Tuesday, 2 December 2014

Padang - Bukit Tinggi Day 2 Part II

Hari Kedua - 10/10/2014 - sambungan

Dek terlalu lama peram cerita ke Padang Bukit Tinggi ni, saya lupa turutan perjalanan di hari kedua. Apa apapun, mari kita pergi ke Pusat Sulaman Hajjah Rosma pula. Kalau baca di blog, bodiran Hajjah Rosma ni memang cukup popular dan menjadi tumpuan pelancong.  Hajjah Rosma seorang wanita bekas guru SMP di Bukit Tinggi, memulakan usahanya dalam bidang penyulaman dengan melatih remaja remaja dan anak anak yatim belajar sulaman khas. Dan perniagaan terus maju sehingga sekarang. Dia juga membina sebuah surau berhampiran dengan rumahnya untuk memudahkan anak anak dan para remaja  sekelian beramal ibadat. 

Here we are

Sulaman Bordiran  H Rosma

Pusat Belajar Sulam Hajjah Rosma

Disinilah Hajjah Rosma menyediakan tempat untuk para remaja belajar menyulam. Ini dilakukan sebagai latihan supaya para remaja ini dapat maju kehadapan. Tempat pembelajaran ni dibina belakang rumahnyer. 

Cakk...cakk....πŸ˜‚πŸ˜‚

Pilih jangan tak pilih

Antara koleksi sulaman

Tidak dinafikan hasil sulaman di sini amat cantik dan bermutu tinggi. Ada juga hasil sulaman yang mencecah ribuan ringgit. Tp sungguh berbaloi. Walaupun harga yang ditawarkan agak mahal, tp corak dan motif cukup menarik.

Bersama Hajjah Rosma

Kami amat bernasih baik kerana berpeluang bertemu dengan Hajjah Rosma. Sudah agak berusia, tetapi masih gagah juga untuk melihat lihat sekitar kedainya. 

Di hari kedua juga, kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Koperasi Kiniko  yang beralamat di Jalan Raya Tabek Patah dalam perjalanan menuju ke Batu Sangkar. Kami difahamkan bahawa disini adalah industri desa secara kecil kecilan. 

Di sini kami diberi minum air dari daun kopi dan daun mulberi dengan menggunakan cawan yang diperbuat dari tempurung. Anda cuma perlu membubuh gula dan kacaukan air dengan menggunakan kulit kayu manis. Terdapat juga tempat pembuatan kopi dan pisang salai di sini. 

Ni buat apa ntah...πŸ˜‚πŸ˜‚

Kerupuk

Pelbagai jenis teh

Boleh cuba semua

Acah acah....πŸ˜‚πŸ˜‚

Kiniko Enterprise

Oleh kerana di sini adalah industri kecil kecilan, jangan lah mengharapkan untuk melihat mesin yg besar besar atau canggih canggih ya.  Disini juga terdapat pelbagai jenis makanan seperti rendang telur dan kerepek (gambar takde...weder lupa amik, or ntah terselit di mana mana hehhehe)

So, selesai di sini...jom balik.





Padang Bukit Tinggi Day 2 Part I

10 Oktober 2014 - Hari Kedua (Sabtu)

Hari kedua di Bukit Tinggi. Perancangan hari ini adalah ke tempat membuat kopi dan pisang salai. Juga ke tempat menjual ole ole selain daripada tempat membeli kain kain pasang.  Selepas sarapan, kami menunggu ketibaan Denni dan supir di lobi. 

Muka ceria di pagi hari

..

Kenderaan bertukar pula hari ni

Destinasi pertama kami pergi hari ni adalah ke Suraya Bordir. Dah nama pun butik, opkos rege kat sini mahal mahal. Tp saya kagum sungguh dengan hasil sulaman yang di hasilkan. Lihatlah sendiri. Serasakan semuanya ingin dibeli. Tak pasal pasal je saya menggores dan menang di sini. Namun begitu, kebanyakan kain kain yang dijual disini adalah jenis kain kasa.  Difahamkan Ibu Suraya ni juga sering datang ke Malaysia untuk menjual kain kain sulaman dari butiknya. Sebelum meninggalkan kedai, ibu suraya meminta saya meninggalkan no telepon supaya mudah utk di hubungi. (Memang betul..pada tanggal 24/01/2015 ibu welly soraya sms kepada saya, mengatakan dia berada di Kuala Lumpur dan mengajak saya utk datang ke kedainya.)


Antara sulaman yang ada 

Menung sambil menunggu hehhhee

Pelbagai jenis


Yang dah siap

Denni the tourist guide

Moh balik...hahahha

Selepas selesai shopping di Bordir Soraya, kami singgah di Kedai Sanjai Ummi Aufa Hakim untuk membeli ole ole Bukit Tinggi. Kedai Sanjai Aufa Hakim ini terletak di Jalan Soekarno Hatta Ganting, Bukit Tinggi. Disini terdapat pelbagai jenis kerepek khas orang Minang seperti Sanjai Balodo Hijau, Dendeng Kering, Rendang Telur. Terdapat juga kerepek berperisa durian dan perisa jagung. 


Cari kerepek lak

Cara cara kerepek di hasilkan. 

...

πŸ˜‹πŸ˜‹

Berbaris nak bayarπŸ˜€

Siap untuk di bungkus

Bagusnya di sini, selesai kita membeli barangan, kita juga boleh terus membungkuskannya ke dalam kotak yang disediakan. Mudah untuk di bawa menaiki kapal terbang. 

Siap untuk di bawa pulang













Padang - Bukit Tinggi Day 1 Part II

Hari Pertama  - sambungan (09/10/2014)

Selesai di Pusat Dokumentasi dan Informasi Minangkabau, kami menuju ke Restoran Pak Datuk untuk mengisi perut. Bayangkan sudah jam braper.....perut juga sudah mula menyanyikan irama keroncong kelaparan. Mujur juga sempat alas perut sedikit di Lamun Ombak.
Rumah Makan & Restaurant Pak Datuk
Dah siap tunggu kami....πŸ˜‚πŸ˜‚

Muka tak sabar nak makan...

Sesampai saja disini, memasing kusyuk mengadap hp...haahha...sbbnya di sini ada ada wifi free. Update dulu  mana yang patut, kemudian kita makan. Makanan disini tak banyak beza dengan lain lain tempat di Indonesia. Selesai makan dan solat disini, kami memulakan edisi untuk membeli belah. Tempat pertama yang kami tuju adalah Putri Minang. Sebelum itu didalam kenderaan, Denni berpesan sekiranya berkenan apa apa, terus beli. Kerana kita tak mungkin akan berpusing kembali ke tempat yang sama. 

Kedai Putri Minang

Jamu mata

Pelbagai sulaman telekung

Jenuh nego harga

Mcm mcm gaya..hahhaha



Haaa...termenung jap...πŸ˜‚πŸ˜‚

Turun sahaja dari kereta, kami bagaikan orang yang kehilangan kata kata. Memasing rambang mata Serasakan ingin di beli semua...hahaha. Selesai di Putri Minang, kami menuju ke Pandai Sikek pula. Pada waktu ini, hari sudah beransur petang.

Pandai Sikek
πŸ˜‚πŸ˜‚

Saya kira di Pandai Sikek ini memang tempat membeli belah kerana terdapat banyak kedai kedai disini yang boleh di lawati. Banyak juga jubah jubah menarik dengan harga yang berpatutan. Begitu juga dengan kain ela dan telekung. Tak banyak yang kami beli. Kami more tu melihat lihat sahaja apa yang ada. Pada saya, saya lebih menyukai kualiti kain di Bandung ataupun Jakarta. Cuma, alang alang dah sampai ke sini, harus lah juga membeli, walaupun sehelai dua. 

Kedai Pak Datuk

Satu Karya, Pandai Sikek

Nella Souvenir Shop
Rumah Songket
Limpapeh Gallery

Inilah antara kedai kedai yang terdapat di Pandai Sikek. Selesai disini, kami meneruskan perjalanan menuju ke hotel. Hari juga sudah mula beransur gelap. 

Hotel kami - Royal Denai Hotel
Lobby
Bilik
Bilik

Kami menginap di Hotel Royal Denai. Segala urusan, Denni yang selesaikan. Kami mendapat kunci bilik masing masing dari Denni dan terus naik kebilik untuk merehatkan diri. Sebelum itu, sekali lagi Denni berpesan, selepas Maghrib, dia akan menunggu di lobi, untuk berjalan jalan sekitar Bukit Tinggi. 

**Notakaki:  Disini kalau mau iron baju, kena bayar yaaa...ingatkan boleh mintak iron jer....

Tak banyak yang kami buat di malam hari. Kami makan malam di Restoran Sederhana Masakan Padang. Kata orang, cubalah satay Padang. Maka kami pun order lah sate ni. Tp sayang, tak lalu nak telan...sebab apa eh...hehhe..tak ingat...hahhaa.

Makan di Restoran Masakan Padang

Sate yang x lalu di telan

Jenama femes di Padang
😊😊
Kapuyuak

Kata Denni, antara tarikan di Bukit Tinggi ni adalah Kapuyuak. Ini adalah jenama Bukit Tinggi, yang tidak terdapat di mana mana. Kapuyuak ni bermaksud Lipas kut...sbb rupa bentuk mcm lipas. Menjual pelbagai barangan seperti T Shirt, Tote Beg, Beg, Selipar, Topi. Saya beli selipar sahaja agak banyak juga sampai berpasang pasang ...hahaha.....as long as ada tertulis Kapuyuak. Kebanyakan tulisan tulisan yang tertera di barangan Kapuyuak adalah bahasa minangkabau.

Amik signboard je. Tak pegi pun Lubang Japang.

Selesai membeli belah, jom kita pulang. Badan sudah penat, mata sudah mengantuk, besok adalah lagi perancangan untuk jalan jalan. Be prepared for tomorrow. 

Sampai di hotel, kami memanggil tukang urut, untuk mengurut badan. Saya malas nak berurut, jadi layan mata lagi baik. Yang kelakarnya, Tini kata saya mengigau. Mengigau pasal kain yang tak terbeli semasa di Putri Minang...erkkk....saya pula rasa, saya dalam mimpi..hahahaha. Apa apa ajalah. Jom tido...