Wednesday, 18 November 2015

Autumn in Korea 2015 - Day 2

31 Oktober 2015 (Sabtu)

Sepatutnyer kalau mengikut itinerary awal, hari ni ke Namdaemun market dulu. Ntah kenapalah saya tukar program. Bila dah tukar program, macam macam plak jadinyer..hehhehe. Seawal jam 6.30 pagi semua dah berkumpul kat pantry. Baguih semua travelmates.  Alhamdulillah.....

Muka ceria lagi...sbb masih di pagi hari....

Saya pada mulanya mahu mengambil laluan fewest transfer sebanyak  2 kali transfer yang mengambil masa 1 jam 51 minit melalui 34 station (mengikut subway map dari ipad saya) dengan tambang sebanyak KRW2,250.00 (menggunakan T Money). Jadi tak perlu tukar train banyak kali. Sampai dlm subway saya blurr nak turun mana..sbb saya x pernah lalu laluan tu....ahaha..mengong jap. Lagipun baru masuk 2nd day...otak tepu lagi dengan subway map..hahahaa. Last2 saya amik subway ke Cheongnyangni Train Station. Sesampai situ, saya dah keliru nak tunggu kat platform mana. Masa tu nak tanya, takde plak orang yang boleh di tanya. Maka kami menunggu di Platform No. 1. Walhal Platform 1 adalah untuk ITX Train. Sayang sbb terlepas dua train. Sepatutnyer di Platform no. 2. Sian kengkawan ai.

Notakaki:  Harus diingatkan bahawa, Korea adalah negara maju. Dimana perubahan sentiasa ada dalam sekelip mata. Jadi sentiasalah update Seoul Subway apps anda ya..hehhehe...Masa tahun 2012 dan 2013 saya pergi, saya tak ternampak pun nama nama station tu semua....Tahun 2014 dah byk stations baru.

Nak tengok Seoul Subway map, boleh tengok SINI. Nak senang, download jer ke hp atau ipad.

Silap platform. Patutnyer platform sebelah kanan tu..Platform no. 2..hhaha..Kami pi turun Platform 1..apa kess...
Jam 10.00 pagi kami tiba di Gapyeong Station. Menggunakan coupon yang kami dapat dari KTO Malaysia, maka percuma ajelah tambang bas. Seawal jam 10.00 pagi memang dah ramai umat maknosia kat sini. Mujur berbaris menunggu feri x lama sangat.


Jom naik ferry



Sampai je di Nami Island, memasing excited. Dek kerana ke excitetan yang tidak terhingga ni, tak pasal pasal terpisah dua group.

Taken by one in the group. Tak ingat saper...sorri na...cilok gambar..pastu letak taq inazzane lak tu..kekkekee..
Dalam kalut kalut nak bergambo bagai, ada pulak yang nak terkencinglaaa dan ada pulak yang nak minum kopi la. Udah ler terpisah satu group ke toilet, satu group ke kedai kopi. And me in the other group yg ke toilet sbb itu yg saya nampak.

Terpisahnyer kat sini jer. 5 orng ke kanan, 5 orang ke kiri...dokek bonar, but still x jumpa..hehhehe
Dlm remutan orang tu, mencari sampai mata pun nak terjojol, tp x nampak gak group lagi satu. Walhal sebelah menyebelah jer tu. (Kami pergi hari sabtu ya...mmg ramai orang). Lama nunggu deme deme ni kat toilet, Dalam hati kemanakah gerangan 5 orang lagi ni. Setelah jenuh pusing pusing menjengah mencari yang 5 orang lagi yang tidak kelihatan, saya mengambil keputusan meneruskan perjalanan dengan harapan berjumpa mereka di hadapan.


Sambil mencari cari kekawan yang lain, kami sempat singgah buka bekalan. Nasi impit dengan sambal ikan bilis + nasi goreng seafood yoganey yang tak abis semalam. Pergghh..sejuk2 ni..memang nikmat...(sambil menaip ni pun terasa rasa dlm mulut..hehhehe)

Selesai makan, maka berpusing pusinglah kami ber5 orang dlm satu kumpulan. Sambil sambil tu tengok tengok dan tinjau tinjau kan kepala gak kut kut ternampak yang 5 orang lagi. Tapi x juga nampak. Mula mula saya nak patah balik mencari........tp pk pk...rasa mcm hmmmm...kenapa nak patah yer (????!!!)..Perlu ker....patut ker....rasa bersalah pun ada...x cari kang..kut depa ber5 tatau. Nak gi cari..buang masa patah ke belakang semula......adoi..biol jap......???? !!!....xpalah. Kami teruskan lagi perjalanan ke depan. Saya membuat andaian, mereka ber5 tahu kemana arah tujuan..







Sempat kami bersantai santai di bawah sinaran cahaya matahari. Dengan harapan...oh kawanku yang berlima, silalah muncul...hehhehheehehe. Kami berada di tempat yang senang untuk dilihat ni, di tengah tengah padang.....




Dalam pada tu, saya cuba juga cari wifi kut ada. Dah pesan memasing suh roaming phone. Nampak gayanyer takde yang roaming. Hp sendiri pun tak roaming benonyer...(ingat auto roaming. Rupanya masa tukar pakej Celcom aritu, lupa nak suruh  roaming...haruuuu). Mujur jijah punya hp roaming. Tp sbb geng lagi satu sorang pun x roaming, saya called pun sia sia jer le. Akhirnya dapat jer line wifi, try wasap depa depa ni kat group. Kul 3, sila tunggu di jeti.....ding dong ding dong...berlaku miscommunication ler pulok kat sini ditambah pula dengan line yang semput...aduisssh....hahaahhahaa. Saboooooo je lah..

Saya mengajak yang lain berpatah balik mengambil yang tertinggal kat jeti pastu saya bawak semua pegi makan dekat dekat ngan restoren dekat ngan surau. Restoran Asian namanya. Tak dan dah nak cari restoren nasi goncang, walhal kat barisan tu je. Sebabnye muka  memasing semua dah macam nak makan orang...kelaparan..hahaa. Pastu ada yang dah aci bengang jer masa ni. Spoil sikit lah masa ni. Ye lah...bukan senang nak jaga hati semua orang yang travel bersama. Bio ler. Penat gamaknya. Bila penat, ati pun panas. Bila hati panas, airmuka pun tak boleh nak sorok. Cuma kita kena ingat, org lain pun maybe penat juga...maybe ada juga yang panas hati masa tu (tp simpan dan jer dlm hati).... dan kita juga kena ingat.....bukan ikut tourist guide ye. Xde istilah org tu kena jaga ko, or orang tu kena buatkan utk ko, or org tu org tu kena gitu gini gitu gini. Semua dah bincang awal awal, dah di beritahu awal awal. Kita sama sama perlu saling bekerjasama. Saya bantu mana yang terdaya. Dan saya pula..!!?? hmmm...saya malas nak pikio sbb malas nak spoil kan mood holiday. Gasak korang ler. Lepas semua makan, gi lepak2 jap kat area patung Winter Sonata. Bagi chance kat depa depa yang tak sampai ke situ tadik, sambil minum coffee dan makan pancake dari Cafe Sonata. Sedap pancake ni. Saya ada cerita dulu masa pergi during Autumn 2013

Sonata Cafe
Nampak dakk..pancake...hehhehe



Dah makan, dah jalan jalan, hari pun dah beransur petang, jom balik. Masa nak balik, kami terkejut...sbb........ panjangnnyer barisan nak naik feri. Mau dekat 2 km kut kena berbaris. Siap ada orang jaga lagi. Jangan ler memandai mandai nak potong barisan yerk. Jaga sikit airmuka orang Malaysia.

Start berbaris dlm jam 3.00 ptg gitu...

Jam 4 petang still dalam barisan
Dugaaan sungguh lah. Bertabah ajelah semua. Yang pasti, hari dah gelap baru  dpt naik feri, Jam hampir 4.30 petang baru sampai mainland. Dapat ler pengalaman naik public transport berhempit hempit dengan sejuk yang mencengkam cengkam dengan kaki yang sakit banyak berjalan. Dapat juga nyembang nyembang orang dari Taiwan yg mana gfnyer orang Korea.

Masa menunggu bas, ada ahjussi tu dok memberitahu dalam bahasa korea yg mana kami memang kompem tak paham. Kami tanya tanya around, apa ahjussi tu ckp. Then ada sorang taiwanese yg boleh berbahasa inggeris ni bagitau...Ahjussi tu kata, nak tunggu bas lambat lagi. So, boleh ler berjalan dari situ ke Gapyeong Station. 10 - 15 minit perjalanan. Kami pikir, itu gaya org korea berjalan. If kita kita ni yang berjalan...hahaha..kul baper mau sampai daaaa.

Masa dlm bas, memang kami nampak ramai yang berjalan kaki. Kami mula menghitung masa dan mengukur perjalanan. Waduhhh....belum tentu 10 hingga 15 minit berjalan. Mujur kami amik keputusan naik bas jugak walaupun bersempit sempit...hehhehee. Oh ya...masa naik public bas ni pun, mujur driver bas tu mau terima coupon discount yang sepatutnyer digunakan untuk Gapyeong Tour Bus. So, jimat gak di sini..xyah bayar tambang bas hehhhehhe..

**Masa ni kami tunggu taxi juga. Tp susah sangat nak dapatkan taxi. Maybe sebab hari dah mula beransur gelap kut. Tobat takmau ke Nami Island di hari Sabtu...(if pegi lagi ke Korea le..kekekke)

Turun naik bas dan subways, akhirnya sampai jua ke Myeondong. Maka memasing buat hal memasing. Badan dah penat, yang hati orang yang panas tadik mujur dah sejuk dah agaknyer.....tp terkesan juga di jiwa yer dak..hehhehe. Esok ada lagi tempat yang perlu kita pergi. So rehatkan minda dan badan. Akak penat otak...tak koser mak nak mikir pasai korang...pandai2 ler korang ye....Sian roomate iols, kena dengar rintihan hati ai. Jangan serik ye....

**pk pk balik, aci nyesal tukar program Nami Island ke hari sabtu. Ntah apa saya pikirkan masa tukar program ni, tak tau ler.....dah baca byk kat tenet, kata jangan dtg Nami Island during weekend. Kira mcm saja cari bala jer lah kannn......Balik dari Nami Island juga, malam tu trus called celcom tanya kenapa roaming tak activated. Nak kol memana tak dapat. Rupanya sbb renew package aritu....ceeehh... malam sy called tu jugak celcom aktifkan roaming. Mujur kat Namsan GH4 tu boleh guna skype line. Kol pree je ke fixed line.  




Autumn in Korea 2015 - Day 1

30 Oktober 2015 - Jumaat

Seminggu sebelum travel, mood memang dah ke laut. Kerja kat opis pun dah aci malas nak buat. Travel mood is ON.

Janji ngan Jiejah dan Erra jumpa kat epot jam 5.00 pagi. Tp terlajak ke jam 5.15 pagi. Sampai je kat epot, kami terus check in luggage, breakfast sementara tunggu zu, dani, noor, aqish, asna, lina dan nani. Memasing buat urusan sendiri ler, walaupun saya di kategorikan sebagai mak rombongan. Tak kuasa makk...nak buatkan tuk korang tau. Dah setel, kami terpisah masuk boarding gate. Saya, jijah dan erra gi solat dulu. Sampai kat pemeriksaan kastam, barisan macam ular kena palu panjangnyer. Masa tu dah 7.30. Jam 8 tak lepas lagi...huhuhuhu. Elok je lepas pemeriksaan, Zu called, pastu Lina plak called bagitau gate nak tutup. Sabar jer lah...mujur selamat dapat masuk.




Masuk perut kapal terbang, semua ketawa..ngek. Ye lah, yang benarnya boleh aje kami solat kat dalam. Kan dah lambat. Mengong. Flight tak ramai orang kali ini dan pramugari punyala sportingnyer, siap soh kami pilih tempat memasing. Akak apa lagi....pilih sebelah tingkap ler. Dok sensorang melunjur kaki, suka suki hati jer. Tido baring pun best.


6 jam 20 minit terasa begitu lama di dalam kapal terbang. Tido makan tido nyembang. Jadi kuranglah rasa bosan. Touch down kat Incheon Airport masa tu 9 darjah celcius (tak ingat 9 ke 19 yang pasti memang sejuk.) Dah pesan awal awal, tunggu kengkawan ya. Jgn memandai nak jalan jalan ke depan. Sbb saya pernah terkena sekali dulu, keluar dari kapal terbang lain pintu. Kawan saya jalan kedepan tanpa tunggu saya. Dah jenuh plak kena cari dia...mujur jumpa kat shuttle train. (Tp mmg semua hala ke situ jer pun)

Take off

Nak landing
Sampai di main building Incheon, setel semua. Alhmdulillah xde apa apa. Airport pickup service dari Namsan 4 dah tunggu dengan nama saya tertera di kertas. Ahjussi tu bagi sign language dok suruh kami tunggu sekejap. Kemudian dia start koling sana sini....ntah sapa yang di kolingnyer pun tatau ler. Jenuh lah kami ni dengan sabarnyer menanti bila dia nak bawak masuk kereta. Last last baru paham.....satu keter lagi terlock dan kereta kunci tinggal dalam rupanya......boleh gitu...Lama tul kami menunggu...jemu rasanya. Pastu datang ahjussi tu, suruh kami ber5 (saya, noor, aqish, asna dan erra) masuk kereta lain dulu. Yang lain tunggu kendian sbb masa tu zu ngan nani gi solat. Setel satu hal, satu hal lagi sbb jalan jem giler babas. Mau dekat 2 jam dlm kereta...adoii..kematu montot. 6 jam dlm flight, 2 jam lagi dlm kereta. Muka memasing dah kelat jer. Letihh...Jangan salahkan maknak..hahhaha.......

Ahjussi kat lakang tu laaaaaa

Sampai Namsan 4, check in. Kami dapat room kat tingkat 2. Ada lift untuk luggage. So luggage semua sumbat masuk lift. Kami menapak naik tangga. Setel check in, memasing tengok bilik. Agak kecik sebenarnyer utk 3 orang. Sorang kena tidor di bawah ler. Dan katil kena rapat rapatkan. Noor, Aqish, Asna sebilik. Saya pula bersama Jah dan Erra, Lina dan Nani, manakala Zu pula dgn Dani. Kalau ikutkan, saya sepatutnyer sebilik dengan Zu dan Dani. Sbb Jah ngan Erra mmg bayar harga utk 2 orang. Since bilik tu agak kecik, saya joint Jah aje. Suka ajer kami dapat sebilik...hehehe.


**Gambar ehsan Namsan GH 4. Sapa yang pernah stay sini, gambar dan reality adalah sama. Takde beza.

Setel kat guest house, saya bawak mereka jalan jalan di Myeondong. Tp ada juga yg x larat nak jalan jalan. Penat sangat kut..baru pes day.....pusing pusing cari kedai Yooganey nak makan nasi goreng seafood. Saya perasan, ada 3 kedai Yooganey kat Myeondong tu. Udah konpius nak pilih mana satu.


Gambar Ehsan Google

Saya pilih yang menghala ke arah uniglo. Sbb tak perlu naik tangga dan restorennyer besar sedikit. Yang pertama kami jumpa tu di tingkat satu, yg kedua kami jumpa pula agak kecil dan tak nampak menu fried rice with seafood. Yg ke3 baru nampak apa yang kami cari. Direction...erkk...direction....saya ingat belakang uniqlo je...hahaha. Sorri na. Myeondong Station Exit # 7, Jalan straight ke depan sampai main road Myeondong. Nampak Migliore sebelah kiri, jalan sampai ke junction yang ada Nature Republic besar sebelah kiri. Turn right, jalan straight sampai first junction and turn left. Masuk junction sebelah kiri tu, jalan sikit, nanti nampak kedai kat sebelah kiri. Signboard seperti diatas. Seperti saya katakan, ada 3 Yoogane kat Myeondong ni.

**Info adalah betul di saat saya menulis. In future, wallahualam. Kena rajin rajinlah mengugel cari info.




Kami order fried rice utk 8 orang. Tu pun x abis makan. Banyak gak sebenarnya bila order utk 8 orang. Maybe should reduce order utk 6 orang tp makan 8 orang kut...hehehhe. Setel dinner, jalan jalan di Myeondong. Saya balik awal kut...yg lain nak terus jalan jalan, saya suruh jalan2 sendiri. Janji tau jalan pulang. Dekat sangat pun. Seberang jalan je.

Org tu tolong masakkan

**Saya rasa yg menyebabkan kami x abis makan, sebab kami makan side dishes byk. Abis jer amik lagi..abis je, amik lagi..hahaha. Pastu ada diberi sepiring noodles di goreng sekali dalam kuali bersebelahan dengan nasi. So, mmg banyak sungguh la..

Balik mandi manda, solat, kemas kemas apa yang patut untuk di bawak ke Nami Island. Tidur nyenyak. Utk info:  Di Namsan GH 4, laundrynya di Tingkat 4 ya. Ada washing machine, dryer, iron dan juga tempat menjemur kain. Tempat menjemur kain berbumbung. Tak perlu risau kalau kalau hari hujan. Sabun dan softner juga disediakan.

**Disaat saya menulis tentang Namsan Guest House ini, tempat yang kami stay adalah bernama Namsan GH 4. In future, wallahualam. Kenalah selalu check info terbaru Namsan Guest House




Thursday, 1 October 2015

Autumn In Korea 2015 - Preparation

Selesai sudah my trip to Australia. Then next trip....Korea....again!!  Hahaha. Sebenarnya saya cuma membawa kengkawan yang teringin nak pergi ke Korea. Kengkawan yang terdiri dari KMC, TSY, office mate dan school mate. Trip ni terbantut dari tahun 2014 lagi. Patutnyer autumn 2014 kami pergi. Dek kerana beberapa urusan yang tidak selesai, maka tertangguh lah trip Autumn. Pada mulanya saya mahu meneruskan perjalanan ke Jeju, tapi tiada seorang pun kengkawan yang nak terus lajak kesana.............Image result for icon menangisImage result for icon menangis.  Tp di saat akhir, bila saya asik sibuk bertanya....akhirnya 2 orang kawan bersetuju ke Jeju Island. Dan seorang lagi kawan akan datang kemudian....Image result for smile emoticonImage result for smile emoticon. So 4 of us altogether will be going to Jeju Island..

Memandangkan keadaaan ekonomi sekarang, yg mana tukaran wang asing mencanak naik, dan RM kita mendadak turun, mood ber korea juga mula suram.  Tp demi kerana kengkawan (saya tau rasanya bagaimana bila teringin pergi ke sesuatu tempat, dengan bajet yang terhad) saya gagahi juga urusan ke korea kita ni ya. 

FLIGHT TICKET

Saya punya rega ticket mahal sedikit hahaha. Walhal kengkawan yang lain boleh dpt RM606.00 aje. Takperlah..redha...Di awal tahun 2015 lagi, memasing sudahpun membeli ticket. 

TUKARAN WANG ASING

Saya membuat pertukaran wang sebanyak dua kali.
Pertama di Visionary Creation Sdn Bhd di IOI City Mall Putrajaya. Telephone No:  03 - 8953 8652
Kali kedua di Daily Perfect Rate, Ampang Park. Telephone No:  03 - 2181 3202


ACCOMMODATION

Penginapan di Seoul saya membuat tempahan di Namsan Guest House 4 (tukar angin ler pulak ya. Dah pernah rasa Namsan 2 & 3). Byk tempat juga saya survey untuk menempat 11 orang 10 orang (last minit sorang tarik diri) bakal pergi ni. Memula saya booked di Jun Guesthouse. Tp memikirkan apartment tu cuma mempunyai satu bilik air, saya membatalkan tempahan. Harganya agak berpatutan untuk 11 10 orang. Manakala di Jeju Island pula, saya memilih 3 penginapan iaitu Jeju Gillime Pension, Seom Story Pension (rekemended by Kimchimen one of ahli cari.com - nnt sy bagi review berbaloi ke idak stay sini)  dan Jeju Airport Hotel.

ITINERARY (sangat simple demi untuk memenuhi kehendak setiap kekawan yang ada. Yang bergaris tu, tak pergi lah yer....)


Original Itinerary
Yang berlaku sebenarnyer..
30/10 (Jumaat)
Depart KL - Incheon
Transfer to Guest House
Check in Guest House - Namsan
Myeondong / Dongdaemun


Sama
31/10 (Sabtu)
Namdaemun Market
Namsan Tower
SM Town
Hangang Park


Nami Island
01/11 (Ahad)
Namsangol Hanok Village
Cheongye Stream
Gwanghamun Square
Gyeongbukgong
Insadong


Namsan Tower
Gyeongbukgong
Itaewon
02/11 (Isnin)
Everland
Gangnam


Namdaemun Market
Dongdaemun
03/11 (Selasa)
Nami Island
Teokboggi Town
Dongdaemun / Myeondong


Everland
Gangnam
04/11 (Rabu)
Hanbook Wearing & Kimchi Making
Airport Transfer to Incheon (kengkawan yang nak balik Malaysia)
Depart to Jeju Island (Eastar Jet)
Check in Jeju Gillime Pension


Sama
05/11 (Khamis)
Visit West Coast of Jeju Island


Sama
06/11 (Jumaat)
Visit East Coast of Jeju Island
Check in Seom Story Pension, Seogwipo


Sama
07/11 (Sabtu)
Visit South of Jeju Island
Check in Jeju Airport Hotel


Sama
08/11 (Ahad)
Depart to Jeju International Airport
Gimpo - Incheon
Depart Incheon to KLIA2, Malaysia


Sama

**Sebelum ini saya pernah pergi ke Korea pada tahun Winter 2012 juga Autumn 2013. And again Autumn di tahun 2015.




When they were small....

Dok menggodek gambar gambar lama. Terasa begitu cepat masa berlalu. Anak anak semakin membesar. Ibu dan ayah pula menghitung masa. Untuk tatapan dan kenangan diri sendiri. When they were small, ajaklah kemana pun, mau saja mengikut. Bila dah membesar, byk sangat kekangan masa dan keadaan. Rindunya pada masa masa lalu yang tak mungkin akan berulang.


US Singapore 2011


Pulau Pangkor 2011



Fraser Hill 2011

Cameron Highland 2010

Genting Highland 2010


Langkawi 2008