Wednesday, 12 November 2014

Happy Anniversary

I know that sometimes I am hard to deal with
Still, you manage to stay by my side
Thank you for just being there when I needed you most

Today is the day we have to look back
For all the happy days we spent together
Today is the day we have to look forward
For all the happy days ahead for us

Hoping that the love we shared years ago
Is still as strong today as it was

Happy Anniversary






Tuesday, 21 October 2014

I Miss U

All of the sudden, rindu plak kat dak bam bam ni...huhuhu. Walhal baru jer antar pi sekolah pagi tadik....dia paling suka datang sekolah awal. Kalau terlambat, mula lah bising.  Dialah buah hati pengarang jantung saya sekarang. Boleh gomol gomol cium cium. Yang lain dah tak mau dah. Dah besar, segan kut. But to all my boys, I love you all beyond your wildest imagination.

















Friday, 1 August 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014

Hahaha...hari raya 2014. Lupa dah cerita apa. Yang pasti, baju raya terpaksa rela ikut kehendak somi terchenta. Nak lain dari yang lain katanya....gigih akak mencari baju raya sendiri. Sbb kain yang dibeli sama sama ngan baju melayu depa depa ni, tak dan siap.

Routine tiap kali raya, tetap sama. Lepas breakfast, semua gi solat Hari Raya. Balik dari solat, bermulalah edisi bersalam salaman bercium ciuman dan bermaaf maafan. Kendian, sessi photography, dan jalan jalan kelililing kampung. 






Thursday, 3 July 2014

Fave Hotel @ Braga

Rancangan saat saat terakhir ke Bandung bersama suami memang huru hara. Segala galanya di saaat akhir. Tiket beli last minit, cari hotel pun last minit. Memandangkan agenda utama ke Bandung adalah untuk membeli belah, maka saya mencari hotel sedekat mungkin dengan Pasar Baru untuk memudahkan kami membeli dan membelah. Saya membuat tempahan hotel melalui booking.com. Dan akhirnya saya memilih Fave Hotel di Jalan Braga.

Setiba di Lapangan Terbang Bandung, kami terus menuju ke kaunter teksi untuk membawa kami ke Hotel Fave di Jalan Braga. Tambang sebanyak Rp50,000 untuk sebuah teksi.


Semasa sampai di sini, saya heran, kenapa driver taksi memasuki bahagian parking. Dimanakah entrance hotel ni. Rupanya memang boleh masuk dari basement. Dan kena naik eskalator one floor up untuk ke lobby hotel. Hotel ini berada dalam kompleks membeli belah. Juga terdapat hotel and residence Aston. Fave Hotel juga adalah salah satu hotel di bawah pengurusan Aston. 






Lobby

Bangi Kopitiam menyediakan makanan tak ubah seperti di Malaysia. Ada asam laksa, mee kari, roti bakar, mee sup, nasi lemak, fried rice, aneka dimsum, horfun...etc...



Kalau bosan, boleh lah lepak lepak di sini sambil berhibur. 

Braga City Walk
Tempat makan di Fave Hotel, kecil tp nampak moden
Walaupun makanan yang dihidangkan hampir sama setiap hari...boleh laa..
Slot in card, untuk masuk ke dalam
Tak sebesar mana, boleh memuatkan untuk dua orang. Takde ruang untuk extra bed.

Simple hotel, sesuai if you just want to sleep.

Apa yang saya suka tentang Fave Hotel kerana banyak convenient stores dan juga restaurants. Walaupun sesetengah restoran tu saya tak berapa yakin nak masuk, tp masih ada restoran lain seperti Starbuck, Wendys, Bangi Kopitiam dan beberapa lagi yg sy lupa namanya.  Kalau tidak mahu makan di restoran, boleh juga membeli makanan di convenient store yang cuma berada di tingkat bawah hotel. Dan yang pasti, untuk ke Pasar Baru dan juga Kartika Sari, kami cuma berjalan kaki sahaja. Tetapi janganlah nak mencari restoran masakan minang atau padang di sini ya...sbb memang susah nak jumpa.

hahaha....salah satu restoran di Jalan Braga 

Jalan Braga

Jalan Braga 
Entrance ke Braga City Walk. Fave Hotel, Aston Braga Hotel & Residence di dalam ya...

Kepada penggemar penggemar lukisan, banyak kedai kedai lukisan terdapat di sepanjang Jalan Braga ni. Bermacam macam jenis lukisan ada. (Sy lupa nak snap gambar..huhuhu). Di waktu malam, di Jalan Braga memang happening kerana ramai pengunjung datang ke sini. 




Saung Gawir

On the way balik dari Kawah Putih menuju ke Kota Bandung, kami singgah makan tengahari di Saung Gawir. Restoran ni berada di pertengahan jalan menuruni bukit untuk sekembali dari Kawah Putih. Saya andaikan memang in restoran kegemaran ramai. Sebab memang ramai para pelancung disini. 

Restoran Saung Gawir. Entrance ke depan sikit, ni sbb masuk bahagian parking




Sementara menunggu makanan yang lain sampai, kami dihidangkan dengan otak otak. Terpulang. Kalau makan, kena bayar berapa byk yg kita makan. Mungkin ada nama lain bagi makanan ini, yg sy tak ingat apa namanya. Tp rasanya exactly macam otak otak. Saya tanyakan kepada supir, kenapa berwarna putih. Katanya, yang berwarna oren kemerahan tu, sambalnya di gaul sekali kemudian dibakar. Yang ini, sambalnya berasingan. Dan juga di balut dengan daun pisang. Tak seperti yang kita temui di Malaysia, dibalut dengan daun kelapa. 

Sementara tunggu makanan. Nyaman pemanadangan di belakang. Di belakang tu adalah ladang stoberi
Saya punya..jus limau (nama lain di bandung saya tak ingat..hahaha..lupa ingatan memanjang)

Asben punya....hehehe. Ntah apa nama minuman ni. Ada rasa rempah. Manis manis pedas. 




Makanan dah habis...hahhahhaa...

Restoren dari depan.

Entry ni dah terlalu lama. Sampaikan saya dah lupa, berapa yang kami belanjakan untuk makan tengahari. Kali pertama ke Bandung dulu, supir bila di ajak makan, mesti menolak. Kali ni, bila ajak supir makan, dia laju je..hehe. Takde apa hal pada saya. Rezeki dia. 

Memang seronok berada di tempat tinggi dengan suasana sejuk dan nyaman sambil menikmati makanan di samping di jamu dengan pemandangan seluas mata memandang. Bertuahnya mereka mereka yang tinggal disini.