Entry ni sudah terlalu lama saya peram. Dek kerana tidak berkesempatan untuk menulis. Dan juga kerana berlaku kesilapan teknikal kepada blog asal saya, membuatkan saya terpaksa mencipta blog kedua. Bagaimanapun akhirnya blog pertama dapat di recovered semula. Sayang pula nak tinggalkan blog kedua kosong sahaja.
Okay...lets get started.
Kali ini saya ke Padang Bukit Tinggi bersama Jiejah dan juga kakaknya, Tini kawan se UITM saya dan Kila kenalan Jiejah. Trip Padang Bukit Tinggi ni bermula sepatutnya bersama sama dengan kawan kawan sepejabat. Dan sebenarnya plan asal saya dan Jiejah adalah ke Bandung bersama ahli kelab isteri. Tetapi disebabkan oleh beberapa kejadian dan peristiwa yang tak di sangka sangka, trip Bandung berkecai sudah (yg lain tetap meneruskannyer. Kami berdua saja yang berkecai harapan..heheheh). Dek kerana tidak mahu melihat kekecewaan Jiejah, maka saya mengajaknya turut trip ke Padang Bukit Tinggi. Maka seperti biasa, saya menukar tiket (memang suka sangat buat perangai tukar tiket) untuk membolehkan kami pergi bersama sama dan meninggalkan kengkawan sepejabat pergi sesama mereka (maafkan saya.... )
Bila membaca blog orang, ada yang suka menceritakan tragedi tragedi Oktober dari mula plan trip, sepanjang trip dan sesudah trip. Saya terasa teringin nak berbuat begitu..hahhaa..So alkisah seawal pagi, mengikut perancangan saya pada mulanya, saya mahu menaiki ERL ke KLIA2. Dek kerana tak pernah naik ERL dari KL Sentral, saya tak tau macamana nak beli tiket. Kalau orang baca, mesti orang kata...awat bengap sangat. Secara jujurnya, saya memang fail bab public transport ni. Sebab jaranggggg menggunakan public transport (boleh pakai ke alasan ni..hehhhee).
Seawal jam 4.30 pagi, tiada sesiapa pun di kaunter tiket pada ketika itu. Suami dah tinggalkan saya sensorang kat KL Sentral tu. Bila sy called dia berulang kali, tak di jawapnya. Huh..mau naik angin saya. Nasib baik otak berpikir ligat. Saya menuju ke kaunter bas. Saya meneruskan perjalanan ke KLIA 2 dengan menaiki bas. Berjumpa dengan Tini, dan kemudian Jiejah and the company kat Old Town White Coffee. Altogether, 5 of us.
Untuk ke Padang - Bukit Tinggi ni, segala urusan perjalanan saya serahkan kepada Jiejah. Memang tak amik tau langsung. Saya cuma tau sampai masa, bayar duit sahaja. Kali ini kami menggunakan khidmat travel agen sahaja. Mudah, x payah susah susah perah kepala untuk studi.
Untuk ke Padang - Bukit Tinggi ni, segala urusan perjalanan saya serahkan kepada Jiejah. Memang tak amik tau langsung. Saya cuma tau sampai masa, bayar duit sahaja. Kali ini kami menggunakan khidmat travel agen sahaja. Mudah, x payah susah susah perah kepala untuk studi.
| Dapat gate L5. Okay la. Tak jauh sangat. |
Jam 7.50 pagi, pesawat Air Asia berlepas ke Padang dan tidak sampai sejam kemudian kami selamat mendarat di Lapanganan Terbang Ranah Minangkabau jam 8.00 pagi waktu Indonesia. Tiada masalah dengan urusan imigresen. Cuma terkilan, kerana Arrival Card tidak di beri semasa berada di dalam kapal terbang. Terhegeh hegeh kami dok mengisi borang tau.dgn pelbagai gaya....haahhaa. Selepas urusan imigresen dan luggage selesai, kami keluar dari airport dan berjumpa dengan wakil dari pihak Safira Tours. Tourist guide kami adalah Denni bersama supir yang bernama Muslim.
| Five of us |
| Kenderaan kami |
Sepanjang perjalanan menuju ke Bukit Tinggi, Denni menceritakan tentang asal usul Minangkabau dan juga sejarah Padang - Bukit Tinggi dan masyarakat Minangkabau. Antara yang saya ingat, masyarakat Minangkabau pasti beragama Islam tetapi masyarakat di Padang belum tentu semuanya Islam. Sebenarnya banyak lagi yang Denni ceritakan. Tp dek terlampau lama, memang saya lupa segala..hehee.
Sebelum sampai ke restoren untuk makan tengahari, kami singgah dahulu di Ruman Makan Lamun Ombak. Most blog saya baca, ramai yang makan tengahari di sini. Kami tidak tahu kenapa Denni memilih kedai lain untuk makan tengahari. Tak kisah le...bedal jer mana yang ada.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Air Terjun Lembah Anai. Tempat ni kecik je. Betul betul tepi jalan yang penuh sesak dengan kenderaan. Lemas mak tawww....(lemas dengan kenderaan). Namun suasana tetap sejuk dan damai...(cuma habuk keterlaluan pada saya. Maybe kerana jalan tarnya tidak begitu sempurna)
Kami mengambil gambar lebih kurang jer. Banyak gambar lain. Tp semua tak semenggah - kata orang Perak. So berpuas hati ajelah dengan apa yang ada. Air disini memang sejuk. Selesai disini, kami meneruskan perjalanan menuju ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, Padang Panjang.
Sampai disini, kami mencuba pakaian tradisi Minangkabau. Hahah...kelakar lak rasanya. Dengan penuh aksesori diatas kepala, baju yang panas dan tebal. Tidak dpat membayangkan bagaimana masyarakat Minangkabau menggunakan pakaian ini sewaktu majlis perkahwinan. Di fahamkan, pakaian ini mestilah di pakai hingga majlis selesai..huhuhu..pitamm makkkk..
| Posing depan van lagi... |
Jamu mata dengan gambar gambar sahaja lah ya. Banyak info info menarik tentang masyarakat Minangkabau ni. Tp dasar malas nak kaji sejarah kan...heehhe..Antara lain yang saya ingat:-
1) Bagaimana mahu mengenalpasti berapakah anak perempuan yang ada di dalam sesebuah keluarga. Tengok pada bumbung rumahnya. If ada dua tanduk, means ada dua anak perempuan.
2) Anak lelaki Minangkabau sememangnya sudah di latih dari awal supaya lebih berdikari. Seawal usia 18 tahun, anak lelaki telah di suruh berkelana mencari rezeki.

No comments:
Post a Comment