Hari Kedua - 10/10/2014 - sambungan
Dek terlalu lama peram cerita ke Padang Bukit Tinggi ni, saya lupa turutan perjalanan di hari kedua. Apa apapun, mari kita pergi ke Pusat Sulaman Hajjah Rosma pula. Kalau baca di blog, bodiran Hajjah Rosma ni memang cukup popular dan menjadi tumpuan pelancong. Hajjah Rosma seorang wanita bekas guru SMP di Bukit Tinggi, memulakan usahanya dalam bidang penyulaman dengan melatih remaja remaja dan anak anak yatim belajar sulaman khas. Dan perniagaan terus maju sehingga sekarang. Dia juga membina sebuah surau berhampiran dengan rumahnya untuk memudahkan anak anak dan para remaja sekelian beramal ibadat.
 |
| Here we are |
 |
| Sulaman Bordiran H Rosma |
 |
Pusat Belajar Sulam Hajjah Rosma
|
Disinilah Hajjah Rosma menyediakan tempat untuk para remaja belajar menyulam. Ini dilakukan sebagai latihan supaya para remaja ini dapat maju kehadapan. Tempat pembelajaran ni dibina belakang rumahnyer.
 |
| Cakk...cakk....😂😂 |
 |
| Pilih jangan tak pilih |
 |
| Antara koleksi sulaman |
Tidak dinafikan hasil sulaman di sini amat cantik dan bermutu tinggi. Ada juga hasil sulaman yang mencecah ribuan ringgit. Tp sungguh berbaloi. Walaupun harga yang ditawarkan agak mahal, tp corak dan motif cukup menarik.
 |
| Bersama Hajjah Rosma |
Kami amat bernasih baik kerana berpeluang bertemu dengan Hajjah Rosma. Sudah agak berusia, tetapi masih gagah juga untuk melihat lihat sekitar kedainya.
Di hari kedua juga, kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Koperasi Kiniko yang beralamat di Jalan Raya Tabek Patah dalam perjalanan menuju ke Batu Sangkar. Kami difahamkan bahawa disini adalah industri desa secara kecil kecilan.
Di sini kami diberi minum air dari daun kopi dan daun mulberi dengan menggunakan cawan yang diperbuat dari tempurung. Anda cuma perlu membubuh gula dan kacaukan air dengan menggunakan kulit kayu manis. Terdapat juga tempat pembuatan kopi dan pisang salai di sini.
 |
| Ni buat apa ntah...😂😂 |
 |
| Kerupuk |
 |
| Pelbagai jenis teh |
 |
| Boleh cuba semua |
 |
| Acah acah....😂😂 |
 |
| Kiniko Enterprise |
Oleh kerana di sini adalah industri kecil kecilan, jangan lah mengharapkan untuk melihat mesin yg besar besar atau canggih canggih ya. Disini juga terdapat pelbagai jenis makanan seperti rendang telur dan kerepek (gambar takde...weder lupa amik, or ntah terselit di mana mana hehhehe)
So, selesai di sini...jom balik.

No comments:
Post a Comment