhir ke Bandung bersama suami memang huru hara. Segala galanya di saaat akhir. Tiket beli last minit, cari hotel pun last minit. Memandangkan agenda utama ke Bandung adalah untuk membeli belah, maka saya mencari hotel sedekat mungkin dengan Pasar Baru untuk memudahkan kami membeli dan membelah. Saya membuat tempahan hotel melalui
booking.com. Dan akhirnya saya memilih Fave Hotel di Jalan Braga.
Setiba di Lapangan Terbang Bandung, kami terus menuju ke kaunter teksi untuk membawa kami ke Hotel Fave di Jalan Braga. Tambang sebanyak Rp50,000 untuk sebuah teksi.
Semasa sampai di sini, saya heran, kenapa driver taksi memasuki bahagian parking. Dimanakah entrance hotel ni. Rupanya memang boleh masuk dari basement. Dan kena naik eskalator one floor up untuk ke lobby hotel. Hotel ini berada dalam kompleks membeli belah. Juga terdapat hotel and residence Aston. Fave Hotel juga adalah salah satu hotel di bawah pengurusan Aston.
 |
| Lobby |
Bangi Kopitiam menyediakan makanan tak ubah seperti di Malaysia. Ada asam laksa, mee kari, roti bakar, mee sup, nasi lemak, fried rice, aneka dimsum, horfun...etc...
 |
| Kalau bosan, boleh lah lepak lepak di sini sambil berhibur. |
 |
| Braga City Walk |
 |
| Tempat makan di Fave Hotel, kecil tp nampak moden |
 |
| Walaupun makanan yang dihidangkan hampir sama setiap hari...boleh laa.. |
 |
| Slot in card, untuk masuk ke dalam |
Kepada penggemar penggemar lukisan, banyak kedai kedai lukisan terdapat di sepanjang Jalan Braga ni. Bermacam macam jenis lukisan ada. (Sy lupa nak snap gambar..huhuhu). Di waktu malam, di Jalan Braga memang happening kerana ramai pengunjung datang ke sini.