26 October 2016 (Rabu)
Hari yang dinanti pun tiba. Saya still bekerja hari pada hari Selasa 25 October memandangkan flight tengah malam pada 26 October 2016. Berjanji ngan adik ni berjumpa kat KLIA2. Dia dari Penang. Naik ke KLIA2 jam 0700pm++. Saya pula selepas maghrib 25hb tu baru bertolak ke KLIA2. Suami hantar di luar saja. Mula dia nak masuk juga, at least nak kenal2 dengan kawan baru saya ni. Memandangkan susah nak parking, dia kata xpalah. Maka saya pun masuk kedalam mencari tempat pertemuan di tingkat 2 Quizzin.
Sampai di Quizzin adik ni dah tunggu. Fida namanya. Tak sempat tanya perkara2 lain. Kerja mana, tinggal mana...cuma tau tinggal di Penang jer...hhehhee..Kami tak tunggu lama di luar. Terus saja masuk ke boarding are. Alhamdullillah...anak penyu warna hijau lepas. Staff AA tu tengok jer..hehhe.. Alhamdulillah smooth sahaja pemeriksaan imigresen dan kastam. Saya agak kelaparan, singgah minum dulu. Gate kali ni x jauh sangat....mujur.
 |
| My new travel buddy - Fida |
Semasa menanti untuk masuk ke dalam perut kapalterbang, ada seorang lagi adik ni. Saya tak kenal dia tp Fida ada berpm pm dengan dia. Juga one of the ahli Malaysia Backpackers Club, Syarah namanya. So bersembang sembanglah kami mentara menunggu boarding.
Since flight malam, saya memang membuta sepanjang perjalanan. Food served 3 hours before landing. Ntah kenapa, tak berselera nak makan. Tepat jam 08.30 pagi, safely landed in Busan. Semasa di dalam flight, saya mengharapkan Declaration Form akan di beri. Rupanya cuma dapat Arrival Form sahaja. Declaration Form kena ambil di airport bila dah touched down. Saya dan Fida just follow the crowd and trus sampai ke pemeriksaan imigresen. Masa ni nampak ada beberapa Malaysian. Rajin Fida bertegur sapa ngan depa depa ni. Saya mcm biasa, mulut ketat...hehheh. But dalam terpinga pinga nak cari Declaration Form ni, saya nampak orang Melayu kita ni sorang sorang je. Saya pun tegur...tanya kat mana nak cari Declaration Form tu. Baik sungguh adik ni...pi tanya kat staff2 kat epot tu. Maka secara tak langsung terus berkenalan.....Suzen, tp saya panggil Su sahaja.
 |
| Meet new friends |
Selesai melepasi imigresen, kami terus ke convenient store disitu. Nak topup T Money. Kami topup KRW20,000. Su ngan Syarah pergi beli simcard. Sambil sambil rehat, sambil minum, sambil menanti. Selesai urusan, Syarah nak ikut kami sekali ke Busan Station. Manakala Su nak pusing2 airport dulu. Syarah akan meneruskan perjalanan ke Seoul by KTX. Su pula stay di Pop Corn Guesthoues. Maka berdasarkan map, kami terus menuju ke Busan Gimhae Light Rail Transit.. Kluar dari Gimhae Airport, cross the road and berjalan ke sebelah kanan menuju ke airport railroad. Mula mula nak naik teksi...hahhaha...tapi mahaaalll...kensel trus.

Untuk menuju ke Busan Inn, kami kena stop di Busan Subway Station (Line 1). Dari Gimhae Airport (Line Purple) kami menuju ke Sasang. Sampai di Sasang, transfer ke Line No. 2 (kaler hijau) dan berhenti di Seomyeon. Dan disitu bertukar ke Line 1 untuk ke Busan Station dan Exit 10.
Berdasarkan map di tangan juga, kami terus mencari Pusan Inn manakala Syarah pula trus ke Busan Station. Berpusing pusing juga mencari berdasarkan map. Lastly kami tanya orang Korea yang ada disitu. Mudah sebenarnyer, tp landmark seperti tidak menepati jer. Sampai di Pusan Inn, terus check in. Walaupun katanya check in time kul 2, tp depa benarkan kami check in early. Drop luggage, rehat rehat kejap then kami terus ke Gukche Market dan Jagalchi Market. Untuk ke Gukche Market dari GH kami hanya satu laluan sahaja. Dari Busan Subway Station, stop di Jagalchi Station Exit 7. Kalau ke Jagalchi Market, kena exit 10. Actually tak jauh sangat. Dekat dekat situ je. As usual, memory low manjang. So nda ingat kemana dahulu. Gukje ke Jagalchi hehhee. Yang ingat hanyalah makan seafood di Jagalchi...KRW40,000 / 2. Tp rasa tak berbaloi lakk... and order ramyeon juga. Saya sorang jer bedal. Fida bukan jenis pemakan sangat...huhuhhuu. Saya ni x padan je badan kecik....makin mengembangla saya. Makan tak hengat. Di Jagalchi Market, kami sempat naik ke observatory deck. So dapatlah melihat sebahagian dari Busan.



 |
| Rameyon. |
Too bad le pilih kedai ni. Masa kami dok panggil panggil nak suruh dia tambahkan banchan yang dah kehabisan, boleh buat tatau jer ahjumaa tu semua...hahha. Tak tau ler kut set ni memang gitu. Sekali hidang, no tambah tambah. Usually kat Korea, untuk side dishes tu semua boleh tambah..








Lepas makan, kami ke Busan Tower. Dari Jagalchi Station, kami patah balik ke Nampo Station. Masih line yang sama. And exit 7. Tak jauh mana, tp tak berani amik risiko jalan kaki..hhehee. Lepas exit 7 tu, kami blurr. Berdasarkan catitan yang Fida buat, patutnyer kena masuk ke Gwangbok-ro Street. Tapi macam berpusing pusing jer kami kat situ....then tanya one of the Korea kat situ....dia trus bawakan. Bila nak balik ke subway station, baru saya perasan bahawa dari Exit 7 tu, just trus kedepan dan belok kanan dan jalan terus. Once belok je ke kanan, dah bleh nampak escalator nak ke Yondusan Park tu. Mcm biasa, sengal dan sesat tu adalah saya....hahhahaha. Sempat lah jamu jamu mata kat Gwangbok-ro Street tu. Jamu mata je.
 |
Kluar exit and nampak signboard ni turn right. Nnt nampak ler Yongdusan Park punya eskalator
|
Jenuh juga nak naik ke Yongdusan Park ni. Ada 4 escalator klu tak silap saya. Naik the first one, then tangga sikit, Naik 2nd, ada tangga. Ke3 sama juga dan ke4 akhirnya sampai. Jalan jalan sekitar situ je. Bajet you.....takmo masuk tempat yang berbayar...hahhahha. Tp duit saya habis gakk...
Dah puas jamu jamu mata, kami beransur meninggalkan Yongdusan Park menuju ke Haeundae Beach. Dari Nampo Station (Line 1) kami stop di Seomyeon. Transfer ke Line 2 dan berhenti di Haeundae Station Exit 5. Jauh juga menapak. Walk straight about 500m, kata dalam internet. Tp rasa macam dekat 1000m kut kami berjalan. Masa ni saya dah capek sungguh. Kaki memang dah sakit. Akhirnyer singgah kat convenient store, beli selipar. Maka berstokin dan berseliparlah saya. Kat Malaysia, harus takmau pakai gitu kut...hahaha. Sampai di Haeundae Beach, hari dah beransur gelap. Suhu pula sudah semakin sejuk.
 |
| Comel dak selipar...hahhahah |
Kami layan layan perasaan jer kat Haeundae Beach ni. Sebab hari beransur gelap. Nothing much yang kami buat cuma melihat ombak memukul pantai. Masa ni rasa nak terkucil, tp a bit frustrated bila masuk tandasnye...huhuhu. Takper lah. Xleh expect toiletnyer seperti kebanyakan toilet di Seoul. Hari makin beransur gelap, kami juga mula beransur mengangkat kaki pulang ke Pusan Inn. Sampai di Busan Subway Station, kami singgah di mart berdekatan membeli susu pisang.
 |
| Busan Station di waktu malam |
Sampai GH, mandi manda and tidor. Kepenatan sesangat. Maybe sbb first day. Still lagi rasa nak santai santai je. Bila sekali kena berjalan jauh macam tu...huhuhu..
