Tuesday, 15 December 2015

Autumn in Korea 2015 Day 9 - Jeju Island Day 4

7 November 2015 (Sabtu)
(Day 3 kat Jeju x publish lagi.....malas nak abiskann..ntah bila baru leh abis - arini driver tukar ke Mr. Cho)

Hari ke 9 di South Korea juga merupakan hari ke 4 kami di Jeju Island. Plan hari ini melawat sekitar selatan Jeju Island pula. Bila bangun pagi, hujan makin menderu deru. Tepat jam 0900 pagi loceng pintu berbunyi, dan Mr Choo berdiri diluar menunggu kami. Kami dah siap packed semua barang, sbb akan pulang ke Jeju City dan bermalam di sana. Cuaca suram, begitu juga kami. Susah hati juga saya memikirkan kemana hendak pergi dalam hujan hujan begini. Kesemua itinerary hari ni adalah outdoor activities.

Dari bilik Seom Story




Mr Choo membantu membawa barang kami turun ke bawah. Kami check out, then Mr. Cho tanya nak kemana. Saya kata, follow je itinerary yang saya bagi dulu. Mr. Choo bawa kami ke Jeongbang Waterfalls. Sampai disini tak nampak pun hujan akan berhenti. Lagi lebat ada ler. Mr. Choo kata if nak pergi, mengambil masa 40 minits untuk keluar dan masuk. Semua mcm...hah....40 minit. Pikir punya pikir, semua malas nak meredah hujan. Saya tanya Mr. Cho if ada indoor activities yang kami boleh buat. Hujan tiada tanda tanda akan berhenti. Mr. Choo sajes kami pergi ke Teddy Bear Museum. Redho jer lah, dari tak buat apa apa. Lama juga kami di Teddy Bear Museum.



Depan sana nunnnn - Ripleys Museum (Believe It or Not)


**Bayaran masuk ke Teddy Bear Museum - KRW9,500.00 per adults

Teddy Bear Museum ni tak besar mana pun. Ada 3 tingkat jer kalau x silap. Pusing pusing sekejapan jer dah abis...hahahahha. Di bahagian bawahnyer ada kedai kedai untuk menjual barangan berasaskan Teddy Bear. Saya beli juga beberapa souvenier untuk kekawan yang dah selamat sampai ke Malaysia tu. Jenuh juga cari fridge magnet, takde yang cantik dan berbaloi. Last last bedal jer keychain teddy bear. Buat kenangan tuk kekawan. Mahal bedooh....hahaahah..






Kemudian kami pergi ke K POP Museum bersebelahan dengan Teddy Bear Museum. Dekat dekat situ byk museum. Ada Ripleys Museum juga. Masa di K POP museum, kami memang menghabiskan masa sungguh sungguh di sini. Sejuk weii..tak kuasa redah hujan. Perasan ala diva lak kejap bila xmo redah redah hujan ni..hahahaha. Sempat lah menonton konsert Hologram Rainbow dan Big Bang. Perasan ler mcm ada Rainbow dan Big Bang kat situ...hahhaha. Walhal Hologram je pun. Kemudian Mr. Choo membawa kami ke Ripleys Museum.

Bukan peminat kpop....suka kdrama jerk...



**Bayaran masuk ke K POP Museum  - KRW15,000 per adult

Sebelum tu, Mr. Choo ada sajes tengok Dolphin show. Tp saya lupa terus...hahahhaha. Sbbnya hati saya juga dah seperti hujan. Menitik nitik di dalam. Kami decided takmo masuk Ripleys Museum, and nak balik terus ke Jeju City. Nak masuk ke museum ni semua, entrance fee nyer pada saya consider mahal juga. Sebelum bajet lari, baiklah kami terus ke Jeju City...hehhehee. Sebelum ke Jeju City, saya minta Mr. Choo bawakan kami ke Jusangjeolli Cliff dengan harapan hujan beransur reda. Tp malangnye bagi kami, hujan tetap tidak nampak tanda tanda akan reda. Tiba di Jusangjeolli Cliff, yg lain semua takmo turun.  Mr. Choo kata x jauh. If berjalan kaki, dlm 10 minutes je. Saya gagah juga turun ditemani Mr. Choo. Alang alang dah sampai. Yang lain lain tunggu dalam kereta. Saya jalan cepat cepat. Mr. Choo cuma temankan saya sampai ke entrance sahaja. Memang dekat jer. Org tetap juga ramai walaupun hari hujan.

Ni sajer yg mampu...huuhhuh


Women diver - hujan hujan pun depa dok dive jugak

Selesai di Jusangjeolli Cliff, kami pun meneruskan perjalanan ke Jeju City. On the way ke Jeju City, kami tak tau ler jalan mana yang Mr. Choo bawak kami. Sepanjang perjalanan kami dpt melihat pelbagai pokok berwarna warni. Cantik sungguh. Walaupun hujan renyai renyai, kami minta juga Mr. Choo stop sekejap untuk ambil gambar..hehehe. Kami stop sini, then kami cakap...eh ada sungai. Mr. Choo kata, there is no river in Jeju Island...erkk....hahaaha...apa apa ajer lah...

Antara pemandangan yg sempat kami amik..

Sebelum sampai ke Jeju City, kami singgah di Jeju Loveland pula. Apalagi nak buat. Memang buang masa betul. Masa di Jeju Loveland, hujan mula beransur ansur reda. Mr. Cho tanya nak lunch tak. Semua takmo lunch. Sebu perut..hahaah...

***Banyak gambar gambar lain di Jeju Loveland Museum ni. Rasa mcm x sesuai jer untuk dipaparkan....hehhehhee....kalau pergi ke sana nanti, anda lihatlah sendiri..hehhehe. 

Lama juga kami di Jeju Loveland ni. Kendian kami minta Mr. Choo bawakan kami ke mana mana tempat yang boleh kami menyopping pula. Memang aci meraban betul.....sbb tatau dah nak buat apa..hahhaa. saya pun dah malas nak memikir kat mana lagi tempat menarik yang boleh di lawati. Mr. Choo bawakkan ke kedai Duty Free tapi tidak begitu menarik pada kawan saya. Apa yang dicari tidak diketemui di sini. Kemudian terus ke Jeju Airport Hotel. Sampai di sini, reception tu kata, kami mendapat dua bilik instead of satu bilik for 4 yang kami booked. Tak kisah la...janji bayaran tetap sama. After all, airasiago memang dah deduct siap siap dari cc saya.

Kami singgah duty free ni

Checked in sudah.....oohh Mr. Choo tolonglah bawak kami ke restoran halal paling dekat. Kami sudah kelaparan, sbb tak lunch. Tadik kemain eksyen takmo lunch. Lagipun masa dah hampir menjelang jam 6 petang. So, masih ada lebih kurang 1 jam sebelum tamat khidmat. If not, kena bayar extra...hehehhe. Nani masa ni dah tak larat. Sakit kepala. So, kami bertiga je pergi makan. Mr. Choo bawak ke restoren Raj Mahal. Superbbb...mmg sedap sangat. Janji ngan Mr. Choo jam 5.45 tunggu kat bawah. Kami makan macam ribut...kelaparan juga kesejukan..dan kepenatan...haha. Tapi berbaloi makan kat Raj Mahal ni. If datang ke Jeju Island, boleh lah makan disini. Tak jauh dari Jeju Airport Hotel. Restaurant ni Halal ya.

Gambar - Google



Dah selesai makan, Mr. Choo dah tunggu kami kat bawah. Dia drop kami di hotel. Bayar semua apa yang patut, Mr. Choo pun blah...then dari hotel, kami jalan kaki ke Lotte Duty Free. Dekat jer. Seberang jalan. Dah abis shopping, Balik hotel, mandi mandi, kemas barang barang and tido. Esok jam 7.00 pagi, Raymond akan datang amik untuk hantar kami ke epot

Puas hati dapat shopping

Dapat juga apa yang dicari. Camnerpun, saya sedikit kuciwa juga dengan trip ke Jeju ni..hahhaaah. Bukan apa, sbb byk tempat takleh nak gi senarnya. Ye lah..kita hanya mampu merancang. Yang selebihnyer Allah SWT yang menentukan. Ada harapan nak repeat ni...hehehehe....




Thursday, 3 December 2015

Autumn in Korea 2015 Day 8 - Jeju Island Day 3

6 November 2015 (Jumaat)

Hari ke 8 di South Korea dan juga hari ke 3 di Jeju Island. Ikut itinerary, hari ni kami melawat ke West Coast pula. Macam biasa, jam 9.00 Raymond dah sampai. Kami pun dah siap siap semua.

Memola Raymond bawa kami ke Yongduam Rock. Sekadar batu yang berbentuk macam naga. Ada satu kolam kecil di bahagian bawah sepanjang tangga. Raymond kata, air tu tak masin. Walaupun bersebelahan dengan air laut. Memang betul, sbb saya turun pi rasa hahhaha.



Ni ler kolam air yg tak masin walaupun dok sebelah laut

Lepas Yongduam Rock, kami ke Yeongyeon Pond. Yongyeon Pond ni adalah pertembungan diantara air masin dan air biasa. Ada legenda nya. Gogel je lah ye...hhehehe. Kat sini pun, pada saya takde apa sangat lah. If just nak ambil ambil gambar jer, okay la. Kdg2 minat seseorang tak sama. Dah sampai Jeju Island, maka singgah ajelah.




Kami ada singgah di Local Market di Jeju ni. Kekonon nak cari barang...nak shopping juga..haahaa. Dah saya kabor kan. Jeju Island bukan tempat nak shopping moping bagai. Masa kat Seoul silalah shopping. Tp sebab gatal tangan nak kluarkan duit...saya minta Raymond bawa juga mana mana tempat untuk membeli belah. Masuk local market, paham paham ajer lah ye. Segala mcm bau pun ada. Kepala mende tu bersepah merata. Ada hitam, ada putih, jadi silalah bertabah....hahahha. Sbb nak juga cari tempat shopping. Saya cuma beli stokin sbb stokin dah abis digunapakai. Nani dan Illa dapat juga jacket sehelai. Market mana...ntah saya tak tau...hahhaha.


Kami meneruskan perjalanan ke Gimyeong Maze. Lama sangat kami sesat dalam ni. Buang masa tul laa rasanya...hahhaa. Memasing kaki dah penat.





Mula ingat nak singgah ke Manjanggul Cave dan juga Miniature Theme Park. Skipp...skippp. Sebelum tu singgah di Songeup Folk Village. Kat sini ada penjaga tu pandai berbahasa Inggeris. So dia terangkan pada kami semua tentang Folk Village ni. Tp bau ba alif ba ya memang tersangatlah kuatnya. Kat sini percuma je, tp kami bagi juga KRW10,000 kat ahjussi tu.

Kedudukan kayu tu mempunyai makna tersendiri.....


Pokcik ni pandai berbahasa Inggeris




Dari Folk Village kami singgah ke satu tempat di namakan Darangshi Oreum. Details bleh baca SINI dan juga di SINI dan SINI

Located the Northeastern part of Jeju Island, the Darangshi Oreum is a parasitic volcano that stands about 380 meters above sea level. From Darangshi Oreum, visitors can overlook tourist attractions such as Seongsan Ilchulbong (Sunrise Peak), Udo Island, Mt. Halla, coastlines, and various parasitic cones.

The mountain has an oval shape from south to north with a steep incline. The top has a large, deep funnel-shaped crater that still preserves its original shape unlike craters in cones. The name Darangshi is derived from the fact that the mountain looks like a moon ('Da' meaning 'Moon' and 'Shi' meaning 'Mountain').

Trees are scattered here and there at the top, and the outskirts of the mountain are decorated with cedar trees. Meadow plants, such as Aster yomena, populate most of the mountain. A gentle hill to the right of Darangshi Oreum is called Akkun Darangshi Oreum (also called Sowol Nangak). Meaning 'small,' 'Akkun' is both old Korean and Jeju dialect.

Darangshi Oreum hosts Wollang Peak Sunrise Festival every year allowing visitors to see the spectacular full moon from the crater. There are nice wooden stairs in place for easy ascent, and the mountain is also a popular site for paragliders.

Darangshi Oreum


Letih panjat bukit


Sebelum lunch, kami singgah kat sini....nama tempat...hahahha (entry ni di update pada tahun 2017. Walaupun date posting tahun 2015. Sudah tentu keterlupaan nama tempat).

Depan restoran tempat kami lunch


Order ni sampai dua. Seafood rameyon. Tak abis pun....sbb bnyk makanan lain

Lunch kitaorang. Pancake tu sedappp..

Lunch kat sini

*** Dek kerana terlalu lama nak update entry ni....maka saya kelupaan turutan perjalanan.  Layan gambar jer lah yer...

Tak suka sini sbb busuk bau kuda..kekkeke

Dari Sinyang Beach kami terus menuju ke Seopjikoji. Semasa di Seopjikoji, saya mendapat panggilan telepon dari AA mengatakan payment luggage untuk saya still pending. Ye lah...sebelum ni saya beli luggage untuk saya dan Noor, tp takleh buat payment. Ingatkan abis mcm tu jer...rupernyer still pending kat AA. Saya kata, nnt saya bayarkan. Risau juga, kang terlebih berat muatan. Untuk Noor, saya tak tahu apa kesudahannyer.

Rumah All In dari jauh



Selesai di Seopjikoji, saya lupa langsung pasal Seongsan Illchubong. Saya pun dah x larat benonyer nak daki Seongsan Illchubong ni. Sbb kami dah habiskan tenaga kat Darangshi Oreum. Kawan saya apatah lagi...hahahhaa.....Mesti orang kata, apasal tak pergi..rugiii....Saya plak kata..xperlah x pergi. Lenkali leh repeat...hahhaa.  Masa kat Darangshi Oreum tu pun molanya kami saya ngan Illa berdua jer yang panjat, Tak lama tu Nani lak datang join. Lina mmg serender...Pepepun, kami menuju ke Seogwipo dengan hati saya yang ralat. (Ralat juga saya yer...sbb itu adalah tempat yang orang akan pergi kalau ke Jeju Island) .Lagipun hari sudah beransur gelap. Nak ke Seogwipo lagi. Jadi, lupakan ajelah Seongsan Illcubong.

Sepanjang perjalanan, kami semua kepenatan. Sedar sedar dah sampai kat parking lot di Seom Story Guest House.  Tapi Raymond ni bagus sungguh la. Bangunan ni takdak signboard, Raymond pun was was sebenarnya. Dia pi tanya betui ke idak. Kalau ikutkan kami, mmg blurr abis dah. Raymond juga make sure kami masuk bilik, make sure everything we need ada then baru dia blah. Kata dia, esok dia ada hal. Tak boleh nak bawa kami, So kawan dia, Mr. Choo yang akan bawa kami. Tak kisah lah. 

Kami sampai di Seom Story Pension Seogwipo memang dah gelap. Hujan renyai renyai pula. Kengkawan masih tak puas hati sbb tak dpt shopping. Bila dah setel perihal bilik, kami cuba cuba turun ke bawah, untuk melihat lihat kawasan, walau di dalam hujan. Di samping memasang angan angan kut kut ada kedai yang boleh kami singgah untuk membeli belah...hahahah...(walhal memang tau dah, Jeju Island bukan tempat shopping). Kami bertiga meredah malam dalam hujan renyai renyai berjalan jalan yg mana tak tahu kemana arah tujuan. Sepanjang perjalanan, yang kami jumpa hanyalah kedai makan. Kedai makan..kedai makan lagi...dah kebanyakan kedai lain dah tutup. Tiada satu kedai pun yang sesuai untuk membeli dan membelah. Bila hujan makin lebat, kami berlari lari pulang semula ke Seom Story.

Balik GH, wifi plak tak berfungsi. Pastu tanya iron ada ke idak, iron pun takdak. Saya perasan kat Jeju Island ni memang payah nak cari iron. First GH masa kat Jeju City pun takdak gak. Dia kata, sbb penah berlaku kebakaran kerana iron. Sbb tu mereka tak sediakan iron.

Bila wifi dalam bilik buat hal semua dah mati kutu. Tak tau nak buat apa memalam hari. Tadak wifi, lagi laaaaaaaa membosankan. Saya naik ke tingkat 6 (reception kat tingkat 6). Memula budak kat kaunter tu tatau dan tak buat apa apa pun. If masalah wifi dalam bilik tak dapat diselesaikan, saya minta tukarkan bilik. Sebab masa booking, ada menyatakan free wifi available in all rooms. Mujur kali ni budak kat kaunter tu reti ckp omputih. Dia tukarkan modem dalam bilik, baru dapat wifi. Dia tanya, from Malaysia. Saya jawap Ya. Then dia bagitau yang dia pernah datang Malaysia iaitu Penang ngan Kuala Lumpur. We are from Kuala Lumpur. saya bagitau dia. Then kami trus sembang sembang. Dia dok citer pasai Jeju Island. Sya angguk angguk je, walau ada certain part tak baper nak paham...kekkeke. Bagus gak dpt sembang sembang. If not, mmg macam ayam ngan itik..hahaha.

Seom Story ni biliknyer besar. Ada 1 bilik, 1 bilik air. Ada 5 tilam, 5 biji bantal dan 5 selimut. Menurut kata Raymond sebelum dia balik tadik, bilik yang kami booked adalah lebih kecil. Tp Seom Story bagi kami bilik besar. Apa apa ajelah. Kitchen kat sini boleh digunakan tp cuma tak complete. Yang ada cuma periuk, gelas dan cawan. Sudu pun xde. Tp mujur senduk ada. Mudah kami menceduk maggi. Sudu mujur kami memang ada bawak siap siap.

Masak maggi, buat air milo, makan, mandi, solat dan terus tido. Sambil memikirkan apa yang bakal terjadi di esok hari. Masa ni wifi laju, sempat saya membuat pembayaran luggage untuk saya dan Nani. Malam tido lena, bertemankan hujan.