Maka kami pun selamat mendarat di Christchurch International Airport jam 1250 pagi (lebih kurang 0350 pagi waktu Malaysia). Flight kami adalah last flight. So, tak ramai orang. Kami dah isi borang declaration semua bagai. So, just follow the crowd and depa tanya bawak apa. Kami bagitau le apa kami bawak. Semua makanan memang kena bukak ya, untuk pengetahuan. Bawak lah apa pun kecuali Honey, Pisang, Cheese dan any type or burger or hamburger. Yang tu memang tak boleh. Yang lain nak bawak, silakan, tapi pastikan declare ya. Depa memang check satu persatu. Kami bagi juga senarai barangan makanan yang kami bawa. Pegawai tu baca and nampak White Rice dan Beef Floss..hahhaa. Pegawai tu suruh saya tunjuk and what is this. So kami pun explain le ke dia. Beria dia belek serunding daging saya. Belek belek...picit picit. And tanya...raw??. Bukan kami cakap. Dah siap masak dan keringkan. Okay..serunding lepas. Yang lain lain lepas. Tapi beras, dia kata kena ambil and nak check dulu. Maka kami pun tunggu laaa. Then dia bawak beras keluar dah siap bubuh dalam plastik lain. Beras okay....lepas.
Bagus sistem kat sini. Dah bukak, depa akan masukkan dalam transparent plastic bag. So, kalau ada pegawai lain yang tanya, just tunjuk je. Dah check semua barang makanan, bag kena scan sekali lagi. Masa ni Zu terlupa langsung langsung pasal sambal ikan bilis dia yang masih ada dalam bag, so masa scan beg nampak ler mende tu. Cuak uols. Takut depa kata kami sorok lak. Beria minta maaf. Bawak keluar bag, siap tunjuk dan siap bukak lagi. And tak berenti renti ler minta maaf. We are sorry...we are sorry. Depa check sambil senyum jer ..walaupun strict. Alhamdulillah lepas....agaknya dah tengah malam...wallahualam. Tapi lega. Terpandang couple kat kaunter sebelah. Sport shoes ke or boots, not sure, kena ambil. Depa siap cakap....still new...haahah. Baru beli kut. Nasib tak menyebelahi.
Keluar dari arrival hall, kami cari tempat lepak. Berkenalan dengan couple ni bersama sorang anaknya. Sapa namanye eh....lupa sudah. Zaha ke..Naza ke....Raha...ntah tak ingat. Dia ngan asben sewa Campervan Juicy. Mula mula lepak sama sama mentara menunggu siang, lepas tu kami berpisah, sbb jumpa tempat lepak lain di sebelah kanan dekat dengan conveyer juga dekat dengan surau. Kami bersih bersihkan diri. Actually kat CHC airport ni ada tempat mandi. Tapi tempat orang OKU ye. Punyalah kami tak tau camner nak bukak bilik air tu....hahaha. Sekali asben couple yang kami jumpa tu tolong bukakkan. Tp kami decided takmau mandi. So lepas solat subuh and refresh apa yang patut kami lepak je lah. Sementara tu Zu pegi amik pocket wifi yang kami sewa. Actually airport CHC ni takde besar mana. Senang je nak cari. And kami kena tunggu Cameron dari Shoestring kat Exit 2. Nak ke Exit 2 ni, kami kena jalan ke kanan airport. Pastu nampak plak kedai coffee. Kedai coffee bukak je, kami order coffee and tanya dia, boleh beli air panas dak...hahaha. Nak masak maggi. Sabar jer lah kan.....
Jam 0600 pagi, kami cari payphone (free sahaja) untuk call Cameroon. Dia suruh tunggu jam 0630 pagi. Okaylah kami sempat kami mengopi sambil makan maggi. Jam 0630 pagi, kami pun kluar dari Exit 2, dah nampak Mr. Cameroon menunggu dengan kereta Wagon Nissan Wingroad yang kami sewa.
![]() |
| Muka baru bangun tidor |

| Sementara menunggu...gambar kurang memuaskan..gasakk.. |
Jam 0600 pagi, kami cari payphone (free sahaja) untuk call Cameroon. Dia suruh tunggu jam 0630 pagi. Okaylah kami sempat kami mengopi sambil makan maggi. Jam 0630 pagi, kami pun kluar dari Exit 2, dah nampak Mr. Cameroon menunggu dengan kereta Wagon Nissan Wingroad yang kami sewa.
| Door 2 |
| Dia tunggu sini dekat ngan Door 2 |
Dia bawak kami ke pejabat dia, sambil terangkan jalan bagaimana nak kembali ke airport nanti masa nak pulangkan kereta. Sampai kat opis, dia explain bagaimana nak pulangkan kereta, pembayaran dan sebagainya. Masa sewa ni, kami dapat harga NZD440.00 untuk 8 hari termasuk GPS. And dikenakan bond NZD2000.00. Sampai kat sini, Mr. Cameroon explain, if taknak kena bond tu, kami boleh pilih bayar extra NZD10.00 sehari. Kami agreed je. So total kena bayar untuk kereta sewa NZD520.00. Settled sign everthing, maka we started our journey. Memola Kak Zue drive. Terkial kial kami cari handbrake hahaha. Rupanya handbrake kat bahagian kaki sebelah brake. Sabor je le. Kami set GPS ke Oamaru Penguin Colony.
Melalui Rollestone -- Asbhurton - Geraldine - Temuka - Timaru - Glenavy and kami stopped ntah kat mana mana sebab nampak pokok bunga sakura berkembangan. Sebenarnya saat ini, kami amat keletihan. Mujur Lina nampak masih segar, maka bertukar driver dengan Kak Zue. Zu memang flat abis, sampaikan kami singgah ambil gambar bunga pun dia takleh bukak mata. Saya pun sama, cuma bila kereta stopped, barulah mata pun terbuka.
![]() |
| Comel anak kambing |
Kemudian Zu pula ambil alih. Saya pun takleh nak recall, sbb saya banyak tidur dari jaga. Sampai satu tempat, singgah cafe untuk mengopi. Cafe ni diantara jalan untuk terus ke Oamaru dan juga boleh ke Duntroon. Pada mula saya nak tidur. Tapi lepas tu mcm tak best plak dok sorang sorang dalam kereta. Saya tumpang mengopi sekali. Kat cafe ni, driver will get free coffee. Yang lain kena bayo.
![]() |
| Coffee cafe ini - gambar dari google. Tu pun sbb tengok resit, baru teringat nama kedai |
Settled mengopi nampak signboard ke Duntroon. Lebih kurang sejam untuk pergi dah balik. Dah masuk jalan nak ke Duntroon, tapi kensel....sebab kami dah macam tak sabar nak sampai ke Dunedin. Kami meneruskan perjalanan ke Oamaru. Singgah sekejap sahaja..kekonon nak tengok penguin. Bila kata kena bayar...hmm..kensel juga..hahaha. Walhal memang dah tau. Tapi saja singgah. And tiba tiba kedekut lagi...kekkekke. Kami ambil ambil gambar sikit...cuaca alhamdulillah cerah dan kami terus ke Moeraki Boulders.
| Kat Oamaru |
Nota kaki: Nasihat saya, if sampai ke CHC waktu pagi, sewalah memana hotel and restlah dulu di CHC. Janganlah jadi macam kami. Dua hari x mandi, dua hari tidur tak sempurna. Badan jadi amat letih sesangat. Tapi if uols gagah perkasa, silalah ye. Saya mcm aci nyesal buat route terus untuk road trip. Boleh aje spend time kat CHC dulu. Ikut memasing punya kudrat la ye.
Sampai di Moeraki Boulders, angin kuat dan cuasa sangat sejuk. Tapi cuaca agak gloomy sikit di Moeraki Boulders ni. Nak turun ke bawah, kami tengok kena bayar NZD2.00. Punya kedekut, 2 dollar je pun...tp xmau bayar. Hahhaha tak abis abis kedekut. Kami ikut belakang sebelah kedai tu turun kebawah.
| Ombak kuat. Jadi x dpt nak ambik gambar batu yg macam sphere tu |
| Dapat sikit. Tak jelas sangat |

| Turun kut ni, bayar ler NZD2.00 |
Sempat saya merembat sehelai sweater kat sini dengan harga NZD19.90. Sejuk sangat. Dah puas hati, kami meneruskan perjalanan ke Dunedin. Kami tiba di Dunedin dalam jam 3.00 petang. Tapi cuaca dah mula suram. Abaikan waktu tertera di kamera. Saya lupa nak setting. (Asik lupa manjang)
| Somewhere dalam perjalanan ke Dunedin |
| Approcahing Dunedin |
Berpandukan GPS, kami set kan terus ke Kiwis Nest Backpackers Accommodation. Masa sampai Kiwis ni, owner takde. Ngelabah juga dok tekan tekan bell, xde sapa datang. Pastu baru perasaan, ada notice kat situ, if sampai takde orang, please ring this number. Guna telephone yang disediakan. Saya pun called le. Datang one lady (lupa nama....hahahah). Dia bagi kami mixed room 6 bedded and ada sorang jejaka tampan dalam tu, terus kami menolak. Padahal kami booked mixed room 4 bedded. Malas nak banyak cerita. Kami dah penat.. Boleh baca cerita ni kat LINK INI tentang accommodation. Kami meminta bilik lain sebab tak mampu berkongsi bilik ngan jejaka tampan itu...hehehe. Alhamdulillah ada.
Masuk bilik, kami pun merehatkan diri. Mandi manda juga dulu, sebab dah dua hari tak mandi. Kemudian kami isi perut juga. Waktu siang cepat beransur gelap. Dalam jam 6.00 petang kami cepat cepat ke Baldwin Street untuk merasai The Steepest Street in the World. Tapi idaklah naik sampai atas pun. Dari Baldwin Street kami ke The Dunedin Railway Station. Memalam hari sejuk gedi je rasanya. Jam 0800 malam kami balik hostel. Sampai hostel, kemas balik beg sebab esok akan bergerak semula.
![]() |
| Railway Station Dunedin |
![]() |
| Steepest street |
Kekonon nak gi Tunnel Beach. Dah tak sempat. And dah gelap. Cepat gelap....so kami tidaklah mahu memberanikan diri walaupun baru kul 0800 malam. On the way balik GH, singgah mart dulu, beli few things untuk masak esok. Malam tidur nyenyak dan lena. Tetapi sangat dukacita, kami guna multi usb untuk charge power bank. Malang sungguh, ntah apa yang tak kena, multi usb tu terbakar, dan powerbank juga terjejas tidak boleh digunakan..berhuhuhu lah saya, sbb saya cuma bawak satu powerbank sahaja. Batteri hp pula cepat habis. Disini juga saya baru perasaan, gelang emas yang saya pakai di kaki hilang...berhuhuhuhu lah lagi. Saya suspek, gelang emas ni terjatuh masa di Sydney. Maybe sebab asik buka stokin dua tiga kali untuk bersolat, saya tidak perasan bila kala gelang kaki ni jatuh. Itu salah satu perkara yang berlaku di New Zealand.
Dunedin ni sunyi jer pada saya.....banyak rumah rumah, tapi susah juga nak cari orang. Adalah nampak...since masa kami sampai tu Sabtu malam Ahad, jadi nampak beberapa anak gadis berjalan jalan. Nak pergi happy sunday night kut. Dressing abis....style mereka le. But kita pun tau, mereka ni young girls.
Continue.....