Friday, 21 October 2016

Autumn in My Heart Again - Preparation

Ini adalah kesinambungan cerita Autumn in My Heart - Again yang mana trip terbatal pada mulanya. Memang kawan saya cancelled sebenarnyer seperti yang saya pernah citer. Travel partner  saya memang takmo pergi for whatever reason. Ntah...x mau pergi or tak boleh pegi.....dia sajalah yang tahu.

Saya puas memikir...nak bawak anak ke, or pergi sensorang. Asben pulak memang tak bagi saya pergi sorang. Ajak dia ikut sekali......hhmmm.....no komen lah. Dia kata, if nak pegi gak, bawak anak salah sorang mana yang ada cuti pada masa tu. Jenuh dok bertanya bilakah cuti semester depa..tp depa takleh nak kompemkan. Rega tiket pula makin menaik. Macam tak berbaloi jer nak bawak last minit. So satu hari, saya saja sembang sembang di group Malaysian Backpackers Club. Kebetulan ada seorang ahli yang baru balik dari Busan, berkongsi pengalaman ketika di sana. Masa tu, saya masih lagi contemplated. Nak pegi taknak pegi nak pegi taknak pegi. Sembang sembang di fb, ada lah seorang adik ni, dok ckp dia solo traveller ke Busan - Seoul  and sedang mencari cari kawan. Kami pun  ber pm pm kat fb, dan trus ber whatapps. Adik tu pun ada stori morinyer yang membuatkan dia nekad juga ke Korea walaupun kawan2nya menarik diri cuma tidak berani bersendirian. Mulanya saya agak keberatan kerana mengikut plan asal saya nak ke Busan - Jeju - Seoul (transit sahaja) Tapi adik ni memang nak ke Seoul sebb dia x pernah sampai. Akhirnya saya ambil keputusan, redah ajelah walaupun tak pernah jumpa, walaupun dah pernah pergi Seoul. Sayangkan ticket terbakar begitu sahaja. Saya memang dah kecewa giler nak membakar ticket. Nak tukar tarikh pun, sama je kekdahnya if takde kawan, xleh jalan. 

Akhirnya setelah mendapat keizinan (sbb nak pergi nak orang yang kita tak kenal kan). Saya mula berdiskusi dengan adik ni. And saya pun membuat tempahan guesthouse kat Busan. Guesthouse di Seoul pula, adik tu yang setelkan. Berbahagi bahagi kerja lah ye.

Since last minit preparation, saya ambil guest house yang paling dekat dengan Busan Train Station. Saya booked Busan Inn untuk 2 malam dengan harga RM261.00 / 2 = RM130.50. Saya tak kisah pasal penginapan, murah atau mahal memang saya redah. Janji selesa. 

So, setel satu bab. Bab itinerary plak....kami print je mana mana yang kami jumpa dalam blog. As long as ada direction how to get to the places. Takde proper itinerary. Saya tengok, adik ni pun quite adventure gak. Rajin buat research. Idea pun boleh diguna pakai.

Saya tak pernah travel tak amik luggage. Setiap kali travel, kurang kurang 20 kilo pergi dan balik. Tapi kali ni, saya berazam tak amik luggage..hahhaa...Setelah puas berulangkali memunggah bagpack, akhirnya saya memutuskan membawa satu backpack 55L dan handbag. Memang padat giler. Bila timbang hampir 10kilo...ahahhaa..saya tawakal sahaja. Dalam hati berharap dan berdoa, moga travelmate dan saya boleh get along dan backpack saya juga lepas.

Akhirnya..backpack berwarna hijau yang dibawa...




Saturday, 27 August 2016

You Are a Year Older.......

But Happy Belated Birthday anyway to my bambam yang jatuh pada 17th August 2016. Buah hati pengarang jantung saya yang masih boleh saya boleh gomol gomol, peluk peluk, cium cium...srootttt sroootttt... sroooott.....hahhaha. 



And Happy Birthday to the father too (27th August 2016). Always be my sunshine when my skies are greys.





Wednesday, 17 August 2016

Damailah kau disana....disisi Tuhan.......Yang Esa......

15 Ogos 2016 (Isnin)

Walaupun hanya tidur beberapa jam sahaja, saya gagahi juga bangun. Memandangkan saya tidak membawa persalinan, begitu juga dengan anak anak, maka kami terpaksa meminjam pakaian dari yang lain lain. 

Seawal pagi, kakak ipar, emak dan juga yang lain lain sudah berangkat ke hospital Kuala Kangsar. Sementara menanti post mortem di lakukan, majlis tahlil dan bacaan surah yasin di lakukan di hospital sahaja. Saya tidak mampu untuk pergi lagi. Cukuplah semalam saya sudah menatap wajah abang. Mengikut perancangan awal, jenazah mahu di kebumikan di kampung sahaja. Tetapi kakak ipar mahu jenazah dikebumikan di Ipoh. Mudah baginya untuk menziarahi kubur. Kami akur sahaja. Jadi plan asal bertukar. Arwah abang akan di bawa seketika ke rumah di kampung (atas permintaan emak), di sembahyangkan dan kemudian akan dibawah ke Tanah Perkuburan Meru, Ipoh (atas permintaan kakak ipar). 

Alhamdulillah, urusan arwah abang ini mudah. Segalanya diuruskan oleh pihak polis. Dari urusan van jenazah, tanah perkuburan dan juga majlis tahlil di rumah kakak ipar, semuanya mereka uruskan. Jenazah tiba di kampung pada jam 11 pagi. Selesai di sembahyangkan, maka kami berangkat ke Ipoh diiringi dengan pasukan polis Ipoh. Tangisan dan esakan sahaja menyelubungi suasana sebaik jenazah di bawa keluar dari rumah. Rumah di kampung kembali sunyi. 

Sekitar jam 2.00 petang, arwah selamat di semadikan di Tanah Perkuburan Meru. Terimakasih kepada semua khususnya kaum keluarga, sahabat handai, rakan taulan, rakan sepejabat yang jauh dan dekat yang hadir serta mendoakan ke atas kepulangan arwah menemui Illahi.

Di setiap group whatapps, memang penuh dengan cerita arwah abang. Ianya satu kejutan kepada semua orang. Group whatapps saudara mara, rumpun AKRAB, rumpun AHAD, group sekolah menengah, sekolah rendah, semuanya berceritakan perkara yang sama. 


Di hospital Kuala Kangsar






Malam hari, majlis tahlil dan bacaan yasin dilakukan di rumah kakak ipar. Selesai segala urusan, saya terpaksa kembali semula ke KL. Dengan berat hati, kami meninggalkan kakak ipar dan anak anaknya. Demi untuk menemankan dia supaya tidak keseorangan, emak tinggal di Ipoh buat seketika. Begitu juga anak anak saudara yang kebetulan dalam cuti semester. 

Saya difahamkan (saya tidak melihat sendiri), jenazah tidak begitu sempurna dibahagian sebelah kanan akibat hentaman kuat dari Hilux. Malahan anak arwah yang sulung juga tidak dibenarkan oleh pihak hospital untuk memandikan jenazah. Saya...cukuplah sekali menatap wajah arwah di malam kejadian. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menatapnya lagi. Moga roh arwah di cucuri rahmat. Moga tenang disana dan ditempatkan bersama orang orang yang di kasihi Allah SWT.


Alfatihah....





Tuesday, 16 August 2016

Mati adalah pasti, Hidup In Sha Allah

Dalam kehidupan saya selama 47 tahun (2016), telah beberapa kali saya menerima kejutan kematian orang orang yang terdekat dengan saya. Anggap lah ini sebagai satu luahan dari hati saya, dan juga moga coretan ini dapat saya kenang satu ketika nanti, apabila saya membacanya semula. 

Orang pertama yang pergi dari dalam hidup saya adalah Abah ditahun 1981 . Ketika itu, saya baru berusia 12 tahun. Saya antara faham dengan tidak. Tapi yang pasti, bila abah pergi, memang terasa amat akan kehilangannya. Kerana, emak sememangnya bergantung sepenuh kepada abah. Bila abah tiada, emak seperti orang buta yang kehilangan tongkatnya. Meraba raba. Namun pada waktu itu, saya tidak mengerti keperitan yang emak alami. 

27 tahun berlalu, sekali lagi kami dikejutkan dengan berita pemergian kakak ke3 (Adik beradik saya 7 orang, 3 lelaki, 4 perempuan). Disubuh hari saya mendapat panggilan dari kakak yang ke2 di Putrajaya mengatakan kakak ke3 tidak sedarkan diri dan telah di hantar ke Hospital Putrajaya Pemergian kakak ke3 (dia di atas saya - paling rapat) benar benar memberi impak yang amat mendalam. Saya berendam airmata hampir sebulan lamanya. Setiap kali terkenangkannya, setiap kali juga lah airmata saya mengalir. Terlalu banyak perkara yang saya rancangkan, tidak dapat saya tunaikan bersamanya. Terlalu banyak luahan hatinya yang tidak dapat saya comfortkan. Paling terkilan kerana saya sudah sebulan tidak bertemu dengannya sebelum dia pergi. Sehari sebelum hari kejadian, saya bercuti. Tergerak hati untuk kerumahnya. Tetapi ntah apa yang menghalang,

Masih terbayang keadaan beliau terbaring di ICU. Wayar berselirat seluruh badan. Bergantung kepada life support semata mata. Badan juga kelihatan membengkak. Ramai saudara mara sahabat datang menziarahi memberikan sokongan dan harapan. Pada waktu itu, kami juga penuh pengharapan walaupun doktor mengatakan bahawa keadaannya adalah DIL (Death in Line). Melihat anak anak yang masih kecil, kami memohon, kami berharap. Tapi siapalah kita untuk menidakkkan ketentuan Allah SWT. 

Pemergian kakak berpunca dari demam sahaja. Hari rabu dimasukkan ke hospital kerana koma, hari ketiga dia pergi meninggalkan kami iaitu di hari Jumaat 27 June 2008. Punca kematian yang tertulis didalam Death Certificate adalah Anaphylactic Shock. Kami mengesyaki kakak allergi kepada sesuatu yang tidak kami ketahui. Tiada post mortem dibuat atas permintaan abang ipar. Menurut kata abang ipar, pada malam kejadian kakak tiba tiba pengsan, mulut berbuih dan muka kebiru biruan. Kakak meninggalkan 6 orang anak (3 lelaki dan 3 perempuan). Di hari memandikan jenazah, dapat dilihat badan kakak penuh kebiruan. Muka nya sembab dan bengkak. 

anaphylactic shock n. A severe, sometimes fatal allergic reaction characterized by a sharp drop in blood pressure, urticaria, and breathing difficulties that is caused by exposure to a foreign substance, such as a drug or bee venom, after preliminary or sensitizing exposure. Also called anaphylaxis.

Setahun selepas pemergian kakak, sekali lagi kami dikejutkan dengan berita tentang anaknya pula  Afiqah (anak yang ke 5). Afiqah tiba tiba jatuh dan tidak boleh berdiri. Selepas segala pemeriksaan di buat, Afiqah di sahkan mengidap brain tumor. Perkabaran ini, cukup menyedihkan kami terutama emak. Dan menurut kata doktor, arwah Afiqah terlalu banyak berpikir tentang ibunya yang telah pergi. Kami mengalirkan airmata, bila doctor kanak kanak menceritakan luahan perasaan arwah Afiqah sambil menunjukkan lukisan lukisan yang dilukis oleh arwah semasa terapi bersama doktor. Segalanya adalah berkaitan tentang ibunya. 

Arwah juga tidak lama. 6 bulan kemudian, selepas pembedahan dikepala dibuat dan beberapa kali menjalani rawatan kimoterapi, arwah pergi meninggalkan kami. Beliau disemadikan sebaris dengan kubur ibunya di Tanah Perkuburan Putrajaya Precint 20.

Pada tanggal 13/05/2014, anak kepada anak saudara (anak kakak yang sulung) ketika itu berusia 6 bulan, pula meninggal dunia. Saya mendapat panggilan dari anak saudara ketika saya di pejabat. Makcik, Ammar lemas; katanya. Pada waktu itu, saya tidak tahu lemas kerana apa. Saya bergegas ke Hospital Putrajaya, dan Ammar di sahkan sudah meninggal dunia. Boleh baca berita tentang Ammar DISINI. Selepas post mortem di buat, doktor mengesahkan bahawa Ammar meninggal kerana jangkitan paru paru, bukan kerana lemas. Wallahualam...siapalah kita untuk menafikan apa yang telah disahkan oleh orang yang lebih pakar. Walapun menurut bbsitter, memang Ammar di jumpai dibawah selimut. Boleh nampak kesan Ammar menendang-menendang kakinya untuk melepaskan diri dari gulungan selimut. Kesan boleh dilihat dari kuku  kaki arwah Ammar yang tercabut.

2 tahun berlalu, pada tanggal 14 Ogos 2016 selepas lebih kurang sebulan aidilfitri meninggalkan kita, abang ke2 saya  pula di jemput Illahi. Peristiwa  ini baru sahaja berlaku, dan kesannya masih terasa rasa hingga saat ini.. Juga disaat saya menulis ini, airmata tidak dapat di bendung lagi. Hari itu adalah hari Ahad. Sememangnya emak menelepon semua anak anaknya pulang ke kampung untuk mengambil buah buahan. Rambutan banyak, kata emak. Entah kenapa saya begitu berat hati ketika itu, tetapi saya gagahkan juga pulang ke kampung bersama suami dan 2 anak. Dari Kuala Lumpur kami bertolak jam 10.00 pagi. Arwah tiba di kampung bersama anak yang ke3 selepas zuhur. Di petang itu, kami bersama sama arwah abang mengait, mengikat dan membersihkan buah buahan. Buah rambutan, duku langsat, cempedak dan pulasan. Kami juga sama sama membersihkan sekitar kawasan rumah emak sambil bergurau senda.

Selepas maghrib, kami makan malam bersama sama. Arwah begitu ceria bercerita perihal anak anaknyer. Sempat juga dia bergurau tentang kain pelikat yang dipakainya. Dah dua helai aku bawak kain pelikat balik Ipoh. Ntah bila nak pulangkan; katanya. Disambut oleh ibu saudara (Chu adik emak)....takpalah. Nanti balik kampung, pulangkan je le Bukan ada orang lain nak pakai pun; jawap Chu.

Arwah tidak menunjukkan sebarang tanda. Segala galanya biasa sahaja. Selesai makan malam, kami bermaaf maafan dan bersalam salaman, beliau mohon untuk pulang kerumahnya di Ipoh. Pada waktu itu, saya dan suami sedang sibuk mengisi segala buah buahan kedalam kereta.  Kemudian saya mula mengemaskan rumah, manakala emak, abang ipar, kakak, suami saya dan ibu saudara saya berada di ruang beranda hadapan rumah.

Tidak lama kemudian (tidak sampai 30 minit pun or maybe less than that...saya tidak dpt mengingati waktu sebenar), saya terdengar emak memanggil manggil dari bahagian depan. Saya berhenti mengemas, dan terus mendapatkan emak.

Kenapa mak; tanya saya. Tadik Nyah Mi telepon emak. Tp xnak bercakap ngan emak. Dia bercakap ngan abang noh nya. Abang noh nya kata abang nya tak sedar diri. Deme dah pergi. Dekat sekolah Agama Al Mizan. Dah lama dah deme pergi. Ko telepon le Zain Na. Telepon che hawa nya. Tanya apa berita, kata emak.

Saya pun menalipon abang ipar, kakak saya dan suami. Malangnya line di kampung amat teruk sangat. Suami saya meninggalkan hp di dalam kereta, manakala kakak pula tertinggal didalam handbag. Abang ipar pula tidak dapat di hubungi. Tidak terlintas langsung untuk menalipon arwah abang.

Tak dapat lah emak; saya memberitahu emak. Zain ngan che tun tertinggal hp pulok. Nanti kejap lagi Na try, kata saya. Waktu itu, saya terdetik dan tertanya tanya dalam hati...kenapa abang berhenti di sekolah Al Mizan. Urusan apa pula yang dibuat waktu malam malam ni di Sekolah Agama Almizan. Tp kemuyskilan saya berlalu begitu sahaja dan saya terus menyambung kerja kerja mengemas rumah.  Baru sahaja saya mengemas beberapa bahagian, terdengar lagi emak memanggil manggil saya beserta tangisan. Pantas saya berlari saya kehadapan.

Kenapa emak..kenapa Cu; saya bertanya. Abang nya accident Na. Yang nya (kakak ke2)  baru talipon. Dekat sekolah Almizan. Emak nak pegi Na. Jom pergi. Macamana la Aisyah ngan abang nya, beritahu emak dalam tangisan.

Rupanya berita kemalangan maut berlaku di kampung telah sampai ke Kuala Lumpur. Walaupun kami tinggal di KL, hubungan dengan saudara mara di kampung tetap terjalin melalui group whatapss Saudara Mara, juga group Whatapss sekolah.

Kelam kabut saya mencari tudung, menyarung apa yang sempat. Bergegas mengambil kunci kereta, sempat juga berpesan kepada anak dan juga anak anak saudara yang ada supaya berhati hati dirumah. Risau juga memalam hari meninggalkan anak anak tanpa jagaan orang dewasa.

Di dalam kereta, emak tak berhenti henti menyebut...macamanalah anak emak. Macamana lah Aisyah. Macamana abangnya. Berulang ulang kali. Saya tidak dapat memberikan jawapan. Dari rumah ke tempat kejadian dekat sahaja, tak sampai 5 minit pun.

Setiba di tempat kejadian, orang kampung sudah ramai berkumpul. Saya boleh nampak kereta pacuan 4 roda yang remuk teruk di tengah tengah jalan. Saya tidak nampak kereta abang saya. Saya nampak kereta bomba juga sudah berlalu meninggalkan tempat kejadian. Tidak nampak sebarang ambulance. Saya mula menggigil  Bila dapat melepasi Hilux yang remuk ditengah jalan, perlahan perlahan saya meletakkan kereta di tepi jalan. Pada ketika itu saya sudah nampak kereta abang yang terbabas terperosok ke sebelah kiri jalan menghentam bukit berhampiran tiang letrik. Emak ngan Chu tunggu dalam kereta dulu ya. Biar Na pergi tengok; kata saya.

Keluar dari kereta, saya nampak sekujur mayat di tepi jalan berbungkus dengan kain putih. Walaupun terdetik, namun hati saya menidakkan. Bukan abang aku. Mesti org dari kereta pacuan 4 roda tu. Sbb Hilux tu memang remuk teruk. Saya menyeberangi jalan. Pada ketika itu orang orang kampung  turut sama membantu aliran lalu lintas. Walapun tidak banyak kereta. Kampung ler katakan.  Kemudian saya ternampak sepupu saya.

Bun, ada nampak abang noh, abang zain dengan che hawa tak. Tadik Nyah Mi suruh diaorang datang dulu ke sini. Itulah pertanyaan pertama saya sebaik keluar dari kereta. Che Hawa ngan abang Noh dah ke hospital kak. Abang zain pergi sekali kut, jawab Bun. Pergi dengan sapa Bun, saya bertanya. Naik ambulan, bawak Aisyah ke Hospital Kuala Kangsar, jawap Bun.

Bila adik sepupu saya mengatakan hanya Aisyah sahaja, jantung saya mula berdegup kencang. Belum sempat saya bertanya apa apa, Bun bersuara...Abang E dah takde kak....Allahuakbar...lemah longlai kaki saya. Seolah olah sudah tidak berpijak di bumi nyata. Sambil memandang mayat yang terbujur kaku di tepi jalan di selimuti kain putih mata saya mula berkaca. Terus terbayang bayang wajahnyer sebelum dia keluar rumah dan terngiang ngiang akan suaranya bersembang di meja makan. Ketika itu emak di dalam kereta sudah mula bising memanggil manggil nama saya.

Abang nya mana Na. Abangnya macamana Na. Mana anak emak. Mana anak emak. Berulang ulang kali. Sayup sayup sahaja saya mendengar laungan emak. Saya tidak mampu menahan, airmata akhirnya berderai juga. Puas saya menahan perasaan. Puas saya menahan sebak. Puas saya menahan esakan. Ya Allah...berilah kekuatan untuk aku menyampaikan berita ini kepada emak.

Perlahan lahan saya menuju ke kereta. Emak masih lagi bertanya tanya dengan soalan yang sama berulang ulang kali. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk berkata apa apa. Suara seolah olah tersekat di kerongkong. Tidak mampu untuk di keluarkan. Nama perlahan lahan saya memeluk emak erat erat. Lembut saya gosok belakang emak. Emak masih bising bersuara bertanya. Perlahan lahan juga saya katakan..

Emak...sabar banyak banyak. Sabar banyak banyak. Abang dah tak ada. Bila emak mendengar saya katakan abang telah tiada, tanpa sedar emak meraung. Ya Allah, anak emak. Anak emak tiada dosa dengan emak. Apalah salah emak..apalah dosa emak....dua anak emak pergi meninggalkan emak. Dan emak masih lagi di dunia ini. Ayat yang sama berulang ulang kali.

Saya kehilangan kata kata. Apa lagi yang mampu saya katakan. Sedangkan saya terpaksa menahan perasaan saya sendiri. Emak berkeras mahu turun dari kereta. Ditemani Chu, saya bawakan emak ke seberang jalan, berhampiran dengan jenazah. Emak nak tengok anak emak. Mana anak emak. Mana anak emak. Itu jerlah yang emak ulang ulangkan.

Bun, Makyang nak tengok abang E, beritahu saya kepada sepupu saya yang berada di tempat kejadian. Bun pergi memberitahu polis yang ada di situ. Setelah mendapat kebenaran, emak membuka kain putih yang menutupi abang. Sambil mengusap muka abang, sambil meratap. Saya sempat melihat wajah abang buat kali terakhir. Hingga kini saya masih terbayang bayang wajah abang terbaring kaku. Dalam kesamaran saya nampak didahinya kelihatan seolah sedikit terkopak. Saya dipahamkan bahawa ada kaca yang tertusuk didahinya. Jenazah akan dibawa ke hospital dengan van polis.

Kemudian saya membimbing emak semula ke kereta. Ditempat kejadian, sudah ramai sepupu sepupu yang datang setelah mendapat berita kemalangan melibatkan arwah.  Saya kembali ke kereta abang. Dan pihak polis mengizinkan saya mengambil segala barang barang peribadi yang terdapat di dalam kereta. Disaat membuka bonet kereta, kelihatan buah buahan bertaburan. Begitu juga kuih muih yang emak bekalkan. Kereta waja abang memang remuk teruk terutamanya di sebelah kanan (tempat pemandu). Seremuk Hilux yang melanggar nya.

Berbalik ke kereta, saya terdiam seketika. Tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Telepon berbunyi, kakak no2 menalipon. Saya katakan juga, abang telah tiada. Dalam esakan tangisan, emak sempat mengingatkan saya tentang Hafizudin anak abang yang belajar di Pulau Pinang. Pada masa yang sama, saya menalipon anak anak saudara dirumah supaya melapangkan bahagian rumah di ruang tamu untuk meletak jenazah selepas post mortem. Saya berjaya menghubungi abang saya (Nyah Mi). Dia dalam perjalanan ke Ipoh untuk mengambil kakak ipar dan juga anak anak.

Hafizudin nanti Firdaus (anak Nyah Mi) yang ambil. Jangan risau pasal tu. Aku dah telepon Firdaus; beritahu Nyah Mi kepada saya. Dalam kekalutan, saya tidak pasti samada mau pulang ke rumah atau terus ke Hospital Kuala Kangsar. Mendengar rintihan dan esakan emak, mahu melihat cucunya Aisyah, saya tenang tenangkan diri. Nak ke Kuala Kangsar pun mau dalam 20 minit juga dari kampung. Beberapa orang sepupu saya menawarkan diri untuk membawa kami. Saya kata, saya boleh drive. Serasakan begitu lama untuk sampai ke Hospital Daerah Kuala Kangsar. Kaki serasa tidak memijak pedal. Dengan bunyi tangisan emak di belakang, juga bunyi suara Chu memujuk emak. Sabar kak, sabar. Dah sampai masa dia. Bukan sebab kak ada salah apa apa. Jangan risaukan Aisyah...In Sha Allah, kita doa banyak banyak moga dia selamat.

Saya tahu, emak seakan akan terkilan, kerana sebelum abang berlepas pulang, abang sempat menyatakan kerinduannya kepada emak setelah sekian lama tidak berjumpa. Juga sebelum pulang, abang memeluk emak dengan erat dan mencium emak sepuasnya. Dan kata emak, dia dapat merasakan kesejukan badan abang. Kali terakhir emak berjumpa abang, adalah di hari raya yang lepas. Selepas itu abang sibuk dan tidak sempat menjenguk emak di kampung. Boleh dikatakan setiap minggu abang pulang menjenguk emak. Kiranya, kepulangannya di hari ahad 14 Ogos 2016 itu adalah kepulangan yang terakhir.

Sesampai di hospital, saya terus menuju ke was kecemasan. Suasana di Wad Kecemasan Hospital Kuala Kangsar memang haru biru. Entah apa yang mengecohkan keadaan pun saya tak tau. Tapi saya boleh nampak bapa saudara kepada budak2 yang melanggar kereta abang saya. Saya juga dipahamkan yang membawa pacuan 4 roda itu adalah budak belasan tahun tanpa lesen. Kereta yang dipandu juga adalah kereta yang di pinjamkan dari syarikat bapanya. Bapa nya satu sekolah dengan kami dulu. Dan mereka sekampung juga dengan kami.

Hampir jam 3 pagi juga kami berada di hospital. Yg mana akhirnya post mortem di tunda  keesokan hari. Ramai yang datang. Kawan kawan abang, saudara mara, kawan kawan kakak ipar dan juga suku sakat pihak yang melanggar. Puas memohon untuk membawa jenazah pulang ke kampung tanpa post mortem, tetapi pihak hospital tidak membenarkannya.

Sayu hati melihat kakak ipar berjalan dengan longlai setiba di hospital. Sebak dada melihat mereka anak beranak berpelukan. Suasana pilu di hospital. Samada di wad kecemasan juga di jabatan forensik. Kakak ipar juga tidak mampu berkata apa apa. Hanya airmata mengalir setiap kali orang bertanya. Juga setiap kali mendapat panggilan telepon, hanya esakan tangis yang kedengaran. Alhamdulillah, Aisyah hanya mengalami kecederaan ringan. Bengkak di dahi dan bibir, juga luka di kaki.

Setelah post mortem ditunda, kami mengambil keputusan untuk pulang kerumah. Suasana pilu beralih arah. Dari hospital ke rumah pula. Sudah ramai juga saudara mara yang datang, walaupun hari sudah hampir menjelang subuh. Kami tidak tidur lena menanti hari esok. Kakak, abang ipar (suami arwah kakak ke3), adik, juga anak anak saudara semua sudah berkumpul di rumah. Kepala saya jadi pening dan sakit. Terlalu banyak menangis. Emak memang tidak berhenti henti tangisannya. Sehinggalah abang ipar (suami arwah kakak ke3) tiba dan memujuknya. Barulah emak beransur reda.

Masing masing cuba memejamkan mata menanti hari esok. Setelah saudara mara pulang, rumah menjadi begitu sunyi. Hanya kedengaran bacaaan surah yasin didalam rumah. Saya tidak mampu berfikir apa lagi. Jadi penat segalanya. Dalam kebingungan, akhirnya saya terlena juga.



 **Pembetulan:  Arwah dari Kg Jeliang menuju ke Kuala Kangsar bukan dari Kuala Kangsar menuju ke kampung. Anak arwah cedera ringan. Bukan patah kaki atau cedera parah. Mmg mula sangkakan dia patah kaki, sbb kakinya lembik dan tidak boleh berjalan.

Berita dalam suratkabar Harian Metro dan Berita Harian. But still fakta tak betul...hmmmmm....









Wednesday, 10 August 2016

One Day Trip to Singapore 2016

4th August 2016

Since Airin  nak jumpa customer dia kat Singapore, ai as always gedik gedik nak ngikut...hhahhaah. Okay...let's go Dahlia & Airin.....

Flight seawal 6.10 pagi. Kekonon nak naik ERL dari Putrajaya ke KLIA2 dengan Dahlia. Mau terkencit berlari masuk ke boarding gate, sbb ERL paling awal from Putrajaya pun 4.50 pagi. Sampai KLIA2 dlm 5.20 pagi kut. Boarding at 5.30am. Ai is kenderaan berat, i dun think i mampu berlari kencang. So, akhirnya tumpang Dahlia saja lah since ayah dia mmg nak antarkan ke KLIA2. And asben saya pun tak perlule rushing balik ke rumah, nak handle anak anak lagi. 

Perjalanan ke Singapore sangatlah pendek. Sembang sembang jer, dah sampai. Memola pi cari pocket wifi dulu kat airport. Sewa sehari sahaja SGD10.00 share 3 orang, okay ler. Kena guna CC untuk bayar deposit dan lain2 sebanyak SGD200.00. Dah pulangkan pocket wifi nnt, diaorang akan tolak balik from CC. Setel disitu, then beli nets-flashpay pula (kad ala ala touch n go tu) bernilai SGD15.00. Questions and Answers for Nets Flash pay ni boleh baca kat SINI . Value dlm card tu ada SGD5.00 and kami topup lagi SGD10.00. Tu pun berlebihan. Sebabnyer minimum untuk reload adalah SGD10.00. Takde pilihan ye. Kad tu boleh simpan for 7 years and reloadable.

**Nak beli Singapore Tourist Pass sebenarnya. Kat kaunter tu boleh kata xde jual.....huaargggh..and kami pula malas nak cari tempat lagi. Redho ajer lah yer...Simpan je lah nets flashpay tu. Boleh berangan nak ke Singapore lagi..kekkeke


Ehsan gugel. Yg sebenar kami punya lain sikit rupa parasnyer

Ambil map MRT siap siap kat airport. Sistem pengangkutan MRT & LRT Singapore sangat mudah. Tak banyak beza dengan Malaysia. Tak macam Korea, berselirat. Sekadar tengok map sahaja pun, dah boleh paham. Di Singapore,if nak tukar tren, tukar platform sahaja. Ada sekali sahaja, kami kena jalan jauh sikit nak tukar dari MRT ke LRT.


Cute je LRT ni. Ada tayar. Bila berjalan, boleh dengar bunyi tayar dan kita bleh rasa bahawa ada tayar kat bawah. Ada dua koc sahaja. Bersambung antara satu sama lain, tp seketul seketul. Bermakna if masuk koc 1, jangan berangan nak ke koc 2 ya. LRT ni berhenti betul betul depan rumah customer Airin. Memudahkan kami mencari rumah....



Ini adalah painting yang terdapat di sekitar tangga flat rumah kastemer Airin. Secara jujurnya, saya suka persekitaran flat sini. Amat bersih. Ada CCTV. Susah nak cari sampah sepanjang berjalan di corridor. Nama je flat, tp besar. Ruang tamunye besar begitu juga bahagian dapur. Ada 3 bilik lagi. Menurut kata tuan rumah, tidak perlu takut berjalan malam malam hari di Singapore. In Sha Allah selamat walaupun balik ke rumah jam dua tiga pagi.

Selesai di rumah customer Airin kami singgah di Jurong East MRT Station. Kami ke Big Box cari makanan untuk alas perut. Lapar uols. Saya beli Roti Bakar Choco Cheese. Sedap juga dan portion nyer besar. Kenyang walaupun share 3 orang. Dahlia makan nasi lemak, airin makan mini pizza.



Train
Jurong East MRT Station
4 mins walk from Exit B and via bridge from JEM

Roti bakar choco cheese


Dari Big Box, kami ke Jurong East Mall, masuk Robinsons sekejap untuk jamu mata.  Sebelah Big Box tu jer. Kekonon nak tengok tengok Correlle. Tp tak beli pun juga. Masa kat Jurong East ni, saya ternampak bangunan ni. Ingatkan kondominium....cantikkk. Rupanya General Hospital....hehehe


Dari Jurong East kami singgah di Geylang  untuk lunch. Jauh juga dari MRT station nak ke gerai makanan di sini. Kebetulan masa ni Sophie (kawan dahlia - juga staff Caterpillar, still ada hubung kait ngan company weols) dah sampai untuk bawak kami jalan jalan di Singapore. So, tak perlu tengok map lagi...hahhaha..

Tangga kejayaan haahhaa...rendah, tinggi sikit, tinggi


Kami order Nasi Ayam berharga SGD5.00. Portion besar, memang kenyang. Selesai lunch, dengan perut yang kenyang, kami ambil teksi ke Merlion Park. (Thanks to Sophie, tolong bayarkan duit teksi) Unfortunately, bapak singa dalam proses pembersihan. Maka tak dapat lah bergambar dengan bapak singa. Dapat ngan anak pun jadi ler...



Bersama Sophie. Walau tak sihat, still gigih bawa kami jalan jalan. Tq so much Sophie


Adegan apakah....hhahaha



Dari Merlion Park, kami ke Orchard Road. Semasa nak ke MRT stesen, ternampak Smiggle...haha. Kawan saya memang menggiler beli barangan Smiggle untuk anak anak dia. Tp saya tak ler. Sbb saya tengok barangannyr more to budak perempuan. Tak sesuai tuk anak2 saya yg dah membesar bagai johan tu.



Sampai di Orchard Road, kami berpisah dengan Sophie. Kesian dia. Biarlah dia balik rumah. Jauh juga nak ke Woodland tu. Kami singgah di Wisma Atria dulu, cari kedai LUSH Fresh Handmade Cosmetic nak beli  Toothy Tabs...hahhaha..jauhnyer membeli ubat gigi kan.



Saya beli dua toothy tabs ni. Oral Pleasures dan juga Lime Light. Kut rasa malas nak bawak ubat gigi dan berus gigi bila travel, bawa ler toothy tabs ni. Kunyap kunyap, kumur kumur, buang (if ada berus gigi lagi elok). Ada juga syampoo rambut dan sabun. Tp tak beli pun. Syampoo nyer pun dalam bentuk pepejal. Cute sangat...




Dari Wisma Atria, kami ke seberang jalan untuk ke Tangs pula. Harus juga mencari Corelle...hahhaha. Koleksi masih tak mencukupi...Kemudian singgah di Lucky Plaza, bersebelahan dengan Tang. Dahlia ngan Airin nak cari souvenier.

Terasa cepat sangat masa berlalu. Kaki sudah capek....jalan tiada hentinyer. Dengan panas, dahaga, dengan bersesak dlm tren. Lebih kurang 6,30 petang kami beransur menuju ke Changi Airport. Cuak juga masa ni sbb nak ke Changi Airport by tren pun dah makan masa hampir 1 jam. Dah petang, perut juga sudah kelaparan. Berbaris di Burger King, orang tak ramai tapi serve sgt lembab. Melihat jam sudah menghampiri waktu 0800 malam, kami beredar meninggalkan Burger King untuk masuk ke boarding area (tak sempat juga nak makan..hehhehe)

Masa masuk ke boarding area, saya musykil...kenapa tiada pegawai imigresen / kastam memeriksa beg kami. Scanner pun takde. (First time la katakan masuk Changi Airport). Cuma masa nak masuk tu, adalah seorang yang memeriksa passport dan boarding pass. Maka kami meneruskan langkah ke gate C18. Jauh juga walaupun tertera di signboard lebih kurang 11 minit. Sampai di gate C18, barulah nampakk.....ooooo.... disini rupanya pemeriksaan kastam / imigresen...hahhaa...jakun. Scan bag, check passport then terus berjalan masuk kedalam kapal terbang. Orang tu tanya, ada laptop. Takde, tp ipad ada. Takper katanya. Scan jer..

Ye lah...antara airport2 yang pernah saya pergi, mesti melalui pemeriksaan kastam/imigresen dulu then baru boleh proceed ke gate yang sepatutnyer yang mana mengambil masa untuk berjalan. Changi Airport ni berbeza rupanya. Kita kena jalan dulu. sampai gate flight kita, then baru kena periksa. Maka banyak lah tenaga kerja yang diperlukan ya. Kerana setiap gate mempunyai pegawai pemeriksaan sekurang kurangnya 5 pekerja. Bayangkan kalau ada 25 gate x 5 = 125 pekerja. Bagus Singapore, sentiasa membuka peluang pekerja kepada rakyatnyer....eheeehehe

Dalam kapalterbang, saya tido sepanjang perjalanan. Memang penat sungguh.....walaupun penat, tetap tak serik. Next plan...USS sahaja. In Sha Allah, dipanjangkan umur, di murahkan rezeki. 





Wednesday, 3 August 2016

Prego's Watch & Win Daily Contest

Saya bukanlah orang yang sentiasa bertuah. Tetapi kali ni rasa bertuah...Alhamdulillah. Walaupun tak banyak mana....but still money kan.....