10 May 2015 - Ahad
Hari ke 3 di Perth City. Jam 6 pagi, sama mcm kat Malaysia. Belum cerah lagi. Jam 7.30 pagi kami dah siap breakfast semua bagai. Kebetulan masa kami sampai, MH ada masalah dengan air panas. Maka kami dibekalkan dengan satu kettle. Jadi nak masak apa apa senang. Walaupun MH ada kitchen, tp tidak dibenarkan memasak, kecuali memasak air sahaja. Sebelum tu, saya dah tanya pada adik2 kat MH tu, boleh tak tinggalkan luggage kami sbb beg kami besar sangat kalau nak hangkut turun ke selatan dan naik ke utara. Bonet kereta pun x muat. Depa kata boleh jer. Kami pun packed barang barang yang perlu sahaja, yang selebihnyer kami tinggalkan. Adik2 tu dah bagitau awal awal kat mana kami patut letakkan barang, (almaklum kami nak kluar awal pagi, ntah2 depa pun tak bangun lagi..hehehe..). Kata depa, dah simpan barang, nnt tarik saja pintu bilik tu, sbb otomatik locked. Hari ke 6 nnt, kami akan datang semula ke MH.
Memandangkan kami masing masing membawa satu backpack, satu beg makanan dan satu handbag, kami memutuskan untuk menaiki taxi sahaja untuk ke Adelaide Terrace. Kami menyewa kereta dengan Bayswater Rental Car. Sebelum jam 8.00 pagi dah terpacak depan Bayswater. Di depan Bayswater, disitulah terletaknya Aries Car Rental (ownernyer Chinese Malaysia - tak ingat, or Chinese Singapore). Smooth saja urusan di Bayswater. Amik kunci, amik GPS, bayaran semua dengan credit card. Bayaran untuk 4 hari AUD248.00. Tambah lagi dua driver, total AUD288.00 plus deposit AUD100.00. So total AUD388.00.
**Notakaki: Bayswater ni banyak cawangan. Kat epot pun ada. Kami pilih dekat Perth City. Senang nak amik keter. Deposit akan di refund semula bila pulangkan kereta.
 |
Pepagi hari dah terpacak depan Bayswater Car Rental
|
 |
| Price per day |
 |
Ni kereta kitaorang. Comei jerk. Corolla Hatch - Auto, unlimited km
|
Kami memilih unlimited km sebab nak travel jauh melebihi 500km radius. If sesaper yang nak sewa kereta jalan jalan sekitar area sahaja, boleh lah pilih for city use. Murah sedikit berbanding unlimited km.
**Notakaki: Satu lagi yang saya perasan, if nak booking kereta ni, booking lah awal awal. Makin dekat hari kita nak menggunakan kereta, harga makin bertambah mahal.
 |
Aries ni betul betul berhadapan dengan Bayswater
|
Memula mmg terkial kial nak handle GPS hahaaha (sbb akak biasa pakai waze je tauu..). Mujur kak zu jenis ringan mulut. Kak Zu rajin bertanya. Pantang nampak orang lalu lalang. Mesti jadi mangsa pertanyaan. (Sbb tak penah guna GPS kekdahnyer kann). Kami memulakan perjalanan ke Caversham Wildlife Park. Ikut GPS pun sosat...hahaha..not really sesat actually. Cuma kami terlepas signboard masuk ke Caversham. Signboard tu sebelah kanan. Maka terpaksa patah balik ke belakang. Bila masuk kedalam, mula cuak, sebab nampak pokok pokok jer kiri kanan jalan. Akak akak kat sebelah dan kat belakang suka wat ai saspen tau. Tiap kali mesti tanya..betui ka ni Inazz...betui kaa jalan kita ni Inazz....x nampak apapun Inazz...nampak pokok pokok jer Inazz. Mana jalan masuknyer Inazz.......aiyaaak....bikin ai keliru ajer tauu. Ai ikut GPS tau. GPS kata betul...betul ler...kekkekekek. Bila nampak je signboard dan orang ramai, memasing pun kata...haaa...betul..betul....ceh...bikin mak stress aje taw...
 |
Nak ke Caversham, melalui Tonkin Hwy
|
 |
Sepanjang jalan masuk ke Caversham Wildlife Park, ni jer yang kami nampak
|
 |
Lengang jer jalan....ntah baper km masuk dalam, tak ingat..
|
 |
Bila nampak signboard ni..baru lah semua....haaa....betul..betul..betull.......cehhh...
|
Kami park keter di parking yang disediakan. Masa sampai disini baru jam 0900 pagi. Maka sempat lagi kami menjamu selera. Maggi cup, biskut dan air neslo. Farm show bermula jam 10.00 pagi. Kami xdelah tergesa gesa sangat, jalan lenggang kangkung mak limah sambil snap snap snap pica.
 |
Kat Parking. Kosong lagi...hahhaha....kat bahagian sini jer yang kosong...
|
 |
| Signboards |
 |
| Caversham Wildlife Park |
 |
| We - depan pintu masuk |
Tiket masuk ke Caversham Wildlife untuk 4 orang dewasa AUD104.00. (Kami memang dah collect duit siap siap siap AUD500.00 tiap sorang.) So, akak jadi tourist guide aka accountant tak bertauliah ye..kekkekkeke. Tak kisah ler. Jumpa juga beberapa Malaysian kat dalam ni. Ada yang ramah tamah menegur, tp ada juga yang buat tak tau aje. No hal le. Very small matter.
Kat sini juga ada disediakan makanan halal. Siap ada notice dalam Bahasa Malaysia lagi. Toilet nyer pun ada paip. Senang nak ber istinjak.
 |
Okay ler, walau ayat macam tak berapa betul hehhehe...
|
 |
| Jenis jenis shows yang ada |
 |
| Signboards dalam farm |
 |
| ππ |
Kami terus menuju ke tempat Farm Show untuk tengok cara cara perah susu, cara cara anjing kejar biri biri masuk kandang (memang anjing nyer cukup terlatih. Pandai je kejo biri biri soh masuk kandang) dan juga tengok cara cara potong bulu biri biri...tengok bebudak bagi biri biri minum susu pun ada. Abis bersepai sepai susu kena baju....sian depa........
 |
Cara cara mengambil bulu biri biri
|
 |
| Macam ni lagi mudah katanya |
Nampak dak tempat orang tu bergayut macam buai. Dia kata, bila bergayut mcm tu memudahkan untuk memotong bulu biri biri. Senang nak ejas badan ke kiri ke kanan dan takde rasa letih sangat bila membongkok sedemikian.
 |
Menyusukan anak biri biri
|
 |
Cara cara menggunakan cemeti menghalau biri biri
|
 |
Jom perah susu..
|
Selepas farm show, jom kita gi tengok Wombat and Friends lak. Korang tau Wombat ni apa..hahaha...macam ba alif ba ya. Busuk wehh..pastu muka kelako ler wombat ni...and kesian orang yang pegang wombat ni lelama untuk amik gambar. Lenguh tangan kut. Berderet deret orang beratur nak amik gambar ngan wombat ni.
 |
| We and the wombat |
 |
| Ini lupa apa eh.... |
 |
| Specis cicak |
 |
| Kelawar rasanya.... |
Banyak lagi binatang lain sebenarnyer. Malas amik gambar. Lepas amik gambar ngan wombat and friends, jom kita gi jumpa kanggaro lak. Jinak sungguh kanggaro ni. Tp tak sukala.... sbb banyak sangat taik kanggaro hahahah. Ai terpaksa bukak kain, sbb takut kena taik....hehhehe.(Sapa suruh pakai kain..pakai seluar kan senang....)
 |
| Kanggaros |
 |
| We and kanggaros...ππ |
 |
| Acah acah berani tapi takutππ |
 |
| π
π
|
 |
| Ni pun sama...acah acah berani...kanggaroo tak gigit le |
Lepas tengok kanggaro, pi jumpa Koala lak. Most koala kat sini tido jer. Menurut kata orang kat situ, koala memang kuat tidor diwaktu siang...ehhhehe....and bukan boleh amik gambar ngan semua koala yang ada tu pun. Cuma sekor koala tu jer. Nak gosok gosok koala pun ada cara, menggunakan belakang tapak tangan. Gosok pelan pelan ye. Kang koala terjaga. Koala yang lain lain tu, cuma boleh tengok
 |
| Tido je dia |
 |
| .. |
 |
| We dengan koala |
Dah...jom balik. Banyak lagi tempat nak pegi. Last one, gedik bergambo before kluar dari Caversham Wildlife Park...hehhe..
 |
| Sebelum balik |
Lebih kurang jam 1.00 set GPS ke The Margaret River Chocolate Company. Ingat nak skip, tp alang alang dah lalu dekat situ, singgah jer la. Pada saya xde apa yang menarik sangat la kat sini. Takat tengok pelbagai jenis rupa chocolate. Dan if nak lepak lepak minum coffee, cocoa and santai santai makan kek or whatsoever, okay ler. And as tourist spot. Nak beli chocolatenyer....mahai bedooh. Kami bedal makan chocolate free je..hahhahaa..
 |
Chocolate free....hehehe...ada 3 jenis, White choc, dark choc and yg biasa punya.
|
 |
| Australian map |
 |
| Pelbagai jenis coklat |
 |
| Apoooo..... |
Snap snap pica lebih kurang, kami blah. Meneruskan perjalanan ke Albany. Perjalanan yang panjang lebih 400++ dan mengambil masa lebih kurang 5 jam....huhuhuhu. Separuh perjalanan kak zu take turn untuk drive plak. Lina jadi co driver, ai tidur dulu ya...haha.
 |
| Gambar sekitar dari lensa dlm kereta |
 |
| Di sepanjang perjalanan |
 |
| Highway in Australia |
Sepanjang perjalanan ke Albany kami disajikan dengan pemandangan yang indah walaupun hanya pokok pokok, biri biri , ladang ladang, winery dan lembu. Kagum sungguh. Jalan lurus, kelajuan 110km/j. Lebih dari 110km jer GPS siap menjerit jerit. Susah nak jumpa jalan berlubang lubang. Juga susahnyer nak berjumpa orang. Bawak kereta pun terasa smooth aje. Those yang suka relaks dan santai, mmg sesuai ler. Tp yg suka drive laju2, bosan kut ek...
Ini adalah antara pemandangan pemandangan yang dapat kami lihat sepanjang perjalanan ke Albany. Saya teringat kami ada singgah di satu stesen minyak untuk isi petrol. Tp saya lupa nama tempat tu...huhuhuh
**Notakaki: Untuk ke Albany, pastikan tank petrol sentiasa penuh. Isi sahaja bila agak2 petrol sudah berkurangan. Tak perlu nak tunggu tinggai sikit baru nak isi, sebab petrol pam di town kecil cepat tutup
 |
| Awesome view |
 |
| Sunyi - tak banyak kenderaan |
 |
Adalah sebiji keter kat depan...hehheh
|
 |
Nak nampak kereta pun susah, apatah lagi orang...
|
 |
| Tanah lapang...... |
 |
| Green scenery |
Antara pekan pekan kecil yang kami tempuhi sepanjang perjalanan ke Albany (yg saya ingat ler) adalah Kojonup, Cranbrook dan Mountbaker. Ada yang lain lain, tp tak ingat...hehehhe. Sesungguhnya perjalanan dari Perth ke Albany idakler menyeramkan sangat berbanding perjalanan dari Albany ke Augusta (Hari ke 4 nnt saya cerita).Hari makin beransur gelap. Gelap segelap nyer tanpa lampu lampu jalan. Hanya bergantung kepada lampu kereta yang tak berapa nak banyak. Separuh perjalanan lagi, Lina pula mengganti kak Zu. Akhirnya lebih kurang jam 7.00 malam kami pun sampai ke Albany. Mengikut sahaja perintah GPS, terus menuju ke Ace Motor Inn.
 |
| Hari makin gelap |
Mudah sahaja mencari Ace Motor Inn dengan pertolongan GPS. Sesampai di Ace Motor Inn, 1001 macam kelegaan. Lega dah sampai di motel selepas perjalanan yang panjang. Lega melihatkan motelnyer amatlah kemas dan menarik. Pasti tidor kami juga lena.
 |
| Ace Motor Inn |
**Notakaki: Ace Motor Inn ni ala ala motel jer. Tp klas ko....mcm hotel.
 |
| Our room. Cantik, selesa tp hanya for one night only |
Bilik di Ace Motor Inn ni besar. Ada satu queen bed, dan satu single bed. Setakat kami 4 orang, actualy muat. Takat nak tido bersempit sempit, takdak hal. Tp saya tersilap masa booking. Saya tak perasan akan kebesaran bilik ni, Jadi saya booked dua bilik...huishhh....rugi...hahhaha.Memadangkan hari masih awal (baru 7 lebih tuuuu), kami decided utk jalan jalan sekitar Albany. Kami menujuk ke York Street. Sudah pasti banyak kedai kedai yang sudah tutup, walaupun malam masih muda. Kami terjumpa dengan Dog Rock. Kami juga cuba pergi ke Middleton Beach, tp disebabkan gelap, beach pun kami tak nampak...hehehhe. Yang nampak cuma kawasan kawasan perumahan dengan lampu yang ala ala romatika de amour. Risau juga jalan memalam hari, kang tak pasal pasal lak kereta polis ekori kami. Seorang manusia pun kami tak nampak. Mat rempit apatah lagi....Kami kembali semula ke Ace Motor Inn. |
Sebijik mcm bentuk kepala dog - waktu malam
 | Waktu siang - ehsan pacik gugel
|
|
 |
| York Street waktu malam |
 |
Waktu siang - ehsan pacik gugel
|
Sampai di Ace Motor Inn, kami dinner dulu. Maggi sahaja lah yang menjadi pilihan yang paling mudah. Selesai dinner, masing masing membersihkan diri. Puas hati berada di Ace Motor Inn. Mandi juga puas....nak basuh tut tut pun puas..haha. Sbb saya tengah period..puas hati dapat air..hahhaha... Selesai semua urusan, kami tidor lena beralaskan tilam dan bantal yang empuk sambil memikirkan apa yang bakal berlaku esok.**Notakaki: Di Albany ni banyak sangat backpackers hostel, motel, hotel guest house, inn yang tidak di warwarkan di dalam agoda, tripadvisor or booking.com. If terlajak kesini tanpa booking pun, I think, there is nothing to worry.