Monday, 25 May 2015

Amazing Perth & Western Australia - Day 7

14 May 2015 - Thursday.

Sudah masuk hari ke 7 berada di Western Australia. Kami sudah berada di Perth City semula. Esok adalah hari terakhir disini. Plan hari ni, sekadar jalan jalan di Perth City. Kemudian pergi ke Harbour Town. Sebenarnya ni semua tiada dalam itinerary tawww...hahaha. But I managed to change it...to fit tiap orang punya needs and satisfaction. 

Since Harbour Town bukak jam 0900, kami pikir mana nak pegi. Last last kami decided pegi ke Barrack Jetty semula Sebab saya nak cari Blue House Boat. Bayar parking for 2 hours AUD8.40. Pusing sana sini dok tanya orang kat mana Blue House Boat. Saya nekad, tak boleh tidak, saya tetap nak pegi. Takmo jadi kejadian seperti di Albany. Semua memberikan direction yang tidak betul. Saya hampir frustrated. Pujuk2 hati sendiri..janganlah x jumpa Blue House Boat.

Burung burung berterbangan...park ni dekat ngan tempat kami parking keter....

Nampak Bell Tower dari jauh, tp tak singgah pun. Keliling ada construction
Untuk mencukupkan 2 jam parking yang telah di bayar, kami sekali lagi naik ferry ke South Perth. Sambil sambil tu, saya dok gugel tentang Rumah Biru ni. Yeszaaa...akhirnya mendapat juga. Rupernyer bukan dekat Barrack Jetty tp the other side of Swan River. (Swan Lake & Swan River...ada beza ke ehh.....) Apa apa pun, jom kita gi South Perth dulu. Xmo lah gi Perth Zoo. Kita jalan jalan cuba cari Old Mill. Sbb dah siang kan....kita meninjau balik tempat yang mana kami nampak umat berdua menjadi satu di tanah lapang berhampiran ngan swan lake tu..hehhee. Dan satu yang saya amat suka ngan Australia ni, signboard dimana mana. Walaupun saya tak search dan study langsung pasai Old Mill, walaupun saya ada terbaca, tp tengok di signboard jer, kita dah tau mana patut pergi. Berdasarkan direction, kami just polow. Rugi bayar parking 2 hours, tp tak sampai 2 hours dah selesai kan. Jom penuhkan masa 2 jam itu..hehhehheh


Jom belajar beli tiket dulu

Dalam ferry ke South Perth

Mends Jetty

Australian Post Office

Old Mill




Jam 0930 kami beransur meninggalkan Old Mill Point dengan ferry dan menuju semula ke Barrack Jetty. Sebenarnya dlm itinerary, saya meletakan Bell Tower sebagai salah satu tempat untuk di lawati. Tp memandangkan sekitar Bell Tower penuh dengan construction. Saya pun tatau jalan mana nak masuk ke Bell Tower. Maka Bell Tower di lupakan. Tak merasalah naik ke Bell TOwer, tp cuma memandang dari kejauhan sahaja.

Berdasarkan alamat yang saya dapat dari gugel, saya set GPS untuk menuju ke Blue House Boat. Alamat lengkap untuk ke Blue House, Swan River adalah seperti berikut:
Blue House Swan River
73, Boatshed (Mounts Bay Rd)
Crawley WA 6009, Australia.

Tp saya aritu just set GPS ke Mounts Bay Road. Dari kejauhan bila memasuki Mounts Bay Rd dah nampak dah Blue House ni. Cuma, area tu takde parking. Blue House Boat tu betul betul tepi main road. So, kena ke hadapan sedikit, ada satu parking area. Boleh ler park kat situ. Then jalan kaki kebelakang sikit. Bila nampak jer Blue House, saya dah teruja. Excited sbb tercapai juga impian. Scenery kat sini memang marbeles. Cantik sangat sangat. Dek kerana teruja, lepas parking keter saya terus meninggalkan kekawan yang lain. Punya lah excited...hahahha....sesampai jer kat Blue House ni, ada satu group malaysian chinese tengah dok amik gambar. So bertabah ajerlah nunggu mereka abis bergambar. Takleh ramai ramai atas tu. Kena take turn. Depa selesai, turn kami plak...Masa tengah dok posing posing kat sini, sampai satu couple. Yg pompuan macam melayu, lelaki mat saleh. Tgh kami kalut2 nak setting camera, dia offer diri. Nak saya amikkan........haaaa..sudah bagus. Bagai org mengantuk di sorongkan bantal..kecik tapak tangah, nyiru kami tadahkan. Silalah amik gambar kami kami ni...hehhe.



Family ni ler yg kami jenuh dok tunggu depa posing dulu....




Dah puas hati jom kita menuju je tempat lain pula. Kami berjalan kaki menuju ketempat parking kereta kami. Saya paling depan sekali...sesampai disini saya ternampak bonet kereta terbuka. Saya mula cuak. Saya pandang kak zu. Kak zu pun cuak. Kami tunggu sehingga illa dan lina sampai. Pastu memasing check barang2 yg ada dlm kereta. Lina kata dia mmg tutup bonet kereta dan locked. So tak tau lah apa yg berlaku. Mujur xde apa apa barang yang hilang. Kebetulan illa mmg tinggalkan passpot dan sedikit duit didalam kereta....tp semua ada. Alhamdulillah.....seriau juga uols..huhuhuh. Dibuatnyer ilang semua semua tu...haru....

Matilda Bay


Setelah yakin semua barangan ada, kami menuju sekejap ke Matilda Bay. Matilday Bay cuma perlu kehadapan sahaja di laluan yang sama. Cantik kawasan dsini. Kami cuma ambil gambar dan meneruskan perjalanan. Semasa pusing dikawasan ini saya perasan signboard University of Western Australia. Berangan juga nak masuk ke dalam, tp tak jumpa entrance. Maka kami tinggalkan dulu UWA ni, dan terus menuju ke Harbour Town dulu. Pusing pusing juga nak cari parking kat Harbour Town ni. Last last saya set GSP menuju ke car park Habour Town. Baru jumpa jalan masuk...hehehe. Nampak juga City Stay Apartment yang ramai bloggers sebutkan. Memang dekat sangat ngan Harbour Town. Di Harbour Town kami menjamu selera dulu di Ispa Kebab. Selesai makan, kami berpisah. Dan berjanji untuk berjumpa semula di Ispa Kebab jam 0200 petang. Plan seterusnyer selepas di Harbour Town, nak pergi ke Kings Park pula. Tetapi sebelum pergi ke Kings Park, nak cuci kereta dulu. Kereta tersgtlah comotnyer.


Makan di Ispa Kebab ni, portionnyer sangatlah besar. Kami aritu kekonon, lapar sesangat, memasing amik satu sorang kebab. Endup sorang pun tak abis. Patut share jer...

Besarkan kebabnyer...

Harbour town juga di kenali dengan nama Watertown


Gambar gambar di bawah adalah ehsan pacik gugel..ehehehhe. Idak terpikio langsung nak amik gambar sekitar sekitar harbour town ni. Pada saya, xdeler apa menarik sangat kut kat sini. Yang kaki shopping maybe suka lah kut. Saya xde membeli sgt...





Jam 3 petang semua berkumpul dan semasa disini telah berlaku incident yang membuatkan saya berada dalam situasi yang sangat tidak selesa. Tak best betul bila jadi mcm ni. Teringat baca blog kak kiah masa trip ke Korea ngan 4 orang kawan. Dah jadi mcm tu ler pulak ya. Saya lebih suka amik jalan tengah. Let me drive, and decide where to go. Korang nak bermasam muka, tu korang punya hal laa. Malas masuk campur, cuma jgn libatkan org yang tak terlibat. Bukan senang nak jaga ati semua orang. Memasing ada pangai dan kepala memasing. Perkara yang paling saya tak suka bila travelling...fuhhh.....sabooorrrr je la...

Lepas bayar parking masuk je dalam kereta saya set GPS ke car wash. Ntah kemana mana aje GPS bwak, saya menurut perintah. Tp bila kena kat double line, GPS suruh turn, saya tak berani. Boleh ker turn kat double line. Berpusing pusing cari jalan nak ke car wash. Dah nampak dah car wash tp sbb double line, saya teragak agak. Klu kat Malaysia memang tak boleh. Lepas tu saya perati keter2 lain, selamba ajer turn kat double line. Saya tawakal...jangan lah kena saman. Sampai di carwash, seperti biasa, Kak Zu jadik tukang tanya...hehehhe.(ampunn kakkk..asik suruh akak yang bertanya. Tiap kali lak tu hehhe). Untuk cuci kerete kena AUD59.00. Mak aihhh...terkedu jap. Diskas punya diskas, redah jer lah. Sebb kotor sangat. Dengan pasir, dengan lumpur. Ntah lubang mana kami masuk, tatau ler..kekekke

Sementara menunggu kereta dicuci kami sempat minum minum coffee lagi. Kedai ni memang ada menyediakan coffee bar. So suka hatilah nak minum banyak mana coffee pun hehhe. Tp suasana tetap tegang....sabor je lah..

Jom pekena coffee dulu..
Selesai kereta dicuci, kami meneruskan perjalanan ke Kings Park. Pada saya waktu ni sesuai sgt ke Kings Park. Dari siang menuju ke senja terus ke malam. Tp nak ambik gambar pun dah xde mood jer memasing. So, selpie jer lah semua ya...nak amik gambar ber4, kang sorang ni taknak. Kang sorang lagi xnak. Lotih mak.




South Perth

Pertembungan dua ferry dari Barrack Jetty & Mends Jetty





Teringat Lina ada beberapa barangan nak di beli kat Megabes, Fremantle. Tp saya pk, esok mmg takdan nak ke Fremantle dan saya pula memang xmo dah nak ke Fremantle.. Jadi minta Lina call owner Megabes tu, supaya kami boleh pergi ke warehousenyer yg terletak di Malaga. Jam 6 petang, kami set GPS ke Malaga pula. Sesampai di sana, kami call owner Megabes tu. Parents nya tunggu tepi jalan, dan bawa kami masuk ke ruang warehouse. Ruang ni xdelah besar sgt. Besar sikit dari kedai kat eshed tu. Mcm saya kata di hari ke2 semasa di Fremantle, depa ni suka citer yang tak elok pasai Aussin. Parents dia lagi dasat. Boleh tahan gakk...hahaha. Malas nak layan. Dengarkan ajer. Yg selebih tu, timbang tara ajer lah ye. Akhirnyer saya rasa saya yg paling banyak berbelanja di sini...

Ni la factory kat Malaga - ehsan google

Walaupun baru jam 0800 malam, tp dah macam 1200 malam. Gelap gelita sungguhlah. Kat Perth City ada gak lampu jalan. Teringat semasa memandu ke Augusta dan Cervantes. Sebatang lampu jalan pun x nampak. Meraba raba memandu bergantung kepada cahaya lampu kereta semata mata.

Dah puas bershopping, kembali semula ke Malaysia Hall. Mujur senang dapat parking. Alhamdulillah. Malam ni kami perlu kemaskan semua apa yang patut. Tinggalkan sedikit ruang kiranya besok masih terdapat lagi barangan yang hendak di beli. Memasing makan kebab yang tak abis masa lunch tadik. Besar kebabnyer. Memang xleh abis. Malam ni juga saya siap buat kira kira perbelanjaan semasa di Australia dan memulangkan baki masing. Since esok last day jadi baik sy setelkan cepat cepat. Baki dlm AUD boleh juga depa guna utk shopping last minit. Cuma saya asingkan siap siap untuk airport transfer.

Setel kemas barang, setel buat kira kita bersihkan badan dan saya cuma mahu tidur. Malas nak pikir apa yang berlaku tadi, juga malas nak pikir apa yang bakal berlaku esok. Yang pasti, esok akan pulang ke Malaysia.




Friday, 22 May 2015

Amazing Perth & Western Australia - Day 6 Part II

13 May 2015 - Rabu 

Hahha....cerita tak banyak....tp suka tepek gambo banyak banyak...Selesai di Pinnacles Nambung National Park, kami meneruskan perjalan ke Lancelin pula. Kali ini untuk bermain luncur pasir. Lebih kurang satu jam perjalanan dari Cervantes ke Lancelin.





Sesampai di pekan Lancelin, terpinga pinga nak cari tempat Lancelin Sand Dunes. Pastu set GPS ke kedai Lucky 7, ntah kemana mana GPS ni bawak...adeiiiii lahh. GPS ohhhh GPS. Awat jadi lagu ni. Tp masa ni dah pandai dah. Since semua kami ada data plan, google map ler. Naperlah masa memola aritu tak terpikio yer........sabor jer ler. Akhirnya ketemu juga kedai Lucky 7 ni. Xyah risau ler uols, pekan Lancelin ni kocik jo. Pusing pusing pusing pusing, kesitu balik. Kami menyewa dua jer sandboard jenis duduk dengah harga AUD10.00 per board. Kena letak deposit AUD100.00. Tak friendly dan helpful betui ler staff kedai ni. Bila tanya, kat mana nak amik sandboard, dia just ckp, straight and turn right. Kami termasuk ke dalam bilik store depa tau. Ambik sandboard yang baru..hahha. Punya excited dpt sandboard baru. Sekali tu baru perasan bila ada one group of japanese tourist gi amik sandboard kat bahagian satu lagi, sebelah kanan gak hahahha....Mujur.  Masuk area Dune Risk, nampak ada bas dan keter park kat tengah2. Dasar malas berjalan, kami pun bawak jer keter ngan selambanyer ketengah, dekat2 ngan bukit bukit pasir ni...dan enjoy sandboarding.




Jejak jejak kami hehhehehe


Lenguh kaki dok memanjat bukit pasir. Dah lama kat sini, tengahari buta ni, terasa kulit makin menggelap...hahahha. Semua puteri lilin eh. Takut nau kulit itam. Copot copot  selesaikan urusan sandboarding. Singgah jap kat pantai disini. Pulangkan sandboard kat kedai Lucky 7, amik balik deposit AUD100.00. Jom ke Perth City. Ada orang tak sabar nak shopping wehhh......drive separuh jalan, saya mengantuk. Tukar driver lagi....hahhaha. Lina lak amik alih. Sbb dia yang nak gi shopping kann...kekkeke. 




Kingsway Cith Shopping Centre
168 Wanneroo Rd, Madeley, WA 6065 Australia
Hours:  0800 am - 0600 pm

Bergantung kepada GPS, kami set ke Mirrabooka Square. On the way ke Mirrabooka Squara, nampak satu shopping mall ni yang bernama Kingsway City Shopping Mall. Logo Big W terpampang besar amat. Kami singgah nak melihat lihat corelle. Saya dah pesan awal awal, if nak beli, beli ajer. Because kita takkan patah balik untuk survey2. Banyak gak pilihan disini. End up, sorang pun tak beli...hehehehe.

Set lagi sekali GPS ke Mirrabooka Square. Terjah Big W lagi..haaha..tp malang, tak banyak pilihan disini. Berputih mata lagi ler...jom ke Belmont Forum lak. Saya mulanya plan nak singgah kat Danish Pattiesseri. Tp kedai Oscar tu tutup awal nau.








Sesampai di Belmont Forum pun, ari dah beransur senja. Pusing pusing jer kat dalam ni, tanpa membeli apa apa. Perut dah mula berkeroncong. Since ada kereta, saya cadangkan kami makan di Makan Makan Cafe di Albany Hiway. Mana tau, kut nasib baik, dapat berjumpa dengan Ajek Hassan..hahhaa. berangan. Kawan saya siap pesan, if jumpa Ajek Hassan, dia suh amik signature. Mujur tak jumpa.




**Notakaki:  Gambar gambar di atas, hasil pinjaman dari pacik google. 

Sebelum tu, memikirkan perihal shoppping lom abis lagi, sedangkan kereta harus di pulangkan esok pagi, kami buat keputusan untuk menyambung penyewaan kereta. Tugas call men call ni selalu pass kat Lina. Kalau tugas bertanya tanya kat orang, pass kat Kak Zu...hehhe. So Lina call Bayswater untuk sambung sewa kereta, dan pulangkan pada 15hb nnt. Okay jer. Tak banyak citer. 

Sampai di Makan Makan Cafe, mcm biasa, udah gelap. Jam 6.00 tu mcm jam 0800 malam. Malam ni memang kelaparan sungguh lah. Nampak nasi, laggggiiiiiii lapar. Saya, illa, lina order Nasi Kandar. Kak Zu order nasi beriani. Tiba sini tercakap omputih lak. Sekali org kat kaunter tu tegur..haishh..bikin malu jer. Ai terover...hahaha. Jumpa melayu kena ckp melayu gak ekk. Takdak hal ler walaupun kena tegur gitu. Ai gelak gelak jer. Pastu kami order teh tarik. Sebabnyer ada tulis dalam restoran tu - Our Special Teh Tarik -. Nak gak rasa sesepesel mana. Tp tak best sgt lah. Rasanya depa guna fresh milk kut. Tak kaw langsung. Tp nasi tu okay ler. Boleh laaaaa.....ramai gak melayu masuk sini. Omputih pun ada.



Jenuh nak kasi habis. Patut share je...



Selesai makan, jom balik kita ke Malaysia Hall. Turunkan barang siap siap. Pi cari parking. Kali ni dapat parking dekat sikit. Takdelah jauh sangat berjalan. Rugi plak kuar masuk Malaysia Hall ni. Sbb dua kali kena bayar service fee...hehhee. Kena register macam baru masuk, dengan deposit sekali. Sesampai di sini, ramai adik adik student ada. Mcmaner kak. How was your trip. Best tak pegi Albany. Best tak pegi Augusta, Cervantes. Best tak sandboarding. Semua kata best...memang best, bestt...bestt....walaupun akak terkilan...huhuhuuhu.....Bila balik Malaysia, dok citer ngan asben.....Asbend kata...tu nak repeat ler tu. Asik dok ckp terkilan..terkilan...hehehe. U tau yer bang, apa ada dlm hati i. Nnt kita gi sama sama blehhh..hahhaha.

Kami amik barang dari dlm bilik store, angkut balik naik atas. Penat wooo angkat beg. Malaysia Hall patut buat lift untuk luggage. Takde susah payah angkat beg naik atas. Masih dpt bilik yang sama, Alhamdulillah kali ni card sempurna. Tak macam mula mula. Asik merah jer. Bila nak masuk bilik air kena minjam card orang sebelah. Tak sempat nak jumpa Kila dan Diha. Depa dah balik Malaysia petang tadi. Kami pulak sampai malam. Nnt kita koling koling jer lah ye. Memasing masuk bilik memasing, membersihkan diri dan rehatkan diri. Bukak facebook update apa yang patut. And good nite.



**Ada satu kedai Papa Rich kat Northbridge. Kami perasan, kedai ni punyalah ramai orang masuk. Siap queue lagi. Suka gak orang Ostolia makan makanan Malaysia yerkk...Menurut kata adik adik student kat sini, Papa Rich memang penuh selalu.