Untuk makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke Pondok Flora (sorry..sesungguh saya mmg amat amat lupa kemana kami pergi mengikut turutan)
Pondok Flora ni, memang menjadi pilihan ramai untuk makan tengahari. Kedai makan yang berlatarkan sawah padi, dan juga pondok dibina diatas kolam air yang dipenuhi dengan ikan ikan besar. Nak buang air basuh tangan, xyah susah susah. Buang aje air ke dalam kolam. Begitu juga dengan lebihan makanan.
Keadaan disini cukup mendamaikan....tenang dikelilingi sawah padi, selain dari pandangan bukit bukau.
| Rumah Makan Pondok Flora |
Baru saya perasan, saya tak banyak amik gambar disini. Itu saja yg ada...Di hari kedua juga, kami pergi ke Istano Basa Pagaruyung. Juga tak banyak gambar yang kami ambil disini....kenapa eh...hehhee. Yang saya ingat, semasa disini, telah masuk waktu asar. Kami cuma jalan jalan sahaja di dalam Istana. Nothing much to see kut..or maybe sbb kami rasa macam sama jer seperti di Pusat Dokumentasi dan Informasi Minangkabau.
| Istano Basa Pagaruyung |
| Kami di depan istano |
| Rumah Minangkabau |
Antara rekabentuk rumah yang kami nampak sepanjang perjalanan ke Istana Baso Pagaruyung. Yang menarik tentang rumah Minangkabau ini adalah kerana di perbuat daripada kayu. Jikalau anda perasan, rekabentuknya adalah sedikit sengit di bahagian bawah dan mengembang ke bahagian atas. Macamana nak cakap ekk...saya tak abis abis bertanya kepada Denni...mosykil bagaimana rekabentuk rumah sedemikian boleh berdiri teguh dan kukuh.
Setelah jemu di Pagaruyung, kami memulakan perjalanan kembali ke pekan Bukit Tinggi. Hari juga sudah mula beransur petang. Memandangkan ada beberapa barangan kiriman dan barangan sendiri yang belum dibeli, kami meminta Denni dan supir membawa kemana mana kedai kain di sepanjang perjalanan. Kami juga harus cepat, kerana kebanyakan kedai kedai mula ditutup seawal jam 6.00 petang.
| Singgah lagi mencari kain ela |
| Alam Minang |
Ini adalah kedai yang sempat kami singgah. Tak banyak pilihan pun disini. Memandangkan tuan punya kedai pun dah kelam kabut nak menutup kedai. Tengok tengok apa yang patut, kemudian kami terus ke pekan Bukit Tinggi untuk solat maghrib dan makan malam. Sepanjang jalan, kami dok mengomel ke Denni, Asik asik makan daging ayam...daging ayam. Kami mahukan sayur lebih..hahaa...hantu sayur belaka. Kesian Denni melayan kitaorang. Masa ni jugalah, dlm dok sembang sembang, barulah saya tau..rupernya wife si Denni ni, keja satu kompeni dengan saya...haha. Tp wife dia di Head Office...what a small world...
| Pondok Baselo |
Kali ni Denni membawa kami makan malam di Pondok Baselo. Masa waktu ini, perut saya sudah mula meragam. Mungkin kerana makan bermacam macam..huhuhu...tak pernah travel perut meragam begini. Setiap kali kena mencari tandas.
Selesai makan, Denni membawa kami ke Jam Gadang. Dah malam, kedai pun banyak tutup. Disini macam ala ala pasar malam pula.
| Muka penat dah... |
Kami pulang ke hotel dengan menaiki kereta kuda. Jenuh nego nak dpt rege murah. Kuda ni busuk lah weii.....sepanjang jalan dok asik tutup hidung je la. Memang tak ingat dah nak citer apa. Sbb perut meragam, saya jadi tidak selesa. Esok hari terakhir. Denni meminta kami bersiap sedia seawal pagi.

No comments:
Post a Comment