8 May 2015- Jumaat
Hari yang ditunggu telahpun tiba. Macam biasa, asben saya antar kerumah Kak Zu di Lestari Puchong. Kemudian dihantar oleh suami kak zu sama sama ke airport KLIA2. Sampai KLIA, tunggu Lina dan Illa. Kami check in luggage siap siap, kemudian breakfast di McDonald (Saya suka sangat dengat budak kat kaunter AA ari ni. Tersangatlah baik budaknya. Layan kami dengan lembut. Soklan soklan kami dijawap dengan baik..hehhee). Setel aje breakfast, kami pun masuk boarding area. Terasa begitu cepat masa yang berlalu.
 |
| Our booking |
 |
| Four of us |
Saya dah pernah masuk ke KLIA2, ntah takde apa yang menarik minat saya sesangat. Jalan jalan just tengok gitu gitu sahaja. Nak membeli...jauh sekali. Demi x mahu membuang masa, kami masuk awal ke boarding area. Excited ko..hahhaa. Jam 7.50 masuk perut kapalterbang. Dapat pulak seat paling belakang plak tu. and flight penuh. Kami dok intai intai kut kut ada seat kosong...kekkeke..ada hati nak pindah seat gak tu.
 |
| Luggage - 2 sorang |
 |
Hahah..punggah..tipuware pun ada...
|
 |
| Sambil tunggu check in luggage |
 |
Gate Q8
|
Dek kerana seat belakang, maka sentiasalah merasa turbulence. Naik pening kepala. Saya kagum ngan sorang minah saleh, dok sebaris ngan seat kami. Dia bawak anak 2 orang naik flight. Punyalah baik nya. Anaknyer diam jer, elok buat colouring la, makan cupa chup, tengok handpone. Maknyer duduk kat tengah tengah. Masa flight nak naik atas, maknyer pegang tiga tiga, senyap jer depa. Baguih tu. Tak nangis langsung. Tp pening plakle dengan anak couple Indian baris depan kami...huhuhuhu. Anaknyer melalak lalak. Ntah apa yang dia nak, tak tau la. Yg heran, emaknyer bleh buat selamba mcm xde pepe..haish..macam macam ler....kannn.....
 |
Me and partner sebilik
|
 |
| Western Australia pemandangan dari atas flight |
 |
Bentuk mukabumi Western Australia dari dlm airplane. Berpetak petak mcm tiles
|
Tepat jam 0220 ptg, safely landed di Perth International Airport. Debar debar juga, bila orang kata, Australia sgt strict. Tp kami dah declare segala mende. Tick jer semua yang berkaitan. Masa kat kaunter imigresen, depa tanya, bawak medicine apa. Saya ckp panadol. Masuk laluan declare, depa tanya bawak makanan apa. So kami pun kluarkan semua makanan dari beg. Since makanan memang di asing kan dari beg pakian, maka mudahler, tunjuk je. . Nak kluar dari situ, ada lagi tanya bawak apa...kami bagitau jer apa kami bawak. Alhamdulillah,..semua lancar tanpa stress.
 |
| We at the Perth Airport |
Sebelum kluar epot, kami beli simcard prepaid dulu. Kami memilih Optus, sbb lebih murah dari Vodafone. Optus cuma AUD16.00 for Data Plan dan add AUD4.00 for calls. Vodafone plak AUD28.00 for data plan (kalau x silap). Yg pasti, lebih mahal dari Optus.
 |
| Nak update ke tu.... |
Dah setel simcard, kami memulakan edisi mencari bas ke city. Memola cadang nak naik cab jer. Kekawan kata, why not try naik bas. (Dun worry, automatically you will know where to go bila kluar jer dari Perth International Airport ni). Kami naik bas ke Domestic Terminal. Sementara menunggu bas no 37 @ 40 untuk ke St George Terrace, sempat berkenalan dengan dua orang student lulusan Uniten Kila & Diha. Nak ke Malaysia Hall juga.
 |
Dalam bas from Domestic terminal to St George Tce
|
Semasa naik bas, saya bagitau driver siap siap yang kami semua nak stop kat St. George Terrace. Dalam perjalaan, sambil2 tu dok pandang2 jugak kat Kila & Diha (Sbb saya assume bebudak berdua ni pun mesti tau nak stop kat mana). Depa plak dok pandang2 kat kami...hahahaha...yg mana akhirnya,semua terlepas St George Terrace. Bengang juga dengan driver bas, bila kami tanya we want to stop at George Tce, dia ckp...You missed the place. Haiyakkk...Kami kena turun di Busport Esplanade - last stop (One more thing that you don't have to worry kalau ter miss bus stop from airport to the city. Sbb bus tu akan terus ke Busport Esplanade). Sesampai jer kat Busport ni memasing blurr, baik Kila, Diha dan ahkak. Kami pusing pusing nak cari jalan back to St George Tce. Semuanya menonong berjalan berdedai dedai kat bahagian bawah Perth Busport Esplanade tu sambil dok tolak beg trolley. (Busport Esplanade ni lebih kurang macam Pudu Raya gitu.) Kami perasan org kat situ dok pandang2. Rupanya xde jalan kluar kat bawah tu. If nak kluar dari situ, kena naik platform kat atas. Ada bridge.....hahaha. Ada driver bas tu, siap jerit kat kami from the bus, go up ...go up. You have to go up...hahhaa. Dalam keadaan terpinga pinga, datang sorang mat saleh (staff situ kut). Quite elderly. Where all of you are going. Kami pun ckp ler..we want to take Blue Cat Bus to go to Malaysia Hall. Then dia pun explain...bla bla bla. Kami mcm blurrr jer masa tu. Last last dia tahan satu bas, pastu tanya driver bas tu nak gi mana. Then dia cakap...can you take all these girls to the nearest blue cat bus stop. Huhhuhuhu...punya lah baiknyer. Dalam bas tu, cuma kami 6 orang jer. Mmg tak stop memana. Terus jer antar kami kat Blue Cat Bus Stop paling dekat (lupa dah dia stopkan kt jalan mana). Bila dia drop kan kami, siap bagitau camner dan kat mana. Syukur sangat sangat jumpa orang orang yang baik hati ni.
 |
| Just 6 of us in the bus |
Dekat bust stop ni, mmg ada tulis laluan nak kemana. Semasa naik Blue Cat, saya bagitau driver yang kami nak stop kat Abeerden Street. Driver tanya, which one. There are 3 bus stops along the Aberdeen Street. Is it Francis Street, katanya. Adoiyaaa...blur lagi. Cepat2 bukak Transperth Map. Kami suruh dia turunkan kat Bus Stop No. 8. (Keesokan hari baru perasan, sebenarnya if kami stop kat Francis Street - Bus Stop No 9 lagi dekat dengan Malaysia Hall).
 |
Nampak dak laluan biru No 9 tu. lagi dekat ngan Malaysia Hall - map ehsan pacik gugel juga..
|
**Notakaki: Blue Cat atau Yellow Cat atau Red Cat, bukan bermakna bas tu ikut warna ya. Bas nye warna sama je, rona hijau. Laluan tu jer dinamakan laluan biru, kuning, merah hijau. Setiap bus ada tulis weder itu Blue Cat or Yellow Cat or Red Cat or Green Cat.
 |
| Ni ruper bas tu. Ada gambo kucing tu. Tu namanya Transperth.. - gambo ehsan pacik gugel |
 |
| Terhegeh hegeh sorong luggage memasing ke Malaysia Hall |
Turun dari blue cat bus, saya gunakan google map jer, maka kami akhirnya sampai juga ke Malaysia Hall. Jauh gak jalan kaki dari bust stop no. 8 ni. Ketibaan kami di Malaysia Hall di sambut oleh adik adik student Malaysia. Bestnyer la. Rasa mcam di welcome sesangat. Depa pun, mcam seronok sesangat dapat jumpa orang Malaysia. Siap tolong angkat bag semua bagai masuk ke bilik.
 |
| We, at Malaysian Hall |
Di Malaysia Hall, bilik untuk perempuan di bahagian atas. (Tak perasan plak bilik utnuk lelaki sebelah mana). Student pun saya tatau bilik mereka di mana. Tak explore abis. MH ni nampak besar. Di Malaysia Hall ni, dalam bilik ada satu katil double decker, lemari, meja dan dua kerusi. Saya suka jer sebab selimut best dan rasa bersih. Katil siap bercadar (x mcm kat Cervantes Lodge - nnt citer pasai tu ya...). Bilik air kena share ya. Dalam bilik air tu ada dua toilet, dan dua shower. Kut rasa takut sensorang, boleh jer masuk berdua dua...hehehhe...
 |
Katil double decker
|
 |
Meja dan kerusi
|
 |
Locker untuk simpan barang
|
Lepas setel semua, adik2 tu offer nak bawak kami jalan jalan ke Night Market kat Murray Street. since depa pun ada few things nak beli kat market. Depa kata, normally kat Perth, Friday night happening sikit di bandingkan hari hari lain. Kami pun ikut jer. Kami jalan jalan di tengah Murray Street. Jumpa Forest Place, Commonwealth Bank. General Post Office pun ada. A nice place untuk lepak lepak.
 |
Mula ingat jalan kaki je..rupernya kena naik bas...hahaha
|

 |
| Hay Street |
 |
| Baguih nyer mende ni. Siap bagitau lagi baper minit bas nak sampai..... |
 |
| Suasana waktu malam |
 |
Commonwealth Bank
|
Sedang jalan jalan, kami dah terpisah dari adik adik student tadik. Infact Kila ngan Diha pun masa tu dok follow depa depa ni. Dah abis pusing pusing, tak tau apa nak buat, kami called Shahir, one of the student, tanya kat mana. Dia ajak gi makan kat Churros kat Northbridge. Katanya ramai student kat sana. Kami okay jer. Since tatau jalan, Shahir datang amik kami kat Perth Underground, dan jalan kaki ke Churros. Masa tunggu Shahir datang, nampak couple mat saleh bergaduh...siap pukul pukul ketuk ketuk lagi. Ganas tu pompuan tu...sedangkan yg lelaki nyer try mengelak.....huhuhu. Shahir kata, very rare berlaku. Tak lama kendian, polis datang, dua dua kena gari...hamik ko...sian plak tengok mamat tu terpaksa meniarap atas lantai simin sambil tangan bergari ke belakang. Tp tak berani nak amik gambar...nayaaa kang....
 |
| Northbridge Churro |
 |
Ngan adik adik student kat Perth. Muka muka cerdik belaka...
|
 |
| Sedap churros ni |
 |
Gambar gelap gelita..kekkke
|
Dah kenyang, jom balik laa...hehe. Dari Northbridge, kami jalan kaki melalui Perth Train Station., melepasi Art Gallery of Western Australia. Nampak Western Australia Museum dan juga State Library of Western Australia. Sebelum sampai Malaysia Hall, nampak Corica...vavava...tersangat lah dekatnyer. Nnt last day plan nak beli apple strudel di sini. Kalau tengok pd google maps, berjalan kaki mau lebih kurang 20 minit gamaknyer. Tp believe me, tak terasa pun jalan kaki tu. Lalu celah2 kedai bagai..sedar sedar dah sampai kat Malaysia Hall.
Pass card Malaysia Hall ni asiklah buat hal. Kdg2 merah. Dah xleh bukak pintu bilik. Pintu bilik air pun xleh. Esok nyer ajer baru berurusan ngan bebudak tu semua. Nnt suh depa set kan balik.
End of the day - Tido nyenyak.
