Monday, 21 November 2016

Autumn in My Heart Again 2016 - Day 2 (Taejongdae Park - Oryukdo Skywalk - Gamcheon Cultural Village)

27 October 2016 (Khamis)

Hari kedua di Busan. Awal pagi kami sarapan dulu siap siap kat Pusan Inn. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Taejondae Park.  Untuk ke Taejondae ni, dari Busan Station kami mengambil bus ber No 88. Masa ni, from Busan Station, kami cross jalan dan pergi ke Bus Stop. Tapi boleh x jumpa which bus stop...hahhaha. Ke hulu ke hilir kat sini. Sepanjang jalan tu ada 3 bus stops. Tanya tanya sekeliling, tak juga mendapat jawapan. And then kami start observing bus No. Tiap kali kami nampak bus no 88 or 101, kami try tengok bus tu stop kat which bus top...hahha. Sabar jer lah kan. So, mintak maaf lah tak dapat memberikan direction yang betul disini, kerana sudah terlupa bus tu berhenti di exit mana. Kami managed to get the bus to Taejongdae. 

Bus ni akan berhenti terus di Taejongdae Park (the last bus station). Macam kami aritu, bila sampai ke last station, driver tu bagitau. If not sure, tengok sebelah kiri, ada bus station. If nampak bus banyak banyak disebelah kiri jalan, bermakna sudah sampai ke bus stop terakhir. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam 40 minit. Dan if nampak mercu tanda kat bawah tu....dah sampai le kat last bus stop.
Signboard beso leh tau dah sampai


Tengok mercu tanda ni.

Jenuh mendaki naik ke atas

Sampai di disini, kami mencari danubi train. Masuk kat entrance tu, nampak train banyak kat sebelah kiri entrance and we thought itulah danubi train. Rupanya bukan..itu Danubi Train tuk bebudak. Kena naik lagi keatas, then you will see danubi train yang sepatutnyer. Kena beli ticket berhampiran dengan kedai2 di situ di sebelah kanan. Kelakar kat sini, sbb dalam kami tercari cari danubi train, ada lah ahjuma ni dok tanya tanya dalam bahasa dia. Kami pun dok tunjuk2 train yang kami nampak tu. Dia dok sebut ande...ande...sambil silang pangkah tangannya. And kendian dia tunjuk tunjuk ke atas. Ajaib dak...kami macam paham je walaupun masa tu kami bantai cakap melayu...hahhaha...

Bukan hat ni ye...kekkkke

Ini yang sebenar...

Taejongdae Park ni luas....dan banyak mendaki bukit. Saya ngan fida memang tak mampu lah nak jalan kaki. So prefer amik train je. Kena bayar KRW1500.00 kalau x silap. Sampai sini kelaparan, saya beli churros di convenient store berdekatan.  Danubi train sampai, kami stop kat Taejongdae Light House je. Fuhh....memang memerlukan daya ketahanan kaki dan stamina yang tinggi. Nak turun tu okay...nak naik balik...fitam mak nak. Menggigil gigil kaki ahkak....Masa kat sini kami terserempak dengan Su





hahhahha mineral coffee di mana mana

Saya rasa trip ni more to touch n go je. Janji sampai, tapi tak explore abis..hahhaa. Setel ambik gambar bagai, kami ke Oryukdo Skywalk. Su nak ikut sekali. So kami patah balik ke Busan Station Exit 10 untuk ambil bus no. 27.  Ikut research yang Fida buat untuk sampai ke sini kena lalu 27 bus stops. Rajin nau nak kira ekk. Tak perlu ler nak kira sbb bus ni akan berhenti di last bus stop berhampiran dengan Oryukdo SkyWalk.

Tp kami aritu tak tau. Kami stop dulu kat Igidae Park. Siap pesan kat bus driver that we wanted to stop kat Igidae Park. Dah sampai sini, kami turun start cari arah ke Igidae Park juga Oryukdo Skywalk. Jalan and jalan and jalan lagi...tp still tak jumpa. Then kami tanya orang lalu lalang, ada sorang mamat korea ni bagitau, klu nak ke Oryukdo Skywalk  you have to walk about 4km from here. Hah...4km...takpalah. Kirim salam. Kami patah balik ke bus stop tadik, and naik balik bus no. 27 untuk terus ke Oryukdo Sky walk. Rupanya Igidae Park ni memang boleh access dari dua tempat. Satu bila dah sampai ke Oryukdo. Satu lagi sebelum sampai Oryukdo. So, moralnyer..takyah ler kata nak stop kat Igidae Park dulu. Trus jer pergi Oryukdo, and dari Oryukdo Skywalk tu boleh le ke Igidae Park disebelah kiri. Bersebelahan je. Kami tak pi pun. Tengok blog orang lain, besar rupaya Igidae Park ni. Siap ada hiking trail lagi.

Driver bus tu turunkan kami memola kat sini. Rupanya jauh nak jalan ke Oryukdo.

Lama juga kami menunggu bas no 27 dalam kesejukan. Dapat naik bas, lega. Sebelum sampai ke Oryukdo Skywalk akan nampak pintu gerbang Sk View Apartment. Dan bus tu akan buat uturn kat ujung. So, tunggu sampai nampak Oryukdo Skywalk tu, baru turun kat last bus stop.  Takyah lah nak turun awal awal, Nanti jadi cam kami. Jenuh menapak...hehehe.

Sebelah kiri tu Sk View Apartment. Oryukdo Skywalk nunnn jauh lagi di hadapan. Jenuh menapak.

Jauh dak..hahhaa.

Menuju ke Oryukdo Skywalk

Kena pakai ni masa nak jalan atas jambatan cermin 











Angin sangatlah kuatnya. Rasa nak melayang ditiup angin. Abuk asik masuk mata. Oryukdo Skywalk ni pendek jer. Tp gayat juga.  Nak jalan atas tu, kena pakai sarung. No selfie stick is allowed.

Amik bas kat sini masa nak balik ke city




Okay...jom balik.  Dah abis jalan jalan kat Oryukdo, kami amik bus yang sama patah balik ke Busan Station and amik train ke Jagalchi Market plak. Makan seafood disini. Hari ni baru rasa berbaloi baloi. KRW30,000 share 3 orang, tp memang kenyang.

Kami makan ni ber3
Depan kedai yang kami pergi utk lunch




Bye bye Su...see u again

Disini kami berpisah dengan Su. Su nak jalan jalan sekitar Jagalchi Market, kami pula meneruskan perjalanan ke Gamcheon Cultural Village. Untuk sampai ke Gamcheon Cultural Village ni, saya follow Fida je...hahhaha.

Dari exit tu, ada je signboard macam ni

Nak ke Gamcheon Cultural Village amik Busan Subway Line No. 1. Stop di Toseong Station Exit 6. Jalan terus pusing kanan. Jalan lagi sampai jumpa bus stop kecik betul depan Cancer Centre. Nanti amik bus no. 2-2 warna hijau. Bus tu kecik je. Tambang KRW900.00. Nak ke Gamcheon ni, senak dada mak nak....hahhaa..berliku liku punya jalan menaiki bukit dengan jalan yang sempit nya. Taim corner....paut kuat kuat ya...hehhehe. Bila sampai kat Gamcheon Cultural Village ni, nnt driver bus tu bagi tau. Kut risau terlepas, kabo siap siap ke driver bus. Kebetulan masa dlm bas jumpa 2 ladies yang nak ke arah yang sama. Depa ni ada orang bawakkan. So bila depa turun, kami pun turun...hehhe. Sesampai sini angin sangatlah kuat sama macam kat Oryukdo tadi dan Gamcheon Cultural Village ni sangat lah besar. Kami tak explore abis pun kat sini. Touch N Go. Janji sampai...hahhaa. Kami beli map Gamcheon berharga KRW2,000 kekonon nak cop stamp utk dptkan poskad. Tp map terbang melayang...hahahha. Sabar je lah..

Entrance ke Gamcheon Cultural Village




Cerita pasal Gamcheon Cultural Village ni...hmmm..pening saya tengok. Rumah punyalah rapat rapat and terpk camner dengan toxic waste punya laluan or longkang. Semua covered eh.....hasil buangan ni lalu kut mana....sbb rumah terlalu rapat rapat. Kat atas maybe rumah kita, dah bawah bumbung rumah orang. Nak masuk rumah kita, kena lalu celah rumah orang...lebih kurang gituler. Tak reti nak explain. Yang pasti memang berselirat macam wayar.....





Hahaha...muka sendiri harus ada....

Selesai di Gamcheon Cultural Village, kami ke Gwangli Beach pula. Pada saya, berjalan di Busan paling senang berbanding di Seoul. Busan subway taklah se complicated Seoul Subway. Masa ke Gwangli Beach ni, hari memang dah beransur gelap. Dalam kesejukan dan kedinginan, kami redah juga. Tak buat apa, sekadar tengok tengok Gwangan Bridge. Lepas tu balik GH. Sebab tu saya kata, touch n go...hahhaha. Nak tengok apa pun...dah golap....Nak kesini pun, saya ikut je Fida. Dah agreed before, kat Busan dia kena study carikan jalan. Saya focus dekat Seoul nanti.


Ni jer yang mampu


Sejuk sejuk layan aiskrim

Sampai GH, kami pack semula barang barang sebab esok nak ke Seoul. Klu ikut perancangan awal, kami nak naik bas. Tp saya rasa mcm leceh jer naik bas sampai 4 jam. Buang masa. Ada juga cadangan nak naik Mugunghwa Train. But pada saya if nak naik Mugunghwa, might as well naik malam ni juga and sampai Seoul esok pagi. Kenapa nak bazir masa 5 jam naik mugunghwa siang siang hari...kan. So end up kami setuju naik KTX esok pagi nya. Sian Fida terpaksa agreed ngan saya naik KTX hehehehe. 

**time is priceless. If kita banyak masa, banyak tempat boleh explore (pada saya laa). 




Sunday, 20 November 2016

Autumn in My Heart Again 2016 - Day 1 (Jagalchi Market - Yongdusan Park - Haeundae Beach)

26 October 2016 (Rabu)

Hari yang dinanti pun tiba. Saya still bekerja hari pada hari Selasa 25 October memandangkan flight tengah malam pada 26 October 2016. Berjanji ngan adik ni berjumpa kat KLIA2. Dia dari Penang. Naik ke KLIA2 jam 0700pm++. Saya pula selepas maghrib 25hb tu baru bertolak ke KLIA2. Suami hantar di luar saja. Mula dia nak masuk juga, at least nak kenal2 dengan kawan baru saya ni. Memandangkan susah nak parking, dia kata xpalah. Maka saya pun masuk kedalam mencari tempat pertemuan di tingkat 2 Quizzin. 

Sampai di Quizzin adik ni dah tunggu. Fida namanya. Tak sempat tanya perkara2 lain. Kerja mana, tinggal mana...cuma tau tinggal di Penang jer...hhehhee..Kami tak tunggu lama di luar. Terus saja masuk ke boarding are. Alhamdullillah...anak penyu warna hijau lepas. Staff AA tu tengok jer..hehhe.. Alhamdulillah smooth sahaja pemeriksaan imigresen dan kastam. Saya agak kelaparan, singgah minum dulu. Gate kali ni x jauh sangat....mujur.

My new travel buddy - Fida

Semasa menanti untuk masuk ke dalam perut kapalterbang, ada seorang lagi adik ni. Saya tak kenal dia tp Fida ada berpm pm dengan dia. Juga one of the ahli Malaysia Backpackers Club, Syarah namanya. So bersembang sembanglah kami mentara menunggu boarding. 

Since flight malam, saya memang membuta sepanjang perjalanan. Food served 3 hours before landing. Ntah kenapa, tak berselera nak makan. Tepat jam 08.30 pagi, safely landed in Busan. Semasa di dalam flight, saya mengharapkan Declaration Form akan di beri. Rupanya cuma dapat Arrival Form sahaja. Declaration Form kena ambil di airport bila dah touched down. Saya dan Fida just follow the crowd and trus sampai ke pemeriksaan imigresen. Masa ni nampak ada beberapa Malaysian. Rajin Fida bertegur sapa ngan depa depa ni. Saya mcm biasa, mulut ketat...hehheh. But dalam terpinga pinga nak cari Declaration Form ni, saya nampak orang Melayu kita ni sorang sorang je. Saya pun tegur...tanya kat mana nak cari Declaration Form tu. Baik sungguh adik ni...pi tanya kat staff2 kat epot tu. Maka secara tak langsung terus berkenalan.....Suzen, tp saya panggil Su sahaja.


Meet new friends

Selesai melepasi imigresen, kami terus ke convenient store disitu. Nak topup T Money. Kami topup KRW20,000. Su ngan Syarah pergi beli simcard. Sambil sambil rehat, sambil minum, sambil menanti. Selesai urusan, Syarah nak ikut kami sekali ke Busan Station. Manakala Su nak pusing2 airport dulu. Syarah akan meneruskan perjalanan ke Seoul by KTX. Su pula stay di Pop Corn Guesthoues.  Maka berdasarkan map, kami terus menuju ke Busan Gimhae Light Rail Transit.. Kluar dari Gimhae Airport, cross the road and berjalan ke sebelah kanan menuju ke airport railroad. Mula mula nak naik teksi...hahhaha...tapi mahaaalll...kensel trus. 

Image result for busan subway map 2016


Untuk menuju ke Busan Inn, kami kena stop di Busan Subway Station (Line 1). Dari Gimhae Airport (Line Purple) kami menuju ke Sasang. Sampai di Sasang, transfer ke Line No. 2 (kaler hijau) dan berhenti di Seomyeon. Dan disitu bertukar ke Line 1 untuk ke Busan Station dan Exit 10.

Berdasarkan map di tangan juga, kami terus mencari Pusan Inn manakala Syarah pula trus ke Busan Station. Berpusing pusing juga mencari berdasarkan map. Lastly kami tanya orang Korea yang ada disitu. Mudah sebenarnyer, tp landmark seperti tidak menepati jer. Sampai di Pusan Inn, terus check in. Walaupun katanya check in time kul 2, tp depa benarkan kami check in early. Drop luggage, rehat rehat kejap then kami terus ke Gukche Market dan Jagalchi Market. Untuk ke Gukche Market dari GH kami hanya satu laluan sahaja. Dari Busan Subway Station, stop di Jagalchi Station Exit 7. Kalau ke Jagalchi Market, kena exit 10. Actually tak jauh sangat. Dekat dekat situ je. As usual, memory low manjang. So nda ingat kemana dahulu. Gukje ke Jagalchi hehhee. Yang ingat hanyalah makan seafood di Jagalchi...KRW40,000 / 2. Tp rasa tak berbaloi lakk... and order ramyeon juga. Saya sorang jer bedal. Fida bukan jenis pemakan sangat...huhuhhuu. Saya ni x padan je badan kecik....makin mengembangla saya. Makan tak hengat. Di Jagalchi Market, kami sempat naik ke observatory deck. So dapatlah melihat sebahagian dari Busan.


Rameyon. 

Too bad le pilih kedai ni. Masa kami dok panggil panggil nak suruh dia tambahkan banchan yang dah kehabisan, boleh buat tatau jer ahjumaa tu semua...hahha. Tak tau ler kut set ni memang gitu. Sekali hidang, no tambah tambah. Usually kat Korea, untuk side dishes tu semua boleh tambah..

Lepas makan, kami ke Busan Tower. Dari Jagalchi Station, kami patah balik ke Nampo Station. Masih line yang sama. And exit 7. Tak jauh mana, tp tak berani amik risiko jalan kaki..hhehee. Lepas exit 7 tu, kami blurr. Berdasarkan catitan yang Fida buat, patutnyer kena masuk ke Gwangbok-ro Street. Tapi macam berpusing pusing jer kami kat situ....then tanya one of the Korea kat situ....dia trus bawakan. Bila nak balik ke subway station, baru saya perasan bahawa dari Exit 7 tu, just trus kedepan dan belok kanan dan jalan terus. Once belok je ke kanan, dah bleh nampak escalator nak ke Yondusan Park tu. Mcm biasa, sengal dan sesat tu adalah saya....hahhahaha. Sempat lah jamu jamu mata kat Gwangbok-ro Street tu. Jamu mata je.

Kluar exit and nampak signboard ni turn right. Nnt nampak ler Yongdusan Park punya eskalator
Gwang-bokro Street

Jenuh juga nak naik ke Yongdusan Park ni. Ada 4 escalator klu tak silap saya. Naik the first one, then tangga sikit, Naik 2nd, ada tangga. Ke3 sama juga dan ke4 akhirnya sampai. Jalan jalan sekitar situ je. Bajet you.....takmo masuk tempat yang berbayar...hahhahha. Tp duit saya habis gakk...



Dah puas jamu jamu mata, kami beransur meninggalkan Yongdusan Park menuju ke Haeundae Beach. Dari Nampo Station (Line 1) kami stop di Seomyeon. Transfer ke Line 2 dan berhenti di Haeundae Station Exit 5. Jauh juga menapak. Walk straight about 500m, kata dalam internet. Tp rasa macam dekat 1000m kut kami berjalan. Masa ni saya dah capek sungguh. Kaki memang dah sakit. Akhirnyer singgah kat convenient store, beli selipar. Maka berstokin dan berseliparlah saya. Kat Malaysia, harus takmau pakai gitu kut...hahaha. Sampai di Haeundae Beach, hari dah beransur gelap. Suhu pula sudah semakin sejuk.

Comel dak selipar...hahhahah

Kami layan layan perasaan jer kat Haeundae Beach ni. Sebab hari beransur gelap. Nothing much yang kami buat cuma melihat ombak memukul pantai. Masa ni rasa nak terkucil, tp a bit frustrated bila masuk tandasnye...huhuhu. Takper lah. Xleh expect toiletnyer seperti kebanyakan toilet di Seoul. Hari makin beransur gelap, kami juga mula beransur mengangkat kaki pulang ke Pusan Inn. Sampai di Busan Subway Station, kami singgah di mart berdekatan membeli susu pisang.


Busan Station di waktu malam

Sampai GH, mandi manda and tidor. Kepenatan sesangat. Maybe sbb first day. Still lagi rasa nak santai santai je. Bila sekali kena berjalan jauh macam tu...huhuhu..


Monday, 14 November 2016

Sime Darby Treasure Hunt 2016

12 November 2016

Tahap kemalasan melampau nak update blog. Kagum saya dengan mereka mereka yang rajin update blog, rajin cerita perihal diri sendiri, rajin share info especially info info travel, rajin letak gambar gambar semua tu. Memang memerlukan kerajinan tahap tinggi. Saya punya trip Busan - Seoul hari tu pun blum buat lagi. Malas nak upload gambar.

And this is about our Treasure Hunt. After one year takde Treasure Hunt, kali ni SD kembali lagi dengan event Treasure Hunt 2016. Kali ni temanya adalah RISE. RISE membawa maksud:

R - esults
I - nnovation
S - Sustainability
E - nergy

Dan perjalanannyer pendek sahaja. From Ara Damansara to Pulau Carey. Jadilah...hahhaa. We join the Treasure Hunt pun just for fun. Menang or kalah is lain cerita.

This is my team member. And the name of the Group is Diva La Diva...hahhaa..diva la sangat. The questions..hmm..kena cari balik all those questions. Ntah humban mana, lupa dah..

Kaler tudung ter lain dari yang lain..sorri...mak silap pilih kaler...walhal bukan xde kaler tu...hahahaa

The journey start at 8.00 o'clock in the morning. Saya as the driver, airin the navigator. The other two, sila cari jawapan ye. Bagus navigator saya kali ni. Xde sesat sesat. Baca tulip dengan baik sekali...hehhehe....

The final stop kat Pulau Carey. Kena reached there by 2.30 pm. Alhamdulillah, we managed to finish before 2.30pm. Tapi nak tunggu annoucement, punya la lamaaa...kepenatan dan kemengantukan. Sambil sambil tu depa umumkan lucky draw. Dan saya tersangatlah lucky nyer kali ini. Dalam mengantuk, tiba tiba nama diumumkan dpt hadiah. Terus segar bijik mata. Jadilah walaupun dpt washing machine DD Inventer brand Sharp. Tak merasalah grand price yang terdiri dari Gopro Hero5, Ipad mini dan Iphone (tak ingat iphone apa). 

Double kegembiraan. 

Saya kata double happiness, sbb 12 November 2016 tu adalah  23rd Wedding Anniversary saya. Org celebret anniversary, but i went for treasure hunting..hehhe. Same goes to Shieda. Anniversary kami sama tarikh...hehhee. Alhamdulillah dpt washing machine.....washing machine kat rumah pun dah mintak nyawa dah.....hahhahah...

By the way, it was fun. Dapat no 36 out of 94 cars. Okay ler ler....dapatlah 400.00 divided by 4, and 100 seorang. Pulang modal. Next time, tetap akan join. Asah skill mencari benda benda tersembunyi sambil perah sket otak...hahahaa. 








Friday, 21 October 2016

Autumn in My Heart Again - Preparation

Ini adalah kesinambungan cerita Autumn in My Heart - Again yang mana trip terbatal pada mulanya. Memang kawan saya cancelled sebenarnyer seperti yang saya pernah citer. Travel partner  saya memang takmo pergi for whatever reason. Ntah...x mau pergi or tak boleh pegi.....dia sajalah yang tahu.

Saya puas memikir...nak bawak anak ke, or pergi sensorang. Asben pulak memang tak bagi saya pergi sorang. Ajak dia ikut sekali......hhmmm.....no komen lah. Dia kata, if nak pegi gak, bawak anak salah sorang mana yang ada cuti pada masa tu. Jenuh dok bertanya bilakah cuti semester depa..tp depa takleh nak kompemkan. Rega tiket pula makin menaik. Macam tak berbaloi jer nak bawak last minit. So satu hari, saya saja sembang sembang di group Malaysian Backpackers Club. Kebetulan ada seorang ahli yang baru balik dari Busan, berkongsi pengalaman ketika di sana. Masa tu, saya masih lagi contemplated. Nak pegi taknak pegi nak pegi taknak pegi. Sembang sembang di fb, ada lah seorang adik ni, dok ckp dia solo traveller ke Busan - Seoul  and sedang mencari cari kawan. Kami pun  ber pm pm kat fb, dan trus ber whatapps. Adik tu pun ada stori morinyer yang membuatkan dia nekad juga ke Korea walaupun kawan2nya menarik diri cuma tidak berani bersendirian. Mulanya saya agak keberatan kerana mengikut plan asal saya nak ke Busan - Jeju - Seoul (transit sahaja) Tapi adik ni memang nak ke Seoul sebb dia x pernah sampai. Akhirnya saya ambil keputusan, redah ajelah walaupun tak pernah jumpa, walaupun dah pernah pergi Seoul. Sayangkan ticket terbakar begitu sahaja. Saya memang dah kecewa giler nak membakar ticket. Nak tukar tarikh pun, sama je kekdahnya if takde kawan, xleh jalan. 

Akhirnya setelah mendapat keizinan (sbb nak pergi nak orang yang kita tak kenal kan). Saya mula berdiskusi dengan adik ni. And saya pun membuat tempahan guesthouse kat Busan. Guesthouse di Seoul pula, adik tu yang setelkan. Berbahagi bahagi kerja lah ye.

Since last minit preparation, saya ambil guest house yang paling dekat dengan Busan Train Station. Saya booked Busan Inn untuk 2 malam dengan harga RM261.00 / 2 = RM130.50. Saya tak kisah pasal penginapan, murah atau mahal memang saya redah. Janji selesa. 

So, setel satu bab. Bab itinerary plak....kami print je mana mana yang kami jumpa dalam blog. As long as ada direction how to get to the places. Takde proper itinerary. Saya tengok, adik ni pun quite adventure gak. Rajin buat research. Idea pun boleh diguna pakai.

Saya tak pernah travel tak amik luggage. Setiap kali travel, kurang kurang 20 kilo pergi dan balik. Tapi kali ni, saya berazam tak amik luggage..hahhaa...Setelah puas berulangkali memunggah bagpack, akhirnya saya memutuskan membawa satu backpack 55L dan handbag. Memang padat giler. Bila timbang hampir 10kilo...ahahhaa..saya tawakal sahaja. Dalam hati berharap dan berdoa, moga travelmate dan saya boleh get along dan backpack saya juga lepas.

Akhirnya..backpack berwarna hijau yang dibawa...